Petua Cepat Hamil – Anda Perlu Seks Bagaimana Supaya Mudah Mengandung

A Hasan Hamdani

Adi Idham

Rasanya bagi pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata atau dah tak sabar nak menimang cahaya mata, mesti dah bermacam petua cepat hamil dah dilakukan.

.

Tapi, untuk membolehkan pasangan anda mudah mengandung, seks yang anda lakukan bersama adalah lebih daripada sekadar for fun. 

.

Setiap apa yang anda lakukan bersama pasangan anda di ranjang perlulah dilakukan dengan betul supaya dapat meningkatkan peluang untuk mudah mengandung.

.

Petua Cepat Hamil

.

Tiada cara atau petua cepat hamil yang benar-benar proven setakat ini. 

.

Namun, beberapa perubahan yang anda lakukan dalam hubungan seksual anda bersama pasangan dari segi masa dan kekerapa serta posisi mampu memberikan perubahan.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Bila Masa Terbaik Untuk Anda Melakukan Seks?

.

.

Masa terbaik untuk mudah mengandung adalah ketika pasangan anda berada dalam waktu paling subur kitaran haidnya.

.

Fertile window pasangan anda adalah beberapa hari sebelum ovulation dan sehari selepas ovulation.

.

Bagi kebanyakan wanita, masa dua hari sebelum ovulation dan juga pada hari ovulation merupakan hari-hari yang mempunyai potensi yang paling tinggi untuk mengandung.

.

Bila anda dan pasangan anda melakukan seks pada hari-hari tersebut, anda sebenarnya sedang meningkatkan potensi untuk berlakunya kehamilan.

.

Jadi, petua cepat hamil yang pertama adalah anda perlu tahu bila hari yang tepat untuk pasangan anda.

.

Baca Juga : Waktu Subur Isteri – Anda Suami Perlu Faham Kitaran Haid

.

Petua Cepat Hamil

.

Sewaktu ovulation, pasangan anda akan mengeluarkan telur yang dah matang.

.

Telur ini akan bergerak turun ke fallopian tube menuju ke uterus.

.

Pada masa inilah sperm anda akan bertemu dengan telur dan berlakunya persenyawaan.

.

Sperm mampu untuk hidup sekitar 5 hari jadi jika anda inginkan petua cepat hamil, pastikan ada sperm didalam fallopian tube pasangan anda sewaktu tempoh subur.

.

Macam mana nak tahu bila tempoh subur pasangan anda?

.

Salah satu caranya adalah dengan mengira hari dalam kitaran haid pasangan anda.

.

 

.

Setiap kitaran akan bermula pada hari berlakunya haid dan tamat apabila berlakunya haid yang seterusnya.

.

Kemudian cari hari di pertengahan dimana jika pasangan anda mempunyai kitaran haid selama 28 hari maka hari berlakunya ovulation adalah sekitar hari ke-14.

.

Tapi…..Bukan semua wanita akan ovulate pada pertengahan kitaran haid mereka.

.

Jika pasangan anda masih tak mudah mengandung dan anda rasa ovulation pasangan anda adalah lebih awal atau lambat dari hari pertengahan, anda boleh terus berjumpa dengan doktor untuk dapatkan cara terbaik untuk tentukan hari yang setepatnya.

.

Anda juga boleh melihat tanda-tanda ovulation seperti:

  • Perubahan pada apa yang dikeluarkan faraj. Mucus akan jadi lebih jernih dan pekat – hampir sama seperti putih telur.
  • Peningkatan Basal Body Temperature (BBT) kerana ia akan meningkat apabila berlakunya ovulation.

.

.

Untuk BBT, anda boleh mengukurnya menggunakan BBT Thermometer.

.

Tapi ia hanya akan menunjukkan samada pasangan anda dah ovulate atau belum dan tidak mampu untuk menentukan bila berlakunya ovulation. 

.

Farmasi juga ada menjual ovulation kit yang boleh melihat perubahan hormon dalam urin, dan mampu untuk beritahu bila pasangan anda berkemungkinan ovulating. 

.

Anda boleh rujuk arahan pada test kit untuk maklumat lanjut.

.

.

Posisi Seks Mana Paling Sesuai?

.

Petua Cepat Hamil

.

Anda sendiri pun tahu kan berapa banyak jumlah sperm yang dikeluarkan setiap kali anda pancut kedalam faraj pasangan anda.

.

Tambah pula kalau anda melakukan hubungan seks tanpa sebarang alat pencegah mengandung, potensi untuk mudah mengandung tu akan meningkat berkali ganda.

.

Jika sperm berjaya memasuki vagina, memang pasangan anda akan mudah mengandung.

.

Sebenarnya tiada posisi seks yang tertentu atau spesifik yang boleh dijadikan petua cepat hamil untuk anda dan pasangan.

.

Namun, memang tak dapat dinafikan ada sesetengah posisi yang boleh memudahkan lagi sperm untuk masuk dan bersenyawa dengan telur.

.

Posisi seperti missionary (man on top) dan doggie (man behind) mampu membolehkan jolokan yang jauh lebih dalam berbanding posisi lain dan membawa sperm lebih dekat dengan cervix.

.

Petua Cepat Hamil

.

Kalau posisi tu fokus kepada woman on top, pancutan anda akan melawan graviti.

.

Jadi, posisi yang lebih sesuai untuk anda amalkan sebagai petua cepat hamil adalah yang mana melibatkan man on top atau anda berada diatas.

.

Jika pasangan anda terus berdiri sebaik saja habis melakukan hubungan seksual, ia tak akan mengurangkan potensi untuk mengandung.

.

Sperm merupakan diantara “perenang” yang hebat dan sebaik sahaja memasuki faraj, ia hanya memerlukan sekitar 15 minit untuk sampai ke cervix.

.

Walaupun pasangan anda tak perlu mengangkat kaki atau berbaring untuk membolehkan sperm sampai ke cervix, tak ada masalah pun kalau anda letakkan bantal dibawah belakang pasangan anda untuk membolehkan sperm tersebut berenang ke arah yang tepat.

.

Baca Juga: 30 Posisi Seks (Basic-Advanced) – Anda Baru Kahwin Perlu Belajar Ini

.

.

Berapa Kerap Anda Perlu Melakukan Seks Supaya Mudah mengandung?

.

Petua Cepat Hamil

.

Anda pastinya pernah baca yang melakukan hubungan seksual secara kerap akan mengurangkan kualiti dan kuantiti sperm yang dihasilkan.

.

Sesetengah kajian menunjukkan sperm akan mempunyai kualiti yang lebih baik jika dibiarkan selama 2-3 hari tanpa sebarang orgasm dan peluang untuk mudah mengandung adalah lebih tinggi bagi pasangan yang melakukan hubungan seksual setiap 1-2 hari.

.

Selain itu, melakukan hubungan seksual setiap hari sewaktu hari subur pasangan anda juga mampu meningkatkan peluang untuk mudah mengandung.

.

.

Cuba untuk lakukan hubungan seksual sekerap mungkin tapi jangan sesekali memaksa kerana ia mampu membawa kepada tekanan yang tidak diperlukan. 

.

Jadi, jumlah ideal untuk anda melakukan seks adalah bergantung pada tahap keselesaan anda.

.

.

Adakah Pelincir Memberi Kesan Terhadap Peluang Untuk Mudah Hamil?

.

Petua Cepat Hamil

.

Hanya beberapa pasangan sahaja yang benar-benar gemar menggunakan pelincir ketika melakukan hubungan seksual.

.

Namun, tetap ada persoalan dimana produk-produk pelinciri ini mungkin mempunyai kesan terhadap kualiti sperm anda.

.

Dalam sebuah kajian makmal, pelincir water-based seperti Astroglide dan juga K-Y Brand Jelly akan mengurangkan pergerakan sperm sebanyak 60-100%.

Sebelum anda mula panik, ada juga kajian yang menunjukkan ia langsung tidak memberi kesan negatif terhadap kesuburan anda.

.

Ia juga berkemungkinan membantu anda dan pasangan untuk mudah mengandung dengan menjadikan hubungan seksual lebih selesa untuk dilakukan secara kerap.

.

Baca Juga : Cara Buat Anak – Jadikan Seks Anda Berkesan, Buat Si Dia Hamil

.

.

Lain-Lain Petua Cepat Hamil

.

.

Sekadar menukar tabiat hubungan seksual anda semata-mata tidak mampu untuk meningkatkan peluang untuk pasangan anda mudah mengandung.

.

Dibawah ini kami ada kongsikan beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan tahap kesuburan dan peluang mudah mengandung pasangan anda:

  • Orgasm. Bagi lelaki, ejakulasi adalah penting untuk membolehkan pasangan anda mengandung. Walaupun wanita tidak perlu untuk klimaks untuk membolehkannya mengandung, orgasm mampu mengawal sperm lebih dekat ke arah telur.
  • Kawal berat badan. Berat yang berlebihan atau terlalu kurang mampu mengurangkan tahap kesuburan individu.
  • Jangan nerokok. Merokok mampu meningkatkan risiko ketidaksuburan dan keguguran dan juga merendahkan pergerakan sperm.
  • Hadkan kafein. Kalau anda dan pasangan mengambil jumlah kafein yang terlalu banyak seperti lima gelas kopi setiap hari akan mengurangkan kesuburan.

.

.

Bila Anda Patut Berjumpa Doktor?

.

Petua Cepat Hamil

.

Kalau anda dan pasangan dah terlalu lama berusaha untuk mudah mengandung dan mencuba berbagai petua cepat hamil, anda boleh set appointment dengan pakar.

.

Hal ini adalah perlu kerana berkemungkinan besar apa yang anda lakukan selama ini adalah salah atau anda dan pasangan mempunyai masalah kesihatan yang menjadi faktor tidak mudah mengandung ini.

.

Berapa lama anda perlu tunggu sebelum berjumpa doktor?

.

Ia bergantung pada umur pasangan anda:

  • Wanita yang berusia kurang dari 35 tahun perlu mencuba sekitar setahun terlebih dahulu sebelum mendapatkan bantuan kesihatan.
  • Wanita yang berusia lebih dari 35 tahun pula perlu mencuba sekitar 6 bulan terlebih dahulu sebelum berjumpa doktor.

.

Petua Cepat Hamil

.

Kalau anda atau pasangan mengalami isu seperti dibawah, anda perlu bertemu dengan doktor sesegera mungkin:

  • Haid yang tidak teratur.
  • Tiada haid
  • Pelvic Inflammatory Diseases
  • Mempunyai sejarah keguguran
  • Pembedahan hernia atau masalah pada testicle

.

Doktor akan melakukan pemeriksan dan penilaian terhadap kesihatan dan sejarah perubatan anda atau pasangan anda.

.

Ubat dan pembedahan merupakan diantara cara terbaik yang biasanya dilakukan untuk mengatasi masalah tak mudah mengandung.

.

.

Kesimpulan

.

.

Hubungan seksual yang tidak menggunakan sebarang alat mencegah kehamilan merupakan diantara cara terbaik untuk membuatkan pasangan anda mudah mengandung.

.

Tapi, petua cepat hamil yang boleh anda amalkan anda melakukan hubungan seksual pada masa yang tepat.

.

Untuk mengandung kadangkala mengambil masa beberapa bulan terutamanya jika anda dah berusia lebih dari 30-an.

.

.

Sekian sahaja untuk sharing kali ni berkenaan petua cepat hamil yang anda boleh amalkan. 

.

Jangan lupa untuk baca artikel kami yang lain juga!

 

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?