Onani atau melancap bukanlah isu yang asing bagi kita.
.
Biasanya remaja dan anak muda zaman sekarang ramai yang beronani atau pun melancap ni.
.
Tak kira lah dari golongan lelaki atau perempuan, perbuatan ini dah menjadi seolah-olah ‘rutin’ harian mereka.
.
Biasanya golongan yang terlibat ni bermula dari pelajar sekolah sampailah ke individu berumur 35 tahun terutama individu yang belum berkahwin dan kebanyakan dari mereka ini ketagih beronani.
.
Penting untuk kita tahu kelebihan dan keburukan onani ni dulu supaya dapat kita nilai patut atau tak perbuatan ini terus wujud dalam masyarakat kita.
.
Untuk perkongsian kita kali ini, jom kita belajar dengan lebih mendalam tentang apa itu onani khas untuk para lelaki.
.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
Onani? Apa itu?
.
.
Onani (Masturbation) ialah satu perbuatan menggosok atau merangsang bahagian zakar secara berseorangan dengan niat untuk mencapai nikmat seksual hingga ke tahap klimaks atau orgasma.
.
Perbuatan ini pula akan diakhiri dengan pancutan sperma dari dalam kemaluan.
.
Selepas ‘pancut’ badan akan berasa puas dan tenang.
.
Selalunya perasaan kesal atau bersalah pula akan timbul lepas tu.
.
Kajian yang dijalankan pada remaja berumur 14 -17 tahun di Amerika Syarikat.
.
Sekitar 74 peratus remaja lelaki melancap manakala 48 peratus pula dari kalangan remaja perempuan.
.
.
Kenapa Lelaki Melancap? Kenapa Ketagih?
.
.
Kebiasaannya disebabkan pengaruh kawan-kawan di sekolah.
.
Di fasa juga lah perasaan ingin tahu dalam diri remaja itu sedang membuak-buak.
.
Nafsu manusia yang susah nak dikawal ni lah antara sebab bermulanya gejala onani pada remaja terbabit, dan terus ketagih lepastu rasa nak melancap berkali-kali.
.
Dibawah ini adalah secara umum punca kenapa seseorang itu boleh ketagih beronani:
- Banyak tengok video lucah. ‘Smartphone’ yang diberi disalah guna dengan melayari laman sesawang lucah.
- Pengaruh rakan yang sudah terdedah kepada bahan pornografi dan perbuatan onani.
- Pengaruh rancangan televisyen barat dan media atas talian. Sekarang ni banyak rancangan yang ada unsur seks dari barat dan terlalu senang untuk mendapat akses.
- Ada yang beralasan onani adalah alternatif seks kerana belum mampu untuk berkahwin.
- Ada juga yang beralasan mahu mengelak perbuatan maksiat dan zina.
- Tak dinafikan juga kurangnya pendedahan dan kesedaran seksual menyebabkan ramai remaja tak tahu menahu kesan negatif dan akibat buruk dari gejala ini.
.
.
Dekat Malaysia ni, kaji selidik pernah dibuat pada tahun 2015 dan 2016.
.
Seramai 447 responden yang melibatkan remaja lingkungan 13 hingga 17 tahun telah pun diselidik.
.
80 peratus mengaku mereka ni pernah terdedah kepada bahan lucah, 50 peratus dari jumlah tu pula mengaku terdedah dengan tak sengaja.
.
.
.
Pandangan Barat Tentang Onani
.
.
Satu laman web daripada Amerika Syarikat www.plannedparenthood.org ada ulas secara terperinci tentang isu ni. Antaranya mereka ini berpendapat:
.
“Onani selamat secara menyeluruh dan ianya adalah normal. Terdapat bermacam-macam mitos di luar sana yang bertujuan untuk menakut-nakutkan supaya anda berfikir melancap adalah salah dan tidak baik.”
.
“Tetapi sebenarnya perbuatan melancap ini selamat. Melancap tidak akan merosakkan alat kelamin anda, penyebab tumbuhnya jerawat, atau membantutkan tumbesaran anda. Ianya tidak akan mengurangkan nikmat orgasma anda atau menjejaskan kualiti seks anda yang lain kelak.”
.
Kata mereka, setiap orang beronani atas sebab-sebab yang lain.
.
Antaranya onani dapat membuatkan diri mereka lebih tenang, dapat memahami tentang tubuh badan mereka dengan lebih baik, dan dapat melepaskan tekanan sexual apabila pasangan mereka tak ada bersama.
.
Tapi kebanyakkan daripada mereka ni beronani atau melancap sebab mereka nak rasa seronok dan rasa nikmat.
.
“Melancap adalah biasa dan sudah tentu boleh dilakukan” kata mereka.
.
“Ramai orang yang beronani. Perbuatan onani untuk orang yang dah pun berumah tangga tak bermaksud pasangan mereka tak berjaya memuaskan nafsu mereka, cuma onani adalah cara yang baik untuk kenal pasti apa yang mereka suka dan apa yang memuaskan nafsu mereka.”
.
Boleh baca selepas ini: Cara melancap yang selamat, tanpa memnahayakan zakar.
.
.
Pandangan Netizen Terhadap Isu Onani
.
Satu soalan tentang gejala onani ini ada ditanya oleh seorang pengguna laman sosial Twitter, @Mrskvsk dan telah mendapat respon yang bermacam-macam.
.
Seorang doktor juga dilihat memberi respon berdasarkan dari sudut perubatan.
.
Ada juga yang beri respon dari sudut agama.
.
Selain tu, ada yang ambil peluang untuk luah pendapat peribadi mereka tentang keburukan dan kebaikan melancap.
.
.
Jadi, bahaya ke melancap ni?
.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TENTANG KESAN ONANI
.
Secara amnya, perbuatan onani ni tak lah merbahayakan kesihatan.
.
Tapi ada beberapa situasi yang mungkin boleh membahayakan diri kalau terlalu ketagih dan dilakukan dengan kerap.
.
Antaranya kesan-kesannya:
.
- Onani hingga mencederakan diri. Orang yang selalu beronani mengunakan tangan dan sabun boleh menghakis kulit zakar dan melecet.
- Terlalu kerap hingga menyebabkan gangguan fizikal/psikologi dan emosi. Ketagih melancap juga boleh menyebabkan kita susah untuk mengakawal emosi dan keadaan psikologi kita boleh menjadi tidak stabil
- Guna alatan yang kesat sehingga menyebabkan luka. Ada individu yang nak dapatkan rangsangan yang lebih sampai sanggup guna alatan yang kesat dan kasar seterusnya menyebabkan luka pada kemaluan.
- Onani pada waktu malam sampai selalu penat dan tidak bertenaga. Individu yang selalu melancap ini lebih suka untuk tak buat aktiviti yang menggunakan tenaga atau yang susah.
- Susah nak tumpukan perhatian terutama bila buat kerja atau aktiviti yang memerlukan konsentrasi seperti belajar, dan bekerja. Mereka ni lagi suka termenung dan kurang ambil tahu tentang keadaan sekeliling.
.
Kementerian Kesihatan juga sarankan kepada setiap yang terlibat supaya rujuk kepada pakar atau ahli agama mereka untuk membuat keputusan mengikut hukum agama mereka.
.
.
BANTUAN DAN PERTOLONGAN
.
.
KKM telah pun menyediakan beberapa alternatif untuk kita dapatkan bantuan bagi masalah ini. Kalau ketagihan onani ini berlanjutan hingga mengganggu aktiviti seharian kita, kita boleh berhubung dengan:
.
- Ibu Bapa
- Guru/Kaunselor
- Pembimbing Rakan Sebaya
- Doktor dan pakar di hospital kerajaan
- Sumber rujukan yang dipercayai
.
Contoh:-
Kementerian Kesihatan Malaysia: www.moh.gov.my dan JAKIM www.islam.gov.my
- Pertubuhan bukan kerajaan seperti Malaysian Consultative Council for Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhsm www.mccbchs.botjots.org
.
Ramai individu yang takut tentang gejala ketagihan onani berpanjangan mereka ni sebab terlalu memikirkan beberapa mitos yang tersebar di media sosial dan di internet.
.
Kementerian Kesihatan telah pun memberi respon mengenai kekeliruan ini. Dibawah adalah antara mitos yang tak tepat dan salah tentang kesan onani.
.
- Boleh menjadi buta, botak atau pelbagai jenis kecacatan
- Menjadi gila
- Mengurangkan rasa sensasi di kemaluan
- Kepuasan seksual (orgasm) akan berkurang
- Kurang nikmat bila melakukan seks
- Ketinggian berkurang dan pertumbuhan badan terbantut
- Mandul atau tidak boleh mendapatkan anak
.
Kesemua mitos yang disenaraikan adalah salah dan palsu.
.
Tak ada fakta yang menyokong pendapat yang disenaraikan ini.
.
Dr. Ismail Tambi ada ulasan tentang isu ini.
.
Beliau adalah doktor pakar sakit tuan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan banyak pengalaman dalam bidang kesihatan seksual para lelaki.
.
Di dalam video di atas, kita boleh tonton bagaimana Dr. Ismail menerangkan kebaikan dan keburukan beronani dengan terperinci dan mendalam.
.
.
Pendapat dari kajian barat sudah, KKM pun sudah, netizen pun sudah.
.
Bagaimana dengan pendapat agama islam pula? Boleh ke tak melancap ni?
.
.
Firman Allah dalam Al-Quran Allah SWT menjelaskan, maksudnya:
.
“(Dan golongan yang beriman itu) adalah mereka yang memelihara kemaluan mereka. Melainkan ke atas para isteri mereka atau hamba-hamba sahaya mereka, sesungguhnya mereka itu tidak tercela. Maka sesiapa yang mencari-cari di sebalik itu mereka merupakan golongan yang melampaui batas.”
Surah Al-Mu’minun (5 – 7)
.
Merujuk kepada ayat diatas ni, kebanyakan dari para ulama berpendapat hukum onani adalah haram dan perbuatan ini dilaknat dan berdosa besar.
.
Dari sudut pandang Imam Al-Syafi’e pula, beliau mengulas berdasarkan ayat di atas yang bermaksud:
.
“Tidak halal menggunakan zakar melainkan kepada isteri atau kepada hamba perempuan yang dimiliki. Dan tidak halal perbuatan istimna’ (mengeluarkan air mani).”
Rujuk Al-Umm, Al-Syafi’e (5 / 102)
.
Rasulullah SAW juga ada terangkan isu ini dalam hadis baginda yang bermaksud:
.
“Hai para pemuda! Barangsiapa yang sudah ada kemampuan dalam kalangan kamu hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu lebih menjamin pandangan dan lebih kuat membentengi kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak ada kemampuan (untuk berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu menjadi pelindung kepadanya.”
.
Hadis riwayat Imam Bukhari (5065)
.
Jadi keinginan seksual mesti dicegah awal-awal lagi untuk remaja yang belum mampu untuk berkahwin supaya tak terbawa-bawa sampai mengganggu tubuh badan dan minda.
.
Ini selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
.
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;…”
.
Surah al-Nur, (24 : 30 – 31)
.
Boleh baca selepas ini: Tanda-tanda kemandulan, anda bakal suami perlu tahu.
.
.
Kesan Onani dan Pengaruh Maksiat
.
Dalam kitab Al-Jawab Al-Kafi Li-man Sa’ala ‘An Al-Dawa’ Al-Syafi, Ibn Qayyim ada bagi tahu pada kita tentang kesan dan pengaruh maksiat seperti menonton bahan lucah dan onani ini, antaranya:
.
- Dihalang dari mendapat ilmu dan rezeki
- Jauh dari rahmat Allah dan hati menjadi gelap
- Rasa terpinggir dari hubungan sesama manusia
- Urusan menjadi susah dan sulit
- Boleh membawa kepada kemungkaran yang lain
.
Berdasarkan bukti-bukti diatas, jelas lah betapa haramnya onani ni terutama untuk orang yang beragama islam di negara kita.
.
Bagi pembaca yang beragama islam berfikir lah dengan rasional untuk meninggalkan perbuatan yang keji ini.
.
Dengan adanya perkongsian macam ni, semoga dapat lah ditambah ilmu para pembaca dan wujud lebih ramai ahli masyarakat yang lebih peka dan ambil tahu tentang gejala yang makin teruk ni.
.
.
Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini.
.
Baca juga perkongsian kami yang lain.
.
Semoga bermanfaat!
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.