Angin Pasang (Hernia) – Simptom, Punca, & Rawatan

Writer Author SuamiSihat

Hadi Idham

Gejala Angin Pasang Pada Lelaki Dewasa

Angin Pasang

Masih ramai yang tak tahu apa penyakit angin pasang ni sebenarnya.

.

Mungkin kerana penyakit seperti ini belum pernah terjadi kepada mereka atau ahli keluarga terdekat.

.

Hernia atau lebih dikenali sebagai angin pasang selalunya terjadi kepada orang yang telah berumur. Ada juga kes angin pasang yang terjadi pada bayi dan kanak-kanak

.

.

Kebanyakkan mereka yang menghidap simptom penyakit angin pasang, tak tahu apa nak buat sebenarnya.

.

Jadi pada artikel kali ini kami akan terangkan tentang penyakit angin pasang dan cara untuk mencegahnya dengan lebih lanjut, khas untuk anda pembaca suamisihat.

.

Teruskan membaca!

.

Baca Juga: Tanda Sakit Jantung – (List Lengkap) Anda Perlu Berhati-Hati, Takut Diserang Mengejut.

.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

 

.

    .

.

Apa Itu Hernia? (Angin Pasang)

.

penyakit hernia pada lelaki

.

Angin pasang atau hernia merupakan satu keadaan dimana organ dalaman atau lemak yang kebiasaannya berada didalam badan, terkeluar melalui lapisan tisu atau otot perut.

.

Kebiasaannya ia terjadi terhadap otot atau tisu yang lemah, dan ini menyebabkan bonjolan atau kantung terbentuk di luar bahagian badan.

.

Hernia ialah salah satu penyakit kelamin lelaki.

.

Ada beberapa jenis penyakit angin pasang yang boleh berlaku.

.

Konsultasi Medis Penyakit Hernia pada Lelaki

Gambar kemaluan lelaki

.

Antara yang paling kerap ialah:

  • Hernia Inguinal
  • Hernia Hirisan
  • Hernia Femoral
  • Hernia Umbilical
  • Hernia Hiatal

.

.

1. Hernia Inguinal

.

Infografis Penyakit Hernia pada Lelaki

.

Hernia inguinal ialah antara jenis penyakit angin pasang yang paling kerap berlaku dikalangan lelaki.

.

Bagi angin pasang jenis inguinal, ia terjadi apabila pundi kencing atau usus terkeluar sehingga ke kantung testis.

.

Sifat semula jadi bahagian tersebut yang lemah lah yang menyebabkan ini berlaku.

.

Penyakit Hernia pada Lelaki di Usia Tua

.

Dalam kalangan wanita pula, organ yang terkeluar itu akan keluar berdekatan saluran kencing dan kebiasaan daripada mereka akan mengalami kesukaran untuk membuang air kecil.

.

Ianya boleh dibahagikan kepada dua jenis:

.

.

Hernia Inguinal Tidak Langsung

.
Penyakit Hernia pada Lelaki Muda

.

Di awal fasa kandungan bayi, buah zakar bayi berada didalam tubuh badan (abdomen). Ketika bayi tersebut matang, buah zakar akan terkeluar dan membentuk kantung yang testis yang kita dapat lihat pada bayi lelaki.

.

Apabila bayi lahir, laluan tadi akan tertutup secara semula jadi.

.

Hernia Inguinalis pada Lelaki

.

Tetapi penyakit angin pasang lelaki jenis tidak langsung ini mungkin boleh berlaku disepanjang laluan keluar buah zakar dari abdomen semasa didalam kandungan tadi.

.

Jika ia berlaku dikemudian hari, berkemungkinan besar ia disebabkan oleh laluan yang tertutup tadi tidak terbentuk dengan sempurna dan lemah.

.

.

Hernia Inguinal Langsung

.

Lelaki Dewasa Mengalami Bahaya Angin Pasang

Angin pasang bayi lelaki

.

Penyakit angin pasang langsung ini berlaku apabila dinding abdomen terbentuk dengan nipis dan lemah.

.

Kebiasaannya ia berlaku di atas kemaluan lelaki dan dibahagian bawah perut.

.

Ia cenderung berlaku kepada individu yang berumur 50 tahun dan keatas disebabkan oleh tubuh badan mereka yang kian lemah apabila meningkat umur.

.

.

.

.

2. Hernia Hirisan

.

Efek Buruk Angin Pasang Pada Lelaki Dewasa

.

Hernia hirisan merupakan penyakit angin dalam perut yang berlaku kepada mereka yang pernah menjalani pembedahan dibahagian abdomen.

.

Bekas potongan atau hirisan yang berlaku daripada proses pembedahan menjadi lemah dan berkemungkinan boleh menyebabkan organ atau lemak terkeluar melaluinya.

.

2% – 10% dari mereka yang mengalami pembedahan akan  mengalami hernia hirisan.

.

Kebiasaannya ini terjadi kepada mereka yang telah berumur atau yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan tidak aktif bersukan.

.

.

3. Hernia Femoral

.

Risiko Kesehatan Lelaki Dewasa Akibat Angin Pasang

.

Hernia femoral belaku kepada salur darah arteri femoral memasuki anggota peha.

.

Kebiasaannya salur darah femoral berada dalam keadaan ketat dan padat, tetapi apabila ia lemah organ dan kandungan abdomen boleh masuk kebahagian peha tersebut dan menyebabkan bonjolan pada celah lipatan kelangkang.

.

Penyakit angin pasang jenis ini selalu berlaku kepada golongan wanita terutama sekali kepada ibu mengandung atau wanita yang mengalami obesiti.

.

.

4. Hernia Umbilical

.

bahaya angin pasang lelaki dewasa

.

Angin pasangan jenis umbilical ini selalu berlaku diperingkat awal kanak-kanak dan bayi.

.

Bengkak atau bonjol boleh dilihat dari bahagian luar dinding abdomen di kawasan pusat, terutama sekali apabila bayi membuang air besar atau sedang menangis.

.

Penyakit hernia umbilical boleh hilang dengan sendiri apabila bayi tersebut membesar setelah dinding dan otot di bahagian tersebut menjadi kuat.

.

Ilustrasi Penyakit Hernia pada Lelaki

Pambar angin pasang bayi

.

Jika bayi tersebut berumur 5 tahun tetapi benjolan tersebut tetap tidak hilang, ibu bapa perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan pembedahan dengan segera.

.

Orang dewasa juga boleh terkena penyakit angin pasang jenis ini terutama sekali apabila kerap berlaku kecederaan terhadap kawasan perut(abdomen) dan juga sebab-sebab lain seperti obesiti, mengandung, dan pengumpulan cecair di bahagian-bahagian tertentu.

.

.

5. Hernia Hiatal

.

Gejala Penyakit Hernia pada Lelaki

.

Hiatal hernia ialah sejenis penyakit angin pasang yang berlaku apabila sebahagian daripada organ pencernaan perut keluar menembusi diafragma.

.

Diafragma merupakan otot yang sangat penting dalam sistem pernafasan.

.

Jika fungsinya terganggu, ia boleh menjejas proses pernafasan seseorang.

.

Penyebab Penyakit Hernia pada Lelaki

.

Penyakit angin pasang seperti ini biasa berlaku kepada orang yang telah berumur 50 tahun dan keatas.

.

Jika ia berlaku kepada kanak-kanak, ianya mungkin disebabkan oleh kecacatan sejak lahir.

.

.

Punca Penyakit Angin Pasang

.

.

Penyakit hernia biasa belaku terhadap orang yang telah berumur.

.

Ia biasanya disebabkan oleh pembentukan dinding di sesuatu kawasan itu berada dalam keadaan yang lemah.

.

Ia juga boleh disebabkan perbezaan tekanan dalam antara ruang-ruang tersebut yang menyebabkan sesebuah organ itu tersedut/tertolak keluar melaui dinding yang lemah.

.

Diagram Penyakit Hernia pada Lelaki

.

Secara umumnya, antara punca-punca yang boleh menyebabkan penyakit ini berlaku ialah seperti dibawah:

.

  • Mengalami kegemukkan
  • Batuk dan bersin yang melampau
  • Meneran ketika membuang air besar
  • Penyakit paruparu yang serius
  • Pembentukan cecair pada bahagian tersebut
  • Mengangkat barang-barang yang berat.

.

.

.

Baca Selepas Ini: Ubat Kencing Manis – Jenis, Fungsi & Kesan Sampingan

.

.

Tanda-tanda anda menghidap hernia

.

Operasi Penyakit Hernia pada Lelaki

.

Banyak tanda-tanda yang boleh dikenalpasti jika anda menghidap penyakit hernia atau tidak.

.

Jika anda sebagai ibu bapa, anda juga boleh periksa sendiri dikawasan perut dan alat sulit bayi jika ada bonjolan ketika si dia membuang air besar, batuk, atau ketika mereka sedang menangis.

.

Pengobatan Penyakit Hernia pada Lelaki

.

Untuk lebih terperinci anda boleh lihat tandatanda seperti dibawah.

  • Bonjolan pada perut, dikawasan kemaluan, atau di kawasan kantung testis anda.
  • Rasa tidak selesa dikawasan kemaluan ketika anda bergerak.
  • Rasa berat atau kebas di kawasan kemaluan atau bahagian atas badan
  • Sakit atau rasa tidak selesa ketika membuang air
  • Rasa tidak selesa ketika berdiri lama
  • Demam, muntahmuntah, cirit birit, dan lain-lain simptom yang menunjukkan sesuatu tidak betul pada tubuh badan anda.
  • Sakit perut angin atau perit

.

Jika anda mempunyai beberapa simptom diatas, jangan tunggu lamalama.

.

Sila segera pergi mendapatkan rawatan secepatnya sebelum perkara yang buruk berlaku.

.

.

Rawatan Penyakit Angin Pasang

.

Pencegahan Penyakit Hernia pada Lelaki

.

Ada ke cara merawat hernia tanpa pembedahan?

.

Jawapan dia, untuk merawat sesuatu penyakit anda perlu mendapatkan rawatan yang sepatutnya dari pakar dan doktor yang bertauliah.

.

Mungkin ada salah seorang dari kenalan anda yang mengatakan penyakit hernia atau ada cara buang angin dalam perut, tetapi ianya adalah lebih baik jika anda pergi berjumpa dengan doktor berbanding mereka yang tidak bertauliah.

.

Berdasarkan pakar, penyakit angin pasang kebiasaannya tidak boleh dipulihkan dengan sendiri, sebaliknya harus melalui proses pembedahan dan rawatan di hospital.

.

Tanda-tanda Penyakit Hernia pada Lelaki

.

Dan jika dibiarkan bonjolan tersebut boleh menjadi lebih besar dan pesakit akan merasakan kesakitan yang lebih serius.

.

Ia juga boleh memberi kesan kepada penyakitpenyakit lain.

.

.

Petua Untuk Mencegah Penyakit Angin Pasang

.

Foto Hernia pada Lelaki

.

Perlu diingatkan, petua ini tidak akan menyembuhkan penyakit hernia anda, tetapi ia boleh membantu anda yang belum menghidap penyakit tersebut atau yang telah sembuh untuk mencegah dari menghidap penyakit yang sama.

.

Elakkan aktiviti yang boleh menambah risiko penyakit angin pasang datang seperti mengangkat benda-benda yang berat atau aktiviti yang melibatkan otot meneran anda.

.

Dari segi pemakanan anda boleh cuba tingkatkan pengambilan fiber kerana ia boleh membantu melawaskan sistem pencernaan anda.

.

Kasus Penyakit Hernia pada Lelaki

.

Anda boleh cuba juga tips-tips yang kami senaraikan dibawah:

.

  • Ambil makanan seperti makanan yang mengandungi bijirin penuh, buahbuahan, dan sayursayuran.
  • Anda tidak digalakkan memakan makanan yang terlalu berat sehingga perut anda kembung dan penuh.
  • Makanan yang pedas dan berasid juga perlu dielakkan jika tidak perlu.
  • Berbaring atau bersandar sejurus selepas makan juga amat tidak galakkan.

.

.

.

.

Kesimpulannya

.

Risiko Penyakit Hernia pada Lelaki

.

Penyakit angin pasang merupakan penyakit yang agak merbahaya jika tidak mendapatkan rawatan yang segera.

.

Ia boleh mendatangkan komplikasi yang buruk terhadap tubuh badan kita dan boleh menjejaskan prestasi harian.

.

Bagi sesetengah pesakit, mereka tidak mempunyai komplikasi seperti cirit-birit, muntah-muntah atau ketidak selesaan pada anggota kelamin mereka.

.

Diagnosis Penyakit Hernia pada Lelaki

.

Tetapi ini tidak bermakna tubuh badan mereka sihat.

.

Sebaliknya pembedahan dan rawatan yang segera perlu dilakukan segera.

.

Untuk mencegah penyakit ini, budaya gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang simbang mestilah dititikberatkan.

.

Terapi Penyakit Hernia pada Lelaki

.

Aktiviti yang boleh memberi kesan terus kepada penyakit ini seperti mengangkat objek yang berat, kerap membuang air besar, perlu dielakkan.

.

Jika ia berlaku kepada anda, kami sarankan segeralah berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan di hospital berdekatan anda.

.

Anda perlu sedar, penyakit-penyakit yang serius dan merbahaya tidak boleh dilengah-lengah kan.

.

Jom tengok video daripada Dr. Ismail Tambi tentang penyakit angin pasang.

.

.

.

Kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat akan kesadaran masyarakat Malaysia tentang topik-topik kesihatan seperti ini.

.

.

Misi kami di Suami Sihat ialah untuk memastikan setiap individu lelaki dan para suami di Malaysia ini peka dan sedar akan penyakit dan masalah yang melanda ramai dikalangan masyarakat kita sekarang ini.

.

Kepada golongan lelaki diluar sana, jadilah suami / ketua keluarga yang prihatin dan bijak supaya dapat kita sama-sama membina keluarga bahagia yang kita impikan selama ini.

.

Rehabilitasi Penyakit Hernia pada Lelaki

.

Di kesempatan ini kami nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang setia bersama kami dari awal hingga ke tahap ini.

.

Kami sangat-sangat mengharap setiap dari kita dapat memanfaatkan segala ilmu serta tips yang dikongsikan bersama.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Jom Baca Sekarang: Ubat Darah Tinggi – Jenis, Fungsi, & Kesan Terhadap Kesihatan

.

.