Ubat Sakit Jantung – Jenis, Fungsi, Kesan Sampingan, & Petua Tradisional

A Hasan Hamdani

Hadi Idham

Ubat Sakit Jantung

Ubat Sakit Jantung

Ubat sakit jantung antara carian yang popular di google.

.

Ini kerana ramai orang yang mempunyai masalah jantung ingin mencari penawar penyakit jantung yang dihidapi mereka.

.

Lapan dari sepuluh orang individu yang menghidap penyakit jantung adalah dari kalangan lelaki.

.

The Rock

.

Banyak faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.

.

Kemungkinan juga gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, makan makanan yang tidak seimbang, & malas bersenam, meningkatkan lagi risiko pesakit jantung dari kalangan lelaki di Malaysia.

.

Jika anda menghidap penyakit jantung atau mempunyai tanda sakit jantung, kemungkinan anda perlu mengambil ubat-ubatan seumur hidup, atau sehingga anda pulih sepenuhnya.

.

Ubat Ubatan Sakit Jantung

Doktor dan pakar akan menentukan rawatan yang macam mana baik untuk kesihatan anda.

.

Ubat sakit jantung ini pula mempunyai banyak jenis dan cara ia bertindak didalam tubuh badan kita.

.

Jadi harini kami  akan kongsikan pada anda jenis-jenis ubat sakit jantung dan kesan-kesannya. Teruskan membaca!

.

.

.

.

Baca Selepas Ini: Tanda Sakit Jantung – (List Lengkap) Anda Perlu Berhati-Hati, Takut Diserang Mengejut.

.

.

Jenis Ubat Sakit Jantung

.

Jenis Ubat Sakit Jantung

.

Setiap jenis-ubat ubatan mempunyai kesan sampingannya tersendiri. Lain jenis penyakit jantung lain juga ubat-ubatannya.

.

Fungsi untuk setiap ubat sakit jantung ini juga berbeza-beza tindak balasnya terhadap tubuh badan pesakit, ada ubat sakit jantung tersumbat, ada ubat sakit jantung untuk melancarkan darah, dan macam-macam lagi.

.

Jika anda sering pergi berjumpa dengan doktor agak jarang sekali mereka menerangkan apa fungsi ubatan-ubatan yang anda ambil tersebut.

.

Cuba check nama ubat sakit jantung yang mana satu yang diberikan oleh doktor kepada anda. Check sekali fungsi dan kesannya.

.

.

1. Perencat Enzim Angiotensin (ACE inhibitors)

.

Perencat Enzim Angiotensin (ACE inhibitors)

.

Ubat sakit jantung ini berfungsi dengan merehatkan salur darah dan memudahkan jantung manusia untuk mengepam darah keseluruh badan.

.

Kebiasaannya pesakit yang mengambil ubat jenis ini ialah pesakit yang menghidap penyakit jantung koronari.

.

ACE inhibitors juga diberikan kepada pesakit darah tinggi untuk menurunkan tekanan darah akibat salur darah yang semakin menyempit.

.

Batuk Dan Sakit Tekak

.

Antara kesan sampingan yang boleh terjadi kepada pesakit:

.

Batuk

Kebiasaannya mereka yang mengambil ubat sakit jantung jenis ACE inhibitors ini akan mengalami batuk kering yang berpanjangan.

.

Ruam

Ruam di serata bahagian badan yang gangguan deria rasa.

.

Sakit kepala

Sakit kepala dengan kerap dan boleh menyebabkan pesakit mengalami demam secara serentak.

.

.

.

.

**PSST: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

2. Perencat Aldosteron (Aldosterone inhibitors)

.

.

Contoh ubat jenis aldostron inhibitors seperti Eplerenone (Inspra) dan spironolactone (Aldactone).

.

Ubat sakit jantung ini pula berfungsi dengan melancarkan pergerakan air yang terganggu disebabkan oleh penyakit jantung.

.

Ia juga berfungsi dengan mengeluarkan air dan garam yang berlebihan dalam badan untuk sebagai air kencing (urine)

.

Ubat ini biasa diberikan bersama ubat-ubatan lain yang akan diberikan oleh doktor.

.

Rawatan Dialisis

.

Antara kesan sampingannya:

  • Bengkak dibahagian dada
  • Kesukaran untuk ereksi
  • masalah kitaran haid
  • masalah buah pinggang

.

.

3. Angiotensin II Receptor Blockers (ARBs)

.

Angiotensin II Receptor Blockers (ARBs)

.

Fungsi ubat sakit jentung jenis ARBs serupa dengan ACE inhibitor yang mana ia membantu merehatkan salur darah didalam badan dan memudahkan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

.

Selain itu ARBS boleh menurunkan tekanan darah tinggi, tidak hairan lah mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi juga turun diberi ubat jenis ini.

.

Ia juga membantu untuk mengeluarkan air dan garam yang berlebihan didalam badan.

.

Sakit Kepala

.

Kesan sampingan yang munkin boleh berlaku:

  • Batuk Kering – Sekitar 35% pesakit yang makan ubat jenis ACE atau ARBS mengalami kesan sampingan yang sama.
  • Sakit kepala – Ramai dari antara mereka yang makan ubatan jenis ini mengalami sakit kepala.
  • Demam – Sakit kepala yang berpanjangan juga boleh menyebabkan demam.
  • Ruam – Ruam di serata badan juga boleh terjadi kepada anda.
  • Hilang Deria Rasa – Hilang deria rasa juga merupakan salah satu kesan sampingannya.

.

.

4. Penghalang Beta (Beta-blockers)

.

Penghalang Beta (Beta-blockers)

.

Beta-Blockers berfungsi dengan membuka saluran darah supaya darah dapat lalu dengan lebih lancar dan mengurangkan bebanan jantung.

.

Ia juga menghalang penghasilan hormon adrenalin (berfungsi yang berfungsi mengecilkan salur darah).

.

Penyakit Asma

.

Antara kesan sampingan yang boleh berlaku:

  • Asma
  • Tangan & kaki yang sejuk
  • Kemurungan
  • Masalah Ereksi
  • Insomnia

.

.

5. Penghalang Saluran Kalsium (Calcium channel blockers CCBs)

.

Penghalang Saluran Kalsium (Calcium channel blockers CCBs)

.

Ubat sakit jantung ini berfungsi untuk melegakan sakit dada (angina).

.

Ia membantu merehatkan saluran darah dan mengurangkan bebanan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

.

Ia juga boleh meningkatkan peredaran darah supaya oksigen yang mencukupi dapat dibekalkan kepada jantung

.

CCBS - Ubat Meningkatkan Peredaran Darah

.

Contoh ubat sakit jantung jenis CCBS ialah Amlodipine, Diltiazem, Felodipine, dan Isradipine.

.

Antara kesan sampingannya ialah:

  • Pening & sakit kepala
  • Loya / Muntah-muntah
  • Ruam
  • Mulut dan bibir terasa kering
  • Cirit-birit

.

.

.

.

6. Ubat-menurun kolesterol (Cholesterol-lowering drugs)

.

Ubat-menurun kolesterol

.

Kolesterol boleh membantu tubuh badan untuk menghasilkan sel-sel yang baharu, menguatkan urat saraf, dan membantu dalam penghasilan hormon.

.

Tetapi kolesterol yang berlebihan boleh menyebabkan salur darah tersumbat.

.

Ini meningkatkan risiko penyakit jantung koronari berlaku.

.

Ubat Penurunan Kolesterol Atorvastatin

.

Contoh ubat penurunan kolesterol seperti Atorvastatin (Lipitor), Fluvastatin (Lescol), & Pitavastatin (Livalo)

.

Antara kesan sampingan pengambilan ubat penurunan kolesterol ialah

  • Sakit sendi
  • Cirit-birit
  • Jangkitan saluran kencing
  • Sakit perut
  • Loya dan muntah-muntah
  • Insomnia.

.

.

7. Digoxin

.

Digoxin Meningkatkan Fleksibiliti Otot Jantung

.

Digoxin berfungsi dengan meningkatkan fleksibiliti otot jantung yang lemah untuk mengepam darah ke seluruh badan.

.

Doktor mungkin akan memberi anda ubat sakit jantung jenis ini jika anda menghidap Arrhythmia(degupan jantung tidak menentu)

.

Contoh ubat sakit jantung jenis ini ialah Digitek, Digox, & Lanoxicaps.

.

Digitek Ubat Sakit Jantung

.

Kesan sampingan yang boleh berlaku:

  • Loya
  • Cirit-birit
  • Sakit kepala
  • Ruam

.

.

8. Diuretics

.

Diuretics Ubat Buah Pinggang

.

Diuretik ialah salah satu jenis ubat yang membantu buah pinggang mengeluarkan air kencing, dan garam yang berlebihan dalam badan.

.

Lebihan cecair yang telah dikeluarkan tadi membuatkan jantung anda dapat mengepam darah dengan mudah dan menurunkan tekanan darah.

.

Ia juga mengurangkan air yang tersekat didalam jantung yang disebabkan oleh pelbagai faktor penyakit jantung.

.

Contoh ubat sakit jantung jenis ini ialah Bumetanide (Bumex), Ethacrynic acid (Edecrin), Furosemide (Lasix), & Torsemide (Demadex).

.

Masalah Kerap Kencing

.

Kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku kepada anda:

  • kerap kencing
  • masalah ereksi
  • kaki kejang
  • sakit kaki

.

.

9. Terapi Inotropik (Inotropic therapy)

.

Terapi Inotropik (Inotropic therapy)

.

Ubat sakit jantung jenis Inotropic therapy berfungsi dengan cara membantu menguatkan otot jantung yang lemah supaya menjadi lebih kuat dan aktif.

.

Ia membantu merehatkan salur darah supaya darah dapat lalu dengan lebih lancar, serta boleh mempercepatkan degupan jantung.

.

Kebiasaannya ubat ini kebiasaannya diguna kepada pesakit yang mempunyai kegagalan fungsi jantung dan apabila ubat sakit jantung lain tidak berfungsi dengan baik.

.

Muntah

.

Penggunaan ubatan seperti ini boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan.

.

  • Tekanan darah meningkat
  • Rasa gugup
  • Sakit kepala
  • Loya
  • Muntah-muntah

.

.

Baca Juga: Ubat Darah Tinggi – Jenis, Fungsi, & Kesan Terhadap Kesihatan

.

.

10. Vasodilators

.

Vasodilators

.

Vasodilator digunakan bertujuan untuk merehatkan saluran darah daripada menyempit.

.

Ini menyebabkan darah boleh lalu dengan lancar dan mengurangkan bebanan jantung untuk mengepam darah.

.

Jika anda mengambil ubat sakit jantung jenis ACE dan ARBs, anda tidak digalakkan mengambil ubatan ini dalam masa yang sama.

.

Kurang Selera Makan

.

Kesan sampingan seperti, mual, kurang selera makan, sakit kepala, cirit-birit, dan degupan jantung yang tidak stabil boleh berlaku kepada anda.

.

Kebiasaannya doktor akan sertakan sekali ubatan lain untuk atasi kesan sampingan diatas.

.

.

11. Potassium / Magnesium.

.

Potassium Magnesium

.

Ketika anda mengambil Diuretik, tubuh badan anda banyak mengeluarkan elektrolit melalui kencing.

.

Kekurangan elektrolit ini boleh menyebabkan degupan jantung menjadi tidak stabil.

.

Jika ini berlaku, segera lah pergi berjumpa dengan doktor.

.

Mereka mungkin akan mengesyorkan beberapa produk supplement yang boleh menggantikan zat potassium dan magnesium yang hilang tadi.

.

Sakit Perut

.

Antara side effectnya:

  • Sakit perut
  • Mual / Muntah
  • Cirit-birit
  • Panas badan
  • Tekanan darah rendah

.

.

12. Proprotein Convertase Subtilisin Kexin Type 9 (PCSK9) Inhibitors

.

Proprotein Convertase Subtilisin Kexin Type 9 (PCSK9)

.

Ubat sakit jantung jenis PCSK9 juga mungkin akan diberikan oleh doktor untuk menurunkan kolesterol (LDL) yang berlebihan dalam darah.

.

Kolesterol yang berlebihan ini akan menyempitkan saluran darah dan menyukarkan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan.

.

Loya Dan Muntah Muntah

.

Kesan sampingan yang munkin boleh berlaku ialah:

  • Rasa sejuk dan mengigil
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit badan berlakang dan sendi

.

.

Makanan Yang Baik Untuk Jantung

.

Selain dari ubat sakit jantung hospital yang kami senaraikan diatas, kami juga ada sediakan ubat sakit jantung tradisional yang boleh anda amalkan setiap hari.

.

Setiap apa yang kita ambil sebagai makanan harian mencerminkan tahap kesihatan kita.

Diet yang seimbang boleh mencegah kita dari mendapat penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, penyakit darah tinggi, dan kanser.

.

.

1. Makanan Beroat

.

Oat

.

Oat kaya dengan asid lemak omega-3, folat dan unsur kalium.

.

Ianya juga kaya dengan serat yang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol tidak baik (LDL) yang mampu menyempitkan saluran darah dalam badan.

.

2. Ikan

.

Ikan Salmon

.

Ikan terutama sekali ikan salmon kaya dengan asid lemak omega-3 yang mampu mencegah pembekuan darah.

.

Ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan menurukan risiko mendapat serangan jantung sebanyak 30%.

.

Ikan salmon juga mengandungi karotenoid astaxanthin yang mana mengandungi tinggi jumlah antioksidan.

.

.

3. Avocado

.

Khasiat Buah Avocado

.

Avocado kaya dengan kandungan lemak tidak tepu dan mampu meningkatkan jumlah kolesterol baik (HDL) dalam badan.

.

Ia juga mampu menurunkan kadar kolesterol tidak baik (LDL) yang mampu meningkatkan risiko penyakit jantung.

.

Elakkan mengambil makanan yang mengandungi kolesterol LDL seperti makanan bergoreng dan yang telah diproses.

.

.

4. Minyak zaitun

.

Minyak Zaiton

.

Jika anda ada lebihan wang, anda boleh cuba amalkan minyak zaitun sebagai pengganti mentega.

.

Kolesterol tinggi boleh dikurangkan dengan mengamal pengambilan minyak zaitun yang kaya dengan lemak tidak tepu.

.

.

5. Buah Beri

.

Buah Berri

.

Buah buahan jenis beri sepertu beri biru, strawberri, dan raspberries mengandungi antioksidan yang tinggi.

.

Jumlah anti oksidan yang tinggi ini boleh menurunkan risiko anda mendapat penyakit jantung dan kanser.

.

.

6.Kacang Soya

.

Kacang Soya

.

Kacang soya kaya dengan jumlah protein dan lemak tidak tepu yang lebih baik berbanding susu yang berasaskan haiwan yang ada dipasaran.

.

Ia juga boleh mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) yang mampu menyempitkan saluran darah.

.

.

7. Bawang putih

.

Bawang Putih

.

Petua yang terakhir ialah khasiat bawang putih.

.

Berdasarkan kajian, bawang mampu bertindak sebagai ajen anti bakteria.

.

Bukan itu sahaja, khasiat bawang putih telah disahkan oleh pakar mampu mencegah penyakit jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi serta risiko penyakit kanser.

.

Kajian lain juga ada mendapati bahawa bawang putih boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah dan diabetes.

.

.

Anda boleh cuba amalkan makan bawang putih dan madu setiap hari untuk mendapatkan manfaat yang optimum untuk jantung anda.

.

Amalkan lah pemakanan yang sihat supaya kita dapat mengelakkan dari terkena penyakit jantung seperti serangan jantung, dan serangan kardiak.

.

Baiklah itu sahaja perkongsian kami pada kali ini.

.

Diharap setiap perkongsian kami dapat memberi manfaat kepada anda semua.

.

Di kesempatan ini kami nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang setia bersama kami dari awal hingga ke tahap ini.

.

Terima Kasih

.

Kami sangat-sangat mengharap setiap dari kita dapat memanfaatkan segala ilmu serta tips yang dikongsikan bersama.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.

.

Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Jom Baca:  Makanan Kesihatan Lelaki – Tips Terpadu Tambah Tenaga Dan Kesihatan Lelaki

.

.

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?