Zaman sekarang ni, ramai lelaki yang tak peka tentang kesihatan mereka.

.

Frasa ‘makanan kesihatan lelaki’ itu sendiri pun, dah jadi begitu asing kepada para lelaki, hari demi hari.

.

Selalu kita tengok dekat iklan-iklan TV dan di media sosial, banyak iklan tentang produk wanita sahaja. Huhu.

.

Petua-petua di blog dan majalah pun banyak berkongsi tentang tips-tips wanita.

.

Lelaki ni tak penting ke?

.

.

Kami akui, masalah terutama tentang makanan kesihatan lelaki sangat jarang sekali dibahaskan dinegara kita.

.

Tapi ini bukan bermakna lelaki tak perlu nak jaga kesihatan ya, kesihatan lelaki pun penting juga.

.

Nak tahu apa dia?

.

Jom kami kongsikan tips-tips terbaik jaga kesihatan dan tingkatkan tenaga batin lelaki.

.

Boleh Baca: Kesihatan Lelaki – Anda Tak Jantan Kalau Tak Jaga Kesihatan Kelelakian

.

.

Senarai Makanan Terbaik

.

Setiap makanan yang kita makan mengandungi zat dan khasiat yang berbeza.

.

.

Makanan yang masuk kedalam tubuh badan kita ini lah yang menjadi penentu kepada tahap kesihatan seseorang itu, sama ada baik atau pun tidak.

.

Untuk mengekal dan menjaga kesihatan, makanan yang kita ambil itu perlulah berkhasiat serta mampu membekalkan nutrisi yang badan perlukan untuk berfungsi dengan baik.

.

Walaupun lelaki dan wanita mempunyai persamaan DNA sebanyak 98.5%, namun nutrisi dan zat yang diperlukan oleh setiap dari kita tak sama.

.

Dibawah kami senaraikan makanan kesihatan lelaki yang mampu meningkatkan tahap kesihatan lelaki secara zahir dan batin.

.

Nak tahu cara kuatkan zakar? Amalkan makanan ini!

.

.

1. Daging

.

daging masak kicap

.

Jika kita cakap pasal makanan kesihatan lelaki sahaja, sumber protein memang kena ada sebab sumber protein sangat diperlukan oleh lelaki.

.

Mesti anda terbayang kambing golek, daging masak hitam, kan?

.

Secara purata, kaum lelaki lebih gemar mengambil makanan yang berasaskan daging berbanding wanita.

.

Ini kerana umum mengetahui tubuh badan lelaki lebih besar dan tinggi berbanding wanita, seterusnya memerlukan zat protein yang lebih tinggi untuk mengekalkan jisim otot tubuh yang stabil.

.

daging lembu lemak

.

Tapi hati-hati, daging juga mengandungi jumlah lemak tepu yang tinggi yang boleh meningkatkan

.

Selain itu, pengambilan daging yang berlebihan juga boleh mengganggu bakteria baik yang ada didalam perut kita.

.

Ianya juga boleh meningkatkan jumlah bakteria tak baik yang menghasilkan toksin-toksin merbahaya pada tubuh.

.

Untuk anda yang inginkan tubuh badan yang ‘sado’ dan maskulin, anda dinasihatkan supaya menghadkan pengambilan protein yang berasaskan daging lembu, kerbau, atau kambing yang mempunyai jumlah lemak yang tinggi.

.

Lebihkan sumber protein seperti daging ayam, telur, dan ikan dan sertakan sekali dengan beberapa set senaman harian seperti push up, planking dan squat.

.

.

2. Makanan laut

.

.

Selain daging lembu, makanan laut seperti ikan juga merupakan makanan kesihatan lelaki yang tinggi sumber protein dan kaya dengan pelbagai jenis nutrisi baik untuk kesihatan tubuh badan lelaki.

.

Contoh ikan yang kaya dengan sumber protein.

  • Ikan Salmon
  • Ikan Sardin
  • Ikan Tilapia
  • Ikan Sebelah

.

Selain protein, makanan laut juga mempunyai jumlah zink yang tinggi serta mampunyai jumlah kalori dan lemak yang sedikit.

.

Mengikut kajian, makanan laut juga dapat meningkatkan nafsu seks seseorang.

.

Ia juga digunakan sebagai makanan untuk tenaga batin lelaki.

.

.

Ini kerana makanan laut mengandungi khasiat zink yang tinggi terutama sekali hidupan laut yang mempunyai cengkerang seperti , tiram, kerang, kepah, udang, dan ketam.

.

Zink merupakan elemen yang penting bagi pembentukan sperm dan meningkatkan hormon testosteron lelaki.

.

Selain itu khasiat zink juga mampu mencegah anda dari menghidap penyakit kanser prostat.

.

.

.

3. Susu

.

Serupa dengan daging, makanan kesihatan lelaki berasaskan produk tenusu seperti susu dan yogurt kaya dengan zat protein dan kalsium yang sangat diperlukan oleh tubuh badan lelaki.

.

Cuma jangan lupa pastikan produk tersebut rendah lemak dahulu.

.

Produk yang berasaskan susu juga mengandungi asid amino yang berfungsi dalam pertambahan otot serta boleh  menguatkan sendi dan tulang.

.

.

Rata-rata masyarakat kita lebih gemar meminum susu lembu berbanding susu kambing kerana mudah untuk didapati dan mempunyai pilihan yang pelbagai.

.

Tetapi tahukah anda minum susu kambing merupakan salah satu makanan sunnah untuk kesihatan lelaki?

.

Susu kambing merupakan makanan kesihatan lelaki yang tinggi zat kalsium, potasium dan vitamin A sangat sesuai untuk lelaki dewasa yang inginkan tubuh badan yang lebih maskulin.

.

.

4. Kacang soya

.

.

Jika anda mahukan zat protein yang berkualiti tinggi anda boleh cuba ambil produk yang berasaskan kacang soya seperti susu kacang soya, tauhu dan tempe.

.

Amalan pengambilan kacang soya mampu untuk mencegah kanser prostat.

.

Disebabkan kandungan lemaknya yang tidak tepu, kacang soya juga dianggap mampu untuk mengelak penyakit jantung.

.

Makanan kesihatan lelaki yang berasaskan kacang soya kaya dengan sumber protein(lagi tinggi dari susu lembu), antioksidan, kalsium, zat besi, dan vitamin B kompleks yang mampu memberi tahap kesihatan yang terbaik.

.

Susu soya juga boleh dijadikan alternatif bagi individu yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

.

.

Ada juga orang kata kacang soya tak bagus untuk sistem reproduksi lelaki, sebenarya itu semua mitos semata2.

.

Kajian yang dilakukan pula berat sebelah iaitu melibatkan seorang lelaki vegetarian yang juga penghidap penyakit diabetes.

.

Kajian kedua pula melibatkan seekor tikus, sedangkan umum tahu DNA dan komposisi badan antara manusia dan binatang sangat berbeza.

.

Hakikatnya, kajian mendapati kacang soya tidak meningkatkan risiko mati pucuk dalam kalangan lelaki.

.

Ikuti video dari Dr. Ismail Tambi tentang kesan kacang soya terhadap kesihatan seks dibawah.

.

.

.

5. Pisang

.

.

Pernah tak anda rasa kejang dibahagian kaki?

.

Rasa kejang sebegini biasanya berlaku selepas kita melakukan aktiviti senaman dan lasak, antara puncanya disebabkan oleh kurangnya zat potasium dalam badan.

.

Pisang juga salah satu makanan kesihatan lelaki yang ‘famous’ untuk kesihatan zakar lelaki.

.

Pisang mengandungi zat potasium yang tinggi dan boleh mengurangkan risiko anda mendapat kekejangan otot dan serta dapat menguatkan tulang.

.

Pengambilan pisang dalam diet seharian juga dapat mencegah anda dari menghidap penyakit merbahaya seperti penyakit darah tinggi(hipertensi), penyakit jantung, dan diabetes.

.

Khasiat pisang juga boleh mengurangkan risiko anda mempunyai masalah ereksi (erectile dysfunction)

.

.

6. Hawthorn

.

hawthorn

Gambar Produk: Biotropics Howthorn Plus

.

Howthorn merupakan buah beri yang boleh didapati di sekitar benua Amerika, Eropah, dan juga di asia.

.

Telah berabat lamanya buah hawthorn menjadi amalan masyarakat zaman dahulu untuk merawat masalah penghadaman, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi.

.

Malah dalam perubatan cina juga buah hawthorn merupakan ramuan penting dalam penghasilan ubat-ubatan.

.

Ini kerana beri ini mudah untuk didapati dan mempunyai pelbagai manfaat penting seperti boleh menurunkan kadar tekanan darah, merawat masalah penghadaman, mencegah penyakit jantung, dan diabetes.

.

Hawthorn kaya dengan antioksidan, tak hairan lah kenapa masyarakat diserata benua menggunakan beri berwarna merah ini sebagai ramuan utama untuk merawat dan mencegah penyakit dalaman.

.

Ia juga mempunyai manfaat untuk kulit seperti melambatkan proses penuaan, dan meningkatkan kesihatan serta mencantikkan kulit.

.

.

6. Tomato

.

.

Anda suka makan spaghetti bolognese? Tahu tak sos bolognese tu diperbuat dari sayur tomato?

.

Jangan tak tahu, tomato pun ada banyak khasiatnya tau.

.

Khasiat dari sayur tomato mampu untuk mengekalkan kesihatan kelenjar prostat anda.

.

Ada beberapa kajian yang melibatkan 500,000 responden mendapati, kebanyakkan penggemar makanan berasaskan tomato mempunyai kurang risiko mendapat kanser prostat.

.

Selain itu juga, tomato ada khasiatnya yang lain contohnya dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

.

.

Berdasarkan statistik, penyakit jantung merupakan penyakit no. 1 yang paling banyak jumlah kematian di Malaysia.

.

Tak hairan lah masyarakat kita juga kurang menggunakan tomato dalam masakan harian.

.

.

7. Bayam

.

Ramai yang mengetahui bayam merupakan antara makanan penambah darah yang terbaik.

.

Ini kerana jumlah folic acid yang ada didalam sayur bayam akan membantu tubuh badan kita untuk menghasilkan sel darah merah dan putih yang baharu untuk kegunaan tubuh badan.

.

.

Bayam juga mengandungi zat magnesium yang berfungsi untuk meningkatkan pengaliran darah dan telah terbukti mampu menambah kadar hormon testosteron dalam tubuh badan lelaki.

.

Penghasilan hormon testosteron yang banyak ini lah yang menjadi faktor utama kepada peningkatan nafsu seks seseorang.

.

.

8. Kekacang

.

Anda suka kacang? Bagus.

.

Ada banyak khasiat kacang yang ramai orang tak tahu.

.

.

Contohnya kacang mampu untuk menurunkan kadar cholesterol dalam badan dan juga merawat masalah mati pucuk.

.

Kekacang seperti pistachios, almond, dan walnut mempunyai kandungan protein, zink, fiber dan antioksidan yang tinggi mampu menambah kandungan darah dalam badan dan melancarkan pengaliran darah

.

Lelaki yang mengamalkan kekacang sebagai makanan kesihatan lelaki secara kerap berpotensi untuk tahan lebih lama semasa melakukan hubungan seks bersama isteri.

.

.

9. Coklat Gelap

.

“Kejap, tadi suruh jaga kesihatan ni suruh makan coklat pula?”

.

.

Sabar dulu tuan-tuan, dark chocolate pun ada banyak khasiat dan manfaat yang boleh kita ambil.

.

Kajian telah mendapati, coklat gelap atau dark chocolate mengandungi banyak antioksidan yang boleh meningkatkan kesihatan jantung.

.

Pakar juga berpendapat dark chocolate dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, membantu dalam peredaran darah dan menurunkan kadar cholesterol tak baik dalam badan.

.

Dah tentu, coklat masih lagi salah satu daripada manisan, jadi anda semua kena ambil manisan dalam kadar yang sedikit.

.

Kami syorkan anda ambil tak lebih dari 30gram coklat gelap sehari, dan kandungan koko dalam produk tersebut mestilah melebihi 70%.

.

.

10. Tongkat Ali

.

.

Sejak zaman dahulu lagi, masyarakat melayu telah pun menggunakan khasiat tongkat ali sebagai herba dalam makanan kesihatan lelaki dan juga dijadikan sebagai herba kuat untuk lelaki.

.

Tongkat ali telah terbukti mampu meningkatkan kadar hormon testosteron dalam badan lelaki.

.

Kadar hormon testosterone yang meningkat secara mendadak ini boleh mengembalikan tenaga zahir dan batin kepada pengamal tongkat ali.

.

Selain itu, tongkat ali mampu untuk merangsang keinginan seksual, meningkatkan kesuburan sperm, mengurangkan lemak, dan mengstabilkan mood seseorang.

.

Kajian mendapati kadar testosterone dalam tubuh badan lelaki akan mula berkurang dari umur 35 tahun dan keatas.

.

Jadi kami sarankan anda yang dah berumur, amalkan lah tongkat ali yang banyak khasiatnya untuk kaum lelaki, baik dari segi tenaga dan fizikal, mahu pun prestasi seksual.

.

.

Banyak produk yang berasaskan tongkat ali yang ada dipasaran sekarang ini, ada yang datang dalam bentuk kopi (Nu Caffe) mahupun tablet (Men’s Formula & Nu Prep).

.

Khasiat dari tongkat ali bukan sahaja mampu untuk meningkatkan tenaga zahir batin, malah boleh membuat anda menjadi lebih fokus dalam melakukan kerja harian.

.

Pelbagai kajian telah pun dibuat mengenai khasiat tongkat ali yang diguna secara turun murun ini.

.

Penggunaannya dan khasiatnya juga mendapat pengiktirafan dari ramai doktor antaranya:

  •  Dr. Ismail Tambi (Damai Service Hospital)

  •  Dr. Roland Victor(Sky Kuala Lumpur Clinic)

  •  Dr. Zubaidi Hj Ahmad (Perubatan Am)

  •  Dr. Balachandran (Poliklinik Cahaya)

.

Pengambilan supplement tongkat ali juga boleh dianggap sebagai vitamin kesihatan lelaki.

.

Boleh Baca Selepas Ini: Klinik Pakar Lelaki – Senarai Klinik Terbaik Untuk Anda Cek Masalah Kelamin

.

.

Makanan yang boleh menjejaskan kesihatan lelaki

.

1. Makanan bergoreng

.

.

Makanan bergoreng dan berminyak sememangnya bahaya untuk kita.

.

Elakkan makan makanan bergoreng seperti ayam goreng, kentang dan lain-lain bukan sahaja tak baik untuk kesihatan untuk tubuh badan kita, malah boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam badan.

.

Peningkatan kolesterol yang tinggi tersebut akan menyebabkan pelbagai komplikasi boleh berlaku kepada anda seperti sakit jantung, hipertensi, dan lemah tenaga batin.

.

Anda rasa badan anda cukup sihat dan prestasi seks anda kuat sekarang ini, tapi anda akan nampak kesannya dalam beberapa tahun lagi terutama sekali jika anda dalam golongan yang sudah agak berumur.

.

Minyak masak tinggi kolesterol yang digunakan untuk menggoreng boleh menurunkan kadar hormon testosteron seseorang.

.

.

Kekurangan hormon ini lah yang menyebabkan seseorang lelaki itu susah untuk merasa terangsang apabila melakukan seks dan akhirnya menjejaskan hubungan suami isteri.

.

Jangan lupa amalkan makanan kesihatan lelaki yang sihat dan yang mempunyai kadar kolesterol baik yang lebih tinggi sebagai alternatif.

.

2. Air berkarbonat

.

‘Fuh kalau dapat air kola sejuk petang-petang ni best jugak’

.

Tunggu! Jangan minum dulu sebelum anda baca info yang kami nak kongsikan ni.

.

.

Tahu tak, separuh daripada isipadu botol air berkarbonat yang anda minum itu mengandungi jumlah gula yang tinggi.

.

Kandungan gula yang diambil tersebut akan bertukar menjadi lemak dan berpotensi besar untuk menghidap penyakit jantung dan diabetes.

.

Setiap individu yang mempunyai penyakit jantung sudah tentu akan mengalami masalah rangsangan pada zakar (erectile dysfunction).

.

Kebanyakkan minuman berkarbonat yang ada dipasaran sekarang ini mengandungi pemanis artifisial yang boleh mengganggu tahap hormon serotonin yang menentukan mood seksual seseorang.

.

3. Sarapan berkalori tinggi

.

.

Cakap pasal makanan sarapan dekat Malaysia, mesti dalam kepala kita terfikir tentang Nasi Lemak, Roti Canai, Mee Goreng, dan Nasi Goreng, betul tak?

.

Sudah tentu, makanan itu semua yang biasa kita makan waktu sarapan pagi.

.

Tapi ramai yang tak tahu atau buat tak tahu sahaja tentang bahaya makanan yang berkalori tinggi sebegitu.

.

Jumlah kalori yang tinggi ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah obesity dan kegemukan.

.

Ia juga boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari berlaku.

.

Tak kan muda-muda lagi nak kena penyakit jantung kan tuan-tuan.

.

4. Makanan ringan / segera

.

.

Semua orang suka makan makanan ringan seperti kerepek, kentang goreng, mi segera dan lain2 makanan yang mengandungi jumlah garam dan MSG yang tinggi.

.

Makanan yang mengandungi jumlah garam dan serbuk perasa yang banyak boleh mengakibatkan seseorang itu menghidap penyakit darah tinggi.

.

Penyakit darah tinggi atau hipertension susah untuk dirawat jika anda tidak mengamalkan diet yang seimbang dan yang kurang kandungan garam.

.

Tambahan pula, pengambilan ubat-ubatan untuk merawat penyakit darah tinggi mempunyai pelbagai kesan sampingan jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang.

.

.

.

Tuntutan Menjaga Kesihatan

.

Dalam satu hadis Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Gunakanlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; Masa mudamu sebelum masa tuamu, kesihatanmu sebelum sakitmu, waktu luangmu sebelum waktu sibukmu, masa kayamu sebelum masa kefakiranmu, masa hidupmu sebelum kematianmu.” 

[Riwayat al-Hakim]

.

Baginda menyuruh kita supaya manfaatkan nikmat sihat dan kesenangan yang Allah beri pada kita dengan amalan yang baik dan soleh.

.

Nikmat sihat dan masa lapang juga adalah anugerah daripada Allah yang tidak ternilai, kita seharusnya memelihara nikmat sihat yang dikurniakan Allah ini dengan aktiviti yang boleh meningkatkan kesihatan diri contohnya bersenam dan mengamalkan pemakanan yang seimbang.

.

Ini selari dengan hadis rasulullah yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu”

[HR Bukhari]

.

.

Umat islam telah diamanahkan oleh Allah untuk menjaga dan memelihara kesihatan diri serta orang sekeliling supaya dapat membina masyarakat yang sihat, baik dari segi fizikal, mental mahupun emosi.

.

.

Selain dari makanan kesihatan lelaki yang kami senaraikan diatas, kita juga mestilahlah sentiasa makan makanan yang halal dan bersih.

Ini supaya tubuh badan kita tidak tercemar dari bahan-bahan yang kotor yang boleh memudaratkan diri sendiri.

.

Terima kasih kerana telah meluangkan masa membaca artikel ini.

.

Semoga apa yang dikongsikan harini dapat dimanfaatkan oleh anda semua.

.

Jika anda ada masa yang lebih, boleh baca perkongsian kami yang lain.

.

Salam!

.

Jom Baca: KESUBURAN LELAKI – 9 Cara-Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki

.

.

 

0
Your Cart