Terdapat pelbagai jenis ubat darah tinggi yang dijual dipasaran,

.

Penyakit ini dikenali sebagai ‘Silent Killer‘ kerana tanda dan simptom penyakit ini susah untuk dikenal pasti di peringkat awal.

.

Pada anda yang menghidap penyakit darah tinggi ini, mesti macam-macam jenis ubat untuk darah tinggi yang anda dah ambil kan, baik dari segi perubatan moden mahupun tradisional, betul tak?

.

ubat darah tinggi

.

Tapi tahu tak setiap ubat-ubatan itu ada side effectnya?

.

Jangan terkejut, meh sini kami kongsikan jenis ubat darah tinggi dan apa kesan sampingannya terhadap kesihatan anda.

.

Jom baca!

.

Boleh Baca Juga: Kencing Manis – Anda Perlu Tahu Simptom, Punca & Rawatannya (Lengkap)

.

.

Penyakit Hipertensi

.

Penyakit darah tinggi juga dikenali sebagai Hypertension

.

.

Ianya berpunca dari kandungan garam (Sodium Chloride) dalam darah yang berlebihan dalam badan dan si penghidap akan berasa sakit kepala, hidung berdarah dan keletihan.

.

Mereka yang menghidap penyakit ini sudah tentu akan mencari pelbagai rawatan dan ubat darah tinggi untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi mereka.

.

Langkah merawat penyakit darah tinggi boleh membantu untuk mencegah anda dari menghidap penyakit-penyakit lain seperti:

   •  Penyakit jantung

   •  Penyakit strok

   •  Kehilangan penglihatan,

   •  Penyakit buah pinggang yang serius

   •  Lain-lain penyakit salur darah.

.

.

Rawatan Hipertensi

.

Mana-mana ubat-ubatan pun boleh mendatangkan kesan sampingan terhadap kesihatan kita, ubat darah tinggi juga tidak terkecuali.

.

ereksi - jumpa doktor

.

Ada juga sesetangah pesakit yang tak rasa side effect daripada ubat darah tinggi yang mereka ambil, kalau ada pun apa yang mereka rasa itu agak sedikit dan kecil.

.

Walaupun macam tu, anda kena juga sentiasa berjumpa dan bertanya dengan doktor berkenaan penyakit dan ubat darah tinggi yang anda ambil.

.

Kalau jadi apa-apa, mudah untuk doktor kenal pasti diperingkat awal.

.

Zaman sekarang ni, ada banyak jenis ubat darah tinggi yang ada di pasaran perubatan untuk merawat dan mengawal darah tinggi.

.

Kebiasaannya, hanya satu jenis ubat darah tinggi yang doktor akan berikan pada pesakit.

.

.

Dua atau lebih jenis ubat darah tinggi pula akan diberikan kepada pesakit yang menghidap penyakit hipertension yang lebih teruk.

.

Ubat-ubatan ini pula akan ditentukan sendiri oleh doktor yang merawat penyakit tersebut sama ada ubat darah tinggi yang macam mana perlu diambil oleh pesakit, dan bila waktu sesuai makan ubat darah tinggi tersebut.

.

.

.

Side Effect Ubat Hipertensi

.

Sebelum anda ambil sebarang ubat-ubatan, penting untuk anda tahu bagai mana ia berfungsi dan apakah kesan sampingan yang boleh berlaku kepada anda.

.

Kami nak kongsikan beberapa jenis ubat darah tinggi yang biasa diberikan oleh doktor jika anda pergi berjumpa dan mendapatkan rawatan.

.

Anda para pembaca terutama sekali yang menghidap penyakit darah tinggi boleh tahu apa fungsi ubat darah tinggi yang anda ambil dan bagaimana ia memberi kesan kepada tubuh badan anda.

.

Setiap jenis ubat darah tinggi dibawah biasa digunakan untuk merawat penyakit darah tinggi serta mempunyai nama, jenama dan fungsi yang berbeza.

.

1. Diuretik

.

kencing

.

Diuretik juga dikenali sebagai ‘water pills‘ kerana fungsi ubat ini yang berupaya meningkatkan pengeluaran air kencing.

.

Apabila air banyak dikeluarkan dari badan, jumlah garam yang berlebihan dalam badan anda turut akan dikeluarkan bersama.

.

Apabila anda ambil diuretik, salur darah anda tidak akan ‘penuh’ dengan cecair yang tidak diperlukan seterusnya membantu tekanan darah anda menjadi lebih rendah.

.

Antara ubat contoh Diuretik yang ada dipasaran seperti:

•   Frusemide

•   Hydrochlorothiazide

•   Spironolactone

.

Antara side effect yang mungkin boleh berlaku seperti:

.

•  Kerap kencing

Apabila anda ambil ubat diuretik, banyak air yang akan dikeluarkan. Jadi anda akan kerap kali berulang-alik ke tandas. Kebiasaannya doktor akan syorkan anda ambil ubat ini awal pagi semasa makan atau selepas makan. Elakkan ambil semasa makan malam! Tak pasal-pasal banjir pula katil anda nanti.

.

•  Masalah Ereksi

Kesan makan ubat darah tinggi ini juga, ramai pesakit lelaki yang mengalami masalah lemah ereksi. Ini mungkin terjadi kerana ketidak selesaan yang dirasai dikawasan alat sulit membuatkan mereka kurang bernafsu. Ubatan ini juga bertindak didalam saluran darah dan kemungkinan mengganggu pengaliran darah di kawasan zakar.

.

Ubat Tahan Lama

.

Dibawah admin sediakan satu video kesan penyakit darah tinggi terhadap zakar oleh Dr. Ismail Tambi, Pakar Sakit Tuan.

.

.

•  Kaki Kejang/Lesu

Diuretik boleh mengurangkan kadar keseimbangan mineral penting dalam badan dan menyebabkan kelesuan dan kekejangan pada anggotak kaki dan tangan berlaku.

.

•  Sakit Kaki

Sesetengah pesakit juga akan merasa sakit dibahagian kaki lebih-lebih lagi jika pesakit mempunyai penyakit gout dan diabetes.

.

.

2. Penghalang-Beta

.

Penghalang-Beta juga dikenali sebagi Beta-Blockers yang berfungsi membuka dan meluaskan salur darah.

.

Seterusnya menyebabkan jantung akan mengepam darah dengan lebih perlahan dan tekanan yang lebih rendah.

.

beta blockers

.

Penggunaan Beta-Blockers juga bertujuan untuk menghalang hormon adrenalin (yang berfungsi mengecilkan salur darah) dari menghadkan pengaliran darah berlaku.

.

Kesan sampingan untuk setiap jenis ubat juga berbeza-beza bagi setiap pesakit.

.

Antara kesan sampingan yang biasa berlaku kepada pesakit yang mengambil ubat darah tinggi jenis Beta-Blockers adalah seperti dibawah:

.

•  Asma

Penggunaan ubat Beta-Blockers kepada pesakit darah tinggi yang juga menghidap penyakit Asthma boleh mengganggu otot saluran pernafasan seterusnya menyebabkan sesak nafas dan asma berlaku kepada pesakit.

.

•  Tangan/Kaki Sejuk

Rasa sejuk dibahagian kaki dan tangan merupakan kesan sampingan yang banyak dialami pesakit yang mengambil beta-blocker untuk penyakit darah tinggi yang dialami mereka. Mekanisma yang menyebabkan kejadian sebegini ni masih belum jelas.

.

depression

.

•  Depression

Bilangan penghidap kemurungan (depression) semakin meningkat hari demi hari dalam kalangan pesakit darah tinggi (hipertension). Sesetengah pakar berpendapat pengambilan beta-blocker berpontensi boleh mengganggu keadaan emosi dan psikologi pesakit.

.

•  Masalah Ereksi

Penggunaan ubat darah tinggi seperti ini juga boleh melemahkan deria ereksi pada zakar. Ia juga menyukarkan peredaran darah pada zakar, serta gangguan emosi yang berlaku akibat BB juga menghadkan keinginan nafsu seks individu tersebut.

.

•  Insomnia/Masalah Untuk Tidur

Kesukaran untuk tidur, sering terjaga, dan mimpi ngeri juga boleh berlaku kepada pesakit yang ambil ubat darah tinggi jenis ini. Ia juga mengganggu hormon melatonin yang berfungsi mengawal waktu tidur seseorang.

.

.

3. Perencat Reseptor Angiotensin II (ARBS) & Perencat Enzim Angiotensin (ACE)

.

Fungsi Perencat Enzim Angiotensin Inhibitor (ACE) dan Perencat Reseptor Angiotensin II (ARBS) adalah kedua-dua ubat darah tinggi ini berfungsi untuk merehatkan salur darah seterusnya menyebabkan tekanan darah menurun.

.

tekanan darah

.

Kebanyakkan ubat jenis ARBS diambil selepas anda makan manakala ada sesetengah ubat jenis ACE pula boleh diambil sebelum makan oleh doktor.

.

Antara kesan sampingan yang mungkin terjadi kepada pesakit jika mereka mengambil dua jenis ubat darah tinggi yang dinyatakan.

.

•  Batuk Kering

Sekitar  5 – 35% pesakit darah tinggi yang ambil ubat jenis ACE atau ARBS mengalami batuk kering yang berpanjangan. Jika anda ada kesan sampingan seperti ini, doktor mungkin akan berikan anda ubat-ubatan jenis lain.

.

•  Ruam/Hilang Deria Rasa

Pesakit darah tinggi yang mengambil ubatan jenis ini juga berpotensi untuk mendapat ruam di serata bahagian badan dan juga gangguan terhadap deria rasa ketika makan.

.

•  Sakit kepala & Demam

Kebanyakkan pesakit juga mengadu sering sakit kepala selepas mengambil ubat tersebut. Sakit kepala yang berpanjangan ini akhirnya menyebabkan pesakit mengalami demam pada masa yang sama.

.

.

4. Penghalang Saluran Kalsium 

.

amlodipine

.

Penghalang Saluran Kalsium atau Calcium Channel Blockers (CCBs) juga merupakan salah satu ubat tekanan darah tinggi yang biasa diberikan oleh doktor kepada pesakit yang menghidap hipertensi.

.

Tujuan utamanya ialah untuk mengurangkan tekanan darah dalam badan pesakit.

.

Ia juga berfungsi dengan cara memperlahankan pergerakan kalsium daripada masuk ke dalam sel organ jantung.

.

Dengan cara ini, jantung akan lebih mudah untuk mengepam darah tanpa perlu menggunakan daya pam yang tinggi seterusnya menurunkan tekanan darah.

.

fikir

.

Anda faham kan?

.

Ubat darah tinggi jenis CCBs, seperti, Amlodipine, Diltiazem, Felodipine, dan Isradipine ada banyak kesan sampingan contohnya:

.

•  Pening & sakit kepala

Kebiasaannya pesakit hipertensi yang ambil ubat darah tinggi jenis CCBs atau ubatan yang berkaitan dengan jantung dan salur darah akan mengalami masalah pening dan sakit kepala yang kerap.

.

•  Loya / Muntah-muntah

Anda juga mungkin akan berasa loya dan muntah-muntah pada masa yang sama. Kebiasaannya ini akan berlaku dalam masa 6 jam selepas anda makan ubat CCB ini. Ia juga boleh juga berlaku selepas 24 jam anda ambil ubat CCB ini.

.

•  Ruam

.

ruam

.

Ruam di serata bahagian badan juga boleh berlaku kepada anda jika dos yang diambil itu terlebih atau tidak sesuai pada tubuh anda.

.

•  Mulut dan bibir terasa kering

CCBs juga mengurang penghasilan air liur, dan menyebabkan mulut pesakit terasa kering. Kesan sampingan ini juga akan mengganggu sistem penghadaman dan kesihatan mulut pesakit.

.

•  Cirit-birit

Dalam sistem penghadaman, air liur berfungsi untuk menguraikan makanan supaya mudah untuk dihadam oleh usus. Penghadaman yang tidak sempurna boleh menyebabkan cirit-birit dan beberapa masalah penghadaman yang lain.

.

.

Boleh baca selepas ini: Klinik Pakar Lelaki – Senarai Klinik Terbaik Untuk Anda Cek Masalah Kelamin

.

.

Beberapa jenis ubat jarang digunakan

.

Kebiasaannya, jenis ubat darah tinggi yang disenaraikan diatas adalah ubat yang sering diberikan oleh doktor jika anda pergi mendapatkan rawatan penyakit hipertensi di klinik dan hospital.

.

doktor

.

Tetapi ada juga beberapa ubat-ubatan yang mungkin akan mereka berikan jika penyakit anda susah untuk dikawal atau menjadi lebih serius.

.

Jika ubat darah tinggi yang kami senaraikan diatas tidak memberi kesan yang diinginkan, doktor mungkin akan memberi priskripsi ubatan yang lain yang lebih berkesan tetapi, ia mungkin juga mempunyai risiko dan kesan sampingan yang lebih serius.

.

.

1)  Penghalang-Alpha (Alpha-Blockers)

.

Alpha-Blockers juga digunakan untuk mengekalkan bukaan salur darah dan merehatkan otot dinding pada salur darah seterusnya membiarkan darah lalu dengan lebih lancar dan kurang daya tekanan.

.

Ia biasaannya tak digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi. Tetapi jika diberikan, doktor akan sertakan sekali dengan ubatan lain.

.

alpha blockers

.

Kegunaan ubatan ini selalunya akan diberikan kepada pesakit yang menghidap penyakit prostate, ketumbuhan, dan penyakit arteri.

.

Penggunaannya dalam jangka masa panjang juga boleh mengakibatkan seseorang itu menghidap penyakit yang lebih serius seperti kegagalan jantung, serangan jantung dan strok.

.

.

2)  Perencat-Tindakan-Tengah (Central-Acting Drug)

.

Perencat-Tindakan Tengah berfungsi dengan menurunkan kadar degupan jantung seterusnya menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.

.

Ia juga berfungsi menghalang isyarat otak dari sampai kepada urat jantung yang mengawal kelajuan jantung mengepam dan bukaan salur darah, kesannya darah dapat lalu dengan lebih lancar dan mudah.

.

otak urat jantung

.

Ubat jenis ini juga banyak digunakan untuk merawat penyakit seperti:

  •  ADHD (Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif)

  •  Ubat tahan sakit

  •  Hot-Flushes (panas dalaman wanita menopaus)

  •  Sindrom Tourette

.

Ubatan jenis ini akan diberikan oleh doktor jika ubatan lain yang anda makan kurang memberikan kesan yang maksimum.

.

Hati-hati !

.

JIKA ANDA silap cara pengambilan atau berhenti mengambil ubatan ini secara tiba-tiba, tekanan darah anda boleh meningkat dengan mendadak.

.

.

3) Pembesar Salur Darah (Vasodilator)

.

vasodilator

.

Vasodilator adalah satu ubat darah tinggi yang berfungsi dengan menghalang otot salur darah daripada mengecil dan menyempit.

.

Kesannya, pengaliran darah akan menjadi lebih lancar dan jantung tidak perlu untuk mengepam darah dengan lebih laju seterusnya menyebabkan tekanan darah menurun.

.

Penggunaan terus vasodilator secara umumnya hanya apabila ubatan lain yang biasa digunakan seperti Diuretics atau Beta-blockers tidak memberi kesan yang sepatutnya.

.

Vasodilator juga digunakan untuk merawat:

  •  Angina (Penyakit jantung)

  •  Kegagalan jantung

  •  Preeclampsia (Tekanan darah tinggi ketika mengandung)

  •  Tekanan darah tinggi pulmonari

.

mual

.

Kesan sampingan lain seperti mual, kurang selera makan, sakit kepala, cirit-birit, dan degupan jantung yang tidak stabil boleh berlaku kepada anda.

.

Kebiasaannya doktor akan sertakan sekali ubatan lain untuk atasi kesan sampingan diatas.

.

.

.

4)  Renin Inhibitors (Perencat Renin)

.

Renin Inhibitor berfungsi dengan menghalang fungsi enzim renin (berfungsi mengecil dan menyempitkan salur darah) daripada keluar.

.

Ini seterusnya dapat membenarkan darah untuk lalu dengan lebih lancar dan menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah.

.

Ubatan jenis Renin Inhibitor boleh juga diambil bersama ubatan lain. Antara kesan sampingan yang munkin boleh berlaku:

  •  Batuk

  •  Sakit perut dan cirit-birit

  •  Ruam

  •  Sakit dibahagian dada

.

.

Secara umumnya, perlu kita ketahui bahawa segala jenis ubat-ubatan mempunyai kesan sampingan mereka yang tersendiri.

.

.

Kesan sampingan dan risiko yang bakal anda hadapi ini boleh dilihat dalam jangka masa yang pendek, apatah lagi dalam jangka masa yang panjang.

.

Ubat darah tinggi yang anda ambil juga mungkin boleh menjadi akibat kepada kegagalan fungsi jantung, buah pinggang, dan lain-lain penyakit merbahaya yang melanda masyarakat kita, tiada istilah ubat darah tinggi yang terbaik.

.

Amalan gaya hidup yang tidak sihat dan corak pengambilan pemakanan yang tidak seimbang merupakan salah satu faktor yang menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit tekanan darah tinggi / hipertensi.

.

Tabiat masyarakat berbilang bangsa kita juga yang sering menghidangkan masakan yang tinggi kolesterol, lemak, dan jumlah garam yang berlebihan, tak kira lah masakan melayu, cina, atau india.

.

Ini semua merupakan salah satu daripada punca utama.

.

Kesihatan Suami

.

Amalkan lah gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang jika kita tidak mahu penyakit-penyakit merbahaya berlaku kepada kita dan ahli keluarga kita.

.

Banyakkan ambil makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh meningkatkan tahap kesihatan anda.

.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Jika sudi, baca juga artikel ilmiah kami yang lain.

.

Semoga bermanfaat!

.

.

Jom Baca: Cara Puaskan Isteri dengan Cepat – Tanpa Perlu Bertahan Lama

.

.

Your Cart