Mandul – Ini Tanda-Tanda & Faktor Anda Suami Isteri Boleh Mandul

Writer Author SuamiSihat

Hadi Idham

Pernah terfikir samada anda suami, dan isteri boleh mandul dan tidak berupaya mendapatkan anak?

.

1 daripada 8 pasangan berisiko untuk mengalami ketidaksuburan, dan tanda yang paling ketara adalah pasangan anda tidak berupaya untuk mengandung.

.

.

Hal ini cuma perlu dirisaukan jika dalam tempoh 6 bulan ke setahun, anda melakukan seks tanpa pencegahan kehamilan dan ia juga bergantung pada umur anda.

.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

Tanda-Tanda Mandul

.

.

Dibawah ini kami ada kongsikan 8 simptom-simptom yang anda perlu berikan perhatian untuk pastikan samada diri anda mandul atau tidak.

.

Check sama ada tanda-tanda ini ada pada anda atau tidak.

.

1. PERIOD YANG TIDAK MENENTU ATAU TIADA

.

Mandul - Period

.

Tanda utama yang anda dan pasangan perlu berikan perhatian adalah jika pasangan anda mengalami period yang tidak menentu atau tidak ada.

.

Untuk mendapatkan period yang lebih kerap, pituitary gland dan juga hypothalamus didalam otak, termasuklah faraj, perlu bekerjasama. 

.

Namun, jika tidak wujud kerjasama ini, ada kemungkinan adanya hormonal imbalance.

.

Menurut Dr. Jason M. Franasiak, penyelia teknikal embryology dan andrology di Reproductive Medicine Associates of New Jersey,

“Period yang tidak teratur atau tiada menunjukkan isu ketidakmampuan untuk menghasilkan telur dan menjadi punca utama ketidaksuburan”.

.

.

Jika kitaran haid pasangan anda menurun daripada 28 hari ke 21 hari, atau period pasangan anda terus berhenti, ia menunjukkan tanda bahawa pasangan anda hampir kepada menopause.

.

Bagi sesetengah wanita yang mempunyai masalah genetik, menopause boleh berlaku seawal usia 20-an, menurut Dr. Brian Levine yang merupakan pengarah di Colorado Center for Reproductive Medicine.

.

.

2. PERIOD BERAT ATAU MENYAKITKAN

.

Mandul - Heavy Period

.

Sekitar 5 ke 10 peratus wanita yang mengalami ketidaksuburan mempunyai period sebegini.

.

Ia berkemungkinan berpunca daripada uterine fibroids.

.

Period yang menyakitkan pula berkemungkinan petanda bahawa pasangan anda mempunyai endometriosis, satu keadaan yang mempunyai kaitan dengan ketidaksuburan.

.

Baca Juga :  Cara Buat Anak – Jadikan Seks Anda Berkesan, Untuk Si Dia

.

.

3. MASALAH PENGLIHATAN

.

Mandul - Penglihatan Terjejas

.

Jika peripheral vision anda tidak lagi sehebat dulu, anda akan tiba-tiba jadi agak clumsy dan period anda mulai tidak teratur, ia mungkin merupakan satu petanda bahawa anda mempunyai prolactinoma.

.

Prolactinoma merupakan sebuah tumor yang bukan dalam kategori kanser yang tumbuh pada pituitary gland.

.

Kelenjar ini merupakan kelenjar yang bertanggungjawab terhadap penghasilan Follicle-Stimulating Hormone (FSH) iaitu hormon yang bertanggungjawab dalam penghasilan telur.

.

Disebabkan oleh pituitary gland ini berada didalam optic chiasm, satu titik didalam otak dimana optic nerve didalam mata bersilang, prolactinoma akan menolak chiasm dan sel yang menghasilkan FSH sekaligus memberikan kesan kepada penglihatan.

.

Jika doktor mendapati yang paras prolactin anda meningkat, anda akan disuruh untuk menjalani MRI pada bahagian kepala untuk melihat saiz tumor anda.

.

.

Prolactima kecil boleh dirawat dengan menggunakan ubat manakala yang besar pula memerlukan pembedahan untuk mengeluarkannya.

.

Selepas rawatan, period pasangan anda akan kembali menjadi normal dan akan meningkatkan peluang untuk mengandung.

.

.

4. KEKURANGAN LIBIDO DAN FUNGSI SEKSUAL 

.

.

Kajian menunjukkan sekitar sekitar 40% pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan, lelaki merupakan punca utama masalah mandul ini.

.

Lelaki yang kekurangan libido, akan mengalami masalah untuk mengeraskan zakar atau mengekalkan kekerasan zakar, mempunyai masalah dengan ejakulasi atau mengalami kesakitan atau ketumbuhan pada testicle yang menandakan ada masalah dengan kesuburan.

.

Baca Juga : Kesuburan Lelaki – 9 Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki

.

.

5. PERTAMBAHAN BERAT

.

.

45% wanita yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti sebelum mereka mengandung, akan menyebabkan kesukaran untuk mengandung atau mandul.

.

Mengikut kajian daripada Disease Control and Prevention (CDC), wanita yang mempunyai berat berlebihan sangat berisiko dengan masalah ini dan begitu juga dengan wanita yang underweight.

.

Cumanya untuk wanita yang underweight, terlebih aktif atau terlebih bersenam akan mengalami masalah haid yang tidak menentu sekaligus membuatkan mereka mandul.

.

Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan anda untuk berikan anda pelan pemakanan yang mampu membantu anda mendapatkan berat yang sihat.

.

.

6. SEKS YANG MENYAKITKAN

.

.

Jika seks agak menyakitkan buat pasangan anda, anda boleh gunakan pelincir untuk memberikan keselesaan.

.

Kebiasaannya faraj yang terlalu kering adalah disebabkan oleh kekurangan estrogen, sekaligus menjadi tanda awal menopause dan turut menjadi punca kepada mandul.

.

Jadi, jangan sesekali pandang mudah isu ini kerana ia melibatkan kesuburan pasangan anda.

.

.

7. RAMBUT NIPIS ATAU RAMBUT GUGUR

.

.

Kalau rambut pasangan anda mulai menipis atau gugur, ia mungkin disebabkan oleh thyroid dysfunction yang akan memberikan kesan terhadap ovulation. 

.

Kajian yang dijalankan oleh The Obstetrician & Gynaecologist mendapati 2.3% daripada wanita yang mengalami ketidaksuburan juga mengalami masalah overactive thyroid.

.

Antara simptom lain yang turut boleh diberikan perhatian adalah anxiety, kurang berat badan, denyutan jantung yang laju dan kelesuan.

.

.

8. KEKURANGAN VITAMIN D

.

.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh CDC, 41.6% daripada mereka yang mengalami masalah kekurangan vitamin D turut mengalami masalah mandul atau ketidaksuburan.

.

Walaupun ada kajian yang menunjukkan paras vitamin D yang mencukupi membantu dalam kesuburan lelaki dan wanita, pakar bersetuju bahawa kekurangannya akan memberikan masalah ketidaksuburan.

.

Apapun, vitamin D sangat penting untuk kekuatan tulang, sistem imuniti dan kesihatan jantung.

.

Jadi, jumpa dan tanya doktor anda untuk mendapatkan nasihat lanjut.

.

.

MACAM MANA NAK TAHU TAHAP KESUBURAN?

.

.

Ada cara yang lagi mudah untuk anda tahu tahap kesuburan anda dan pasangan.

.

Doktor akan memeriksa sejarah kesihatan anda, ubat yang digunakan, sejarah seksual anda, tabiat seksual anda dan berapa kerap anda melakukan seks.

.

Bagi lelaki, anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan akan melalui analisa untuk sperm.

.

Analisa ini akan memeriksa tahap kesihatan sperma anda.

.

Bagi wanita, ujian akan dimulakan dengan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal termasuklah ujian pelvic. 

.

Doktor kemudiannya akan pastikan pasangan anda ovulate dan menghasilkan telur. 

.

Ujian darah akan dilakukan untuk memeriksa paras hormon. 

.

Mandul - Ujian Darah

.

Faraj dan uterus juga akan diperiksa menggunakan ultrasound, dan ujian X-ray spesifik akan dilakukan untuk memeriksa uterus dan juga fallopian tube.

.

Dalam sekitar 80% pasangan, punca utama mandul adalah disebabkan oleh masalah ovulation, fallopian tube yang tersumbat atau masalah sperm.

.

.

APA RAWATAN YANG ADA UNTUK MANDUL?

.

.

Bagi lelaki, rawatan yang boleh dilakukan adalah:

  • Pembedahan, jika puncanya adalah varicoele (pelebaran saraf didalam scrotum) atau tiub yang membawa sperm tersumbat.
  • Antibiotik untuk merawat jangkitan pada organ pembiakan.
  • Ubat atau kaunseling untuk merawat masalah yang berkaitan kekerasan zakar atau pancutan.
  • Hormone treatment jika masalah tersebut berkaitan paras sesetengah hormone.

.

Bagi wanita, mandul boleh dirawat dengan:

  • Fertility drug dan hormon untuk membantu wanita ovulate atau mengembalikan semula paras hormon
  • Pembedahan untuk membuang tisu yang menghalang kesuburan atau untuk membuka semula fallopian tube yang tersumbat

.

.

.

Masalah mandul dalam kalangan lelaki dan wanita juga boleh dirawat dengan menggunakan Assisted Reproductive Technology atau ART.

.

Ada beberapa jenis ART:

  • IUI (Intrauterine Insemination) : Sperm akan dikumpul dan dimasukkan kedalam rahim wanita sewaktu ovulation.
  • IVF (In Vitro Fertilization) : Sperm dan telur akan dikumpul dan dibawa bersama ke makmal kemudian disenyawakan sebelum dimasukkan kedalam rahim wanita.
  • GIFT (General Intrafallopian Transfer) & ZIFT (Zygote Intrafallopian Transfer): Sperm dan telur akan dikumpul dan dimasukkan sesegera mungkin kedalam fallopian tube menerusi GIFT. Menerusi ZIFT pula, sperm dan telur akan dibawa bersama ke makmal dan telur yang dipersenyawakan akan dimasukkan kedalam tiub dalam tempoh 24 jam.

kemandulan suami isteri

.

Sekian saja sharing kali ini berkenaan mandul dan tanda-tanda serta faktor yang boleh menyebabkan anda dan pasangan anda mandul.

.

Diharapkan sharing kali ini memberikan manfaat buat anda yang membacanya!

 

 

 

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?

Tahan Lama & Lebih Keras

Nak Belajar Cara

You have Successfully Subscribed!