Manusia diciptakan berbeza-beza antara satu sama lain dari warna kulit dan juga termasuklah bentuk zakar masing-masing.

.

Walaupun dilahirkan kembar seiras, pasti ada yang berbeza.

.

Zakar merupakan sebahagian daripada organ yang terlibat dalam sistem perkumuhan dan sistem pembiakan bagi manusia.

.

.

Organ yang sama digunakan untuk membuang air kecil dan juga untuk hubungan intim dengan pasangan.

.

Zakar merupakan salah satu organ paling penting bagi setiap lelaki.

.

Secara lazimnya, ramai yang beranggapan prestasi hubungan intim lebih baik jika memiliki zakar yang panjang.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

Anatomi Alat Kelamin Lelaki

Anatomi alat kemaluan lelaki

Anda boleh lihat daripada gambarajah di atas mengenai anatomi alat sulit lelaki.

.

Dalam artikel ini, kita akan fokus pada bahagian luaran sahaja.

.

Bahagian hujung atau kepala zakar juga dikenali sebagai glans penis.

.

Bahagian yang paling sensitif ketika menjalani hubungan seks ialah prepuce atau foreskin.

.

Saluran yang berada di kepala zakar disebut sebagai urethra.

.

Saluran yang sama ini bersambung dengan saluran pundi kencing dan juga air mani.

.

 

Cara Zakar Anda Stim: Zakar Shower VS Zakar Grower

.

Sekencang mana & sebesar mana pun bentuk zakar anda, anda pasti akan dikategorikan dalam dua jenis ini.

.

Zakar Shower

contoh bentuk Zakar Shower

.

Saiz ketika lembut dan keras adalah sama (Zakar Kayu).

 

 

 

Zakar Grower

contoh bentuk Zakar Grower

.

Kecil ketika lembut, dan membesar ketika keras (Zakar lintah)

.

.

Faktor Perbezaan Bentuk Zakar

Jenis bentuk kondom

Hakikatnya disebabkan manusia mempunyai pelbagai sifat dan genetik yang berbeza, bentuk, jenis dan panjang zakar juga berbeza.

.

Ada juga faktor yang disebabkan oleh kecederaan dan pembedahan seperti berkhatan yang lazimnya dikalangan masyarakat Muslim.

.

Hal ini diakui oleh pakar yang berkerja dalam industri alat seks dan kondom.

.

Mereka perlu mencipta pelbagai bentuk untuk memenuhi selera pelanggan masing-masing.

.

Menurut Darren Breen yang telah memerhati dan merawat antara 400 hingga 600 zakar setiap bulan.

Darren Breen

.

Breen, pengarah urusan IMEDicare Ltd, merupakan pembekal aksesori untuk masalah ED.

.

Pakar kesihatan tersebut berkongsi mengenai pelbagai bentuk zakar yang telah dilihat sejak bersama industri tersebut dari tahun 1996.

.

Ini juga termasuklah bentuk pisang yang unik, yang mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kecederaan ataupun genetik.

.

.

Senarai Bentuk-Bentuk Zakar

.

Oleh itu, apakah jenis zakar anda atau pasangan anda?

.

1. Pensel

Anda pasti terbayang bentuk pensel di atas meja anda kan?

.

Pensel ialah alat tulis yang biasanya digunakan di sekolah dan pejabat.

.

Darren menggambarkan zakar ‘pensel’ ini umpama panjang dan kurus serta tirus di hujung.

.

Kepanjangan boleh berbeza tapi biasanya lebih panjang dari kebiasaan.

.

.

2. Lada Sayuran

Lada merupakan sejenis keluarga sayuran yang biasanya pedas.

.

Tetapi ada juga yang tak pedas seperti capsicum.

.

Di Malaysia, antara yang popular ialah cabai, cili dan solok lada.

.

Darren memberitahu bentuk seperti cili besar ini biasanya pendek tetapi gemuk.

.

.

.

3. Kon

Bentuk kon ini biasanya kita akan dapat lihat seperti kon aiskrim.

.

Bentuk bulat dan semakin kecil di hujungnya.

.

Tapi jenis zakar bentuk kon ni lain sikit.

.

Darren mengatakan bentuk ketiga ini ada sedikit masalah dengan kulit zakar.

.

Bentuk kon ini besar di pangkal dan semakin menirus seperti hujung pensel.

.

Kadang-kala ia boleh disebabkan oleh ‘phimosis’ atau kulit yang ketat dan tak boleh berkembang.

.

Ini mengehadkan kadar pengembangan hujung zakar.

.

Hanya bahagian pangkal sahaja yang boleh berkembang menyebabkan bentuk ia seperti kon.

.

.

4. Pisang

Pisang merupakan sebuah buah-buahan yang kaya dengan potassium.

.

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis pisang seperti pisang emas, pisang awak, pisang nangka, tanduk dan sebagainya.

.

Pisang juga seringkali dikaitkan dengan alat kemaluan lelaki disebabkan bentuknya yang sedemikan.

.

Walaupun begitu, pisang biasanya berlengkung.

.

Memang ada lelaki yang mempunyai bentuk zakar yang melengkung apabila menegang.

.

Darren menyatakan bentuk pisang serta lenkungan ke kiri atau kanan boleh terjadi secara semulajadi ataupun disebabkan kecederaan.

.

Ada sesetengah orang yang memang dilahirkan dengan lengkungan sedemikian.

.

Ada juga yang disebabkan oleh penyakit Peyronie.

.

Tujuh peratus lelaki akan mengalami penyakit Peyronie dalam hidup mereka.

.

Penyakit ini disebabkan oleh lebihan tisu yang membesar selepas kecederaan.

Ada sesetengah kes ada yang boleh mengakibatkan bentuk yang tak sekata malahan juga seperti bentuk jam pasir.

.

Besar di pangkal, kecil di tengah dan besar di hujung.

.

.

5. Tukul

Tukul ataupun hammer merupakan sebuah alat pertukangan yang sangat sinonim dengan kerja kayu.

.

Digunakan untuk mengetuk paku dan juga membuka paku yang bengkok.

.

Darren menyifatkan lelaki yang sebenar bermula dengan batang yang kurus bersama dengan kepala yang lebar.

.

Beliau menambah bentuk ini yang kecil dipangkal membesar ke hujung yang lebih luas.

.

Ini juga akan membuatkan lebih sukar untuk terangkat ketika tegang.

.

Kelihatan seperti cendawan yang mempunyai batang yang kecil.

.

Kepala zakar biasa lebar.

.

Pada kebiasaannya, bentuk seperti tukul ini lazimnya dimiliki oleh lelaki yang sudah berkhatan atau sunat.

.

Apabila bahagian kulit telah dibuka dihujung, ia menyebabkan kepala zakar itu lebih mudah membesar dan menegang.

.

.

6. Sosej

bentuk sosej penis

Yang ini memang tak dapat dinafikan lagi.

.

Kalau orang berjenaka pun pasti akan menggunakan sosej sebagai simbol alat sulit lelaki. Kenapa?

.

Biasanya sebab bentuknya dan juga sifatnya yang panjang, berwarna coklat dan juga lembut apabila digoyang-goyangkan.

.

Bentuk yang dimiliki oleh kebanyakan orang ialah bentuk sosej.

.

Pakar tersebut mengatakan, saiz kelebaran dan kepanjangan adalah sekata sepanjang zakar.

.

Bentuk ini adalah tipikal.

.

.

7. Bentuk Zakar Seperti Timun

Keluarga mentimum ini ada beberapa spesis.

.

Antara yang popular ialah timun, timun jepun dan zucchini.

.

Jangan terkeliru dengan timun cina jika anda berada di Kelantan, sebab timun cina ialah tembikai.

.

Timun juga seringkali dikaitkan dengan simbol alat kemaluan lelaki dikalangan wanita.

.

Dr Darren menerangkan bahawa bentuk timun ini ialah lebar sepanjang batang dengan panjang yang bagus.

.

Ia lebih tebal daripada kebiasaan zakar dan menjangkau sekitar 5-8 inci.

.

bentuk zakar lelaki

Keadaan Fizikal Selain dari Bentuk Zakar

.

Sekarang kita akan beralih pula kepada keadaan dan sifat zakar pula.

.

Di sini ada beberapa jenis rupa zakar yang lebih terperinci jika diperhatikan dengan lebih dekat.

.

.

1. Jenis yang berkhatan

Di negara majoriti Muslim, kebanyakan lelaki akan berkhatan.

.

Khatan ini merupakan proses untuk membuat sebahagian hujung kulit alat sulit lelaki.

.

Ianya merupakan amalan yang diwajibkan dikalangan lelaki Muslim.

.

Di negara Barat, amalan berkhatan ini juga dilaksanakan dikalangan golongan lelaki atas sebab faktor kesihatan dan kepuasan dalam hubungan seks.

.

.

2. Jenis yang tidak berkhatan

Disebabkan faktor agama dan budaya, ada juga lelaki yang tidak membuang kulit foreskin di hujung zakar.

.

Kulit tersebut mempunyai saraf dan boleh membuatkan rasa lebih sensitif dan mudah terangsang.

.

.

3. Membesar macam belon

Belon roket atau tiub panjang

Ini merupakan jenis yang mampu berkembang dan menegang dengan kuat jika dibandingkan fasa yang tiada rangsangan.

.

.

4. Saiz besar sepanjang masa

Zakar jenis ini mempunyai bentuk yang besar sepanjang masa.

.

Atau juga dikenali sebagai konsisten samada ketika terangsang ataupun pada waktu-waktu yang biasa.

.

.

5. Saiz yang kecil

Kebanyakan orang mempunyai panjang purata 5 inci.

.

Zakar yang kecil ini jika ia hanya mampu berkembang kepada saiz 3 inci sahaja.

.

.

6. Saiz yang besar

saiz zakar yang besar

Kejantanan yang sejati apabila mempunyai zakar yang mampu memanjang sehingga mencecah 7 ke 9 inci.

.

Bentuk ini lebih kurang 2 kali ganda daripada zakar yang bersaiz kecil.

.

Bentuk ini juga merupakan panjang yang standard bagi sayuran terung.

.

.

7. Bentuk yang susah nak ramal

bentuk zakar pelik

Hal ini boleh terjadi dikalangan sebilangan lelaki.

.

Ada yang tak mampu menegang apabila dirangsang seperti kebiasaannya.

.

Hal ini mungkin terjadi disebabkan oleh faktor kesihatan seperti mati pucuk.

.

Dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor pakar sakit lelaki.

.

.

8. Zakar yang emosional

.

Walaupun kebanyakan lelaki mampu mengawal emosi tak seperti kaum wanita, tapi ada juga yang sebaliknya.

.

Zakar ini ada mood tersendiri. Tak mampu untuk menegang walaupun dirangsang.

.

.

9. Zakar yang licin

.

Kulit zakar yang licin umpama lantai jubin.

.

Adalah lebih baik jika ada lekukan supaya lebih rangsangan untuk pasangan.

.

.

10. Zakar yang berurat

Zakar sebegini biasanya orang yang rajin bina badan.

.

Urat atau pembuluh darah pada zakar boleh dilihat pada mata kasar.

.

.

.

11. Zakar yang gelap

.

Kulit zakar kebiasaannya akan kelihatan lebih gelap walaupun lelaki itu berkulit cerah.

.

Hal ini disebabkan oleh pigmentasi dan melanin.

.

Walaupun begitu, warna kulit zakar tidak mempengaruhi prestasi seseorang lelaki.

.

.

12. Zakar yang berbulu

Nak potong bulu di bahagian sekitar alat sulit adalah mencabar.

.

Tak semua lelaki rajin.

.

Hasilnya, bulu ari-ari akan menjadi lebat dan panjang.

.

.

Bulu sekitar kawasan pubic ini juga ada manfaatnya seperti menghasilkan bauan hormon (pheromone) yang merangsang pasangan anda.

.

Selain itu, ia juga boleh mengelakkan kuman dan bakteria pada alat kemaluan lelaki.

.

Tapi jika pasangan tidak selesa, lebih baik anda potong dan kemaskan sedikit demi kepuasan mereka.

.

.

13. Zakar yang dicukur & dipotong bulunya

.

Ada sesetengah lelaki yang rajin mengemas dan mencukur bulu ari-ari mereka.

.

Sepertimana mereka cukur jambang dan misai.

.

Asalkan anda dan pasangan anda selesa dan suka dengan penampilan anda.

.

.

Kesimpulan

.

Terdapat pelbagai bentuk zakar serta keadaan masing-masing.

.

Samada dari segi bentuk apabila ia terangsang ataupun rupa fizikal sekitar kemaluan tersebut.

.

Semoga anda sentiasa menjaga kesihatan, rajin bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat untuk memastikan tubuh anda khususnya zakar anda dalam keadaan yang terbaik.

.

Sumber: Women Health Mag

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?