Shhh.. Jangan Bagitahu Isteri Anda 🤫

Dapatkan Ebook Special ini secara PERCUMA.


Nak Romen dengan Tahan Lama + Zakar lebih Keras?
Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Categories: ubat

Viagra Malaysia – Ini Panduan Untuk Anda Beli, Harga & Premis yang Jual

Anda sedang mencari Viagra Malaysia?

.

Tak tahu macam mana nak dapatkan Viagra secara sah di Malaysia ni?

.

Anda yang sampai ke posting ini, mesti kebanyakkannya ada masalah mati pucuk atau ‘awang’ susah nak naik kan?

.

Jangan malu jangan segan.

.

Masalah tersebut bukan anda sorang sahaja yang alami.

.

7 dari 10 orang kawan-kawan anda juga melalui benda yang sama, lagi-lagi bila umur dah meningkat ni.

.

Jadi harini kami akan kongsikan satu-persatu dalam artikel ini.

.

.

Viagra Malaysia? Apa tu?

.

Viagra di Malaysia adalah satu produk terkawal yang mengandungi sildenafil untuk merawat keadaan mati pucuk dalam kalangan lelaki.

.

Sildenafil termasuk dalam ubat jenis phosphodiesterase (PDE) inhibitors.

.

Sama seperti Cialis, Levithra dan Stendra.

.

Ianya digunakan apabila seseorang tu tak dapat mengawal ketegangan zakar ketika aktiviti seks.

.

Untuk menggunakan Viagra Malaysia ni, anda mestilah berjumpa dengan pakar dahulu untuk memastikan apakah penyakit yang sedang dialami oleh anda yang sebenarnya.

.

Selepas itu baru lah pakar akan mengambil Tindakan rawatan dan konsultansi, samada boleh atau tidak anda gunakan Viagra.

Untuk Viagra di Malaysia, doktor akan tentukan berapa banyak dos yang sesuai untuk anda berserta respon terhadap dos tersebut.

.

Kebiasaannya, dos yang diberi bermula dari 25mg, dan akan meningkat bergantung kepada keberkesanan dan kesesuaian tubuh badan anda.

.

Had maksima dos untuk individu dewasa yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah 100mg per hari.

***Juga boleh baca selepas ini: Ubat mati pucuk – Ini rawatan sebenar jika anda mengalami ED.

.

.

Betul ke? Macam mana pil Viagra Malaysia ni berfungsi?

.

Viagra Malaysia berfungsi dengan cara mengstabilkan saluran darah pada zakar anda apabila melakukan seks.

.

Ini membenarkan darah mengalir ke zakar dan seterusnya membolehkan anda untuk mendapat ereksi.

.

Di Malaysia pil Viagra Malaysia perlu diambil sebelum melakukan seks mengikut dos yang sesuai untuk anda.

.

Kesannya juga bergantung kepada gaya permakanan anda.

.

Makanan yang berat & berlemak tinggi, sekiranya diambil sebelum aktiviti seks, boleh melambatkan kesan Viagra.

.

Pil Viagra ini pula hanya akan berkesan apabila anda berasa ghairah.

.

Jadi tak perlu lah risau untuk keluar ke tempat kerja dek kerana risau ‘adik’ akan keras sentiasa.

.

***Boleh baca selepas ini: ‘Viagra semulajadi’ Tongkat Ali, kebaikan & keburukannya untuk prestasi seks.

.

.

Dibawah adalah antara perkara penting yang perlu di ambil berat.

Semasa anda pergi mendapatkan nasihat dari doktor atau ahli farmasi tentang gejala ini, anda perlu memaklumkan kepada mereka tentang perkara dibawah:

.

1]  Jika anda ada sebarang alahan kepada ubat-ubatan atau apa-apa jenis bahan (Contoh: Makanan, pengawet, pewarna)

.

2]  Jika anda ada mengambil sebarang ubat-ubatan (Contoh: Ubat preskripsi dan supplemen)

.

3]  Jika anda mempunyai masalah jantung atau salur darah.

.

4]  Tiba-tiba alami gangguan penglihatan/kabur sama ada pada mata kanan, kiri atau kedua-duanya.

.

5]  Mempunyai penyakit buah pinggang, diabetis, atau hati, leukimia (kurang sel darah merah), ‘multiple myeloma‘, ataupun sebarang penyakit atau kecacatan pada pangkal penis, pendarahan, ulser perut dan rabun warna.

.

6]  Jika ada menerima rawatan mati pucuk ditempat lain.

.

7]  Atau jika anda mempunyai masalah kesihatan yang lain.

.

Setiap yang anda ambil mungkin boleh menyebabkan kesan kepada penyakit yang lain dan berkemungkinan akan menjadi lebih serius.

.

.

Viagra ni ada kesan sampingan tak?

.

Beberapa kesan sampingan munkin terjadi kepada anda apabila anda memakan pil Viagra Malaysia.

.

Jika anda rasa simptom-simptom dibawah kerap terjadi dan berlanjutan dengan panjang, sila maklumkan kepada doktor secepat mungkin.

.

1]  Sering sakit kepala atau pening

.

2]  Flushing (Rasa panas di bahagian muka leher dan dada)

.

3]  Mengalami masalah penghadaman dan cirit birit

.

4]  Kerap berlaku hidung tersumbat

.

5]  Perubahan terhadap penglihatan seperti kabur, peka terhadap cahaya atau penglihatan bertukar biru.

.

6]  Merasa ada jangkitan pada saluran kencing

.

7]  Ruam di serata bahagian badan

.

Pakar tidak mengesyorkan pengambilan Viagra bagi anda yang mempunyai masalah jantung dan masalah salur darah tersumbat.

.

Ianya amatlah tak digalakkan sama sekali.

.

Di dalam satu artikel oleh Harvard Medical School menegaskan bahawa pesakit yang mempunyai masalah jantung tidak disyorkan untuk mengambil pil Viagra.

.

Ini kerana pengambilan Viagra akan memberi kesan kepada salur darah dan boleh menyebabkan turunnya tekanan darah sebanyak 8 mmHg.

.

Kesannya didapati sama kepada lelaki yang sihat tubuh badan.

.

Kata mereka lagi,

“Nitrogliserin adalah ubat yang berfungsi meluaskan salur darah dengan cara menambah bekalan oksida nitrat pada salur arteri. Itu adalah salah satu cara untuk membuka arteri yang tersumbat pada pesakit yang mempunyai masalah jantung. Tapi disebabkan pil Nitrogliserin dan pil Viagra dua-dua bertindak terhadap Oksida Nitrat, ia tidak boleh diambil secara serentak.”

.

“Terdapat kajian kepada beberapa sukarelawan yang diberi pil Viagra dan diberi pula pil Nitrogliserin satu jam selepas itu. Pemerhatian mendapati penurunan tekanan darah sebanyak 25-51 mm Hg, jumlah ini berpotensi boleh membahayakan. Semua pakar bersetuju bahawa lelaki yang mengambil pil nitrat tidak boleh mengambil pil Viagra.”

.

Selain penyakit jantung, banyak lagi keadaan pesakit yang melarang penggunaan Viagra.

.

Antaranya, alahan kepada sildenafil, masalah hati yang teruk, dan beberapa masalah penglihatan.

.

.

Macam mana nak dapatkan Viagra ni?

.

Mesti ada antara anda semua bertanya:

.

Di mana tempat nak beli pill Viagra ni, ada jual ke dekat kedai jamu atau farmasi?

.

Dekat Watson dengan Guardian pula, macam mana ada ke Viagra?

.

Ada juga yang tanya boleh ke beli dari penjual Viagra dekat penjual online?

.

Untuk pengetahuan anda semua, produk Viagra di Malaysia tak ada dijual di kedai jamu atau Guardian/Watson, mahupun secara online.

.

Produk Viagra di Malaysia hanya boleh diambil melalui priskripsi doktor di hospital atau klinik pakar sakit tuan dan farmasi yang bertauliah sahaja.

.

Jadi setiap penggunaan produk ubat kuat atau Viagra mestilah mendapat nasihat dari doktor dahulu dan produk tersebut hendaklah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia

.

Ianya mestilah dari sumber yang dipercayai supaya selamat untuk anda digunakan.

.

Jika anda berhasrat untuk mendapatkan Viagra Malaysia dan berjumpa dengan doktor, kami mengesyorkan anda pergi ke Damai Service Hospital di Kuala Lumpur.

.

Disana terdapat klinik yang dikendalikan oleh Dr. Ismail Tambi yang mana beliau merupakan pakar sakit tuan (Andrologi)

.

Beliau berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kesihatan lelaki dan telah menerbitkan beberapa buah buku.

.

Anda boleh mendapatkan rawatan dan nasihat yang ada perlukan daripada beliau.

.

Dibawah ada video kupasan sedikit sebanyak tentang Viagra oleh beliau.

.

.

Maklumat tambahan tentang PFIZER VIAGRA

.

Viagra ialah ubat terkawal jenis PDE-5 inhibitors (Phosphodiesterase).

.

Ia berkesan mengstabilkan salur darah dan membolehkan lebih banyak darah yang lalu di kawasan zakar anda

.

Satu kotak mengandungi empat biji tablet bergantung kepada pilihan dos yang disediakan sama ada 25mg, 50mg atau 100mg.

.

Viagra cepat diserap oleh tubuh badan.

.

Oleh itu kesan yang anda boleh nampak ialah seawal 30 minit hingga ke 60 minit.

.

Pengambilan makanan berlemak boleh melambatkan kesan pil Viagra,

.

.

Macam mana dengan harga pula?

.

Bermula daripada RM 150 hingga RM 190 bergantung kepada harga yang ditetapkan untuk setiap dos yang disediakan oleh hospital atau pengedar.

.

Untuk mengambil produk ini, pastikan anda mendapatkan preskripsi daripada doktor.

.

Ini penting!

.

Pesakit yang mempunyai masalah jantung dan sedang mengambil pil nitrate tidak digalakkan sama sekali untuk ambil pil Viagra yang mengandungi sildenafil.

.

Pencampuran dua ubat ini boleh menyebabkan tekanan darah menurun secara mendadak.

.

Anda boleh mendapatkan produk ini di farmasi yang terpilih, di hospital kerajaan, dan di klinik-klinik pakar sakit tuan di serata Malaysia.

.

Anda juga boleh dapatkan Viagra melalui online di beberapa laman web perubatan yang terpilih sekiranya anda telah mendapat preskripsi daripada doktor.

.

Antara premis yang kami syorkan untuk anda beli Viagra:-

1- Damai Service Hospital

2- Doctor On Call (boleh beli melalui online, dengan preskripsi doktor)

.

.

Lelaki je ke ada produk Viagra ni, untuk Perempuan ada tak?

.

Secara teori, Viagra mampu mambantu wanita yang mengalami masalah susah untuk berasa ghairah kerana keberkesanannya untuk menyalurkan darah ke bahagian libido wanita.

.

Tiada bukti yang menyokong keberkesanannya Viagra kepada wanita dan Jabatan Pemakanan dan Perubatan (FDA) dari Amerika Syarikat juga belum mengesahkannya.

.

Alternatif lain yang para wanita boleh diambil adalah dengan mencuba Addyi (Filbanserin) yang mana produk ini mampu membantu wanita yang telah berumur untuk mencapai nafsu seks yang diinginkan.

.

Addyi berfungsi dengan meningkatkan jumlah penghasilan dopamine dan norepinephrine (kedua-dua berfungsi menambah tahap keghairahan) di dalam otak

.

Ia turut menurunkan kadar serotonin – sejenis hormon yang mengurangkan keghairahan.

.

Antara kesan produk ini terhadap wanita yang menggunakannya secara berlebihan, adalah mereka berkemungkinan akan mengalami pening dan sakit kepala berpanjangan.

.

Penggunaan produk ini pula boleh meningkatkan tekanan darah wanita dan mengurangkan kadar degupan jantung.

.

Kebanyakkan testimoni mengatakan Addyi tidak berkesan dengan baik, sebaliknya memberi kesan yang lebih memudaratkan dan menjejaskan urusan harian mereka.

.

Sebenarnya untuk merangsang wanita, mereka perlu dibelai dan diusap oleh pasangan mereka.

.

Ini antara kaedah yang paling terbaik untuk dilakukan sebelum mengambil alternatif berasaskan ubat-ubatan.

.

***Boleh baca selepas ini: 30 variasi Posisi seks untuk mantapkan kehangatan asmara anda.

.

Ramai antara suami zaman sekarang ini yang tak menitik beratkan Langkah ‘foreplay’ sebelum memulakan seks sebaliknya terus menghabiskan dayungan 5 minit selepas itu.

.

Sedangkan masalah kurang keghairahan pada wanita, turut berpunca dari pasangan yang kurang memberi perhatian terhadap mereka dan juga tidak mendapat belaian yang sepatutnya.

.

Seks bukan hanya tentang klimaks atau ‘pancut’ dalam atau luar, tetapi seks adalah aktiviti yang memerlukan sentuhan belaian terutamanya untuk wanita.

.

Mereka ini memerlukan bukan sahaja komunikasi tubuh badan, malah komunikasi kasih sayang daripada pasangan mereka.

.

Dengan pasangan yang sambil lewa tentang kepentingan ‘Foreplay’ ini, walaupun untuk wanita yang mempunyai keadaan seksual yang sihat juga akan mempunyai masalah seksual pada masa akan datang.

.

Rangsangan dan kasih sayang itu percuma, senang dan mudah untuk diberikan.

Betul atau tak?

Baiklah, sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini.

.

Silakan baca perkongsian kami yang lain.

.

Semoga bermanfaat untuk semua!

.

.

admin

Recent Posts

Makanan Kesihatan Lelaki – Tips Terpadu Tambah Tenaga Dan Kesihatan Lelaki

Zaman sekarang ni, ramai lelaki yang tak peka tentang kesihatan mereka. . Frasa 'makanan kesihatan…

4 days ago

Ubat Darah Tinggi – Jenis, Fungsi, & Kesan Terhadap Kesihatan

Terdapat pelbagai jenis ubat darah tinggi yang dijual dipasaran, . Penyakit ini dikenali sebagai 'Silent…

4 days ago

Nafsu Seks – Syahwat Anda Suami Isteri Berkurang? Ini Punca & Solusinya.

Nafsu seks anda kejap naik kejap turun? . Isteri pun sama, kejap nak kejap tak…

2 weeks ago

Kaunseling Rumah Tangga – Panduan (Lengkap) Agensi, Harga Dan Pakej Yang Terbaik

Anda mencari khidmat kaunseling rumah tangga yang terbaik? . Tak tahu nak pilih yang mana…

2 weeks ago

Gambir Sarawak – Dari Segi Prestasi Seks & Kesihatan, Berkesan Ke?

Kebelakangan ni banyak pula iklan gambir Sarawak yang lalu dekat timeline FB ni. . "Tak…

4 weeks ago

Niat Mandi Wajib, hingga ke Cara Mandi Wajib yang Betul (Lengkap, Step by Step)

Anda tahu cara mandi wajib yang betul? . Ramai sebenarnya yang belum faham tentang amalan…

1 month ago