Senaman Kegel – Kuatkan “Senjata” Anda Wahai Suami!

A Hasan Hamdani

Hadi Idham

Senaman kegel merupakan senaman yang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan seksual dan juga kesihatan zakar lelaki.

.

Namun, tak ramai lelaki yang benar-benar mengambil serius akan senaman ini kerana mereka lebih percayakan pengambilan ubat semata-mata.

.

Antara manfaat senaman ini adalah:

  • Meningkatkan kemampuan pengawalan pundi kencing
  • Meningkatkan kesihatan seksual
  • Meningkatkan kesihatan zakar
  • Membantu memulihkan mati pucuk

.

.

.

Namun, semua ini hanya boleh diperoleh jika anda benar-benar melakukannya mengikut apa yang telah ditetapkan.

.

Baca Juga : Ubat Mati Pucuk – Ini Rawatan Sebenar jika Anda Mengalami ED

.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Salah Faham Senaman Kegel

.

Senaman Kegel

.

Rupa-rupanya ramai lelaki yang menyangka senaman kegel hanyalah untuk wanita sahaja.

.

Disebabkan oleh salah faham inilah, ramai lelaki yang merana seumur hidup mereka dan terlepas masa-masa penting untuk meningkatkan kesihatan seksual mereka.

.

Ada juga yang terpaksa menanggung derita mati pucuk bertahun lamanya dan sebaik sahaja melakukan senaman kegel, kesihatan zakar dan kekuatannya semakin pulih.

.

Sebab itu rugi kalau anda malas membaca kerana anda akan terlepas maklumat-maklumat penting berkaitan kesihatan seksual anda.

.

Jangan bergantung kepada ubat dan produk semata-mata.

.

Tidak dinafikan ada banyak produk yang berkualiti dan mampu membantu anda diluar sana namun bukan semua akan memberikan anda kesan seperti yang anda inginkan jika anda sendiri tidak berusaha untuk berubah.

.

.

Kelebihan Senaman Kegel

.

Senaman Kegel

.

Senaman kegel untuk lelaki sebenarnya mampu untuk menguatkan kawasan otot pelvik anda yang menyokong pundi kencing dan usus anda.

.

Kedua-dua ini akan memberikan kesan terhadap fungsi seksual anda.

.

Jika anda berjaya menjaganya dengan baik, maka kesihatan seksual anda juga akan turut meningkat.

.

Jika anda belajar dengan mendalam berkenaan senaman ini, anda akan mendapatinya tidaklah menyusahkan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

.

Sebelum anda memulakan senaman kegel, anda perlu kenalpasti terlebih dahulu otot yang terlibat dan cara yang tepat untuk melakukannya.

.

Baca Juga : Cara Panjangkan Zakar – Boleh ke Anda Besarkan Zakar Sebenarnya?

.

.

Kebaikan Senaman Kegel Untuk Lelaki

.

Senaman Kegel

.

Sebenarnya terdapat banyak sangat faktor yang mampu membuatkan otot pelvik anda semakin lemah.

.

Antara faktor yang akan membuatkan otot tersebut lemah adalah:

  • Pembedahan untuk membuang prostat (radical prostatectomy)
  • Kencing manis
  • Pundi kencing terlebih aktif

.

Jadi, menerusi senaman kegel, anda juga akan mendapat manfaat sekiranya anda mengalami:

  • Urinary or fecal incontinence
  • Kencing tak lawas

.

Ia akan membantu untuk mengatasi masalah yang telah disebutkan diatas.

.

Baca Juga : Cara Tingkatkan Kekerasan Zakar (Ereksi) – Awang Anda Perlu Keras!

.

.

Macam Mana Nak Buat Senaman Kegel?

.

Senaman Kegel

.

Bila anda dah tahu segala kelebihan dan matlamat yang ada pada senaman kegel, anda pastinya akan berasa makin tak sabar untuk memulakannya.

.

Tapi, kami nak sangat-sangat supaya anda membuang sebarang perasaan tak best setiap kali anda mendengar berkenaan senaman.

.

Ye la. Bila dah makin bertambah usia ni kalau tiba-tiba nak mula bersenam memang agak susah sikit dan kadang-kadang kita tahu disebabkan oleh gaya hidup kitalah semua penyakit ini datang dan kita tahu dengan mengubah gaya hidup, kesihatan kita akan lebih baik.

.

Namun, kita tetap tak berasa semangat untuk melakukannya.

.

Apa kata anda motivasikan diri anda dengan memikirkan perkara dibawah:

  • Mengelakkan penyakit yang melibatkan zakar
  • Menguatkan otot pelvik
  • Menguatkan zakar
  • Mengelakkan anda daripada merasa was-was untuk beribadah disebabkan oleh kencing tidak lawas

.

.

Paling penting, anda kena tahu yang senaman kegel mampu meningkatkan kesihatan seksual dan juga prestasi seksual anda.

.

Dah rasa motivated? Cun! Kita sambung.

.

Untuk permulaan, kami hanya kongsikan cara yang paling simple sahaja:

.

.

1. Tentukan otot yang tepat

.

Senaman Kegel

.

Untuk mengenalpasti dasar otot pelvik anda, hentikan proses anda buang air kecil pada bahagian tengah zakar anda atau ketatkan bahagian segala cecair keluar dengan cara yang hampir sama seperti mengemut.

.

Segala pergerakan ini menggunakan pergerakan daripada dasar otot pelvik anda.

.

Bila anda dah dapat mengenalpastinya, anda boleh melakukan senaman ini dari sebarang posisi walaupun anda akan rasa posisi yang paling mudah adalah ketika anda melakukannya sewaktu berbaring.

.

.

2. Sempurnakan teknik anda

.

Senaman Kegel

.

Ketatkan bahagian dasar otot pelvik anda dan tahan kemutan tersebut untuk 3 saat dan kemudian lepaskan untuk 3 saat.

.

Cuba lakukannya untuk beberapa kali secara berturut-turut.

.

Apabila otot anda semakin kuat, cuba lakukan senaman kegel dalam keadaan duduk, berdiri atau berjalan.

.

.

.

.

3. Kekalkan fokus anda

.

.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, fokus pada mengetatkan hanya bahagian dasar otot pelvik anda sahaja.

.

Pastikan anda tidak melenturkan otot pada bahagian abdomen, paha atau punggung anda.

.

Elakkan daripada menahan nafas sebaliknya bernafas seperti biasa.

.

.

4. Ulang 3 kali sehari

.

.

Cuba untuk lakukannya sebanyak 3 set dengan 10 kali pengulangan setiap hari.

.

.

Bila Masa Sesuai?

.

.

Jadikan senaman ini sebagai salah satu daripada rutin harian anda. Sebagai contoh:

  • Selitkan senaman kegel setiap kali anda melakukan perkara yang anda lakukan setiap hari seperti sewaktu anda memberus gigi.
  • Lakukan satu set lagi sebaik saja anda selesai kencing, untuk membuang titisan-titisan akhir air kencing anda.
  • Kecutkan dasar otot pelvik anda sebelum dan sewaktu anda melakukan aktiviti yang memberikan tekanan terhadap abdomen anda seperti bersin, batuk, ketawa dan mengangkat berat.

.

.

Bila Anda Mengalami Masalah Dalam Senaman Kegel

.

.

Jika anda mengalami masalah sewaktu mengamalkan senaman kegel, jangan sesekali rasa malu untuk mendapatkan bantuan.

.

Anda boleh bertanyakan pendapat daripada doktor atau pakar perubatan lain yang mampu memberikan anda maklum balas yang sewajarnya.

.

Besar kemungkinan anda mengalami masalah untuk mengasingkan pergerakan otot atau anda tidak berjaya menemukan kawasan yang tepat pada otot pelvik anda.

.

Dengan cara ini sahaja baru anda dapat memastikan diri anda mendapat manfaat sepenuhnya daripada senaman kegel.

.

Bagi sesetengah kes, biofeedback mampu memberikan anda bantuan yang sewajarnya.

.

.

Sewaktu sesi ini, doktor atau pakar perubatan akan memasukkan sesuatu kedalam rektum anda.

.

Sebaik sahaja anda mengendurkan dan menegangkan dasar otot pelvik anda, monitor akan memaparkan aktiviti yang berlaku pada dasar otot pelvik anda.

.

Kajian juga menunjukkan bahawa biofeedback mampu memberikan kesan yang lebih efektif untuk merawat fecal incontinence.

.

.

Bila Anda Boleh Melihat Hasil Senaman Ini?

.

Senaman Kegel

.

Untuk memastikan anda mendapat hasil yang sewajarnya sewaktu anda melakukan senaman kegel ini, anda perlu melakukannya secara kerap.

.

Hasil daripada kekerapan melakukannya, anda akan mula melihat kesan-kesan positif terhadap kehidupan anda seperti zakar anda kembali kuat dan keras.

.

Selain itu, anda juga akan dapat melihat hasil dimana tiada lagi masalah kencing tak lawas hasil melakukan senaman kegel dalam tempoh beberapa minggu ke beberapa bulan.

.

Bagi memastikan anda dapat meningkatkan kesihatan zakar dan kesihatan seksual anda secara lebih menyeluruh, jadikan senaman kegel sebagai rutin kekal dalam kehidupan harian anda.

.

.

Rasanya itu sahaja perkongsian daripada kami kali ini berkenaan senaman kegel.

.

Jangan lupa untuk membaca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?