Cara Buat Anak – Jadikan Seks Anda Berkesan, Buat Si Dia Hamil

Writer Author SuamiSihat

Hadi Idham

Untuk memastikan pasangan anda hamil, anda perlu tahu cara buat anak yang betul, dan ia bukan tanggungjawab daripada si isteri saja.

.

Anda sebagai lelaki turut memainkan peranan yang sangat besar!

.

Memang tak dinafikan bahawa pasangan anda yang akan mengandung dan bersalin, namun anda jangan sesekali nafikan peranan anda dalam proses ini.

.

buat anak malam jumaat

.

Cara buat anak yang terbaik perlulah dilakukan dengan ilmu. Bukan sekadar tahu beromen jer dan abaikan perkara lain.

.

Untuk pastikan pasangan anda hamil, kesihatan sperm anda adalah sangat penting.

.

Ia perlu sihat dan kuat untuk sampai serta menembusi ovum.

.

cara buat anak - sperm to ovum

.

Sebagai lelaki, anda perlu pastikan anda mampu untuk ereksi dan mampu menahan ereksi tersebut serta mempunyai sperm yang bukan sahaja mencukupi.

.

Menurut U.S Office on Women’s Health (OWH), lelaki harus mempunyai semen yang mencukupi untuk membawa sperm ke ovum.

.

Sebarang masalah yang berlaku pada mana-mana fasa proses ini akan menyukarkan pasangan anda untuk hamil.

.

So, nampak tak pentingnya anda untuk menjaga kesihatan sperm anda?

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Kesuburan Lelaki

.

cara buat anak - kesuburan lelaki

.

Kalau nak sentuh bab kesuburan lelaki, ada banyak faktor yang memainkan peranan.

.

Antaranya ialah:

  • Genetik
  • Gaya hidup
  • Persekitaran
  • Hormon

.

Menurut Dr. Jared Robins, disebabkan oleh terlalu banyak faktor yang mempengaruhi, jadi agak sukar sebenarnya untuk tahu faktor mana yang memberikan kesan terhadap kesuburan lelaki.

.

Dr. Jared Robins, Chief of Reproductive & Infertility di Northwestern Medicine’s Fertility & Reproductive Medicine Chicago

.

.

Menurutnya lagi, 80% punca masalah ketidaksuburan berjaya dikesan oleh doktor daripada pasangan yang mengalami masalah ini.

.

40% daripadanya berpunca daripada masalah ketidaksuburan lelaki!

.

Jangan risau. Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan cara buat anak yang bukan hanya fokus kepada beromen semata-mata.

.

Kami akan kongsikan cara buat anak dalam konteks yang lebih besar dan menyeluruh.

.

Baca juga : 9 Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki

.

.

1. Periksa Berat Badan Anda

.

.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, bagi pasangan dimana pihak lelaki tergolong dalam kategori overweight atau obes lebih cenderung untuk buatkan pasangan mereka tidak hamil.

.

Masalah berat badan berlebihan ini akan mengganggu kualiti sperm lelaki, mengurangkan jumlah sperm dan turut memberi kesan terhadap kebolehan sperm untuk berenang.

.

Selain itu, ia turut memberikan kesan terhadap DNA sperm.

.

.

Fakta-fakta diatas adalah daripada American Society for Reproductive Medicine.

.

Kajian pada tahun 2012 pula menunjukkan mereka yang obes berkemungkinan besar untuk mempunyai bilangan sperm yang rendah sekaligus menyukarkan pasangan untuk hamil.

.

Ia disebabkan oleh lemak badan yang berkait rapat dengan kandungan testosterone dan hormon pembiakan lain yang terdapat pada lelaki.

.

Jadi, cara buat anak yang pertama bukanlah kena pandai beromen semata-mata.

.

Anda kena pastikan berat badan anda ideal!

.

.

2. Pastikan Kesihatan Anda Pada Tahap Terbaik

 

cara buat anak - pantau kesihatan

.

Cara buat anak yang seterusnya adalah dengan memastikan kesihatan anda berada pada tahap terbaik. 

.

Elakkan daripada masalah kesihatan seperti berikut:

    • Tekanan darah tinggi
    • Kencing manis
    • Cystic Fibrosis (saluran darah yang membesar pada kantung zakar)

.

Beberapa jenis ubat yang turut mempunyai potensi untuk mengurangkan ketidakberkesanan cara buat anak anda:

.

  • Beta Blockers (ubat merawat darah tinggi)
  • SSRIs (ubat masalah depression & anxiety)

.

Menurut Mayo Clinic, suplemen untuk testosterone juga berpotensi untuk mengurangkan penghasilan sperm.

.

.

Selain itu, ubat yang digunakan untuk tujuan chemotherapy turut mempunyai risiko membuatkan anda tidak subur secara kekal.

.

Jadi, untuk pastikan cara buat anak lebih berkesan adalah dengan mendapatkan khidmat nasihat doktor sekiranya anda ada mengambil sebarang ubat.

.

.

3. Rajinkan Diri Bersenam

.

cara buat anak - bersenam

.

Menurut Dr. Jared Robins lagi, dia sangat menggalakkan lelaki untuk bersenam kerana ia akan:

.

  • Mengurangkan stress
  • Jadi lebih berkeyakinan dengan diri
  • Memberikan kesihatan yang lebih baik

.

Namun, aktiviti senaman yang agak hardcore mampu memberikan kesan terhadap kesuburan lelaki.

.

Pernah dengar isu samada berbasikal akan memberikan kesan terhadap zakar anda?

.

Menurut kajian, sukan dan senaman yang melibatkan duduk terlalu lama memberikan kesan terhadap suhu kantung zakar dan lantunan serta getaran yang berlaku akan turut memberikan kesan.

.

Kajian lain pula menunjukkan lelaki yang kerap mengayuh basikal berisiko untuk mengalami erectile dysfunction.

.

.

Namun, menurut Dr. Jared Robins, data yang ada tidak mencukupi untuk mengesahkan hal ini.

.

So, kalau nak pastikan cara buat anak lebih berkesan, anda kena pastikan anda kerap bersenam!

.

Anda boleh ajak pasangan anda untuk bersenam bersama-sama.

.

Mulakan dengan jogging di taman rekreasi.

.

Bila anda dah dapat rentak, anda boleh mula workout di gym.

.

.

4. Jangan Merokok!

.

cara buat anak - berhenti merokok

.

Merokok sangat-sangat merbahaya untuk kesihatan termasuklah kesihatan seksual anda.

.

Berdasarkan kajian, perokok lelaki mencatatkan jumlah sperm yang lebih sedikit dan pergerakan sperm mereka juga akan kurang.

.

Selain itu, kajian turut menunjukkan bentuk sperm bagi perokok adalah dalam bentuk yang agak lain dari kebiasaan (obviously bentuk yang bermasalah)!

.

Selain dari merokok, American Society for Reproductive Medicine turut mengatakan bahawa pengambilan alkohol turut memberi kesan terhadap kesihatan sperm.

.

.

5. Boxer Atau Seluar Dalam?

.

cara buat anak - boxer atau seluar dalam

.

Soalan ni memang soalan favourite orang lelaki.

.

Bukan kami yang cakap tapi Dr. Jared Robins sendiri yang cakap. 

.

Menurutnya, kajian yang dilakukan masih belum mencukupi untuk menentukan samada ia akan memberikan kesan terhadap keberkesanan cara buat anak.

.

Memang tak dinafikan bahawa pemilihan pakaian dalam akan memberikan kesan terhadap zakar anda dari segi suhu.

.

Namun, kebanyakan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang ketara diantara keduanya.

.

Apa yang anda perlu berikan perhatian adalah keselesaan dan suhu zakar anda.

.

Jangan pakai yang ketat-ketat dan jangan pakai yang buatkan zakar anda kepanasan!

.

.

6. Elakkan Berpanasan

.

.

.

Ramai lelaki yang suka meluangkan masa terlalu lama dalam tab mandi dengan air panas, sauna dan bilik stim.

.

Katanya boleh bakar lemak dan boleh bagi relax.

.

Tapi…Jangan relax sangat sebab suhu di tempat tersebut sangat-sangat tidak sesuai untuk zakar anda.

.

Kalau anda terlalu kerap dan terlalu lama meluangkan masa di tempat sebegini, ia akan memberikan kesan terhadap jumlah sperm dan kualiti sperm anda.

.

Namun, ia bukanlah memberikan kesan kekal.

.

Bila anda dah berhenti untuk beberapa bulan, ia akan kembali normal. Tapi, beberapa bulan tu agak lama jugak la sebenarnya.

.

.

7. Penggunaan Laptop

.

.

Sesuai dengan namanya, komputer riba atau laptop biasanya diletakkan betul-betul diatas riba oleh kebanyakan lelaki.

.

Biasanya ketika buat kerja di luar daripada tempat biasa.

.

Memang riba menjadi pilihan untuk letakkan laptop.

.

Namun, kajian ini belum menemukan bukti yang kukuh samada ia benar-benar memberikan kesan terhadap keberkesanan cara buat anak.

.

Sebabnya tiada data berkenaan berapa lama masa dan samada ia berpunca daripada suhu atau radiasi akibat penggunaan wireless.

.

.

8. Kena Tahu Bila Anda Perlukan Bantuan

.

cara buat anak - jumpa doktor

.

Cara buat anak anda mungkin tak berkesan kalau pasangan anda berusia dibawah 35 tahun dan melakukan seks secara kerap.

.

Perhatikan dalam tempoh setahun tanpa penggunaan sebarang pil atau ubat perancang kehamilan, pasangan anda masih gagal untuk hamil atau tidak.

.

Bagi mereka yang berusia 35 tahun ke atas pula, jika dalam situasi yang sama seperti diatas namun gagal untuk hamil dalam masa 6 bulan, anda perlu dapatkan khidmat nasihat pakar.

.

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan dengan cara buat anak.

.

.

Anda mungkin hebat dalam cara buat anak menerusi beromen, namun belum tentu anda faham cara buat anak yang lebih menyeluruh dari segi kesihatan dan gaya hidup.

.

Jadi, jangan sesekali fikir cara buat anak ini berkaitan beromen semata-mata.

.

Diharapkan perkongsian ini memberikan manfaat buat anda dan kami doakan supaya anda cepat-cepat dikurniakan cahaya mata!

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?