Kesihatan Lelaki – Anda Tak Jantan Kalau Tak Jaga Kesihatan Kelelakian

Writer Author SuamiSihat

Hadi Idham

“Murad, kau tak perasan ke perubahan body si Sabri tu?”

.

tanya Kamal kepada Murad yang tengah “pishang” dalam office. Ini kesihatan lelaki tu.

.

Murad yang dari tadi mengelamun, terkebil-kebil bangkit dari lamunan.

.

Terus Kamal sambung bercerita…

.

“Takkan kau tak perasan badan Sabri tu. Aku tengok lain macam. Makin sado”, kata Kamal sambil berbaur cemburu.

.

“Dah la baru ni dia naik pangkat. Memang kena la dengan penampilan baru dia tu. Karismatik betul”, sambung Kamal lagi.

.

Murad yang baru faham apa yang nak disampaikan Kamal terus menambah, “Tu la. Kalau tak salah aku la kan, bini dia baru mengandung. Dia kan baru jer kahwin. Subur betul si Sabri ni.”

.

Lalu bersambung lah kedua-dua orang sahabat ini bercerita berkenaan Sabri yang benar-benar meninggalkan good impression terhadap mereka.

.

Bukan apa. Apa yang dilalui Sabri sebenarnya ialah yang diimpikan oleh kebanyakan lelaki.

.

Dia ada isteri yang cantik dan sedap mata memandang.

.

Kesihatan Lelaki

.

Kesuburan terbukti kerana dapat mengandungkan isteri sesegera mungkin dan kewangan yang stabil serta kukuh.

.

Sebenarnya apa yang dicapai oleh Sabri dapat dicapai oleh mana-mana lelaki dengan syarat anda perlulah menjaga kesihatan lelaki.

.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Kesihatan Lelaki Secara Umum

.

Kesihatan Lelaki

.

Semua lelaki rasanya tahu apa kepentingan untuk menjaga dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

.

Kesihatan lelaki sangat berkait rapat dengan kesihatan secara umum.

.

Jika anda mempunyai jadual yang agak sibuk, anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk melakukan senaman.

.

Ia juga akan menyukarkan anda untuk mencari masa bagi mendapatkan makanan yang berkhasiat kerana makanan segera adalah lebih mudah untuk dicari.

.

Tapi, semua tu bukanlah alasan untuk anda mengabaikan kesihatan lelaki.

.

Apa kata anda baca perkongsian kami sehingga habis kerana kami ada beberapa tips yang anda boleh amalkan untuk meningkatkan kesihatan lelaki.

.

.

Kesihatan Seksual Lelaki

.

Kesihatan Lelaki

.

Biasanya lelaki ni ada satu masalah iaitu susah untuk berjumpa dengan doktor dan mengabaikan sebarang simptom yang mungkin merisikokan kesihatan lelaki.

.

Kesihatan lelaki zakar terutamanya sering dipandang remeh oleh kebanyakan lelaki.

.

Mereka lebih percayakan produk kesihatan lelaki berbanding dengan mendapatkan nasihat doktor berkenaan apa sebenarnya yang mereka perlukan.

.

Anda boleh tetapkan pemeriksan berkala secara tahunan dengan doktor dan pastikan anda patuhinya.

.

Dari sini, doktor boleh menjalankan pemeriksaan kesihatan seperti:

  • Memeriksa berat badan
  • Memeriksa tekanan darah
  • Memeriksa paras kolestrol dalam darah 

.

 

.

Kalau anda nak tahu, berat badan berlebihan, tekanan darah tinggi dan juga paras kolestrol yang tinggi didalam darah merupakan faktor terbesar untuk anda mendapat penyakit kardiovaskular.

.

Doktor atau pakar sakit tuan anda boleh mencadangkan anda untuk:

  • Mengubah gaya hidup anda
  • Mengambil makanan kesihatan lelaki
  • Mengelakkan makanan yang menyebabkan mati pucuk
  • Mendapatkan rawatan bagi mengawal berat badan, tekanan darah dan tahap kolestrol
  • Mendapatkan rawatan ED (Erectile Dysfunction) atau mati pucuk

.

Baca Juga : KESUBURAN LELAKI – 9 Cara-Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki

.

.

Makan Makanan Semulajadi

.

Kesihatan Lelaki

.

Makanan dalam pek dan juga makanan yang diproses biasanya penuh dengan:

  • Gula
  • Garam
  • Lemak yang tidak sihat
  • Perasa tiruan
  • Kalori

.

Kami sangat-sangat galakan anda untuk mengelakkan makanan sebegini dan lebihkan makanan seperti:

  • Sayuran segar dan juga buah-buahan
  • Produk bijirin penuh
  • Makanan yang kaya dengan serat seperti kacang dan sayur hijau
  • Daging dan ayam terutamanya yang tidak berkulit
  • Ikan seperti ikan salmon

.

.

Kalau anda keluar membeli barang dapur, elakkan daripada menghampiri kawasan makan yang diproses.

.

Cuba disiplinkan diri anda untuk mendapatkan makanan segar.

.

.

.

.

.

Workout & Senaman Untuk Kesihatan Lelaki

.

Kesihatan Lelaki

.

Penyakit jantung merupakan salah satu daripada penyebab kematian utama lelaki.

.

Senaman secara kerap mampu untuk mengelakkan masalah ini dan meningkatkan tahap kesihatan anda secara menyeluruh.

.

Cuba untuk dapatkan sekurang-kurangnya 150 minit sesi senaman intensiti sederhana atau 75 minit sesi senaman berat setiap minggu.

.

Sebagai contoh, anda boleh tetapkan 5 sesi senaman aerobik selama 30 minit didalam jadual mingguan anda.

.

Senaman aerobik termasuklah aktiviti seperti berjalan, jogging, berenang, futsal, tenis dan sukan-sukan lain.

.

.

Ia juga penting untuk anda mendapatkan sekurang-kurangnya 2 sesi aktiviti menguatkan otot badan anda setiap minggu.

.

Sebagai contoh, anda boleh lakukan aktiviti seperti mengangkat berat, rock climbing dan yoga untuk memberikan anda kekuatan otot yang lebih kuat.

.

Baca Juga : Senaman Kegel – Kuatkan “Senjata” Anda Wahai Suami

.

.

Jaga Saiz Pinggang Anda

.

Kesihatan Lelaki

.

Jika ukuran pinggang anda adalah lebih daripada 40 inci, anda perlu mula risau dah sebenarnya.

.

Ia akan memberikan kesan negatif terhadap kesihatan lelaki anda.

.

Menurut National Heart, Lung and Blood Institute, ia akan meningkatkan risiko untuk anda mengalami masalah yang berkaitan obesiti.

.

Sebagai contoh, lelaki yang mempunyai ukuran pinggang yang agak besar berisiko untuk:

  • Type-2 diabetes
  • Penyakit jantung
  • Strok

.

Bagi kebanyakan lelaki, cara untuk membuang lemak lebihan pada perut adalah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori dan bersenam dengan lebih kerap.

.

Anda boleh dapatkan nasihat dan khidmat doktor untuk menghasilkan satu weight-loss plan yang selamat dan efektif untuk anda.

.

.

Vitamin Untuk Kesihatan Lelaki

.

Kesihatan Lelaki

.

Kebanyakan lelaki boleh dapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan pada kadar optimum dengan cara mengambil makanan secara seimbang.

.

Ia sangat penting untuk anda mengambil pelbagai jenis makanan untuk mendapatkan vitamin tersebut samada dari:

  • Buah-buahan segar
  • Sayur-sayuran
  • Bijirin penuh

.

Kebanyakan makanan tersebut juga mampu memberikan anda serat yang sangat bagus untuk kesihatan jantung dan juga anti-oksida semulajadi yang mampu untuk mengurangkan risiko anda terkena penyakit lain.

.

Sesetengah lelaki juga akan mendapat manfaat hasil pengambilan multivitamin dan juga suplemen lain.

.

Ada juga yang mengambil minuman kesihatan untuk lelaki dan juga sesetengah doktor akan mencadangkan herba cina untuk mati pucuk seperti ginseng.

.

Sebagai contoh, doktor anda mungkin juga akan menggalakkan pengambilan suplemen sepeti kapsul minyak ikan yang mengandungi omega-3 fatty acid dan juga vitamin D3.

.

.

Pastikan anda bertanya kepada doktor terlebih dahulu berkenaan potensi manfaat dan juga risiko yang bakal anda hadapi hasil pengambilan multivitamin dan juga suplemen.

.

Baca Juga : Cara Tingkatkan Kekerasan Zakar (Ereksi) – Awang Anda Perlu Keras!

.

.

Buang Tabiat Buruk

.

.

Ramai lelaki merisikokan kesihatan lelaki disebabkan oleh ketagihan rokok.

.

Bukan si perokok saja akan terjejas malah mereka yang dikategorikan sebagai secondhand smoker yang menghidu asap rokok juga akan terjejas teruk.

.

Antara masalah paling teruk yang bakal dihadapi oleh lelaki akibat merokok adalah kanser paru-paru selain beberapa lagi masalah kesihatan lain seperti:

  • Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD)
  • Emphysema
  • Penyakit jantung

.

.

.

.

Anda juga berisiko untuk mendapat bermacam jenis kanser.

.

Selain rokok, pengambilan alkohol secara berlebihan juga akan memberikan kesan terhadap kesihatan lelaki.

.

Bagi anda yang mengambil recreational drug, anda juga perlu berhenti segera kerana ia turut berkait rapat dengan beberapa masalah kesihatan seperti serangan jantung dan juga strok hasil pengambilan kokain.

.

Kesihatan Lelaki

.

Dadah yang disuntik juga akan memberikan jangkitan serius dan pemecahan kulit pada kawasan yang disuntik.

.

Sesetengah lelaki juga mengambil anabolic steroid untuk meningkatkan kepadatan otot mereka.

.

Hal ini akan membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti penyakit jantung, penyakit kulit dan juga masalah dalam tingkahlaku.

.

Dapatkan khidmat nasihat doktor untuk mereka hasilkan plan untuk anda berhenti kesemua tabiat buruk ini.

.

.

Lindungi Kulit Anda

.

Kesihatan Lelaki

.

Kalau anda pernah dengar berkenaan melanoma, anda patut mula berasa risau kerana ia merupakan salah satu daripada kanser membunuh yang kerap berlaku kepada mereka yang berusia 50 tahun keatas.

.

Untuk mengurangkan risiko anda mendapat melanoma, ambil langkah bijak dengan melindungi diri anda daripada sinaran UV merbahaya.

.

Jadi, bila anda berada diluar:

  • Pakai shade
  • Lindungi badan anda dengan pakaian
  • Tutup mana-mana bahagian badan anda yang terdedah dengan sunscreen yang mengandung SPF (sun protection factor) pada tahap 30 atau lebih.
  • Sapu sunscreen setiap 2 jam jika anda kerap berpeluh atau berenang

.

Ia juga penting untuk anda mengelakkan aktiviti tanning kerana ia akan mendedahkan anda pada sinaran UV.

.

Cuba untuk lakukan pemeriksaan kulit sendiri secara bulanan untuk melihat sebarang perubahan terhadap warna atau tekstur kulit anda.

.

.

Anda boleh gunakan cermin untuk melihat kawasan yang anda tak dapat lihat dengan mudah.

.

Anda juga boleh bertemu dengan pakar kulit untuk dapatkan pemeriksaan menyeluruh secara tahunan.

.

.

Elakkan Dua Jenis Kanser Ini!

.

.

Selepas kanser kulit, ada dua lagi jenis kanser yang anda patut cuba elakkan iaitu:

  • Kanser prostat
  • Kanser kolon

.

Bagi kanser prostat, jika anda mengalami masalah untuk kencing, mengalami kesakitan sewaktu kencing atau anda perasan ada darah dalam air kencing anda, ia merupakan tanda prostat anda bermasalah.

.

Bagi kanser kolon pula, ia kerap berlaku pada mereka yang berumur 50 tahun keatas.

.

Anda perlu berjumpa doktor untuk melihat samada ada polyps atau tidak didalam kolon anda.

.

Jika ada, anda perlu berhati-hati kerana ia boleh membesar menjadi kanser jika tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

.

.

Kesihatan Mental Lelaki

.

.

Bila melibatkan mental, ia akan memberikan kesan terhadap kesihatan lelaki dan juga kesihatan anda secara menyeluruh.

.

Kalau anda nak tahu, keadaan mental yang tidak stabil akan memberikan kesan terhadap ereksi anda.

.

Sebagai contoh, bagi anda yang mengalami tekanan atau stress, agak sukar sebenarnya untuk anda memberikan aksi terbaik ketika bersama pasangan anda.

.

Ada kemungkinan juga ia akan perlahan-lahan membawa kepada masalah mati pucuk.

.

Selain itu, ketagihan pornografi juga merupakan salah satu daripada tanda kesihatan lelaki dari segi mental yang agak lemah.

.

Anda kena tahu yang lelaki sejati tidak akan ketagih dengan pornografi kerana mereka tahu hasil daripada menonton pornografi, akan ada lebih banyak kesan buruk terhadap zakar mereka.

.

Penampilan Harian

.

.

Haa.. Bab ni ramai sangat lelaki yang fail walaupun mereka termasuk dalam golongan yang berduit dan boleh berbelanja untuk berpenampilan lebih menarik.

.

Bayangkan lah kita lelaki ni asyik cakap nak perempuan yang jaga penampilan, nampak comel, tak comot dan sebagainya tapi kita sendiri keluar pun pakai t-shirt biasa dengan seluar track menggelebeh, ketiak taknak pakai deodorant & pewangi.

.

ketiak lelaki busuk

.

Lepas tu asyik nak meroyan dekat socmed katanya perempuan zaman sekarang ni memilih sebab nak yang oppa-oppa Kpop dan nak Mr. Perfect macam dalam drama 7 petang tu.

.

Sebenarnya tak susah pun untuk anda menjaga penampilan diri anda dan menjadi lebih menarik tanpa perlu anda laburkan wang yang banyak.

.

Anda boleh dapatkan pakaian berkualiti dan menarik di kedai-kedai bundle dan anda cuma perlu pandai mix and match pakaian anda sebaiknya sesuai dengan aktiviti yang anda lakukan.

.

.

Rasanya sekian sahaja perkongsian kami berkenaan kesihatan lelaki yang anda perlu tahu.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!

.

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?