Klimaks
Wanita memang makhluk yang kompleks.
.
Sebabnya nak faham apa yang mereka nak pun susah, apa lagi kalau nak faham macam mana nak buat mereka klimaks.
.
Jangan risau sebab bukan anda jer yang mengalami masalah ini sebab ramai lagi lelaki lain diluar sana yang mengalaminya.
.
Sebab itu dalam sharing kali ni kami akan kongsikan dengan anda berkenaan klimkas wanita dan macam mana anda boleh merangsang pasangan anda.
.
Sebenarnya yang menjadikan topik ini sedikit complicated adalah kerana wanita diajar untuk tidak terlalu terbuka berbicara soal seks.
.
Kita sebagai suami pun salah jugak sebab tak rajinkan diri untuk bertanya dan ambil tahu kehendak seksual pasangan.
.
.
Apa sumber lelaki untuk belajar pasal seks?
.
Tak lain tak bukan adalah menerusi pornografi.
.
Tapi, apa yang disajikan dalam pornografi bukanlah sesuatu yang realistik dan tidak boleh diguna pakai secara umum termasuklah untuk buat isteri anda klimaks.
.
Bila mengambil kira faktor tersebut, maka tak hairanlah kalau ramai lelaki yang merasakan mereka memang pro bab-bab seks dan klimaks wanita tapi sebenarnya tak tahu apapun!
.
Eh!
Jom la baca apa yang kami kongsikan ini supaya pemikiran anda akan lebih terbuka dan faham dengan sebenarnya cara untuk merangsang pasangan anda dan membuatkan dia klimaks!
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
SAMA KE KLIMAKS LELAKI DAN PEREMPUAN?
.
.
Salah satu daripada perkara yang membuatkan ramai lelaki tersilap langkah adalah mereka merasakan cara mereka terangsang dan klimaks adalah sama dengan perempuan.
.
Sebenarnya ia boleh jadi sama dan juga tidak sama.
.
Cara untuk merangsang dan klimaks ni sebenarnya berbeza bukan disebabkan oleh jantina semata-mata.
.
Ia berbeza untuk setiap orang.
.
Ada kemungkinan rangsangan dan klimaks anda sama dengan pasangan anda dan ada juga kemungkinan ia jauh berbeza.
.
“Manusia akan terangsang melalui berbagai cara dan bukan terhad terhadap jantina semata-mata”, kata Marla Stewart, seorang pendidik dalam bab seks.
.
.
Menurut Jess O’Reilly, Ph.D, dan merupakan hos kepada podcast “@SexWithDrJess”, sesetengah wanita memerlukan sentuhan fizikal yang banyak untuk terangsang dan ada juga yang lebih terangsang menerusi sentuhan emosi dan psikologi.
.
Sambungnya lagi, ada juga yang mudah terangsang dan klimaks dan ada juga yang memerlukan masa yang agak lama.
.
Jenis-jenis rangsangan juga berbeza:
- Ada yang terangsang menerusi bunyi
- Ada yang terangsang menerusi bau
- Ada yang terangsang menerusi visual
.
.
Untuk memudahkan anda memahami berkenaan perbezaan rangsangan lelaki dan wanita adalah,
.
“Lelaki menginginkan seks dan wanita bertindak balas terhadap keinginan tersebut.”
.
Makin jelas kan? Jom sambung dengan cara terbaik untuk buat wanita klimaks.
.
“DO’S & DON’TS” UNTUK BUAT WANITA KLIMAKS
.
.
1. Buatkan Si Dia Rela
.
.
Biasanya langkah pertama untuk merangsang pasangan anda adalah dengan membuatkan dia rela untuk melakukan seks terlebih dahulu.
.
Kalau pasangan anda tak teruja untuk melakukan seks dengan anda, agak sukar sebenarnya untuk membuatnya terangsang.
.
Jadi, cara terbaik adalah beritahu dengan jelas niat anda dan pastikan dia merasa selamat dan selesa dengan kehendak anda. Bukan merasa takut.
.
Menurut pakar seks Kenneth Play, “Pastikan anda mendapat kerelaan pasangan kerana dengannya ia mampu menenangkan pasangan anda dan memudahkan anda untuk merangsangnya”.
.
.
2. Jangan Gelojoh
.
.
“Rangsangan biasanya mengambil masa bagi sesetengah wanita”, menurut Kayla Lords yang merupakan pendidik seks di JackAndJillAdult.com.
.
Buat kita lelaki, zakar dah boleh mengeras bila terfikirkan payudara dan berimaginasi seksual tapi tidak bagi wanita.
.
Mereka perlukan lebih lagi samada dari segi masa, sentuhan malah ada yang perlu digoda terlebih dahulu.
.
Laju atau perlahan sentuhan – anda juga perlu diambil kira.
Jangan gelojoh dan nak laju jer kalau pasangan anda tak beritahu apa-apa, melainkan memang pasangan anda dah beritahu dengan jelas yang dia nak anda lajukan sentuhan pada payudara, kelentit atau farajnya.
.
Sebabnya ada sesetengah wanita merasakan tindakan anda yang laju dan gelojoh adalah tidak seksi dan tidak merangsang.
.
Baca Juga : Cara Goda Isteri – Buatkan Si Dia Tertarik & Dapatkan Seks
.
.
3. Buatkan Dirinya Terasa Seksi
.
.
Rangsangan bukan sekadar menerusi sentuhan. Bagi kebanyakan wanita, rangsangan bermula pada minda atau fikiran.
.
Buatkan pasangan anda tenang terlebih dahulu dan lebihkan kepada bercerita apa yang anda inginkan daripada mereka dan apa yang anda ingin lakukan dengan mereka.
.
Buatkan mereka terbayang-bayang apa yang anda boleh lakukan bersama-sama sebelum anda mula menyentuh mereka.
.
Menggunakan ayat biasanya akan memberikan kesan yang lebih besar untuk permulaan, jadi jangan lupa untuk berkomunikasi.
.
Anda boleh mulakan dengan memuji badan isteri anda dan gayanya dan kemudian anda boleh perlahan-lahan untuk menyentuh lembut badannya bermula dengan tangan dan tengkuk sebelum anda menciumnya.
.
Apapun, semua ni anda perlu perhatikan tindak balas pasangan anda terlebih dahulu.
.
.
4. Jangan Teka Apa Yang Dia Suka
.
.
Anda mungkin rasa sekian sekian benda akan buatkan pasangan anda klimaks tapi hakikatnya tidak.
.
Kuncinya disini adalah, jangan teka kerana setiap wanita adalah berbeza.
.
Apa yang anda baca di Google atau apa yang anda dengar dari pengalaman orang lain belum tentu berkesan terhadap pasangan anda.
.
Cara terbaik adalah berkomunikasi.
.
Bercakap dengan pasangan anda dan tanya apa yang disukainya dan bahagian mana yang dia suka disentuh.
.
.
5. Baca Isyarat Tubuh
.
.
Mungkin cara yang sebelum ini agak sukar untuk anda kalau anda juga merupakan seorang yang tak berapa pandai untuk berkomunikasi dan pemalu.
.
Kalau dah macam ni, susah sikit sebenarnya tapi anda masih boleh mendapatkan klu menerusi reaksi pasangan anda.
.
Berikan perhatian terhadap perubahan dari segi suara dan bunyi pasangan anda serta fokuskan pada perkara tersebut!
.
Kalau pasangan anda jenis yang terus berterus terang beritahu apa yang dia suka dan tidak suka, itu lebih baik.
.
Apa-apa yang anda tahu disukainya, lebihkan perkara tersebut dan dalam masa yang sama cuba untuk cari lagi apa yang disukainya dan mampu membuatkannya klimaks.
.
.
6. Jangan Terus Fikir Nak “Jolok”
.
.
Ramai lelaki yang fikir dengan menggunakan zakar akan terus mampu untuk buatkan pasangan mereka terangsang.
.
Jap. Anda pun macam tu ke?
.
Sebenarnya anda silap.
.
Kalau anda buat macam ni, kemungkinan besar faraj pasangan anda belum betul-betul basah lagi.
.
Bila anda teruskan, ia akan berikan ketidakselesaan kepada pasangan anda dan tujuan anda untuk buatkan pasangan anda klimaks tidak akan berjaya.
.
Silap-silap kesakitan yang dirasai pasangan anda akan buatkan pasangan anda terus tak berminat dan takut untuk melakukan seks dengan anda.
.
Anda boleh juga mulakan dengan foreplay terlebih dahulu untuk merangsang pasangan anda.
.
Baca Juga: 20 Teknik Foreplay (Basic – Advance) – Anda Suami & Isteri Perlu Ambil Tahu
.
.
7. Gunakan Nafas Anda
.
.
Salah satu cara lain yang anda boleh gunakan untuk merangsang pasangan anda dan membuatkannya klimaks adalah dengan menggunakan nafas anda.
.
Mesti anda tak tahu macam mana kan?
.
Anda boleh buka mulut anda untuk menghembuskan nafas panas terhadap kulit pasangan anda.
.
Anda juga boleh meniup lembut nafas sejuk. Kedua-duanya memberikan rangsangan yang berbeza terhadap pasangan anda.
.
Anda juga boleh meneroka keseluruhan badan pasangan dengan menggunakan cara ini dan anda akan tahu bahagian mana yang paling disukainya dengan cara ini.
.
Antara kawasan yang paling merangsang wanita adalah dibahagian belakang tengkuk dan belakang telinga. Try lah!
.
.
8. Basahkan Jari Anda
.
.
Sama seperti mana anda ingin terus menjolok sebelum pasangan benar-benar basah, tangan yang kering digunakan untuk fingering juga akan memberikan ketidakselesaan terhadap pasangan anda.
.
Situasi mudah untuk fahamkan orang lelaki adalah melancap.
.
Kalau anda nak melancap, anda akan pastikan zakar anda basah atau anda terus melancap sewaktu zakar anda kering?
.
.
.
.
Mesti sewaktu basah kan sebabnya kalau kering, ia agak memedihkan dan begitu jugalah pasangan anda.
.
Rasanya sekian sahaja sharing kali ni berkenaan cara untuk buatkan pasangan anda klimaks.
.
Jangan lupa untuk baca banyak lagi sharing menarik daripada kami.
.
Semoga bermanfaat!
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?