Malam Jumaat – Hukum Bersetubuh & Fadhilatnya buat Anda Suami Isteri.
A Hasan Hamdani

Adi Idham

Sudah menjadi kebiasaan pada malam jumaat atau hari khamis malam.

.

Akan banyak tersebar pelbagai status di WhatsApp dan home Facebook, yang mana isinya berkisar pada perkataan “Sunnah Rasul”.

.

Begitu juga dalam pergaulan sehari-hari di dunia nyata, istilah tersebut juga sering kita terdengar.

.

.

.

Berjimak Di Malam Jumaat Adakah Sunnah?

.

Salah satu sunat yang digempar-gempurkan ialah melakukan persetubuhan pada malam jumaat.

.

Sunnah Rasulullah SAW bermaksud, segala yang datang daripada Nabi Muhamad SAW sama ada dari segi perbuatan, perkataan atau pengakuannya.

.

Semua yang datang daripada Nabi Muhamad SAW adalah sunnah

.

Sumber hukum bagi umat Islam ada empat.

.

sumber hukum dalam islam untuk malam jumaat

Yang pertama:-

  1. Al-Quran
  2. Al-Hadis (as-Sunnah)
  3. Al-Qias
  4. Al-Ijmak al-Ulama.

.

Tetapi akibat dorongan hawa nafsu dan minda, yang hanya memikirkan tentang seks atau nafsu di bawah perut sahaja.

.

Maka sumber hukum kedua setelah Al-Quran, iaitu as-Sunnah ini sering dijadikan sandaran untuk menjustifikasi tentang hubungan seks suami isteri pada malam jumaat.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Hukum Bersetubuh Suami Isteri

.

hukum berjimak malam jumaat

Firman Allah s.w.t bermaksud:

“Dihiasi bagi manusia itu dengan perasaan dan keinginan kepada sesuatu, iaitu syahwat kepada wanita…”
(Surah Ali Imran ayat 14)

pada lain-lain ayat..

.

Firman Allah s.w.t bermaksud:

” Mereka (para isteri) adalah sebagai pakaian bagi kamu dan demikian sebaliknya kamu juga ibarat pakaian bagi mereka..”

(Surah Al Baqarah ayat 187)

.

Firman Allah s.w.t bermaksud:

” Isteri-isteri kamu adalah ladang bagi kamu dan datanglah kepada ladang kamu mengikut yang kamu suka dan kehendaki”

(Surah Al Baqarah ayat 223)

Menurut Ibnu Jarir At Tabari, “ladang” bermaksud tempat menanam benih.

.

Sementara maksud perkataan “datangilah mengikut yang kamu kehendaki” ialah boleh melakukan persetubuhan dengan isteri dalam pelbagai cara, teknik dan posisi yang sesuai asalkan melalui kemaluannya (kemaluan isteri) dan TIDAK melalui duburnya !!

.

Diulangi, tidak melalui dubur!

.

.

.

1.Hukum Bersetubuh Malam Jumaat – Boleh Bersetubuh Bila-Bila Masa

.

Boleh bersetubuh dengan isteri pada bila-bila masa, setiap kali timbulnya nafsu dan keinginan seks terhadap isteri

.

(kecuali isteri dlm keadaan haid, nifas, puasa bulan ramadhan & sebagainya, iaitu masa yang dilarang oleh syariat untuk bersetubuh).

.

.

.

2.Hukum Bersetubuh Malam Jumaat – Bersetubuh dengan Pelbagai Teknik

.

Boleh bersetubuh dengan pelbagai cara dan teknik yang dikehendaki mengikut penyesuaian diri masing-masing (kecuali dubur).

.

.

Manfaat & Fadhilat Bersetubuh Suami Isteri

Tanyalah siapa pun kenapa mereka lakukan hubungan intim, mesti kebanyakan daripada mereka mengatakan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri demi melayan nafsu seorang suami.

.

manfaat bersetubuh malam jumaat

Walhal, terdapat beberapa kelebihan melakukan hubungan intim dalam kehidupan seharian kita.

.

Kalau tidak, sudah tentulah ia diharamkan, jika ia dapat memudaratkan tubuh badan kita.

.

Apa ya kelebihan melakukan hubungan intim ini?

.

Di sini, kami SuamiSihat.Com.My akan kongsikan…

.

.

1 Manfaat & Fadhilat Bersetubuh di Malam Jumaat – Membantu mengurangkan tekanan

manfaat malam jumaat kurangkan stress

Menurut sebuah kajian Princeton pada tahun 2010, siapa yang aktif melakukan seks, pertumbuhan sel di bahagian hippokampus (kawasan otak pada sistem limbik yang melibatkan perlakuan dan emosi individu) akan lebih banyak diproses, dan kemudian menyebabkan individu tersebut kurang rasa tertekan.

.

Tambahan pula, seks adalah lumrah alam yang telah ditetapkan.

.

Tidak hairanlah apabila individu disentuh dan dibelai penuh kasih sayang, serba sedikit ia dapat membantu seseorang rasa relaks, dan berehat dari memikirkan dunia luar.

.

.

2 Manfaat & Fadhilat Bersetubuh di Malam Jumaat – Mengeratkan silaturrahim

silaturrahim suami isteri

Apabila anda sedang melakukan seks, secara automatik badan anda menegeluarkan oxytocin dimana satu bahan kimia yang dapat memberikan anda kehangatan, rangsangan dan juga kelegaan melepaskan nafsu klimaks.

.

Dalam pada masa yang sama, ketika anda dan pasangan ingin meluahkan rasa cinta, rindu dan kasih sayang yang terpendam melalui seks dengan cara sentuhan, ciuman, pelukan, bahasa mata dan lenggokkan tubuh badan.

.

Secara tidak langsung ia dapat mencipta satu jurang yang rapat dan positif selepas melakukan seks.

.

.

3 Manfaat & Fadhilat Bersetubuh di Malam Jumaat – Seperti melakukan senaman ringan.

malam jumaat seks

Kepada yang sudah mempunyai pasangan, rasanya anda semua sudah merasai nikmat melakukan seks sehingga degupan jantung anda berdenyut dengan laju.

.

Tekanan darah akan tinggi dan kadar penafasan akan laju seperti berlari pecut 100 meter!

.

Malah, ketika anda dan pasangan mencapai tahap klimaks, akan berlaku ketegangan otot di seluruh badan dan sesetengah posisi.

.

Ianya memerlukan ketahanan fizikal yan kuat di bahagian kaki dan juga tangan, sehingga menyebabkan refleks terhadap otot badan.

.

.

4 Manfaat & Fadhilat Bersetubuh di Malam Jumaat – Dapat meningkatkan sistem imun dan juga jantung.

jantung berdegup ketika seks

Untuk pengetahuan anda, ketika melakukan seks, bahagian jantung akan bekerja lebih keras berbanding tubuh yang lain.

.

Menurut sebuah kajian, jantung normal akan mengepam sebanyak 70 kali seminit tetapi, ketika melakukan seks, jantung anda akan berdenyut sebanyak 150kali seminit!

.

.

Namun, ia bukan saja dapat menguatkan jantung anda malah dapat meningkatkan sistem imun anda.

.

Kajian daripada dua orang pakar ahli psykologi iaitu Carl Charnetski dan Francis Brennan mengatakan, setiap pasangan digalakkan melakukan seks sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

.

**Boleh juga baca selepas ini: Posisi Seks untuk ghairahkan lagi seks. Aumm.

.

.

5 Manfaat & Fadhilat Bersetubuh di Malam Jumaat – Mampu membakar kalori

Scratching Black And White GIF - Find & Share on GIPHY

Apa-apa yang melibatkan pergerakan tubuh badan yang mengeluarkan peluh, ia mampu membakar kalori dalam tubuh badan anda.

.

Begitu juga ketika melakukan seks tetapi, bergantung kepada jangka masa anda melakukan seks.

.

Jika tempohnya agak lama, kemungkinan besar badan anda boleh membakar kalori sebanyak 85-250 kalori.

.

Namun, ia tetap tidak boleh menggantikan senaman harian, kerana ia hanya membantu untuk mengekalkan jantung anda sihat.

seks membakar kalori

.

Tambah jika anda mempunyai pasangan yang sukakan kelainan ketika melakukan seks sehingga posisi yang digunakan agak mencabar dan memerlukan ketahanan fizikal.

.

Serba sedikit, ia dapat membuat pembentukan otot di bahagian abs, peha dan lengan anda.

.

Oleh itu, kami di Suamisihat harap jika pasangan anda meminta untuk melakukan seks, pastikan anda melayan mereka penuh kasih sayang.

.

Sebenarnya seks bukan memuaskan nafsu semata tetapi untuk kesihatan dalaman juga.

.

.

Kesimpulan

Kini anda telah tahu kebaikan yang anda dapat jika anda lakukan hubungan kelamin / hubungan seks bersama pasangan anda.

.

Isteri kita adalah ladang.

.

Datanglah dari arah mana yang anda suka.

.

Namun suka juga diiingatkan , gaul lah isteri dalam apa jua posisi dan pelbagai teknik, selagi ianya tidak melanggar hukum dan syariat yang ditetapkan.

.

.

Pelbagai manfaat dan Fadhilat yang bakal peroleh, jika lakukan persetubuhan seks pada malam jumaat.

.

Bukan sahaja hubungan suami isteri menjadi intim, bahkan anda akan beroleh kesihatan yang lebih baik.

.

Baik untuk otak dan minda, baik juga untuk kesihatan jantung anda.

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?