Kebelakangan ni banyak pula iklan gambir Sarawak yang lalu dekat timeline FB ni.
.
“Tak pernah pula guna produk macam ni, tapi teringin jugak nak tahu info apa benda tu”
“Betul ke gambir ni berkesan untuk besar, tahan lama & panjang?”
.
Kalau search Google pun tak banyak yang diceritakan secara terperinci apa fungsi gambir Sarawak untuk zakar, yang menjual banyak lah.
.
Jangan risau, kami faham.
.
Teruskan membaca kerana pada artikel kali ini kami akan kongsikan apa fungsi, dan kesan gambir Sarawak terhadap prestasi seks dan juga kesihatan.
.
.
.
Baca Juga: Viagra Malaysia – Ini Panduan Untuk Anda Beli, Harga & Premis yang Jual
.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
Apa Itu Gambir Sarawak?
.
.
Gambir sarawak, ataupun nama saintifiknya Uncaria Gambir, sejenis tumbuhan yang tumbuh diserata hutan di negeri Sarawak dan sebahagian daerah di Indonesia.
.
Tumbuhan ini juga dikenali sebagai Born, Gambier, Borneo Cat’s claw, Una de Gato dan Kerangas oleh penduduk setempat.
.
Ianya adalah sejenis tumbuhan yang digunakan secara tradisional oleh penduduk setempat.
.
Ekstrak getah dari tumbuhan ini dimanfaatkan untuk merawat dan melegakan pelbagai jenis penyakit seperti luka luaran dan sakit gigi.
.
Fungsinya dikatakan hampir sama seperti ubat bius di hospital.
.
Manfaat tumbuhan ini telah digunapakai berabat lamanya, khususnya bagi penduduk-penduduk asal di Negeri Sarawak.
.
.
Apa fungsi gambir Sarawak ya?
.
Gambir sarawak, ataupun nama saintifiknya Uncaria Gambir, sebenarnya adalah sejenis tumbuhan yang digunakan secara tradisional dan berfungsi untuk melegakan sakit gigi & luka-luka pada kulit.
.
.
Selain itu Gambir juga berfungsi sebagai penawar bisa gigitan ular, dan ada juga yang menjadikannya sebagai krim penyembuh kesan melecur.
.
Bagi masyarakat cina pula gambir dipercayai dapat merawat sakit tekak, kudis, dan mengeluarkan angin dalam badan
.
.
Gambir Sarawak di semenanjung Malaysia
.
Pada awalnya penggunaan gambir sarawak bukanlah untuk tujuan seks tetapi hanyalah untuk melegakan sakit gigi dan merawat luka luaran.
.
.
Penggunaan gambir untuk tujuan seksual ini, telah menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, malah ke beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapore.
.
Pelbagai syarikat produk seks telah pun memanfaatkan khasiat gambir sarawak kedalam ramuan produk mereka.
.
Antara contoh kesan & kelebihan yang mereka janjikan adalah seperti,
• Memanjangkan tempoh ejakulasi
• Membesar dan memanjangkan zakar
• Tahan lama
• Melancarkan pengaliran darah dan sebagainya.
.
.
Produk seks berasaskan gambir sarawak dijual dalam pelbagai bentuk, ada yang datang dalam bentuk kepingan getah yang belum diproses.
.
Ada juga yang datang dalam bentuk cecair atau krim yang dicampur dengan ‘ramuan rahsia’.
.
Tetapi, tahukah anda, sebenarnya masih belum ada lagi ujian klinikal yang membuktikan keberkesanan gambir untuk prestasi seks.
.
Apatah lagi dikatakan boleh membantu membesarkan saiz & tahap ereksi.
.
It’s OK.
.
Jom ikuti review 5 produk popular berasaskan gambir di bawah:-
.
.
5 Review Testimoni Produk Berasaskan Gambir Sarawak
.
Mari sini admin senarai kan review 5 produk gambir sarawak yang viral dan popular digunakan sekarang ini.
.
Jom baca!
.
.
1. Gambir Emas
.
.
Produk berasaskan gambir sarawak ini merupakan salah satu produk gambir yang paling terkenal dekat pasaran kita sekarang ni.
.
Siapa yang tak kenal dengan Gambir Emas, produk yang amat popular dipasaran ubat kuat di Malaysia.
.
Kalau anda search dekat google atau facebook produk gambir sarawak ini yang paling banyak terjual, mana-mana pun akan ada iklan produk ni.
.
Gambir Emas ini dijual pada harga RM80 – RM130 per 10ml bergantung kepada kawasan dan pengedar yang anda beli.
.
Antara kelebihan Gambir Emas:
- Boleh merawat masalah ejakulasi pramatang
- Melancarkan peredaran darah pada zakar
- Dapat menguatkan otot zakar
- Boleh tahan lama
- Boleh mengembangkan saiz zakar
- Tak ada kesan Sampingan
- Jaminan 100% selamat dan halal
- Tak panas, tak kebas tak rasa pedih.
.
Macam mana nak pakai?
.
Cara penggunaan sapukan tiga titik keseluruh zakar urut dari pangkal hingga ke kepala zakar selama satu minit. Biarkan selama satu jam untuk gambir emas meresap.
.
Tonton video preview produk Gambir Emas Plus yang admin sertakan dibawah.
.
.
Kami sendiri pernah nampak billboard Gambir Emas terpampang dekat tepi highway masa kami lalu di highway Utara-Selatan kawasan Bangi.
.
Tak hairan lah produk ini terkenal sangat sampaikan bila orang tanya pasal produk gambir sarawak je mesti orang sebut nama Gambir Emas.
.
.
2. Gambir Jantan
.
.
Produk kedua dalam review kami adalah Gambir Jantan by Emorra, ini juga produk yang ‘Hot’ dipasaran kita sekarang ini.
.
Cuma itulah, produk ni dah beberapa kali tukar produk packaging mereka, kemungkinan penukaran packaging disebabkan oleh produk tiruan yang meniru produk mereka.
.
Harga yang mereka tawarkan sekitar RM70 hingga RM110 per net 10g.
.
Gambir Jantan Soothing Gel menggunakan bahan semula jadi dari Arab saudi, Indonesia, India, Afrika, dan Malaysia, antaranya seperti:
- Gambir
- Papermint
- Spearmint
- Aloe Vera
- Sandalwood
- Jojoba oil
- Virgin coconut oil
.
.
Kelebihan produk Gambir Jantan
- Melambatkan pancutan Pramatang
- Menjaga kesihatan kulit
- Mencantikkan kulit
- Mengurangkan rasa sensitiviti kulit
- Membantu masalah keredangan kulit
- Dihasilkan khusus untuk lelaki berkahwin
.
Macam mana nak guna?
.
Dibawah ni ada video tutorial gambir jantan. Anda boleh tengok sendiri macam mana cara nak pakai krim ini.
.
.
.
3. Kama-Max
.
.
Produk seterusnya adalah Kama-Max yang tak kurang juga popularnya.
.
Kelebihan untuk produk ini sama juga seperti produk campuran gambir yang lain:
- Dapat membantu masalah ejakulasi pramatang
- Cepat menyerap seawal 30 minit
- Tahan lebih lama
- Mengeras dan membesarkan zakar
- Melancarkan perjalanan darah
- Tidak kebas
.
Kama-Max mudah untuk didapati di facebook dan agent-agent yang terpilih dengan harga dari RM90 hingga RM120 bagi setiap 10gram kandungan.
.
Siapa tak kenal Tauke Jambu, yang merupakan salah seorang finalist Maharaja Lawak Mega juga merupakan duta untuk produk Kama-Max.
.
.
Iklan mereka ni juga banyak terpampang di papan-papan iklan disebelah lebuh raya serata Malaysia.
.
Antara lokasi billboard tersebut dipasang ialah di susur keluar Nilai menghala ke Seremban, dan susur keluar Bangi menghala ke Sungai Besi.
.
.
Strategi marketing macam ni yang selalunya membuatkan orang kenal produk mereka, lagi-lagi kalau papan iklan itu besar dan menonjol.
.
.
4. Gambir Gold Spray
.
.
Produk seterusnya adalah Gambir Gold Spray.
.
Produk ini direka berasaskan tumbuh-tumbuhan.
.
Harga pasaran untuk produk gambir ini dalam lingkungan RM90 hingga RM150.
.
Antara kelebihan yang mereka berikan dalam satu produk Gambir Gold Spray 10ml:
- Memberi kepuasan maksimum
- Menambah saiz zakar
- Mengeras dan menguatkan zakar
- Mengurangkan tahap sensitiviti zakar
- Mambantu masalah pancutan pra matang
- Tahan 1-2jam
.
Kandungan yang ada dalam Gambir Gold Spray
- Uncaria Gambier
- Water
- Propylene Glycol
.
Tak banyak maklumat tambahan yang dapat kami berikan memandangkan tiada laman web rasmi untuk produk Gambir Gold Spray.
.
Dibawah ni kami sediakan video unboxing produk Gambir Gold Spray untuk anda tengok macam mana.
.
.
.
5. Gambir Ayah Ali
.
.
Review yang terakhir daripada kami adalah Gambir Ayah Ali
.
Produk mereka ini dikatakan tidak melekit, berlendir, kebas, mahupun panas dan ditambah pula dengan ramuan ‘rahsia’ mereka sendiri.
.
Produk ini agak terkenal dipasaran produk ubat kuat dan minyak belacak.
.
Harganya pula anggaran dalam RM80 ringgit ke RM150 ringgit bergantung pada lokasi.
.
Cara pakainya juga sama seperti krim/gel gambir sarawak yang lain.
.
Video tutorial cara pakai gel Gambir Ayah Ali ada dibawah.
.
.
.
Baca Artikel Berkaitan: 7 Minyak Belacak Terbaik 2020 – Review Kami, & Betulkah Berkesan?
.
.
Fakta yang anda semua perlu tahu tentang gambir Sarawak
.
Menurut wikipedia, gambir sarawak adalah
“Gambir Sarawak (nama saintifik: Uncaria Gambir) ialah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak terdapat di dalam hutan Negeri Sarawak, Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama Born, Gambier, Borneo Cat’s claw, Una de Gato dan Kerangas. Ia diperolehi di dalam hutan tebal di kawasan pendalaman di bahagian Long Panai, Marudi, Sarawak.“
.
Gambir Sarawak telah digunakan oleh masyarakat di negeri Sarawak secara turun temurun untuk merawat sakit luaran selama berabad lamanya, khususnya bagi penduduk-penduduk asal negeri Sarawak.
.
Namun, penggunaan asalnya bukanlah untuk tujuan seks – tetapi untuk tujuan perubatan tradisional, khususnya sebagai merawat luka luaran & mengurangkan kesakitan gigi.
.
Setakat ini tiada lagi kajian dan ujian klinikal yang dijalankan keatas khasiat gambir sarawak keatas prestasi seks.
.
.
Penggunaan gambir untuk tujuan seks ini, telah menular secara meluas ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, malah ke beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapore.
.
Kesan penggunaannya yang berterusan terhadap zakar, berkemungkinan boleh memberi side effect, lagi-lagi kepada tisu kulit zakar yang bersifat nipis itu.
.
.
Ikuti video penerangan di atas. Doktor Pakar Sakit Tuan, Dr. Ismail Tambi, menerangkan berkenaan kesan negatif minyak ataupun gel gambir sarawak kepada tisu kulit zakar.
.
.
Ulasan Doktor: Kesan gambir sarawak jika disapu pada zakar.
.
.
Jika anda ke Sarawak, ramai peniaga yang hanya menggunakan kerusi dan meja dan membuka ‘kedai’ jualan di tempat tumpuan orang.
.
Popularitinya yang meningkat terutama di semenanjung dan harga yang murah di Sarawak membuatkan produk ini laku keras tanpa menyedari akan bahaya gambir ini.
.
Sehinggakan, ada juga kanak-kanak dan wanita yang menjualnya di sana.
.
Laku keras!
.
Dibawah merupakan ulasan akhbar metro online tentang kesan gambir sarawak. Anda boleh baca di sini
.
.
.
Side Effect Bahaya Gambir Sarawak
.
.
1) Zakar terasa kebas
.
Antara kesan gambir ialah rasa kebas dibahagian yang telah disapu, kesannya mirip seperti kesan ubat bius di hospital.
.
Sebab itu lah masyarakat zaman dahulu di pendalaman negeri Sarawak menggunakannya sebagai ubat sakit gigi.
.
.
Getah gambir sarawak ini jika dihancurkan dan diletakkan pada gigi geraham yang berlubang, pasti rasa sakit gigi tersebut reda.
.
Bahaya jika digunakan secara salah dan melampau kepada zakar, kerana zakar anda boleh mengalami masalah kekebasan kekal, ataupun permanent numbness.
.
Terutamanya pada bahagian kepala zakar – kerana lapisan tisu kulit yang nipis.
.
.
2) Boleh melecetkan zakar
.
.
Masyarakat melayu kita dulu, juga menggunakan gambir Sarawak semasa berkhatan.
.
Sifat gambir ini yang memanas akan membuatkan zakar menjadi panas dan kebas seterusnya proses berkhatan menjadi mudah dan tidak sakit.
.
Sebab itu bahaya jika zakar didedahkan dengan gambir akan menjadikan zakar melecet seterusnya membahayakan si pemakainya.
.
.
3) Keradangan kepada zakar
.
.
Kulit zakar dan alat sulit wanita adalah nipis dan banyak saraf.
.
Jika ubat kuat gambir ini disapu pada zakar secara berterusan, ia boleh membuatkan kulit alat sulit menjadi kemerahan, seterusnya menjerumus kepada keradangan kulit.
.
Deria saraf pada zakar kita turut sama boleh terjejas.
.
Lebih menakutkan lagi, rasa ‘sedap-sedap’ sensitif pada zakar kita boleh hilang secara permanent, dek kerosakan saraf zakar!
.
.
.
.
Saranan Pakar
.
Doktor pakar sakit tuan terkenal, Dr. Mohd Ismail Tambi berkata, penggunaan gambir Sarawak secara berlebihan dan tidak terkawal boleh membawa padah
.
.
Kemaluan akan melecet serta berasa pijar yang berterusan sehingga boleh mengakibatkan luka, keradangan dan jangkitan bakteria.
.
Lebih teruk, lama kelamaan, penggunaan bahan tersebut akan mengalami kerosakan saraf terutama di kawasan batang zakar.
.
Jelas Dr Ismail lagi, kehilangan rasa nikmat ketika melakukan hubungan kelamin juga boleh terjadi sekiranya tumbuhan tersebut digunakan secara salah & berlebihan
.
Gambir hanya digunakan oleh penduduk Sarawak untuk tujuan melegakan kesakitan ringan dan luaran seperti sakit gigi dan luka-luka biasa.
.
Cuma penduduk Semenanjung sahaja, katanya, yang taksub dengan dakwaan bahawa gambir Sarawak boleh memanjangkan tempoh ereksi.
.
.
Pilih lah produk kesihatan lelaki yang tidak memberi kesan buruk kepada zakar anda.
.
.
Kesimpulannya
.
Penggunaan Gambir Sarawak banyak kelebihannya dari sudut pandang perubatan seperti merawat luka, merawat sakit gigi, dan dipatuk ular.
.
Tetapi banyak lagi kesan sampingan yang merbahaya dan buruk berkenaan gambir sarawak jika digunakan untuk kegunaan seksual, baik lelaki mahupun wanita.
.
Kami tidak mengesyorkan anda memakai krim/gel yang tidak mempunyai ujian klinikal untuk anda atasi masalah pancut awal yang dihadapi kerana banyak kesan buruk berbanding yang baik yang boleh berlaku.
.
.
Baca Juga: Air Mani – Cara Mudah Banyakkan Air Mani & Tingkatkan Kualiti Sperma
.
.
.
Setakat ini masih tiada kajian saintifik mahupun bukti klinikal yang dapat membuktikan keberkesanan penggunaan gambir sarawak sebagai alternatif rawatan masalah ‘pancut awal’ dikalangan lelaki.
.
Banyak lagi produk tahan lama yang lebih baik, selamat selamat digunakan, halal, dan lulus KKM yang boleh anda dapatkan dipasaran dengan mudah dan murah.
.
Jika anda mempunyai masalah seksual yang serius sila berjumpa dengan doktor atau pakar untuk mendapatkan bantuan serta rawatan yang dipercayai.
.
.
Berhati-hati lah memilih produk untuk ‘awang’ kita tu, lagipun ‘barang’ kita tu nak pakai lama ye tuan-tuan.
.
Apa-apa pun terima kasih kerana membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Baca juga perkongsian kami yang lain.
.
Semoga bermanfaat!
.
.
.
.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
DISCLAIMER / PENAFIAN
- Artikel ini ditulis perdasarkan pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili pendapat organisasi secara menyeluruh.
- Penulisan ini juga bukanlah untuk mempromosikan atau memburuk-burukkan produk tertentu. Sebaliknya hanyalah sebagai panduan dan penambahan ilmu para Suami di Malaysia untuk lebih peka akan kesihatan tubuh mereka.
- Kami tidak bertanggungjawab keatas sebarang kesilapan penulisan atau fakta.
- Jika ada pihak yang memerlukan sebarang pembetulan fakta & penambahan, sila emailkan ke marketing@suamisihat.com. Kami akan membuat pembetulan dengan segera.
- Kami bukan berniat untuk memburukkan sebarang produk ataupun servis, sebaliknya ingin memberikan fakta yang tepat & absah secara professional sejajar dengan keperluan suami di Malaysia masa kini.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *