Tahu tak tentang ejakulasi pramatang?
.
Kalau anda tak pernah dengar mungkin anda belum berkahwin ataupun baru sahaja mendirikan rumahtangga.
.
Masalah ini biasa berlaku kepada orang yang sudah berkahwin yang melakukan hubungan seks bersama pasangan mereka.
.
.
Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku dan juga cara-cara untuk mengatasinya
.
Jadi harini kami akan ceritakan kepada anda tentang ejakulasi pramatang secara lengkap supaya anda lebih faham tentang masalah ini.
.
Selamat membaca semua!
.
.
.
.
Baca Juga: Khidmat Kaunseling Keluarga & RumahTangga
.
.
Apa itu ejakulasi pramatang?
.
.
Ejakulasi pramatang (PE) ialah istilah yang digunakan apabila seseorang lelaki itu klimaks dalam masa yang sangat singkat.
.
Jika anda melakukan hubungan seks bersama isteri anda dan mencapai orgasm dalam masa satu minit atau kurang, ini berkemungkinan anda mempunyai masalah ejakulasi pramatang.
.
Masalah seperti ini menyebabkan si isteri tak puas apabila bersama dengan suami.
.
.
Mana tak nya, si suami lepas klimaks je terus bangun dan pergi kebilik air tanpa menghiraukan perasaan si isteri.
.
Isteri tak sempat nak rasa terangsang pun si suami dah rasa puas.
.
Malu tuan-tuan, jangan jadi macam ni.
.
.
Kebanyakkan daripada mereka yang mempunyai masalah ini beralasan yang mereka tak dapat menahan rasa ngilu akibat dari geselan dinding zakar.
.
Sedangkan ini semua ini boleh sahaja dikawal sebenarnya jika mereka betul-betul fokus untuk mendapatkan prestasi yang diingini.
.
Jika anda ada masalah cepat pancut awal, atau ejakulasi pramatang seperti ini, kami nasihatkan cepat-cepat lah pergi dapatkan bantuan dari pakar dengan segera.
.
.
Ini kerana masalah ejakulasi pramatang boleh menyebabkan masalah lain bukan hanya pada prestasi seksual anda dan isteri anda, malah boleh menjejaskan kebahagian anda dan pasangan anda dalam jangka masa yang panjang.
.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
Normal Ke Masalah Ini?
.
Untuk pengetahuan, 4 dari 10 orang lelaki pernah mengalami masalah pancut awal sama ada diperingkat awal perkahwinan mahupun sebaliknya.
.
.
Masalah ini berlaku kepada hampir separuh daripada golongan lelaki yang sudah berkahwin.
.
Ianya masalah yang berlaku kepada ramai orang dan normal sahaja sebenarnya untuk dibahaskan.
.
Anda tak perlu menahan atau ‘derita dalam sepi’ dek kerana malu untuk bertanya dan berjumpa dengan pakar, seolah-olah masalah ini sesuatu yang taboo atau malu untuk dibahaskan.
.
.
Bergantung kepada faktor, masalah ini boleh diselesaikan dan dirawat bergantung kepada individu tersebut.
.
.
Punca Ejakulasi Pramatang
.
Masalah ini berpunca daripada pelbagai faktor yang boleh jadi salah satu penyebab ianya berlaku.
.
.
Pakar mempercayai sebahagian besar penyebabnya disebabkan oleh penghasilan hormon dan tindak balas kimia didalam otak manusia yang tidak stabil dan tidak normal.
.
Tindak balas ini lah yang memainkan peranan yang penting dalam mengawal mood, emosi, dan keadaan mental seseorang.
.
Kajian mendapati, individu lelaki yang sering mengalami masalah ejakulasi pramatang berkemungkinan mempunyai jumlah hormon serotonin yang sedikit dihasilkan oleh otak mereka.
.
.
Faktor emosi juga boleh menyebabkan masalah ini terus berterusan, antaranya seperti:
• Stress dan tekanan emosi
• Masalah kemurungan
• Anxiety
• Rasa bersalah
• Hubungan antara pasangan terjejas
• Kurang keyakinan diri dan rasa tubuh badan tidak cukup baik
• Terlalu memikirkan masalah seksual yang melanda
• Berasa negatif atau tidak selesa melakukan hubungan seks
.
.
Bukan itu sahaja, masalah ini boleh berpunca daripada kerosakan daripada segi mental mahu pun fizikal.
.
.
Ini antara faktor-faktor lain yang berpotensi menyebabkan gejala ejakulasi pramatang:
• Penghasilan hormon yang tidak stabil
• Tahap neurotransmitter yang tidak seimbang
• Keradangan atau jangkitan berlaku pada saluran uretra atau kelenjar prostat
• Masalah keturunan
• Tabiat onani yang berlebihan
.
.
Sesetengah kes ejakulasi pramatang boleh terjadi kepada mereka yang mengalami masalah mati pucuk. Ini menyebabkan mereka susah untuk kekalkan ereksi semasa bersama.
.
.
Oleh sebab itu, mereka lebih terdorong untuk mempercepatkan ejakulasi. Tabiat ini sukar diubah, kecuali jika masalah ED mereka telah dirawat dan dikurangkan terlebih dahulu.
.
.
.
Rawatan Ejakulasi Pramatang
.
Untuk cara merawat ejakulasi pramatang, anda perlu pergi berjumpa dengan doktor dan pakar yang bertauliah.
.
.
Kebiasaannya mereka akan bertanya sama ada masalah yang anda alami ini berlaku baru-baru ini sahaja atau sudah lama terjadi kepada anda.
.
Pertanyaan peribadi seperti pengalaman seksual atau pun hubungan dengan pasangan anda pun berkemungkinan besar akan ditanya untuk mendapatkan maklumat tentang punca dan faktor kepada masalah anda.
.
Pemeriksaan fizikal juga akan dilakukan jika perlu untuk memastikan setiap aspek diperiksa dalam menentukan rawatan apa yang sesuai dan cara mengelak ejakulasi pramatang yang sesuai.
.
.
Jika doktor yang bertugas mendapati ianya disebabkan oleh faktor mental atau pun emosi, berkemungkinan mereka juga akan menghantar anda untuk merujuk dengan pakar dalam kesihatan mental.
.
Bagi faktor fizikal pula, berkemungkinan doktor tersebut akan merujuk anda ke pakar urologi, yang mana merupakan pakar dalam merawat masalah alat kelamin dan sistem perkumuhan.
.
.
Petua untuk merawat masalah pancut awal
.
.
Untuk merawat atau memulihkan kembali sensasi tahan lama, anda boleh lakukan petua yang akan kami senaraikan ini dirumah.
.
Tak perlu pergi berjumpa dengan doktor dahulu pun, selamat dan mudah sahaja untuk dilakukan.
.
Untuk pengetahuan, 95% mereka yang menghidap amsalah pancut awal berhasil mengawal masalah ini, dengan cara membetulkan tabiat, iaitu melalui latihan fizikal.
.
.
1. Berhenti sebelum pancut
.
.
Apabila anda melakukan hubungan seks dengan pasangan anda, sudah tentu pada satu tahap anda akan rasa nak orgasm.
.
Jadi teknik ini boleh dilakukan setiap kali anda ingin orgasm, dengan cara anda berhenti mendayung dan tunggu sekitar 30 saat atau pun sehingga rasa nak terpancut itu hilang seketika.
.
Selepas itu anda sambung pergerakan seksual dan ulang perkara yang sama 3 – 4 kali atau sehingga isteri anda puas.
.
Anda juga boleh biasakan dengan bertanya pada isteri anda sama ada si dia mahu anda berhenti atau tidak.
.
.
2. Tekanan alat kelamin
.
.
Petua yang ini lebih kurang sama dengan cara yang pertama tadi.
.
Jika anda sampai tahap anda hendak klimaks, kami syorkan anda picit atau tekan bahagian kepala zakar anda sehingga rasa hendak orgasm tadi hilang seketika.
.
Ulang step ini beberapa kali sebelum anda pancut, baru lah isteri anda dapat rasakan nikmat seks yang secukupnya.
.
.
Baca Selepas Ini: Suami Gay – Tanda, Solusi & Tindakan Yang Perlu Dilakukan
.
.
3. Fokus pada perkara lain
.
.
Anda juga boleh cuba fikir kan tentang perkara-perkara lain semasa anda mendayung. Ada juga dikalangan mereka yang mempunyai masalah ejakulasi pramatang mengatakan cara seperti ini berhasil dan sangat-sangat membantu.
.
Ini mungkin kerana penyebab anda cepat pancut ialah sebab anda terlalu fokus dan tergesa-gesa untuk mendapatkan sensasi orgasm dengan terlalu cepat sehingga tidak boleh tahan dan terpancut.
.
Jangan fikir tentang perkara lain sepanjang masa, cuma berfikir waktu anda hendak pancut sahaja, jika tidak si dia mungkin akan sedar bahawa anda sedang memikirkan perkara selain dirinya.
.
.
4. Senaman Kegel
.
.
Anggota kelamin manusia mempunyai banyak otot penting yang dipanggil otot lantai pelvis yang mana sangat penting fungsi badan.
.
Otot pelvis yang lemah boleh menjadi salah satu sebab ejakulasi pramatang. Jadi, kami syorkan anda lakukan senaman kegel untuk menguatkan otot tersebut.
.
Otot yang perlu dikuatkan ialah otot yang sama anda gunakan apabila anda kemut menahan kencing.
.
.
Cara untuk melakukannya yang paling mudah ialah tahan kemutan anda selama 3 saat dan lepaskan selama 3 saat lagi dan sambung. Dan ulang sebanyak 10 kali sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
.
Anda boleh cuba perbanyakkan senaman kegel yang lain (boleh search google/youtube), jika tidak mampu yang telah diterangkan tadi pun sudah memadai.
.
.
5. Busykan Hari Anda
.
.
Sebelum anda memulakan aktiviti dayungan, anda boleh sibukkan diri anda dengan aktiviti foreplay dan cuba puaskan isteri anda terlebih dahulu.
.
Dengan ini anda akan dapat melatih fizikal dan minda anda untuk sentiasa melengah-lengahkan pancutan anda.
.
Posisi seks juga memainkan peranan yang penting untuk anda tahan lama. Cari posisi mana yang paling mudah untuk anda kawal dayungan anda supaya anda tak cepat klimaks.
.
.
6. Kaunseling
.
.
Jika masalah seperti ini berterusan, anda perlu merujuk dengan pakar untuk menyelesaikan masalah ejakulasi pramatang anda.
.
Ini kerana masalah mental yang berkaitan dengan masalah ejakulasi pramatang seperti depression, anxiety, atau stress, perlu mendapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar psikologi atau psikiatri untuk diselesaikan.
.
Untuk lebih info tambahan, jom tonton video dari Dr. Ismail Tambi dibawah. Beliau merupakan satu-satunya pakar sakit tuan (Andrologis) yang ada di Malaysia.
.
.
Jika segala rawatan dan petua yang disebutkan tidak berhasil, mungkin doktor akan menyarankan anda untuk mengambil beberapa jenis ubat-ubatan untuk membantu mengatasi masalah anda.
.
Anda kena tahu, untuk merawat ejakulasi pramatang, anda perlu merawat dahulu simptom-simptom yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Tak ada ubat yang tiba-tiba boleh buat anda pancut lambat.
.
.
.
.
Kesimpulan
.
Masalah ejakulasi pramatang sering berlaku dikalangan lelaki dewasa di negara kita, ianya merupakan masalah yang biasa berlaku dan normal.
.
.
Banyak faktor yang boleh menyebabkan ini berlaku, seperti kurang kesedaran terhadap kepentingan seksual terhadap sesebuah hubungan, dan persepsi masyarakat yang beranggapan masalah seperti ini sebagai sesuatu yang ‘taboo’ dan memalukan.
.
Masalah ejakulasi pramatang boleh sahaja dirawat dan ubah jika anda berusaha dan sentiasa mahu bagi yang terbaik untuk pasangan anda.
.
Akhir sekali, jika anda ada masalah yang serius berkenaan hubungan seksual anda, pergi lah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul dan selamat.
.
.
Jangan gunakan apa-apa minyak yang tidak mendapat kelulusan daripada KKM mahupun doktor-doktor yang bertauliah sebelum anda merujuk pada mereka.
.
Itu sahaja perkongsian kami pada kali ini. Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.
.
Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan kesihatan lelaki.
.Kami ingin menyajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi suami yang prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap ahli keluarga.
.
Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.
.
Di kesempatan ini kami nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang setia bersama kami dari awal hingga ke tahap ini.
.
Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.
.
.
Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Semoga bermanfaat!
.
Assalamualaikum.
.
.
Jom Baca Sekarang: Kaunseling Rumah Tangga – Panduan (Lengkap) Agensi, Harga Dan Pakej Yang Terbaik
.
.