Tekanan Darah Normal – Paras Normal Yang Penting Untuk Kita Ketahui

Writer Author SuamiSihat

Hadi Idham

Sebagai orang dewasa, anda perlu mempunyai tekanan darah normal.

.

Kebanyakkan golongan dewasa dinegara kita sekarang ini menghidap penyakit darah tinggi.

.

Bilangannya berada di tahap yang membimbangkan.

.

.

Jadi, sebenarnya berapa tekanan darah normal ni?

.

Secara ringkasnya, tekanan darah normal adalah seperti dibawah:

.

JENIS TEKANAN DARAH  SISTOLIK (Bacaan Atas)  DIASTOLIK (Bacaan Bawah)
Tekanan Darah Rendah  Di bawah 90 mmHg  Di bawah 60 mmHg
Tekanan Darah Normal  90-120 mmHg  60-80 mmHg
Pra Hipertensi  120-140 mmHg  80-90 mmHg
Darah Tinggi Tahap 1   140-160 mmHg  90-100 mmHg
Darah Tinggi Tahap 2   Melebihi 160 mmHg  Melebihi 100 mmHg

.

Tetapi, tahukah anda banyak faktor lain yang menyebabkan tekanan darah naik & turun?

.

Bergantung kepada cara pengukur, lain bacaan lain maknanya. Anda perlu tahu perbezaan jenis-jenis bacaan tersebut.

.

Teruskan membaca sebab kami akan terangkan secara terperinci dengan lebih lanjut.

.

.

.

.

Baca Juga:  Ubat Sakit Jantung – Jenis, Fungsi, Kesan Sampingan, & Petua Tradisional

.

.

Tekanan Darah Normal

.

.

Tekanan darah merupakan unit untuk mengukur daya tekanan yang dikenakan pada salur darah ketika jantung mengepam darah keseluruh badan.

.

Apabila bacaan tekanan darah atau BP melebihi paras tekanan darah normal, ini bermakna seseorang itu telah pun menghidap penyakit darah tinggi atau hipertensi.

.

Bacaan tekanan darah normal mengikut umur adalah berbeza antara kanak-kanan dan dewasa.

.

Tekanan darah boleh berubah mengikut faktor seperti banyak bersenam, kurang rehat, dan penyakit darah tinggi.

.

.

Penyakit ini disebabkan oleh pengambilan garam yang berlebihan dan ini mengakibatkan kandungan garam yang tinggi didalam darah.

.

Bila garam dah banyak dalam darah, mulalah pening-pening kepala lah muntah-muntah lah.

.

.

.

.

.

.

Tekanan Sistolik

.

.

Tekanan sistolik ialah bacaan tekanan darah keatas pembuluh darah akibat dari daya denyutan jantung.

.

Bacaan pada alat pengukur ia biasa berada di sebelah atas.

.

Kebiasaannya bacaan tekanan sistolik yang tidak normal adalah melebihi 120 mmHg

.

Normal – 120 mmHg

Pra Hipertensi – 120 – 139 mmHg

Hipertensi I – 140 -159 mmHg

Hipertensi II – 160 mmHg dan keatas

.

.

Tekanan Diastolik

.

.

Tekanan diastolik ialah bacaan tekanan darah antara denyutan yang berturutan.

.

Bacaan ini kebiasaannya ditunjukkan dibahagian bawah alat pengukur.

.

Kebiasaannya bacaan tekanan diastolik yang tidak normal adalah melebihi 80 mmHg.

.

Normal – 60 – 80 mmHg

Pra Hipertensi – 80 – 89 mmHg

Hipertensi I – 90 -99 mmHg

Hipertensi II – 100 mmHg dan keatas

.

.

.

Kedua-dua bacaan tekanan sistolik dan diastolik diatas penting dalam menentukan tahap kesihatan jantung  dan darah anda.

.

Bacaan tekanan darah yang melebihi paras tekanan darah normal merupakan salah satu tanda bahawa jantung anda mempunyai masalah untuk mengepam darah keseluruh badan.

.

Apabila bacaan tekanan sistolik & diastolik berada pada paras tekanan darah normal <120mmHg dan <80mmHg, ini bermakna jantung anda berada dalam keadaan sihat.

.

.

Jika bacaan tekanan darah normal, anda tidak perlu mendapatkan apa-apa rawatan. Tetapi ini tak bermakna anda tidak perlu menjaga pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

.

Jika ada salah seorang ahli keluarga anda yang menghidap penyakit darah tinggi, anda juga berisiko untuk menghidap penyakit yang sama.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

Pra Hipertensi

.

.

Jika bacaan tekanan darah anda melebihi paras 120/80 mmHg, ianya merupakan salah satu tanda anda berisiko untuk menghidap penyakit darah tinggi.

.

Jika anda mendapati bacaan tekanan darah sistolik anda melebihi 120 mmHg tetapi bacaan diastolik anda kurang dari 80mmHg, ini merupakan tanda-tanda awal anda akan menghidap penyakit hipertensi.

.

Walaupun bacaan ini bukan lah dianggap sebagai penyakit darah tinggi pun, tetapi bacaan tekanan darah anda tadi adalah bukan tekanan darah normal, dan anda berisiko untuk menghidap penyakit darah tinggi.

.

.

Penyakit lain seperti penyakit jantung dan strok juga boleh berlaku, jangan ambil mudah tuan-tuan.

.

Pada tahap ini, anda tidak memerlukan apa-apa ubat-ubatan lagi. Sebaliknya anda perlu mengekalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang untuk membantu mengawal tekanan darah anda kembali ke paras yang tekanan darah normal.

.

Bersenam boleh menurunkan tekanan ke tekanan darah normal.

.

Sebab ini juga lah kenapa kebanyakkan atlet mempunyai bacaan tekanan darah diastolik yang kurang daripada paras tekanan darah normal.

.

.

.

Hipertensi Tahap 1

.

.

Jika bacaan tekanan darah sistolik dan diastolik anda melebihi 120mmHg dan 80mmHg, ianya bermakna anda telah pun menghidap penyakit darah tinggi tahap 1.

.

Tetapi walaupun bacaan tersebut meningkat seperti itu, anda mungkin tidak betul-betul menghidap penyakit darah tinggi

.

Sebaliknya penyakit hipertensi dikira mengikut purata bacaan yang anda ambil tersebut secara berkala.

.

.

Pergi lah berjumpa dengan doktor kerana mereka boleh check dan ukur, serta dapat tentukan sama ada anda menghidap darah tinggi atau tidak.

.

Anda akan disarankan mengambil ubat-ubatan jika tekanan darah anda tidak kembali ke tekanan darah normal dalam masa satu bulan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat kebiasaannya, terutama sekali jika anda mempunyai risiko penyakit jantung, dan jika tidak mempunyai tekananan darah normal.

.

Jika tiada risiko penyakit jantung, mungkin doktor akan tetapkan temu janji anda dengan doktor selepas 3 bulan atau 6 bulan anda mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

.

Tahukah anda, selain dari mengelak dari penyakit darah tinggi, amalan gaya hidup dan pemakanan yang sihat juga boleh mencegah kita dari penyakit lupa dan nyanyuk dihari tua kelak.

.

.

.

Hipertensi Tahap 2

.

.

Tahap kedua merupakan penyakit darah tinggi yang lebih serius.

.

Jika bacaan tekanan darah tinggi sistolik/diastolik anda melebihi 140/90mmHg, ini bermakna anda menghidap penyakit darah tinggi tahap ke 2.

.

Dan sudah tentu tahap ini akan ditentukan melalui purata bacaan tekanan darah anda dari masa ke semasa.

.

.

Pada tahap ini, doktor akan memberi anda satu atau lebih ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi anda.

.

Walaupun begitu, anda masih lagi perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang kerana penyakit seperti ini kebiasaannya akan menyebabkan penyakit lain berlaku seperti strok, penyakit jantung, dan diabetes. Penting tau!

.

.

Ubat-ubatan di bawah munkin akan diberikan oleh doktor untuk membantu menurunkan tekanan ke tekanan darah normal.

.

  1. ACE Inhibitor & ARBs – Berfungsi merehatkan salur darah dan menghalang hormon yang boleh menyempitkan salur darah daripada terhasil.
  2. Beta-Blockers – Berfungsi menurunkan tekanan darah dan menghalang hormon yang menyempitkan pembuluh darah
  3. Calcium Channel Blockers – Berfungsi merehatkan salur darah dan mengurangkan beban jantung.
  4. Diuretics – Berfungsi mengeluarkan cecair dan garam berlebihan dalam darah melalui air kencing.

.

.

Baca Selepas Ini:  Derma Darah – Cara, Syarat Dan Kelebihan Yang Ramai Tak Tahu

.

.

Hipertensi Tahap 3 (Bahaya)

.

.

Bacaan tekanan darah yang melebihi 180mmHg untuk sistolik dan 120mmHg untuk bacaan diastolik merupakan tanda penyakit darah tinggi yang sangat serius.

.

Bacaan tekanan darah ini juga dipanggil sebagai ‘Hipertensif’.

.

Apabila ini berlaku, ini bermakna anda memerlukan rawatan yang segera dan cepat tanpa perlu tunggu lagi walaupun tubuh badan anda rasa sihat dan tiada simptom-simptom yang buruk berlaku.

.

.

Anda perlu segera mendapatkan rawatan jika bacaan tekanan darah anda melebih paras ini, yang mana mungkin disertakan dengan simptom-simptom dibawah:

.

  1. Sakit dada
  2. Sesak nafas
  3. Penglihatan kabur
  4. Strok, lumpuh, atau kegagalan mengawal otot badan.
  5. Kencing berdarah
  6. Pening dan sakit kepala melampau

.

.

.

Walau bagaimanapun, bacaan yang tinggi ini mungkin boleh muncul sementara sahaja dan bacaan tersebut akan kembali ke tekanan darah normal lebih-lebih lagi jika anda tidak mendapat tidur atau rehat yang cukup dan juga jika anda baru lepas bersukan.

.

Kebiasaannya doktor akan mengambil bacaan tekanan darah anda beberapa kali sebelum mengesahkan bahawa keadaan tekanan darah anda ini serius tau tidak.

.

.

.

Tekanan Darah Rendah

.

.

Tekanan darah rendah juga dikenali sebagai hipotensi.

.

Bagi individu dewasa, bacaan dibawah 90/60mmHg dianggap sebagai hipotensi atau tekanan darah rendah.

.

Tekanan darah yang rendah boleh menyebabkan darah tidak dapat membawa oksigen yang mencukupi untuk tubuh badan anda.

.

.

Ada beberapa jenis tekanan darah rendah:

1. Tekanan Darah Rendah (Orthostatic) – Ia berlaku apabila anda duduk atau waktu anda sedang tidur atau posisi rehat. Rasa pening atau pitam antara kesan dari penurunan tekanan darah yang mendadak. Ianya kebiasaannya berlaku dalam masa yang singkat kerana, tubuh badan anda tidak dapat menyesuaikan diri akibat dari perubahan posisi badan

2. Tekanan Darah Rendah (Neurally Mediated) – Ianya berlaku ketika jantung dan otak tidak dapat berinteraksi dengan efisyen. Otak melambatkan tindak balas kadar denyutan jantung, dan ini menyebabkan penurunan tekanan darah serta menyebabkan sakit kepala dan rasa pening hendak pitam apabila kita berdiri lama.

3. Tekanan Darah Rendah Teruk (Kejutan) – Kejutan bolh mengancam nyawa apabila ia melibatkan pesakit yang sering mengalami tekanan darah rendah. Ia boleh memberi impak negatif kepada organ-organ lain seperti otak, jantung, hati, buah pinggang serta paru-paru dari mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.

.

.

.

Antara sebab-sebab tekanan darah rendah berlaku:

.

  1. Menghidap penyakit Jantung
  2. Dihidrasi
  3. Ibu mengandung
  4. Kehilangan darah yang banyak
  5. Jangkitan kuman yang melampau
  6. Kekurangan nutrisi
  7. Sistem endokrin terjejas
  8. Ubat-ubatan

.

Pesakit yang mengalami tekanan darah rendah selalunya akan rasa pening-pening kepala, dan sakit kepala.

.

.

Jika anda mengalami simptom yang sama segera lah berjumpa dengan doktor untuk kenal pasti apakah penyebab tekanan darah rendah tersebut.

.

Doktor akan mencadangkan beberapa tips tambahan untuk anda naikkan kembali tekanan darah normal anda.

.

.

.

.

Kesimpulan Tekanan Darah Normal

.

.

Untuk mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya seperti penyakit darah tinggi, penyakit jantung, dan strok, tekanan darah normal perlu dikekalkan.

.

Gaya hidup yang sihat, dan pemakanan yang seimbang boleh mencegah kita dari menghidap penyakit-penyakit yang merbahaya.

.

Selain itu amalan mengambil ubat-ubatan dari doktor juga boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

.

.

Jika anda mempunyai obesiti dan berat badan yang tidak normal, kurangkan lah pengambilan karbohidrat dan garam dalam makanan anda.

.

Kehilangan berat badan juga boleh membantu menurunkan risiko penyakit merbahaya.

.

Amalan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang sangat membantu dalam mencegah pelbagai penyakit bukan sahaja penyakit darah tinggi, tetapi juga penyakit-penyakit merbahaya lain seperti jantung, dan strok.

.

.Rajinkan diri anda berjumpa dengan doktor sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memeriksa tahap kesihatan anda.

.

Saranan daripada kami di SuamiSihat.com.my, rajinkan lah diri pergi berjumpa dengan pakar supaya perkara-perkara yang tidak diingini dapat dielakkan daripada berlaku.

.

Kepada golongan lelaki diluar sana, jadilah suami / ketua keluarga yang prihatin dan bijak supaya dapat kita sama-sama membina keluarga bahagia yang kita impikan selama ini.

.

.

Di kesempatan ini kami nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang setia bersama kami dari awal hingga ke tahap ini.

.

Kami sangat-sangat mengharap setiap dari kita dapat memanfaatkan segala ilmu serta tips yang dikongsikan bersama.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Jom Baca Sekarang: Tanda Darah Tinggi – Tanda Dan Punca Darah Tinggi Semua Perlu Tahu.

.

.

.

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?

Tahan Lama & Lebih Keras

Nak Belajar Cara

You have Successfully Subscribed!