Shhh.. Jangan Bagitahu Isteri Anda ๐Ÿคซ

Nak belajar cara Romen dengan Tahan Lama + Zakar lebih Keras?


Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Dapatkan Sekejap ni

21 Doktor Pakar Sakit Tuan di Malaysia – Senarai Lengkap Hospital & Klinik yang Boleh Anda Kunjungi

Oleh J. Arman. Fakta perubatan disemak Oleh Dr. Roland Victor (MD)
12 months ago

Pakarย sakit tuan sentiasa memainkan peranan yang besar untuk menyebarkan kesedaran berkenaan kesihatan zakar kepada lelaki.

.

Kalau anda nak tahu, di Malaysia juga kita mempunyai ramai pakar sakit tuan yang berkaliber dan turut mendapat pengiktirafan dalam bidang perubatan di peringkat global.

.

Bukan biasa-biasa pakar sakit tuan Malaysia ni!

.

.

Jadi, dalamย sharingย kali iniย kami akan kongsikan dengan anda senarai pakar sakit tuan yang ada di Malaysia berserta dengan latar belakang mereka.

.

Jom baca!

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

1. Dr. Ismail Tambi

.

Merupakan pakar bidang Andrologi dan mempunyai kelulusan kedoktoran MBBS (S.India) di University of Madura.

.

Merupakan ketua jabatan lama di Pusat Penyelidikan Kemanusiaan Reproduktif Khas LPPKN.

.

Kini, beliau berkhidmat di Damai Service Hospital Kuala Lumpur.

.

Merupakan pengasas dan pengkaji produk kesihatan lelaki seperti:

.

Produk kajian beliau mendapat kerjasama kerjaan Malaysia dan jugaย M.I.T. (Massachusetts Institute of Technologyย โ€“ USA).

.

Baca Juga selepas ini : Biodata Dr. Ismail Tambi โ€“ Pakar Kesihatan Lelaki No. 1 Malaysia

.

.

2. Dr. Clarence Lee Chang Moh

.

.

Pakar sakit tuan ini merupakan salah seorang individu hebat yang mempunyai kelulusan kedoktoran MBBS (Mal), FRC (Glasgow), Dip Uro (London) dan FRCS Urol (UK).

.

Beliau juga merupakan Ahli Urologi Pelawat Rejang Medical Centre dan Normah Medical Specialist Centre.

.

Kini, beliau berkhidmat di Columbia Asia Miri & Bintulu Medical Centre.

.

.

3. Datuk Dr. Leong Men Long

.

.

Datuk Dr. Liong Men Long pula merupakan pakar sakit tuan yang kini berkhidmat di Pusat Urologi Island Hospital di Pulau Pinang.

.

Beliau mempunyai kelulusan MBBS (Mal), FCRS (Edin) dan FRCS (Glasg).

.

Selain merupakan seorang pakar dalam bidang andrologi, beliau juga mempunyai kelebihan yang unik kerana beliau mampu bertutur dalam bahasa:

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Inggeris
  • Kantonis
  • Hokkien
  • Mandarin

.

Fokus bidang klinikal beliau pula adalah dalam:

  • URO Oncology
  • Endourologi
  • Prostat
  • Sindrom saluran kencing lelaki
  • Laparoscopy 3D untuk kanser
  • Pembedahan rekonstruktif
  • Endoskopi

.

.

4. Dr. Ooi Chong Chien

.

.

Merupakan pakar sakit tuan yang kini berkhidmat di Gleneagles Penang Medical Center.

.

Beliau merupakan lulusan Royal College of Surgeons of Edinburgh dan juga Urologi FRCS dari Royal College of Surgeons Glasgow.

.

Kepakaran beliau adalah berkaitan:

  • Batu karang
  • Hiperplasia prostat
  • Kanser prostat
  • Kanser pundi kencing
  • Kanser buah pinggang
  • Kanser testis

.

Selain itu, beliau juga turut melakukan pembedahan laparoskopi.

.

.

5. Dr. Hemanth Kumar Ramasamy

.

.

Beliau mempunyai kelulusan dalam:

  • MBBS (MAHE)
  • M.Surgery (UKM)

.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada:

  • Board Certified Urologist (MAS)
  • FRCS Urology (Glasgow)
  • Fellowship Uro-Oncology (Australia)

.

Kini beliau berkhidmat sebagai perunding urologi di Tropicana Medical Centre, Petaling Jaya.

.

.

6. Dr. Christopher Ho Chee Kong

.

.

Beliau merupakan lulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan FRCS (Urol) Glasgow, Scotland dalam bidang Urologi.

.

Beliau juga dikenali kerana kepakarannya dalam bidang Perubatan Seksual.

.

Selain itu, beliau juga merupakan Profesor Pembedahan & Urologi di UKM selain menyandang jawatan sebagai Adjunct Professor di Sekolah Perubatan Universiti Taylor.

.

Antara pencapaian lain beliau yang menarik perhatian adalah beliau merupakan pakar sakit tuan dan juga rakyat Malaysia pertama yang menerima anugerah dari American College of Surgeons.

.

.

7. Dr. Rajeentheran Suntheralingam

.

.

Berkelulusan MBBS, FRCS (Edinburgh), FRCS (Glasgow) dan Fellowship in Urology & Incontinence Surgery (Bristol).

.

Pakar sakit tuan ini sekarang berkhidmat di KPJ Damansara Specialist Hospital.

.

Kepakaran beliau yang menjadikan beliau disegani adalah:

  • Uro-onkologi
  • Urologi Perempuan
  • Pembedahan Incontinence
  • Urodinamik
  • Neuro-Urologi
  • Pengurusan urologi Paraplegik
  • Kecederaan saraf tunjang

.

Baca Juga :ย Bentuk Zakar Lelaki โ€“ Anda Punya Jenis Yang Macam Mana?

.

.

8. Prof. Dr. Zulkifli Md Zainuddin

.

.

Beliau telah menubuhkan Klinik Kesihatan Lelaki di Pusat Perubatan UKM.

.

Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Perunding Urologi di Unit Urologi, Jabatan Surgeri Pusat Perubatan UKM.

.

Klinik Kesihatan Lelaki beliau telah mula beroperasi sejak tahun 2005 lagi dan telah membantu ramai kaum lelaki dari seluruh negara dalam hal berkaitan kesihatan lelaki.

.

.

9. Dr. Ambikai Balan Sothinathan

.

.

Merupakan seorang ahli Perunding Urologi di Pantai Hospital Kuala Lumpur.

.

Selain itu, beliau turut menerajui Jabatan Urologi di Hospital Alor Setar.

.

Khidmat beliau adalah rawatan tertiari yang fokus kepada negeri-negeri di utara.

.

Kepakaran beliau adalah masalah-masalah berkaitan:

  • Batu Karang
  • Gangguan fungsi prostat dan kelamin
  • Hilang kawalan urin

.

Beliau juga menjadi kebanggaan Malaysia kerana beliau merupakan pakar sakit tuan pertama di dunia yang menawarkan khidmat prosedur Holmium Laser Enucleating of Prostate (HoLEP).

.
.

10. Dr. Peter Nge Ng Pin

.

.

Pakar sakit tuan ini berkhidmat di Subang Jaya Medical Center (SJMC).

.

Beliau merupakan lulusan:

  • (Hons) FRCS (Edin)
  • FRACS AM (Mal)

.

Menariknya berkenaan beliau adalah kebolehannya bertutur dalam beberapa bahasa seperti:

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Kantonis

.

Kepakaran beliau adalah:

  • Rawatan kanser
  • Prostatektomi laser Thulium
  • Reseksi Transurethal Prostat (TURP)

.

Beliau turut merawat pesakit yang mempunyai Andropause, prostat yang membesar, batu ginjal, kanser prostat dan gangguan urologi.

.

.

11. Dr. Koh Eng Thye

.

.

Beliau merupakan pakar sakit tuan yang berkhidmat di Mahkota Medical Centre di Melaka.

.

Dr. Koh merupakan lulusan dari Mangalore University India, Master of Medicine (Surgery) di Singapura dan juga Fellow di Royal Collehe of Surgeons (Edinburgh).

.

Beliau merupakan salah seorang daripada pakar sakit tuan yang diiktiraf oleh Daftar Pakar Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

.

.

12. Dr. Sritharan Subramaniam

.

.

Beliau mempunyai kelulusan B.Med.Sc. MD (UKM), MMed (Surgery) di Singapura, FRCS (Edinburgh) dan merupakan Fellowship Urology (Melbourne).

.

Kepakaran beliau adalah dalam kesemua aspek pembedahan urologi termasuklah:

  • Pembedahan endoskopik
  • Laparoskopi
  • Rekonstruktif dan radikan berkaitan buah pinggang
  • Ureter
  • Pundi kencing
  • Uretra
  • Prostat

.

Kini, beliau berkhidmat di Pusat Urologi di Island Hospital Pulau Pinang.

.

.

13. Dr. Teh Chu Leong

.

.

Beliau berkhidmat di Penang Adventist Hospital dan merupakan Perunding Residen Pakar Urologi.

.

Beliau merupakan lulusan Sekolah Perubatan Universiti New South Wales di Australia.

.

Seterusnya beliau mendapatkan latihan pakar di Universiti Duke dalam bidang Endourologi.

.

Kepakaran beliau adalah dalam:

  • Pengurusan bedah batu kencing
  • Kelainan prostat
  • Kanser prostat
  • Penilaian metabolik dan terapi perubatan
  • Pembedahan inkontinensia urin

.

.

14. Dr. Henry Git Kah Ann

.

.

Beliau merupakan pakar dalam bidang sakit tuan dan kini berkhidmat di Hospital Pantai Pulau Pinang.

.

Kepakaran dan fokus beliau adalah dalam:

  • Rawatan batu kencing
  • Rawatan prostat
  • Uro-onkologi
  • Andrologi
  • Pembedahan Incontinence
  • Pembedahan prostat
  • Pembedahan terbuka
  • Pembedahan suntikan incontinence

.

.

15. Dr. Teoh Boon Wei

.

.

Beliau merupakan Ketua Jabatan Urologi di Hospital Pulau Pinang selain turut berkhidmat di Lembaga Urologi Malaysia.

.

Beliau merupakan lulusan MBBS (Vellore), M.Med (Surgery) (USM), Cert (MBU), FRCS (Urology) (Glasgow) dan merupakan Fellowship in Urology (Melbourne).

.

Kepakaran beliau adalah dalam:

  • Prosedur ureterik endoskopik
  • Endoskopi saluran atas perkutaneus
  • Pembedahan terbuka
  • Laproskopi

.

.

16. Dr. Lau Ban Eng

.

.

Pakar sakit puan seterusnya adalah perunding urologi di Loh Guan Lye Specialists centre, George Town.

.

Beliau merupakan lulusan MBBS University of Queensland, Australia dan Royal College of Surgeons of Edinburgh.

.

Kepakaran Dr. Lau adalah:

  • Semua aspek urologikal dewasa
  • Reseksi transurethral prostat
  • Biopsi prostat
  • Pembedahan dan rawatan batu kencing
  • Reseksi transurethral tumor pundi kencing
  • Nefrectomy
  • Csystectomy
  • Prostatectomy
  • Vasektomi
  • Varicocelectomy
  • Mati pucuk

.

.

.

.

17. Dr. Bala Sundaram Mariappan

.

.

Menariknya berkenaan pakar sakit tuan yang berkhidmat di Subang Jaya Medical Centre ini adalah kebolehannya bertutur dalam beberapa bahasa:

  • Bahasa Malaysia
  • Kantonis
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Tamil

.

Kepakaran beliau adalah dalam:

  • Penyakit batu ginjal
  • Ketidaksuburan lelaki
  • Gangguan urologi pediatrik
  • Penyakit prostat
  • Kanser urologi

.

Dr. Bala juga merupakan ahli Perunding Urologi yang diiktiraf di SJMC, Pusat Perubatan Park City dan juga Pusat Perubatan Ara Damansara Ramsay Sime Darby Health Group.

.

.

18. Dr. Leong Wing Seng

.

.

Dr. Leong merupakan pakar urologi di Hospital Lam Wah Ee di Pulau Pinang.

.

Beliau mendapat pendidikan di MBBS (India) di University of Mangalore, India dan FRCS (Glasgow).

.

Selain itu, beliau turut mendapat pendidikan di Royal College of Physicians and Surgeons of Glasgow.

.

.

19. Dr. Mohamad Afzal Farikhullah Khan

.

.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada pakar sakit tuan yang mampu bertutur dalam beberapa bahasa seperti:

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Inggeris

.

Beliau turut mendapat pengiktirafan sebagai ahli urologi oleh Lembaga Eropah.

.

Kepakaran dan pengalaman beliau adalah dalam semua bidang sub-kepakaran urologi:

  • Endrologi
  • Urologi-onkologi
  • Urogynaecology
  • Andrologi
  • Pemindahan buah pinggang

.

Kepakaran unik beliau adalah dalam prosedur invasif minima prostat.

.

Beliau mendapat pendidikan ijazah kedoktoran, Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Sains (MBBS) di Universiti Malaya selain mendapat Fellowship Lembaga Urologi Eropah pada tahun 2008.

.

.

20. Dr. Timothy Khor Tong Guan

.

.

Beliau mendapat kelulusan dari University of Wales dan mendapat Fellowship dari Royal College of Surgeons, Ireland.

.

Sebelum ini, beliau telah berkhidmat selama tiga tahun sebagai pakar urologi di Kementerian Kesihatan Malaysia.

.

Kini beliau berkhidmat di Gleaneagles, Pulau Pinang pada tahun 2000.

.

Kepakaran beliau adalah:

  • Semua aspek pembedahan terbuka
  • Endo-eurologi
  • Prostat
  • Ketidaksuburan lelaki

.

Baca Juga :ย KESUBURAN LELAKI โ€“ 9 Cara-Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki

.

21. Dr. Warren Lo Hwa Loon

.

.

Beliau merupakan pakar sakit tuan yang kini berkhidmat di Subang Jaya Medical Center (SJMC) dan juga Parkcity Medical Center.

.

Beliau merupakan lulusan MBBS (Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery, Mahe), MS (UKM) (Master of Surgery, UKM), dan FRCS (Glasgow).

.

Fokus klinikal beliau adalah pada:

  • Mati pucuk
  • Neurogenic bladder
  • Pediatric urologic
  • Penyakit prostat
  • Urinary incontinence
  • Urinary tract infection
  • Kanser urologi

.

Selain itu, beliau juga memiliki kemahiran berbahasa:

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Mandarin
  • Perancis
  • Jerman

.

Beliau juga pernah muncul di kaca televisyen berkongsikan perihal kesihatan.

.

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan pakar sakit tuan di Malaysia.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!

.

ย 

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Share
Que Segak

Self-proclaimed jejaka macho yang suka menulis dan berkongsi informasi bermanfaat supaya semua lelaki berjaya kekalkan "kejantanan"!