Buat lelaki, anda pasti pernah dengar berkenaan air mazi, air mani dan air wadi kan?
.
Tapi anda tahu tak beza ketiga-tiga jenis air tersebut.
.
Ilmu ini sangat penting untuk anda kerana ada jenis air yang dikategorikan sebagai najis berat dan anda perlu mandi wajib.
.
.
Jika tidak, banyak ibadah anda yang tidak akan diterima oleh Allah S.W.T.
.
Jom baca perkongsian kami kali ini berkenaan perbezaan air mazi, air mani dan air wadi.
.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
Pengenalan dan Warna Air Mani
.
.
Air mani berasal daripada satu perkataan bahasa Arab iaitu ( أمْنَى – يُمْنِيْ) yang membawa maksud terpancut.
.
Sama seperti maksudnya, ia dinamakan sedemikian kerana keadaan air mani ini yang keluar secara memancut.
.
Warnanya pula adalah putih dan pekat.
.
Sewaktu air mani keluar, ia akan diiringi dengan rasa penuh kenikmatan dan akan menyebabkan zakar anda mulai lembik.
.
Ia tidak semestinya akan sentiasa memancut keluar jika keluarnya adalah dalam kuantiti yang kecil atau berwarna darah.
.
Hal ini mungkin disebabkan oleh terlalu kerap anda melakukan hubungan seksual.
.
Baca Juga : Melancap (Onani) – Betul ke Bahaya? Anda Perlu Tahu Kebaikan & Keburukannya
.
.
Bau Air Mani
.
.
Jika anda pernah menghidu bau air mani, ia mempunyai bau seperti tepung yang diuli sewaktu ia dalam keadaan basah.
.
Manakala sewaktu ia kering, baunya akan lebih kepada bau hanyir seperti bau putih telur.
.
Baca Juga : Air Mani – Cara Mudah Banyakkan Air Mani & Tingkatkan Kualiti Sperma
.
.
Perlu Mandi Wajib Ke Kalau Keluar Air Mani?
.
.
Ia akan dikategorikan sebagai air mani jika ia mempunyai salah satu ciri yang telah dinyatakan tadi iaitu:
- Warna putih dan pekat
- Merasai kenikmatan
- Zakar menjadi lembik
- Bau seperti yang dinyatakan
.
Jadi, jika ada salah satu sifat yang dinyatakan, maka wajib untuk anda mandi wajib.
.
Jika tiada langsung sifat yang dinyatakan, maka ia bukanlah air mani dan anda tidak wajib untuk mandi wajib.
.
Sama juga halnya dengan air mani wanita dimana ia:
- Berwarna kekuningan
- Halus
- Kadang-kadang berwarna putih
- Merasa kenikmatan sewaktu ia keluar
.
Baca Juga : Air Mani Wanita – Jenis, Warna, Ciri-Ciri & Cara Anda Keluarkannya
.
.
Pengenalan dan Warna Air Mazi
.
.
Air mazi merupakan satu lagi air yang menimbulkan kekeliruan ramai dari segi sifatnya.
.
Antara ciri utama yang ada pada air mazy adalah:
- Ia berwarna putih
- Ia lebih halus
- Bersifat melekit
- Biasanya keluar sewaktu anda mula terangsang
- Turut keluar sewaktu anda sedang bergurau senda bersama dengan pasangan
- Tidak keluar secara memancut seperti air mani dan lebih kepada mengalir biasa
- Tidak akan menyebabkan zakar menjadi lembik
- Turut keluar tanpa disedari
.
.
.
.
Perlu Mandi Wajib ke Kalau Keluar Air Mazi?
.
.
Air mazi tidak sama seperti air mani kerana ia dikategorikan sebagai air yang keluar disebabkan oleh nafsu syahwat yang paling rendah.
.
Kemuncak syahwat adalah air mani yang jauh mengatasi air mazi.
.
Namun, air ini turut mempunyai sifat-sifat yang hampir sama dengan air mani seperti apa yang telah diriwayatkan didalam sebuah hadis riwayat Saidina Ali:
.
كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَجَعَلْتُ أَغْتَسِلُ حَتَّى تَشَقَّقَ ظَهْرِى فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ (ص) أَوْ ذُكِرَ لَهُ – فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) لاَ تَفْعَلْ إِذَا رَأَيْتَ الْمَذْىَ فَاغْسِلْ ذَكَرَكَ وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ
Maksudnya: “Aku adalah seorang lelaki yang sentiasa keluar mazi, aku sentiasa mandi pada musim sejuk sehingga belakangku kelihatan pecah-pecah. Aku bertanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu lakukan seperti itu, jika kamu melihat mazi maka basuhlah kemaluanmu dan berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk solat. Jika kamu mencurahkan air (mani) maka hendaklah kamu mandi.”
.
Hadis diatas merupakan hadis sahih riwayat Abu Daud.
.
Hukum Keluar Air Mazi
.
.
Air mazi merupakan salah satu daripada kategori najis Mutawassithoh iaitu najis sederhana.
.
Najis ini perlu dihilangkan:
- Bau
- Warna
- Rasa
.
Ia perlu disucikan dengan air mutlak kerana ia merupakan diantara perkara yang membatalkan wudhuk namun tidak perlu untuk mandi wajib.
.
Hal ini adalah berdasarkan hadis:
.
كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَاسْتَحْيَيْتُ أَنْ أَسْأَلَ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بن الأسود فَسَأَلَهُ فَقَالَ: فِيهِ الْوُضُوءُ، وَلِمُسْلِمٍ: يَغْسِلُ ذَكَرَهُ وَيَتَوَضَّأُ
Maksudnya: “Aku seorang yang selalu keluar mazi dan aku berasa malu untuk bertanya kepada Rasulullah SAW. Aku menyuruh Miqdad bin al-Aswad menanyakannya. Baginda menjawab: Dia hendaklah berwudhu’. Dalam riwayat Muslim: Dia hendaklah membasuh zakarnya dan berwudhu’.”
.
Hadis ini merupakan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
.
.
Beza Air Mazi dan Air Mani
.
Beza air mani dan air mazi yang paling ketara adalah pada sifatnya.
.
Mungkin selepas ini anda pelru berikan lebih perhatian setiap kali anda merasakan ada air yang mengalir keluar sewaktu anda terangsang.
.
Itu adalah air mazi jika kena dengan sifat yang telah dinyatakan.
.
Kemudian, anda lihat pula air mani anda dan dari sini barulah mudah untuk anda belajar mengenali beza diantara air mani dan air mazi.
.
Perbezaan lain adalah air mazi tidak memerlukan anda untuk mandi wajib dan anda hanya perlu basuh kemaluan dan tempat yang terkena air mazi tersebut untuk teruskan ibadah anda.
.
Hukum keluar air mazi ketika berpuasa pula tidaklah akan membatalkan puasa tersebut.
.
.
Adakah Air Mazi Boleh Mengandung?
.
.
Dalam istilah kesihatan dan perubatan, air mazi turut dikenali sebagai:
- Pra-klimaks
- Pra-ejakulasi
.
Air mazi termasuk dalam air yang dikategorikan sebagai air yang tidak boleh dikawal penghasilannya.
.
Air mazi ini tidak mengandungi sperma hidup dan sihat.
.
Sebaliknya air mazi ini mengandungi sperma mati atau ada juga keadaan dimana langsung tidak ada sperma didalamnya.
.
Hal ini bermakna wanita tidak akan cenderung untuk mengandung jika lelaki hanya mengalami pra-ejakulasi namun, siapa kita untuk sentiasa yakin bahawa semua akan menjadi seperti apa yang kita rancang kan?
.
Ada kemungkinan air yang disangkakan air mazy semata-mata turut keluar bersama dengan sedikit air mani kerana air mani tidak semestinya keluar memancut.
.
Jika anda mempunyai zakar yang sensitif atau masalah ejakulasi pramatang, kemungkinan untuk air mani terkeluar adalah sangat tinggi.
.
.
Pengenalan dan Warna Air Wadi
.
.
Selepas air mani dan air mazi, air wadi juga seakan-akan asing bagi kebanyakan masyarakat hari ini.
.
Air wadi merupakan air yang bersifat lebih keruh dan pekat.
.
Dari segi kepekatannya ia hampir menyerupai air mani.
.
Namun tidak sama dari segi kekeruhan warnanya kerana ia tidak mempunyai warna dan keluar sewaktu:
- Selepas kencing
- Selepas mengangkat sesuatu yang berat
.
.
Perlu Mandi Wajib ke Kalau Keluar Air Wadi?
.
.
Air wadi biasanya keluar dalam satu atau dua titisan sahaja.
.
Walaupun kepekatan air wadi hampir menyamai kepekatan air mani, ia tidak termasuk dalam kategori yang menyebabkan anda perlu mandi wajib sama seperti air mazi.
.
Hanya air mani sahaja yang memerlukan anda untuk mandi wajib.
.
.
Ringkasan Beza Air Mazi dan Air Mani dan Air Wadi
.
Air Mani | Air Mazy | Air Wadi | |
Warna | Putih dan pekat | Putih | Tidak berwarna |
Bau |
-Bau seperti tepung yang diuli sewaktu ia dalam keadaan basah . -Baunya akan lebih kepada bau hanyir seperti bau putih telur sewaktu kering |
Tidak berbau | Tidak berbau |
Mandi Wajib | Perlu | Tidak perlu | Tidak perlu |
Bila Keluar | Kemuncak syahwat | Permulaan syahwat | Selepas kencing atau mengangkat barang berat |
Najis | Bukan najis | Najis mutawassithoh (sederhana) | Najis |
.
.
Sekian sahaja perkongsian kami kali ini berkenaan air mazi, air mani dan juga air wadi.
.
Ingat, jangan sesekali ambil mudah akan perkara melibatkan ketiga-tiga ini kerana ia akan memberikan kesan terhadap solat dan ibadah anda.
.
Jangan lupa untuk membaca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?