Cara Pujuk Perempuan – Ayat Pujuk Untuk Si Dia yang Merajuk

Writer Author SuamiSihat

Hadi Idham

Bro, letih kan nak cari cara pujuk perempuan ni?

.

Kadang tu tak tahu dah macam mana nak cari ayat pujuk yang sesuai.

.

Lagi pening, kadang tu tak tahu pun kenapa perempuan ni merajuk!

.

Jangan risau.

.

Kalau anda tak tahu punca pasangan anda merajuk, sekurang-kurangnya anda kena tahu cara pujuk perempuan yang betul.

.

Ada banyak sebab sebenarnya yang membuatkan perempuan merajuk, antaranya ialah:

  • Mood swing
  • Masalah dengan orang lain
  • Tudung tak menjadi
  • Tidur tak mencukupi
  • Saja nak bergaduh

.

Cara merajuk pasangan juga akan berbeza setiap masa dan kadang-kadang rajuk mereka kalah budak-budak.

.

.

Tu belum kena silent treatment lagi daripada pasangan anda yang mana anda tanyalah apapun, memang tak akan dijawab oleh mereka.

.

Apapun anda tak perlu salah faham dan hilang sabar dengan kerenah pasangan anda kerana ia sebenarnya satu tindakan yang menunjukkan mereka sayang anda dan expect sesuatu daripada anda.

.

Namun, jika pasangan anda merajuk terlalu lama, terlalu kerap dan untuk sebab-sebab yang tak masuk akal pula, adalah petanda bahawa ia bukanlah satu perhubungan yang sihat untuk anda teruskan.

.

Betul tak?

.

wanita merajuk perlu dipujuk

.

Toleransi dan persefahaman adalah apa yang menjadikan sesebuah perhubungan tersebut lebih baik.

.

Dibawah ini kami ada kongsikan beberapa cara pujuk perempuan yang anda boleh gunakan untuk memujuk pasangan anda atau sebagai panduan untuk anda dapatkan ayat pujuk paling berkesan.

.

​

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

Cara Pujuk Perempuan

.

Kesihatan Lelaki

.

Anda dah cuba macam-macam cara nak pujuk pasangan anda?

.

Gunakan cara-cara ini untuk mantapkan lagi skill memujuk anda.

.

1. Buat Pilihan – Abaikan Atau Selesaikan!

.

Cara Pujuk Perempuan - Abai atau Pujuk

.

Untuk ini, anda perlu fahami seni memujuk ini dengan sebaiknya. 

.

Anda perlu tahu bila masa yang sesuai untuk anda berbincang dengan pasangan anda.

.

Jadi, anda perlu tahu bila masa untuk anda abaikan dan bila masa anda perlu duduk berbincang dan selesaikan rajuk pasangan anda.

.

Anda juga perlu pastikan jika anda abaikannya, dia tidak akan terasa seperti anda tak ambil peduli, tak disayangi dan macam-macam tak lagi.

.

Anda kena faham yang perempuan ni agak complicated, jadi anda perlu tunggu masa yang sesuai sehingga pasangan anda bersedia untuk mendengar.

.

Anda juga perlu pastikan yang anda sentiasa ada disisinya, tak kisahlah anda bercakap atau tidak, apa yang penting, anda tetap perlu ada.

.

.

Oh!

.

Ada satu perkara paling penting yang anda perlu tahu iaitu ada masanya, anda perlu kekal diam dan jangan bercakap kerana berkemungkinan besar apa-apa yang anda cakap ada kemungkinan buatkan pasangan anda jadi lebih marah!

.

.

**Boleh juga baca selepas ini: Cara buat Isteri banyak air ketika seks.

.

.

2. Jangan Anggap Apa Yang Dicakapnya Datang Dari Hati

.

Cara Pujuk Perempuan - Bukan Dari hati

.

Anda kena ingat sewaktu pasangan anda merajuk, dia sendiri tak tahu apa yang dicakapnya.

.

Jadi, jangan ambil semuanya straight to your heart.

.

Biasanya bila pasangan merajuk, ramai lelaki yang menganggap apa sahaja yang dikatakan tu adalah dari perasaan sebenar wanita. 

.

Silap lelaki disini pula adalah, mereka terlalu ambil serius dan laju untuk respon terhadap kata-kata tersebut seterusnya membuatkan masalah baru yang timbul.

.

Jadi, kalau selepas ini anda dengar pasangan anda sebut perkara-perkara mengarut, anda kena faham yang dia tengah merajuk dan tengah marah. 

.

Apa yang anda perlu buat adalah tunjukkan kepada pasangan anda betapa anda menyayanginya.

.

.

3. Buat Apa Yang Disukainya

.

Cara Pujuk Perempuan - Buat Apa Dia Suka

.

Bila wanita marah atau merajuk, tak semestinya anda perlu memujuk pasangan anda dengan memberikan hadiah mewah atau bawa mereka bercuti.

.

Jika anda tunjukkan sedikit usaha yang boleh melembutkan hatinya pun dah lebih dari mencukupi.

.

Tahu tak sebenarnya benda-benda simple macam dibawah ni pun dah boleh buatkan pasangan anda lembut hati:

  • Masakkan untuk pasangan anda
  • Bawa tengok movie
  • Duduk teman pasangan di rumah
  • Buatkan kerja rumah

.

Nak lagi best, anda boleh Google benda-benda sweet macam berikan bunga, sorry card dan sebagainya untuk buatkan pasangan anda kembali tersenyum.

.

Jangan lupa untuk maniskan bicara anda dan lebihkan pujian terhadapnya.

.

.

4. Ingatkan Semula Memori Indah Bersama

.

Cara Pujuk Perempuan - Memori

.

Mungkin sekarang anda dan pasangan dalam fasa yang tak berapa harmoni disebabkan pasangan anda tengah merajuk kan.

.

Tapi, kami yakin yang anda berdua pernah ada memori indah bersama dan anda boleh gunakan memori bersama ini sebagai cara pujuk perempuan yang seterusnya.

.

Pastikan ayat pujuk anda tersebut ada selitkan kisah-kisah anda berdua.

.

.

.

.

Dengan cara ini, ia akan buatkan pasangan anda ingat semula dan tersedar bahawa rugi sebenarnya untuk panjangkan rajuk.

.

Kalau anda ada simpan gambar atau video indah anda bersama pasangan anda, keluarkannya pada waktu ini.

.

Cara pujuk perempuan dengan menggunakan video dan gambar mampu buatkan hati mereka kembali lembut apabila teringat segala memori bersama.

.

.

***Boleh baca selepas ini: Cara Foreplay, buat isteri tak keruan sebelum hubungan kelamin.

.

.

5. Beritahu Pasangan Anda Dimana Silapnya

.

Cara Pujuk Perempuan - Beritahu Dimana Silap

.

Kalau pasangan anda merajuk disebabkan oleh tindakan anda menegur kesilapannya, anda tak perlu terlalu beri muka.

.

Anda tetap perlu tegur kesilapannya dan jangan biarkan pasangan anda menang setiap masa tapi jangan salah faham kerana kita bukan bercakap soal ego dan sebagainya disini.

.

Selaku lelaki, anda perlu bertegas dengan perkara-perkara yang dilakukan oleh pasangan anda dn tugas anda termasuklah untuk betulkan pasangan anda dan lengkapi kekurangannya.

.

Ada kemungkinan pasangan anda sendiri tak sedar kesilapannya jadi anda perlu pastikan anda memilih masa yang sesuai untuk menegurnya.

.

Cara Pujuk Perempuan - Sedar Kesilapan

.

Cara pujuk perempuan kali ni sebenarnya lebih kepada kemahiran komunikasi anda.

.

Ada beberapa perkara yang anda perlu berikan perhatian:

  • Nada
  • Intonasi
  • Penggunaan ayat
  • Pemilihan masa
  • Pemilihan tempat

.

Jangan biarkan pasangan anda tentukan semuanya. Sebaliknya, anda perlu bawanya ke jenis perhubungan yang anda terbaik.

.

Satu lagi, jangan salahkan pasangan anda dan cuba untuk betulkannya setiap masa.

.

Ada masanya, anda pun ada buat silap.

.

.

6. Cari Punca & Lihat Dari Perspektif Si Dia

.

Cara Pujuk Perempuan - Sudut Si Dia

.

Kalau anda bertanya kepada mereka yang dah mempunyai hubungan lebih daripada 15 tahun, kebanyakan daripada mereka akan mengatakan yang kebanyakan masanya pergaduhan bukanlah berpunca daripada sebab yang kita sangkakan.

.

Sebagai contoh, pasangan anda merajuk tak semestinya disebabkan oleh dia sangka anda ada hubungan dengan wanita lain.

.

Boleh jadi dia merajuk sebab dia melihat jiran anda lebih menarik daripadanya.

.

Anda mati-mati ingat anda ada buat apa-apa yang buatkan dia tidak yakin dengan anda sedangkan puncanya adalah lain.

.

Anda pun berhabisan menafikan yang anda tak ada apa-apa hubungan dengan orang lain.

.

Jadi, anda kena betul-betul fahamkan apa sebenarnya yang menjadi punca supaya anda dapat cara pujuk perempuan yang betul.

.

.

7. Hargai Dirinya

.

Cara Pujuk Perempuan - Hargai Dirinya

.

Cara pujuk perempuan yang seterusnya adalah dengan mencintainya seadanya.

.

Bunyi macam susah faham kan? Jap. Kami explain.

.

Jangan fikir pasangan anda ni tak cerdik dan sebagainya tapi sebaliknya cuba ubah cara fikir anda tu.

.

Cuba hargai cara pasangan anda melihat sesuatu perkara dan fahaminya serta percaya padanya dan berikan masa kepadanya untuk memahami cerita dari pihak anda pula.

.

Selama ini pun anda dan dia sentiasa berusaha untuk memahami satu sama lain, jadi untuk kali ini pun anda perlu lakukan yang sama.

.

.

8. Jangan Mengungkit

.

Cara Pujuk Perempuan - Mengungkit

.

Cara pujuk perempuan yang seterusnya pula adalah jagan sesekali anda mengungkit apa-apa yang dah lepas.

.

Berani ke bro nak ungkit ni? Nanti anda yang merana kalau si dia ungkit balik. 

.

Bila mengungkit ni sebenarnya akan lebih merosakkan suasana. 

.

.

.

.

Perkara yang lepas kan dah diselesaikan cara baik dan tak perlu dah untuk anda mengungkitnya semula.

.

Bila anda mengungkit, si dia akan mengungkit lagi banyak dan benda ni tak akan ada kesudahannya. 

.

Rasanya itu sahaja sharing kali ini untuk cara pujuk perempuan yang anda boleh cuba bila pasangan anda merajuk nanti.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?