Dah mula rasa bosan sewaktu anda suami isteri bersetubuh?
.
Kalau anda asyik dengan posisi dan rutin yang sama, tak mustahil kalau aktiviti seksual anda mula hilang nikmatnya.
.
Anda tak perlu risau kerana ia merupakan perkara yang terlalu biasa dilalui oleh kesemua pasangan.
.
Tapi, anda jangan terlalu ambil mudah, kerana ia mampu untuk merosakkan keharmonian rumah tangga anda.
.
Kehebatan dan prestasi suami isteri bersama memberikan kesan yang sangat besar terhadap rumah tangga.
.
Jadi, anda perlu pastikan anda sentiasa mempunyai idea baru untuk memastikan aktiviti anda sewaktu bersetubuh lebih mengghairahkan.
.
Menurut Allison Moon, penulis “Girl Sex 101”, “Kebiasaan atau rutin yang sama akan membunuh keseronokan seksual”.
.
.
Tambahnya lagi, apabila kita dah terbiasa dengan pasangan, ia akan menyebabkan aktiviti seksual kita menjadi kurang menyeronokkan.
.
Dibawah ini kami kongsikan sedikit tips untuk mengembalikan semula kehangatan aktiviti bersetubuh suami isteri.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
Tips Bersetubuh Sampai Sedap
.
.
Dalam hubungan rumah tangga, aktiviti malam jumaat antara suami isteri memang wajib.
.
Kalau anda nakkan rumahtangga yang bahagia dan sentiasa harmoni, kehangatan malam jumaat anda mesti dijaga dan ditingkatkan.
.
.
1. Tingkatkan Tenaga Badan Anda Dalam Cara Baru
.
.
Anda boleh rajinkan diri anda untuk bersenam. Banyak sangat senaman yang anda boleh lakukan.
.
Tak perlu susah-susah untuk workout di gym. Cukup dengan anda melakukan home workout.
.
Tujuan utama bukanlah untuk bina badan. Ia lebih kepada menjadikan diri anda lebih aktif dan bertenaga.
.
Tapi kalau dapat pakej sado sekali apa salahnya kan? Bentuk badan anda yang lebih menarik pastinya akan membuatkan pasangan anda lebih ghairah.
.
Baca Juga: Cara Tahan Lama di Ranjang – Supaya Seks Anda Puas!
.
Anda nak pasangan anda sentiasa jaga bentuk badan, tapi anda sendiri tak ambil kisah berkenaan badan anda.
.
.
Nak lagi best?
.
Ajak pasangan anda untuk sama-sama bersenam dan amalkan gaya hidup yang lebih sihat.
.
Bila badan anda cergas, anda akan jadi lebih positif dan ia akan dizahirkan ketika anda bersetubuh suami isteri.
.
Dengan bersenam juga anda mampu untuk menjadikan badan anda lebih fleksibel. Jadi, lebih banyak posisi baru yang anda dan pasangan boleh cuba.
.
.
2. Luangkan Masa Bersama
.
.
Ada kemungkinan juga, anda dan pasangan rasa jemu sebab anda suami isteri sentiasa lakukan aktiviti yang sama.
.
Ia sedikit sebanyak membuatkan hilangnya tarikan antara anda berdua.
.
Apa kata anda luangkan masa diluar pula?
.
Antara aktiviti yang kami cadangkan untuk anda adalah pergi ke taman tema.
.
Tak kisahlah taman tema air atau taman tema lain asalkan ada aktiviti menarik yang anda boleh lakukan bersama.
.
Dengan cara ini, bila anda melakukan aktiviti yang membuatkan anda dan pasangan rasa happy, ia sedikit sebanyak akan memberikan nafas baru dalam hubungan anda suami isteri.
.
Bila anda dah semakin bahagia bersama pasangan, anda boleh saksikan sendiri apa perbezaannya ketika anda bersetubuh.
.
Makin power!
.
.
3. Cuba Posisi Baru
.
.
Sepanjang perkahwinan anda, berapa banyak posisi seks yang anda dah cuba bersama pasangan sewaktu bersetubuh?
.
Malulah kalau asyik posisi sama jer tak berubah dari dulu. Mungkin posisi yang sama akan buatkan anda dan pasangan mula hilang keseronokan sewaktu bersetubuh.
.
Baca Juga: 30 Posisi Seks (Basic – Advanced) – Anda Baru Kahwin Perlu Belajar Ini
.
Ada banyak posisi yang anda boleh cuba bersama pasangan anda sewaktu bersetubuh.
.
Cuba untuk pelbagaikan supaya hubungan seksual anda dan pasangan lebih hangat.
.
.
4. Luangkan Masa Untuk Berbincang
.
.
Alamak. Nak kena bincang apa ni?
.
Kalau dah tahu hubungan seksual anda tak sehangat dulu, bincang pasal beromen la.
.
Tapi, pastikan setel dulu berbincang baru beromen ye.
.
Anda boleh berbincang berkenaan apa yang masing-masing suka dan tak suka dan apa yang diharapkan.
.
Masa ini jugalah anda dan pasangan boleh meneroka posisi baru yang anda boleh sama-sama cuba ketika bersetubuh.
.
Kuncinya disini adalah, masing-masin tak boleh malu untuk meluahkan kehendak masing-masing!
.
.
5. Berikan “Role”
.
.
Disebabkan kerap bersetubuh dalam gaya dan posisi yang sama akan membuatkan anda mula rasa bosan, apa kata anda dan pasangan melakukannya dengan watak yang berbeza?
.
Katakan anda nak buat situasi dimana seorang cikgu bersetubuh dengan pelajar sekolah. Jadi, anda dan pasangan perlu berpakaian seperti situasi yang anda harapkan.
.
Ia seolah-olah anda dan pasangan sedang melakonkan watak tertentu mengikut skrip dan jalan cerita tertentu.
.
Jangan fikir betul ke tidak benda ni menjadi.
.
Cuba dulu dan silap haribulan anda dan pasangan akan lebih advance sehingga mendapatkan kostum khas setiap kali ingin bersama.
.
Baca Juga: Cara Goda Isteri – Buat Si Dia Tertarik & Dapatkan Seks
.
.
6. Tonton Filem Erotik
.
.
Ada banyak filem-filem erotik yang anda boleh tonton bersama-sama dengan pasangan.
.
Mungkin dengan cara ini, pasangan anda akan lebih terbuka dan tahu rupanya banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk menjadikan aktiviti bersetubuh lebih menyeronokkan.
.
Kalau anda rasa menonton filem erotik agak bercanggah dengan prinsip anda, anda boleh berikan bahan bacaan yang berkaitan dengannya.
.
Pilih bahan bacaan yang mempunyai ilustrasi untuk membuatkan pasangan anda lebih memahaminya.
.
.
7. Puaskan Diri Anda Di Hadapan Pasangan
.
.
Melancap di hadapan pasangan anda membolehkannya untuk melihat anda sedang memuaskan diri anda.
.
Kepuasan yang anda pamerkan ini mampu meningkatkan keintiman anda berdua.
.
Buat wanita, jika anda membiarkan suami anda melihat dimana, dan bagaimana anda suka disentuh akan memberikan suami anda gambaran macam mana sebenarnya anda ingin dibelai.
.
Dengan cara ini pasangan anda mampu untuk mengembalikan semula keseronokannya untuk bersetubuh dengan anda.
.
Selain itu, ia juga akan menjadi penghilang stress buat pasangan anda dan membuatkannya kembali tak sabar untuk menikmati keseronokan bersetubuh.
.
.
8. Berbincang Dari Hati ke Hati
.
.
Biasanya komunikasi yang tidak berkesan menjadi punca utama kepada sebarang masalah didalam setiap perhubungan.
.
Begitu jugalah masalah yang melibatkan seks. Ia turut berpunca daripada masalah komunikasi.
.
Menurut Guardian, berdasarkan survey terbaru yang dijalankan mendapati pasangan yang kerap bergaduh adalah 10 kali lebih bahagia daripada pasangan yang mengelakkan sebarang konflik.
.
.
Tiada masalah sebenarnya untuk cuba berbincang perkara yang berat dan serius.
.
Dengan berbincang berkenaan topik berat yang selalu anda cuba elakkan sebenarnya mampu untuk meningkatkan keintiman anda dan pasangan.
.
Ia juga akan menjadikan suasana semasa bersetubuh lebih hangat kerana anda dan pasangan tidak ada memendam rasa diantara satu sama lain.
.
.
Cuba untuk bersikap lebih terbuka sewaktu anda dan pasangan anda berbincang. Jangan kira nak sentap jer kalau ada topik berat yang disentuh.
.
Akan sentiasa ada peluang untuk anda mencari penyelesaian jika anda berdua boleh mencapai kata sepakat.
.
Jika anda rasakan anda dan pasangan tidak sepadan dari segi seksual, anda boleh jadi lebih kreatif untuk betulkan sebarang kekurangan tersebut.
.
.
9. Periksa Diri Anda
.
.
Jika kesemuanya tidak menjadi dan serba tidak kena, anda boleh lihat semula apa silapnya dalam diri anda.
.
Mungkin stress atau kesibukan dalam hidup anda yang menyebabkan kehangatan tersebut semakin hilang.
.
Cuba berbincang dengan pasangan anda jika anda tak mampu untuk selesaikannya bersendirian.
.
.
Orait..
.
Itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan suami isteri bersetubuh dan caranya untuk menjadikan aktiviti bersetubuh anda dan pasangan lebih hangat dari biasa.
.
Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?