Kaunseling Rumah Tangga – Panduan (Lengkap) Agensi, Harga Dan Pakej Yang Terbaik

Writer Author SuamiSihat

Hadi Idham

kaunseling rumah tangga

Anda mencari khidmat kaunseling rumah tangga yang terbaik?

.

Tak tahu nak pilih yang mana satu?

.

Sudah tentu, sebab itulah anda sampai ke sini.

.

.

Penat search dekat Google dan Facebook, banyak sangat maklumat sampai tak tahu nak pilih yang mana bagus.

.

Macam mana nak dapatkan khidmat kaunseling rumah tangga ni ye?

.

Berapa pula kos untuk dapatkan khidmat kaunseling ini, mahal tak?

.

Berapa pula kos

.

Jangan risau, jangan stress.

.

Kami akan kongsi satu persatu khidmat kaunseling rumah tangga pada artikel kali ini.

.

Teruskan membaca!

.

Jom Baca Juga:  Klinik Pakar Lelaki – Senarai Klinik Terbaik Untuk Anda Cek Masalah Kelamin

.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Punca masalah rumah tangga

.

Saban hari, banyak sangat kes-kes masalah rumahtangga yang dilaporkan.

.

.

Banyak dari mereka ini mempunyai masalah yang melibatkan pasangan suami isteri, mertua, adik-beradik, ibu bapa, anak-anak dan sebagainya.

.

Tambahan pula, ramai dari mereka tak tahu macam mana nak dapatkan bantuan yang sepatutnya untuk selesaikan masalah yang mereka hadapi.

.

Konflik yang berlaku ini mungkin berpunca akibat dari kurangnya kesedaran terhadap tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli keluarga.

.

Suami dan isteri yang tidak ada persefahaman dan tidak cuba untuk bertolak ansur, juga boleh menyebabkan situasi menjadi makin teruk.

.

Kurangnya komunikasi yang berkesan menyebabkan masalah dan ketidakpuasan hati semakin bertambah dan semakin membarah.

.

Cerai

.

Akhirnya, salah seorang mengambil keputusan mengundur diri dari hubungan tersebut.

.

Ini lah perkara yang kita tak mahu terjadi pada keluarga anda bukan?

.

Jika anda gagal ambil langkah yang sepatutnya, anda juga yang akan menyesal nanti. Jangan biarkan ini terjadi!

.

Jangan salah faham, kaunseling ni bukan sahaja untuk pasangan yang bergaduh je tau.

.

Malah khidmat kaunseling rumah tangga pun sesuai untuk anda pasangan suami isteri dapatkan nasihat dan tips-tips untuk kebahagiaan rumahtangga anda.

.

Ianya perkara yang sangat normal untuk pasangan zaman sekarang yang ingin mengukuhkan lagi hubungan antara suami dan isteri.

.

Boleh juga baca selepas ini: Isteri Curang: Tanda-Tanda & Ini Tindakan yang perlu segera diambil.

.

.

Perlu ke kaunseling rumah tangga?

.

Anda perlu tahu bahawa khidmat kaunseling rumah tangga penting untuk seseorang individu dan sebuah keluarga yang mempunyai masalah dan konflik yang berlarutan.

.

Sumbang Mahram

.

Ia juga penting bagi mereka yang mahu mencari jalan keluar untuk sesebuah masalah yang dihadapi oleh keluarga tersebut.

.

Kaunseling rumah tangga boleh diibaratkan seperti batu loncatan kepada mereka yang mempunyai konflik dengan pasangan, atau ahli keluarga yang lain.

.

Khidmat kaunseling rumah tangga bertujuan untuk mengubah gaya pemikiran mereka supaya konflik dan masalah rumahtangga tersebut dapat diselesaikan secara baik dan rasional.

.

Jika dilengah-lengahkan, masalah yang tidak berkesudahan tersebut boleh menjadi lebih panjang dan menyebabkan pelbagai situasi buruk boleh berlaku, minta dijauhkan.

.

.

.

Fungsi Kaunseling Rumah Tangga

.

.

.

1)  Mendidik dan mengajar.

.

Individu yang bermasalah akan diajar cara untuk mengenal diri mereka dan memahami situasi yang mereka hadapi.

.

Setiap teori dan prinsip yang akan diterangkan oleh kaunselor yang bertauliah akan menambahkan lagi kefahaman mereka terhadap masalah yang dihadapi.

.

.

2)  Sokongan moral dan motivasi

.

Ramai dari mereka yang datang untuk mendapatkan bantuan kaunseling rumah tangga memerlukan sokongan emosi yang tinggi.

.

.

Sokongan ini akan membuatkan mereka berasa lebih tenang dan termotivasi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan meneruskan sesuatu hubungan.

.

.

3) Membantu menyelesaikan konflik

masalah rumah tangga & cara selesaikannya (1)

.

Kaunseling juga mampu untuk mengurangkan ketegangan dan permusuhan yang melanda individu-individu yang terlibat.

.

Setiap masalah dan konflik akan cuba diselesaikan oleh kaunselor dengan penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak supaya perbezaan pendapat dapat diterima dan dihormati bersama.

.

.

4)  Membantu membuat keputusan yang rasional

.

Dalam sesi kaunseling rumah tangga, masalah yang dihadapi mereka akan dibincangkan bersama kaunselor dan penyelesaian yang dikemukakan akan diambil kira oleh kaunselor.

.

.

Kaunselor tersebut akan memberikan pandangan dan cadangan apakah tindakan yang sewajarnya supaya dapat membantu klien membuat keputusan yang tepat dan rasional.

.

.

Khidmat Kaunseling Rumah Tangga

.

Sekarang ini, banyak agensi yang menyediakan khidmat kaunseling rumah tangga pada harga berpatutan mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan.

.

Anda boleh membuat pilihan anda sendiri mengikut kehendak dan kemampuan anda kerana kebanyakkan mereka ini terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta, harga mereka juga berbeza.

.

.

1.  Kaunseling Atas Talian

.

atas talian

.

Penggunaan gadget seperti telefon pintar dan komputer memudahkan masyarakat yang memerlukan khidmat kaunseling rumah tangga untuk mendapatkan khidmat pakar yang mereka perlukan.

.

Sesi kaunseling atas talian dapat dimanfaatkan oleh:

•  Golongan yang sibuk dan tidak dapat berjumpa dengan kaunselor

•  Mempunyai tanggungjawab kekangan yang tidak dapat dielakkan

•  Individu yang malu untuk meluahkan masalah secara bersemuka

•  Golongan yang mahu merahsiakan identiti mereka.

•  Individu yang kurang upaya mempunyai pergerakkan terhad.

.

.

Agensi yang menawarkan khidmat kaunseling atas talian

Agensi Kaunseling Rumah Tangga

.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang dilangsungkan bulan Mac haritu, banyak agensi kerajaan sudah mula memanfaatkan platform digital sebagai medium untuk berkomunikasi.

.

Tetapi setakat ini tiada organisasi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kaunseling melalui atas talian seperti online chat, email, atau melalui panggilan video.

.

Email dan nombor telefon yang disediakan pula hanya untuk pertanyaan dan tempahan temu janji kaunseling bersemuka sahaja.

.

Setakat ini hanya agensi swasta yang menyediakan perkhidmatan seperti ini.

.

.

1) Syoknyakaunseling.com

.

Syoknyakaunseling

.

Servis perkhidmatan kaunseling mereka dijalankan melalui aplikasi Telegram.

.

Anda hanya perlu mendaftar di laman web mereka dan membuat pembayaran yang telahditetapkan untuk mendapatkan akses kepada mereka.

.

Melalui aplikasi tersebut anda boleh berkomunikasi bersama kaunselor anda pada bila-bila masa sahaja 24 jam.

.

Mengikut pakej yang ditawarkan, anda hanya perlu membayar RM75 per sesi.

.

Satu sesi bersamaan dengan 5 hari dan kaunselor yang bertauliah akan membalas luahan anda satu kali sehari.

.

.

2)  Dr. Ramlan Hamzah

.

ramlan

.

Dr. Ramlan Hamzah merupakan doktor falsafah dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling yang telah berkhidmat sebagai kaunselor selama lebih 30 tahun.

.

Beliau juga menyediakan khidmat kaunseling secara atas talian melalui emel dan chat di e-kaunseling2005.tripod.com

.

Harga pembayaran pula mengikut saluran yang anda pilih.

.

e-kaunseling2005.tripod.com

.

Kalau anda pilih untuk berkomunikasi melalui emel, ianya akan dijawab dalam masa 1-7 hari dan kosnya serendah RM50 ringgit.

.

Kalau melalui perbualan chat pula, kos nya serendah RM30 per 30 minit, untuk satu jam pula RM50 yang akan dicaj.

.

Beliau juga menyediakan perkhidmatan secara percuma, emel anda pula akan dibalas dalam jangka masa 2 hingga 4 minggu, mengikut giliran yang telah ditetapkan.

.

2. Tele Kaunseling

.

Tele kaunseling ialah sesi kaunseling yang dilakukan melalui panggilan telefon.

.

Tele kaunseling

.

Sebelum ini, tak banyak agensi-agensi kerajaan yang menyediakan sesi kaunseling melalui panggilan telefon ini.

.

Tetapi sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan) dilaksanakan akibat wabak novel COVID19 yang tular sejak Mac lalu, permintaan terhadap khidmat tele-kaunseling meningkat secara mendadak.

.

Boleh Baca Selepas Ini: Sumbang Mahram – Mengapa Ada Segelintir Yang Bernafsu Songsang Sebegini

.

Ikuti video Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, pada sidang media Jun lalu.

.

.

.

1)  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

.

Tele kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat

.

Hampir kesemua JKM negeri menyediakan khidmat sesi kaunseling rumah tangga secara melalui panggilan telefon sejak bulan Mac lalu.

.

Anda yang ingin mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga boleh menghubungi JKM negeri di kawasan tempat tinggal anda untuk mendapatkan tarikh dan masa sesi kaunseling untuk anda.

.

Khidmat ini disediakan secara percuma kepada rakyat Malaysia.

.

JKM merupakan dibawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

.

Dipihak KPWKM juga, mereka turut menyediakan tele kaunseling melalui Talian Kasih di hotline number 15999.

.

tele kaunseling Talian Kasih

.

Selain daripada itu ada universiti yang turut mengambil inisiatif menyediakan khidmat tele kaunseling kepada orang awam secara percuma, antaranya Universiti Malaysia Perlis.

.

Tele kaunseling UNIMAP

.

Sila klik pautan yang kami sediakan diatas.

.

.

2)  Syoknyakaunseling.com

.

syoknyakaunseling

.

Jika anda lebih suka berurusan dengan agensi swasta anda boleh cuba mendapatkan perkhidmatan sesi kaunseling di syoknyakaunseling.com.

.

Selain perkhidmatan kaunseling online, Syoknyakaunseling juga menyediakan sesi kaunseling rumah tangga melalui panggilan telefon (tele-kaunseling)

.

Perkhidmatan agensi swasta lebih menjimatkan masa dan fleksible untuk anda kerana mudah untuk anda memilih tarikh yang sesuaian dengan keselesaan anda.

.

Berbanding dengan agensi kerajaan yang memerlukan anda untuk menunggu giliran dan masa yang sudah ditetapkan.

.

Harga pula bermula dari RM75 hingga RM95 per jam mengikut jumlah sesi yang anda pilih.

.

.

3. Bersemuka di pusat kaunseling

.

kaunseling bersemuka

.

Sesi kaunseling secara bersemuka adalah cara yang paling bagus dan efisyen serta dapat melancarkan lagi proses kaunseling rumah tangga bersama klien.

.

Dengan kaedah ini juga, kaunselor dapat melihat dan mendengar setiap butir bicara, bahasa badan, dan raut muka anda supaya komunikasi antara anda dan kaunselor lebih berkesan.

.

Jika anda ingin mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga secara bersemuka, anda boleh lihat senarai agensi yang kami sediakan dibawah.

.

.

1)  Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

.

LPPKN

.

LPPKN merupakan dibawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

.

Mereka menyediakan khidmat kaunseling rumah tangga, perkahwinan dan keluarga untuk rakyat malaysia yang mempunyai masalah berkaitan rumah tangga dan keluarga.

.

Untuk mendapatkan tarikh temu janji, anda boleh hubungi mereka ditalian yang disediakan di laman web LPPKN

.

.

2)  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

.

JKM

.

Banyak agensi kerajaan yang turut menyediakan kemudahan kaunseling termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), yang berfungsi menjaga kebajikan masyarakat di Malaysia, dan menyediakan tenaga sukarelawan dalam pelbagai aktiviti kebajikan.

.

Antara khidmat kaunseling yang mereka sediakan termasuk khidmat kaunseling individu, berkelompok, kerjaya dan keluarga.

.

Mereka juga menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan dalam menyelesaikan sesuatu konflik dan kemusykilan.

.

Untuk mendapatkan khidmat mereka, anda perlu pergi atau hubungi JKM negeri tempat tinggal anda untuk mendapatkan tarikh dan masa temu janji.

.

JKM juga tidak mengenakan apa-apa caj perkhidmatan.

.

.

3)  Jabatan Agama Islam Negeri

.

jabatan agama islam negeri

.

Sudah tentu kesemua Jabatan Agama Islam negeri di Malaysia ini juga ada menyediakan khidmat kaunseling rumah tangga.

.

Golongan yang beragama islam sangat digalakkan untuk memanfaatkan servis kaunseling yang mereka sediakan.

.

Bukan sahaja permasalahan anda akan dijawab dari segi teori dan rational semata-mata, malah dari sudut pandangan agama islam juga akan dijelaskan secara terperinci.

.

Untuk sesi kaunseling bersama Jabatan Agama Islam secara bersemuka, juga memerlukan anda untuk pergi ke Jabatan Agama Islam negeri tempat tinggal anda sendiri bagi mendapatkan tarikh temu janji.

.

.

4)  Pusat Kaunseling Selangor

.

.

Jika anda tinggal di kawasan Selangor dan berdekatan Shah Alam, anda boleh datang ke Kompleks PKNS, Shah Alam untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling rumah tangga selangor ini.

.

Pusat Kaunseling Selangor juga sebelum ini dikenali sebagai Talian Sahabat.

.

Perkhidmatan kaunseling untuk rakyat Selangor juga ada disediakan di cawangan-cawangan lain seperti di Ampang Jaya, Selayang, dan Sepang.

.

.

.

.

.

5)  Syoknyakaunseling.com

.

Sesi kaunseling secara bersemuka diadakan didalam bilik kaunseling tertutup di tempat mereka bergantung kepada waktu dan tarikh yang ditetapkan untuk anda.

.

Harga bermula dari RM140 hingga RM200 per jam bergantung jumlah jam sesi yang anda pilih.

.

syoknyakaunseling bersemuka

.

Caranya anda hanya perlu pergi ke laman web Syoknyakaunseling.com, daftar dan masukkan butiran yang diminta dan membuatkan pembayaran melalu akaun bank yang tertera.

.

Pendaftaran dan tempahan akan diproses dalam tempoh 24 jam dan akan ditetapkan sesi kaunseling untuk anda, tunggu sahaja maklum balas dari admin.

.

Kebiasaannya, kebanyakkan institusi kerajaan mahupun swasta telah menyediakan tenaga dan khidmat kaunseling khusus untuk warga pekerja mahupun pelajar yang melanjutkan pengajian di organisasi tersebut

.

Apa-apa pun, sebelum berkunjung dan mendapatkan nasihat yang lebih terperinci daripada organisasi tersebut, pastikan kaunselor yang ditugaskan kepada anda berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

.

lembaga Kaunseling

.

.

Peranan Ahli Keluarga

.

Peranan bapa dalam keluarga adalah sebagai pemimpin kepada anak dan isteri, dan juga bertanggungjawab sebagai pendidik kepada setiap ahli keluarga.

.

Peranan seorang ibu pula adalah mentaati suami dan memberikan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak dan suami.

.

biodata dr ismail tambi

.

Setiap keperluan keluarga, nafkah zahir dan batin perlulah dipenuhi oleh ibu dan bapa seperti, kasih sayang, tempat tinggal, pendidikan, makanan dan pakaian yang cukup kepada anak-anak.

.

Kerjasama antara suami dan isteri sangat penting untuk memastikan setiap ahli keluarga dan anak-anak dapat merasai nikmat keluarga yang bahagia.

.

Kesan positif dari keluarga yang sentiasa menitik-beratkan peranan ahli keluarga seperti:

   •  Memperoleh keluarga yang bahagia.

   •  Anak-anak menjadi lebih bermotivasi dalam pelajaran.

   •  Anda suami dan isteri lebih bersemangat untuk mencari rezeki demi keluarga.

.

Tanggungjawab Suami

.

Jika anda merasakan rumahtangga anda sekarang mempunyai masalah, pergi dapatkan khidmat kaunseling daripada agensi yang berkenaan dengan segera.

.

Anda sebagai suami dan isteri yang prihatin perlu mengingatkan setiap ahli keluarga anda supaya mereka tidak terlupa dan mengabaikan tanggungjawab mereka.

.

Setiap ahli keluarga mempunyai peranan mereka tersendiri untuk dihayati dan dipraktikkan bagi memperoleh membentuk hubungan kekeluargaan yang bahagia dan kukuh.

.

.

Jangan ambil mudah perkara atau isu yang melibatkan keluarga, risau ia akan menjadi kebiasaan yang akhirnya boleh menimbulkan konflik dan pertengkaran yang berpanjangan.

.

Terima kasih kerana telah meluangkan masa membaca perkongsian kami.

.

Semoga bermanfaat!

.

Baca sekali perkongsian kami yang lain.

.

.

Baca:  Jilat Kelentit + Hisap Payudara Isteri – Hehe, Ini Teknik Lebih ‘Advanced’ Untuk Anda Cuba

.

.

giphy Telegram SuamiSihat

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?