Pernah dengar berkenaan minyak pengasih?

.

Rasanya hampir semua orang pernah dengar dan tahu apa kegunaan minyak pengasih ni.

.

Minyak Pengasih

.

Antara nama lain untuk minyak pengasih ni adalah:

.

1. Minyak calit

.

Minyak Pengasih

.

Biasanya minyak calit ini digunakan oleh mereka yang menghadapi masalah dalam hal-hal berkaitan jodoh dan juga mempunyai masalah dengan pasangan.

.

2. Minyak dagu

.

.

Minyak dagu ada yang jenis untuk mengikat kasih, namun kebanyakannya lebih kepada tujuan untuk membalas dendam dimana mangsa akan menjadi bodoh, hilang kewarasan, bercerai-berai serta menjadikan si mangsa ‘angau’ terhadap pengamal.

.

Ya, zaman moden macam zaman sekarang ni pun masih ramai lagi yang gunakan minyak pengasih sebenarnya.

.

Masih ramai lagi sebenarnya yang percaya dan mendapatkan bantuan benda-benda ghaib sebegini.

.

Tak boleh nak kata apa jugak sebenarnya sebab ujian dan hasutan syaitan tu akan sentiasa ada untuk menghasut dan merosakkan manusia.

.

.

Apa Itu Minyak Pengasih?

.

Minyak Pengasih

.

Bagi kita di Malaysia, agak mustahil kalau tak pernah dengar nama minyak pengasih ni.

.

Biasanya ia akan menjadi gurauan dalam kalangan rakan-rakan buat rakan mereka yang sedang berusaha untuk memikat seseorang tapi asyik berdepan dengan kesukaran.

.

Gurauan tu boleh kira dalam kategori ringan dan biasa-biasa.

.

Kategori berat adalah akibat dendam selepas cinta ditolak, prasangka terhadap pasangan sendiri atau untuk memusnahkan hubungan rumah tangga orang lain.

.

Kiranya fungsi utama minyak ini adalah untuk menambat atau memikat hati seseorang supaya timbul rasa kasih, sayang dan cinta terhadap pengamal.

.

Lebih parah, ia akan membuatkan mereka yang terkena ini sampai hilang kewarasan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk pengamal.

.

.

Bahan Minyak Pengasih

.

Minyak Pengasih

.

Minyak pengasih berahi dan minyak yang seumpama dengannya berbeza dengan minyak biasa kerana ia menggunakan kaedah ghaib.

.

Bahasa mudahnya, ia menggunakan bantuan jin dan juga syaitan.

.

Lebih tepat lagi, ia merupakan salah satu daripada kaedah sihir.

.

Minyak Pengasih

.

Kaedah sihir apabila diamalkan dan dengan mendapat bantuan jin dan syaitan akan menyebabkan mereka yang terkena akan sentiasa teringat-ingat si pengamal.

.

Bahan-bahan yang digunakan dalam minyak ini juga agak pelik dan biasanya terdiri daripada bahan-bahan kotor dan berbisa seperti:

  • Bisa ular
  • Miang buluh
  • Air liur katak
  • Macam-macam lagi

.

.

Cara Buat Minyak Pengasih

.

Minyak Pengasih

.

Cara specific tu kami tak tahu tapi secara asasnya semua bahan tadi akan dicampur dan diperam untuk satu tempoh masa yang agak lama.

.

Kemudian, bahan yang diperam ini akan dipuja dengan menggunakan kaedah ghaib atau kaedah sihir.

.

Minyak pengasih berahi yang dah siap akan disimpan dalam botol bersaiz kecil untuk memudahkan si pengamal membawanya kemana-mana.

.

Bila makin kerap guna, minyak pun akan mula berkurangan dan kaedah pemujaan jin akan dilakukan semula oleh pengamal atau mereka akan dapatkan khidmat daripada bomoh untuk melakukannya.

.

Part mengerikan dalam pemujaan ini adalah, darah ayam atau darah empunya diri akan disediakan untuk disajikan kepada jin sebagai makanan.

.

Dengar pun dah naik bulu roma kan? Seram beb!

.

.

Cara Guna

.

Minyak Pengasih

.

Cara guna minyak pengasih atau cara guna minyak dagu sebenarnya hampir sama.

.

Pastinya cara yang digunakan ini adalah cara yang agak kotor dan bercanggah dengan agama.

.

Modus operandi utama mereka adalah dengan menyapu minyak pengasih tersebut pada mana-mana anggota badan mangsa.

.

Bagi memastikan minyak ini berkesan, lokasi paling mujarab dikatakan pada nadi atau urat darah mangsa.

.

.

Jin sangat mudah untuk meresap masuk kedalam tubuh mangsa dan menjalankan kerjanya menerusi salur darah ini.

.

Selesai sahaja masuk kedalam badan mangsa, jin akan cuba untuk melemahkan mangsa dari dalam dan menguasai diri mangsa.

.

Apa yang akan berlaku kepada mangsa pada ketika ini?

.

Jin tersebut akan membuatkan mangsa berasa sangat ghairah dan asyik teringatkan si pengamal.

.

Baca Juga : Suami Isteri Bersetubuh – Tips Supaya Aktiviti Romen Anda Lebih Hangat

.

.

Kawasan “Hot” Test Power Minyak Ini

.

.

Elok juga untuk anda tahu kat mana biasanya pengamal akan “test power” minyak pengasih mereka.

.

Biasanya adalah di tempat awam terutamanya di kedai-kedai makan.

.

Ada pengamal yang datangnya daripada tuan kedai sendiri dan ada juga daripada pelanggan kepada pelanggan lain.

.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan sesuatu daripada mangsa. Boleh jadi nak minta badan mangsa, nak minta duit mangsa dan macam-macam lagi.

.

Minyak Pengasih

.

Oh ye. Bukan wanita je yang jadi mangsa minyak ini kerana ramai juga mangsa dari kalangan lelaki.

.

Biasanya ia kerap diamalkan di kawasan bandar-bandar besar dan juga kawasan maju.

.

.

Kesan Minyak Pengasih Calit

.

Minyak Pengasih

.

Kesan minyak pengasih siam atau kesan minyak calit ni hampir sama sebenarnya.

.

Apa yang pasti, bukanlah kesan yang baik yang akan berlaku kepada mangsa.

.

Antara kesan-kesan negatif yang akan dialami oleh mangsa adalah:

  • Timbul perasaan suka terhadap pengamal
  • Timbul rasa kasih kepada pengamal
  • Timbul rasa rindu kepada si pengamal
  • Timbul rasa ghairah hanya kepada si pengamal
  • Mudah untuk memberikan segalanya kepada pengamal tersebut

.

Apa yang pasti, hidup si mangsa akan jadi porak peranda dan jadi tidak tenteram dek penangan minyak pengasih calit ini.

.

.

Hukum Menggunakan Minyak Pengasih

.

.

Hukumnya sudah jelas adalah haram kerana ia membawa pengamal untuk berlaku syirik dan syirik termasuk dalam kategori dosa besar.

.

Agak hairan sebenarnya kenapa masih ramai yang mempercayai minyak pengasih dan menganggapnya sebagai salah satu ikhtiar yang dibenarkan oleh hukum syarak.

.

Mungkin ramai yang tertipu kerana ada sesetengah pengamal yang mengatakan minyak pengasih mereka menggunakan bacaan ayat al-Quran dan digunakan kepada pasangan yang halal buat mereka.

.

Bersandarkan kepada sabda Nabi Muhammad S.A.W yang dipetik daripada Sunan Abi Daud, Kitab at-Tibb, hadis no:3833.:

.

“Sesungguhnya jampi, tamaim dan tiwalah adalah syirik”

.

Tiwalah merupakan sesuatu yang manusia gunakan untuk membuatkan seorang isteri dicintai suaminya dan juga untuk membuatkan seorang suami dicintai isterinya.

.

Minyak Pengasih

.

Baca Juga : Klimaks Wanita – Ehem! Anda Suami Perlu Tahu Cara Merangsang Si Dia

.

Para ulama telah bersepakat bahawa bacaan-bacaan (jampi) ini hanya dibolehkan berdasarkan 3 syarat:

.

(1) Bahawasanya ia adalah dengan Kalam Allah Ta‘ala atau Nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya

.

(2) Dan (ia adalah) dengan bahasa Arab atau dengan apa yang dikenali maknanya, jika ia daripada selain (bahasa Arab)

.

(3) Dan bahawasanya dia berkeyakinan bahawa jampi-jampian tersebut, bukanlah ia yang berpengaruh, tetapi yang berpengaruh adalah Allah Ta‘ala.

.

Jadi, jika minyak pengasih tersebut didakwa telah dijampi dengan ayat al-Quran, adakah ia menepati syarat diatas?

.

Minyak Pengasih

.

Jika anda sendiri tidak mendengar dan tidak melihat, bagaimana anda boleh percaya bahawa ia benar-benar mematuhi hukum syarak?

.

Sebaiknya, anda boleh beramal dengan melakukan solat hajat untuk memohon supaya berkekalan cinta anda dan pasangan, tingkatkan keimanan supaya dapat menerima segala kemungkinan yang berlaku dan juga banyakkan berdoa supaya ikatan cinta semakin kuat.

.

Menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan minyak pengasih hanyalah penyelesaian yang bersifat sementara.

.

Malah ia akan membuatkan anda mengalami masalah yang lebih besar di kemudian hari.

.

Anda juga akan dihukum berdosa besar kerana melakukan perbuatan syirik.

.

Sia-sia sahaja hidup anda jika berlaku syirik kerana balasannya adalah neraka Jahanam.

.

.

Akhir kata, pesanan kami kepada anda:

.

“Jika cinta ditolak, percayalah ada yang lebih baik untuk anda.”

.

“Jika pasangan berkurang rasa cinta, berusaha dan berdoalah kerana Allah jua pemilik semua hati hamba-Nya.”

.

Setiap perkara ada penyelesaian yang berlandaskan hukum syarak.

.

Jangan pernah berputus asa mendapatkan bantuan daripada-Nya.

.

Sekian sahaja perkongsian kami untuk kali ini. Semoga bermanfaat!

.

 

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?