Pil perancang ni betul-betul berkesan ke?
.
Mungkin pil perancang ni bukanlah sesuatu yang asing bagi kebanyakan pasangan.
.
Tambah-tambah buat mereka yang betul-betul merancang keluarga.
.
Ye la. Zaman sekarang ni kan kalau nak besarkan keluarga, kena pastikan ekonomi keluarga kukuh.
.
Jadi, penggunaan pil ini adalah sebagai salah satu langkah untuk mengawal kehamilan.
.
Ia merupakan sebuah pil yang mengandungi hormon. Biasanya ia didalam satu pek dan anda cuma perlu mengambil satu pil setiap hari.
.
.
TAK BAHAYA KE PIL PERANCANG?
.
.
Bukan sahaja ia tak merbahaya terhadap kesihatan. Ia juga:
- Pada harga berpatutan
- Selamat
- Sangat efektif
- Mempunyai khasiat untuk kesihatan
.
Untuk memastikan keberkesanan pil ini, anda perlu mengambilnya pada masa yang tepat.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
BAGAIMANA PIL PERANCANG BANTU DALAM MENCEGAH KEHAMILAN?
.
.
Ia berfungsi dengan cara menghalang sperm daripada bertemu “telur” wanita yang mana proses ini dipanggil proses persenyawaan.
.
Hormon didalam pil ini akan menghalang ovulation.
.
Bila tiada ovulation ia bermaksud tidak akan ada telur yang boleh disenyawakan dengan sperm sekaligus menghalang proses mengandung.
.
Hormon daripada pil ini juga akan menebalkan mucus pada serviks.
.
Ketebalan ini akan menghalang sperm daripada berenang menuju ke telur.
.
.
MACAM MANA NAK TINGKATKAN KEBERKESANAN PIL PERANCANG?
.
.
Mesti anda selalu dengar yang ramai pasangan menggunakan pil perancang tapi tetap mengandung.
.
Ada banyak sebab yang buatkan masalah ni berlaku. Antaranya:
- Lupa nak makan pil
- Hilang pek pil
- Tak ambil ikut arahan
- Tak ambil ikut masa yang tepat
.
Cara terbaik untuk pastikan pasangan anda tak terlupa untuk mengambil pil ini adalah:
- Gunakan app untuk remind atau set alarm di phone
- Letakkan pek pil tersebut bersebelahan barang yang digunakan setiap hari (berus gigi atau charger anda)
- Letakkan pil didalam beg pasangan anda
- Anda boleh ingatkan pasangan anda
.
Anda juga boleh lakukan apa-apa sahaja yang mampu mengingatkan pasangan anda untuk mengambilnya.
.
.
PIL PERANCANG DAPAT ELAKKAN STD?
.
.
STD atau Sexually Transmitted Infections tidak dapat dibendung dengan penggunaan pil ini.
.
Untuk mengelakkan STD, adalah lebih baik dengan penggunaan kondom.
.
Selain itu, kondom juga merupakan antara alat pencegah kehamilan yang baik.
.
Jadi, anda boleh gunakan kondom dan pil ini untuk meningkatkan lagi keberkesanan mencegah kehamilan.
.
Baca Juga : 19 Jenis Kondom Terbaik Untuk Anda
.
.
JENIS-JENIS PIL PERANCANG
.
.
1. COMBINATION PILLS
.
.
Pil jenis ini menggunakan hormon estrogen dan progestin sintetik (buatan) dan ada jenis yang aktif serta tidak aktif.
.
Jenis pil perancang yang termasuk dalam kategori ini adalah:
- Monophasic pills: Ia digunakan dalam tempoh sebulan dan setiap pil aktif akan berikan pasangan anda sukatan hormon yang sama. Pada minggu terakhir, pasangan anda akan mengambil pil yang tidak aktif yang tidak mengandungi hormon.
- Multiphasic pills: Ia juga digunakan dalam tempoh sebulan dan memberikan tahap hormon yang berbeza. Pada minggu terakhir pengambilan, pasangan anda perlu mengambil pil yang tidak aktif.
- Extended-cycle pills: Ia biasanya digunakan dalam tempoh 13 minggu. Pasangan anda akan mengambil pil aktif dalam masa 12 minggu dan minggu terakhir pula, mengambil pil tidak aktif.
.
Antara jenama pil perancang untuk jenis ini:
- Azurette
- Beyaz
- Enpresse
- Estrostep Fe
- Kariva
- Levora
- Loestrin
- Natazia
- Ocella
- Low-Ogestrel
- Ortho-Novum
- Ortho Tri-Cyclen
- Seasonale
- Seasonique
- Velivet
- Yasmin
- Yaz
.
.
2. PROGESTIN-ONLY PILLS
.
.
Pil jenis ini pula mengandungi progestin sahaja. Ia juga dikenali sebagai minipill.
.
Pil jenis ini biasanya akan diambil oleh wanita yang tidak boleh mengambil estrogen atas sebab kesihatan atau sebab lain.
.
Jadinya, semua pil yang ada adalah jenis pil aktif. Kesannya pula adalah, pasangan anda tidak akan mengalami period selama mana pil ini diambil.
.
Contoh jenis pil ini adalah:
- Camila
- Errin
- Heather
- Jencycla
- Nor-QD
- Ortho Micronor
.
.
EFEKTIF KE PIL PERANCANG?
.
.
Jika anda gunakan pil perancang ni dengan sebaiknya, ia 99% efektif.
.
Tapi, yang kurang efektifnya adalah, mereka yang menggunakannya sebab mereka terlupa atau tertinggal pil ini.
.
Jadi, secara realitinya ia adalah 91% efektif atau daripada 100 pengguna pil, 9 daripadanya akan mengandung.
.
.
APA YANG MENGURANGKAN KEBERKESANAN PIL?
.
.
Perkara yang paling memberi kesan adalah kadar pengambilan pil tersebut yang tidak mengikut arahan yang sebetulnya.
.
Perkara lain yang turut memberi kesan adalah muntah atau cirit-birit dalam tempoh 48 jam akan turut memberikan kesan terhadap keberkesanan pil tersebut.
.
Kalau pasangan anda termasuk dalam kategori overweight, ia akan turut memberikan kesan.
.
Terdapat beberapa supplemen dan ubat yang berpotensi mengurangkan keberkesanan pil ini iaitu:
- Antibiotik Rifampin
- Antifungal Griseofulvin
- Ubat HIV tertentu
- Ubat anti-seizure tertentu
.
.
Jika anda mengambil salah satu daripada ubat-ubatan tersebut, gunakan kondom juga untuk lebih berhati-hati.
.
Kalau anda terpaksa untuk menggunakannya dalam satu tempoh yang panjang, gunakan cara mencegah kehamilan yang lain.
.
.
BERAPA LAMA MASA YANG DIAMBIL PIL PERANCANG UNTUK BERKESAN?
.
.
Ia bergantung kepada bila anda mula mengambilnya dan pil jenis apa yang anda ambil.
.
Anda boleh mula mengambilnya pada bila-bila masa dalam mana-mana bulan.
.
Namun, ada kemungkinan anda perlu menggunakan kondom juga sebagai langkah berjaga-jaga untuk tempoh 7 hari.
.
.
1. Combination Pills
- Jika pasangan anda mengambil pil ini dalam tempoh 5 hari selepas hari pertama period, pasangan anda akan dilindungi daripada mengandung serta merta.
- Jika pasangan anda mengambil pil ini pada masa lain, ia mengambil masa sehingga 7 hari sebelum pasangan anda mula dilindungi.
.
2. Progestin-Only Pills
- Pasangan anda boleh mula mengambil pil ini pada bila-bila masa yang anda suka. Ia akan mula melindungi bermula selepas 48 jam. Jadi, dalam tempoh ini pastikan anda menggunakan bentuk perlindungan lain seperti kondom.
.
.
PIL PERANCANG NI SELAMAT KE?
.
.
Setakat ini, pil perancang adalah sangat selamat untuk digunakan.
.
Kebanyakan orang boleh mengambilnya tanpa ada sebarang masalah.
.
Pil ini telah berada dalam pasaran sekitar 50 tahun dan berjuta orang telah menggunakannya.
.
.
PASANGAN SAYA SESUAI KE UNTUK MENGAMBIL PIL PERANCANG?
.
.
Seperti kebanyakan ubat, pil perancang juga tidak sesuai untuk semua orang.
.
Jika pasangan anda merokok dan berusia lebih 35 tahun, ia bukanlah untuk pasangan anda.
.
Juga, elakkan daripada mengambil pil perancang sekiranya pasangan anda:
- Ada masalah blood clot.
- Kanser payudara
- Masalah jantung yang serius
- Tekanan darah tinggi yang tak terkawal
- Masalah diabetes yang teruk
- Kanser rahim
.
Sekian sahaja perkongsian kami kali ini berkenaan pil perancang.
.
Diharapkan menerusi perkongsian kali ini, anda dapat pengetahuan baru berkenaan jenis pil perancang, cara mengambilnya yang betul dan segala kebaikan serta keburukan yang ada padanya.
.
Ingat. Pil perancang bukanlah untuk semua dan untuk memastikan keberkesanannya, anda perlu pastikan pasangan anda mengambil langkah penggunaan yang sewajarnya.
.
Pastikan juga anda memainkan peranan anda untuk memastikan pasangan anda dapat meningkatkan keberkesanan pil perancang ini.
.
Jangan jadikan penggunaan pil ini sia-sia disebabkan anda dan pasangan tidak mengambil langkah yang sewajarnya.
.
Semoga bermanfaat!
DISCLAIMER / PENAFIAN
Artikel ini ditulis perdasarkan pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili pendapat organisasi secara menyeluruh.
Penulisan ini juga bukanlah untuk mempromosikan atau memburuk-burukkan produk tertentu. Sebaliknya hanyalah sebagai panduan dan penambahan ilmu para Suami di Malaysia untuk lebih peka akan kesihatan tubuh mereka.
Kami tidak bertanggungjawab keatas sebarang kesilapan penulisan atau fakta.
Jika ada pihak yang memerlukan sebarang pembetulan fakta & penambahan, sila emailkan ke marketing@suamisihat.com. Kami akan membuat pembetulan dengan segera.
Kami bukan berniat untuk memburukkan sebarang produk ataupun servis, sebaliknya ingin memberikan fakta yang tepat & absah secara professional sejajar dengan keperluan suami di Malaysia masa kini.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?