Cara Pekatkan Air Mani – Tips Banyakkan Air Mani & Kualiti Sperma

Adi Idham

Air Mani

Lelaki masa kini sebenarnya mulai prihatin terhadap kesihatan seksual mereka termasuklah hal berkaitan air mani lelaki.

.

Cabaran kesuburan biasanya agak sukar ditambah pula dengan kesannya terhadap emosi dan hubungan anda dengan pasangan anda.

.

Jika terdapat masalah dengan kualiti air mani anda, ia sekaligus akan mengganggu kesuburan dan memberikan kesan terhadap “kejantanan” anda.

.

air mani lelaki & kualitinya

.

Sebuah analisis pada tahun 2017 telah menyaksikan hampir 43,000 lelaki diseluruh dunia yang mencatatkan penurunan drastik dalam jumlah sperma.

.

Jumlah ini pastinya akan menimbulkan kerisauan kerana ramai lelaki yang terlepas pandang akan faktor penyebab penurunan ini.

.

Jadi, dalam perkongsian kali ini kami ingin kongsikan dengan anda beberapa perkara yang melibatkan kesihatan dan kualiti air mani serta sperma anda.

.

.

Kenapa Sperma Sihat Itu Penting?

.

.

Kebanyakan lelaki mengabaikan hal berkaitan sperma dan hanya fikirkan kepuasan ketika bersama semata-mata untuk pancut air mani.

.

Banyak tabiat yang mampu menggugat kesihatan sperma dan menjadikan ia cair terus dilakukan tanpa mereka sedari.

.

Kesannya bukan sahaja terhadap kesihatan seksual dimana:

  • Zakar akan menjadi lemah
  • Pasangan tidak dapat menikmati kepuasan
  • Hilang keyakinan diri

.

Malah ia turut memberi kesan terhadap kesuburan.

.

Baca Juga : KESUBURAN LELAKI – 9 Cara-Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki

.

.

Apabila melibatkan soal kesuburan, ramai yang menolaknya terhadap wanita semata-mata sedangkan menurut U.S National Library of Medicine mencatatkan bahawa ⅓ daripada kes ketidaksuburan adalah daripada lelaki.

.

Jelaslah disini bahawa mempunyai sperma yang sihat adalah sangat penting kerana ia bukan sahaja berkaitan dengan kesuburan.

.

Ia juga akan memberikan kesan terhadap keseluruhan proses kehamilan dan juga kesihatan kandungan.

.

Sebuah kajian telah dijalankan terhadap tikus diamana tahap stress dan obesiti telah memberikan kesan terhadap genetik yang dibawa didalam sperma.

.

Ia menyebabkan anak tikus yang dilahirkan mengalami masalah berat berlebihan dan juga tekanan.

.

Namun, masih banyak kajian terhadap manusia perlu dilakukan untuk mengkaji hubungkait perkara ini.

.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Sperma Sihat?

.

.

Ada beberapa elemen penting yang terlibat apabila kita bercakap soal kesihatan sperma.

.

Antaranya ialah:

.

a) Kuantiti

.

.

Kuantiti atau isipadu sperma sangat berkait dengan kesihatan sperma.

.

Kandungan sperma sihat adalah  sekitar 15 juta atau lebih bagi setiap mililiter air mani.

.

Lebih banyak yang anda ada, lebih tinggi potensi untuk sperma anda berjaya ke melalui sistem pembiakan pasangan anda untuk sampai ke telur dan sebaliknya jika ia kurang.

.

.

b) Pergerakan

.

.

Bukan semua sperma akan bergerak secara efektif dan akan ada juga yang langsung tidak bergerak.

.

Jangan risau kerana ia adalah normal.

.

Hanya 40 peratus sahaja yang akan bergerak dan itu jugalah jumlah yang anda perlukan untuk dikategorikan sebagai lelaki yang subur.

.

.

c) Bentuk

.

Air Mani

.

Sperma yang sihat akan mempunyai bentuk kepala yang bulat dan panjang serta ekor yang kuat.

.

Sperma yang sihat juga akan mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk sampai telur pasangan anda.

.

.

Cara Mudah Banyakkan Air Mani

.

Air Mani

.

Anda sendiri mempunyai kuasa dan kawalan terhadap kesihatan sperma anda.

.

Dibawah ini akan dikongsikan dengan lebih lanjut cara untuk anda banyakkan air ini dan tingkatkan kualiti sperma.

.

.

1. Makan Secara Sihat

.

.

Mat saleh suka cakap macam ni, “You are what you eat.”

.

Jika diperincikan lagi maksud ayat diatas adalah apa yang anda makan akan menentukan kesihatan anda.

.

Dalam kes ini pula, ia akan menentukan kesihatan sperma anda.

.

Sebenarnya ada nutrien yang baik dan juga nutrien yang jahat dalam membantu mengekalkan kesihatan sperma anda.

.

Air Mani

.

Berdasarkan kajian, mereka yang mengamalkan “western diet” yang mengandungi daging proses, bijirin, produk tenusu, gula-gula, snek dan juga piza akan lebih terkesan dari segi sperm mortility.

.

Kesan yang baik pula lebih kelihatan bagi mereka yang mengamalkan diet yang tinggi dan melebihkan:

  • Ayam
  • Ikan
  • Sayur
  • Buah 
  • Bijirin penuh

.

Kurangkan makanan proses dan cuba lebihkan makanan dibawah sebagai cara menambah air mani anda:

  • Vitamin B-12 yang mudah didapatkan didalam daging, ikan dan produk tenusu.
  • Vitamin C yang boleh didapati hasil pengambilan oren, beri, ubi kentang, tomato dan juga bayam.
  • Kekacang seperti badan, walnut dan hazelnut.
  • Lycopene yang boleh dijumpai didalam makanan merah seperti tomato dan juga tembikai.

.

Baca Juga : Tongkat Ali – Kebaikan, Kesan Sampingan & Cara Pengambilannya (Seks & Kesihatan)

.

.

2. Kerapkan Senaman Tapi Jangan Terlebih

.

.

Senaman ringan juga mampu untuk meningkatkan kuantiti air mani, pergerakan dan juga bentuk selain banyakkan ia.

.

Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2005 menunjukkan bahawa kombinasi fizikal yang tidak aktif dan berat badan berlebihan akan memberikan kesan terhadap air ini.

.

Selain itu, berat badan berlebihan juga akan menyebabkan paras testosterone menjadi rendah sekaligus mengurangkan nafsu seks.

.

Senaman dan mengurangkan berat badan mampu meningkatkan kuantiti air mani dan sperma anda berserta kualitinya dalam tempoh beberapa minggu.

.

Air Mani

.

Anda boleh mulakan dengan berjalan kaki selama 20 minit, melakukan tekan tubi atau membuat kerja-kerja ringan di laman rumah anda dahulu.

.

Hormon berlebihan, endorphin dan juga peredaran darah akan turut mempengaruhi nafsu seks anda.

.

Aktiviti fizikal yang berlebihan seperti berbasikal, jogging dan juga mendaki gunung akan menyebabkan penurunan kualiti air ini dan juga sperma.

.

Ia mungkin boleh disebabkan oleh kecederaan daripada tempat duduk basikal atau pergerakan scrotum atau perubahan hormon disebabkan oleh stress.

.

.

3. Boxer Atau Seluar Dalam?

.

.

Ramai yang menjadikan isu berkenaan apa pakaian dalam yang anda kenakan dengan cara pekatkan air mani.

.

Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2016, tiada masalah pun sebenarnya anda nak pakai apa.

.

Namun, sebuah kajian pada tahun 2018 pula menyatakan lelaki yang memakai boxer mempunyai kandungan sperma 17% lebih tinggi dan air mani pekat.

.

Cumanya ada banyak lagi faktor lain yang tidak diambil kira sewaktu kajian tersebut dijalankan seperti:

  • Jenis seluar yang dipakai (ketat atau longgar)
  • Jenis fabrik pakaian dalam

.

Jom tonton video Dr. Ismail Tambi dibawah mengenai seluar dalam dan kesuburan.

.

.

Kajian juga menyatakan badan anda mungkin menghasilkan haba yang berlebihan yang akan membuatkan testikel anda mengeluarkan lebih lagi hormone yang merangsang penghasilan air ini dan sperma.

.

4. Mengambil Supplemen

.

Air Mani

.

Jika anda bercadang untuk mencari cara memekatkan air mani dan cara menyuburkan air mani, pengambilan supplemen hampir tidak dapat untuk dielakkan.

.

Memang tidak dapat dinafikan anda boleh tambah air mani menerusi nutrien dan vitamin daripada makanan harian anda.

.

Namun, anda juga tak boleh nafikan yang anda akan mendapat kesan yang lebih baik jika anda mengambil supplemen.

.

.

.

.

Antara supplemen terbaik untuk menambah khasiat air mani anda:

    • Vitamin C untuk isipadu dan kuantiti sperma
    • Vitamin D untuk meningkatkan testosterone
    • Zink jika anda mempunyai paras testosterone rendah
    • Ashwaganda root extract untuk jumlah sperma
    • Coenzyme Q10 untuk kualiti

.

Jika anda bercadang untuk mengambil supplemen, pastikan anda mendapat preskripsi daripada doktor terlebih dahulu.

.

Risau jika ada supplemen yang tidak sesuai dengan keadaan tubuh dan kesihatan anda.

.

.

Kenapa Air Mani Sedikit?

.

Air Mani

.

Ada beberapa faktor yang membawa kepada masalah ini iaitu:

.

.

a) Perubatan

.

.

Sejarah seperti simptom testikular, kecederaan, pembedahan dan juga keadaan genetik seperti Klinefelter Syndrome berpotensi untuk meningkatkan kemungkinan anda mempunyai kandungan sperma yang rendah.

.

Rawatan kanser seperti kimoterapi, radiasi atau pembedahan juga akan memberikan kesan terhadap hormon dan penghasilan sperma.

.

.

b) Persekitaran

.

Air Mani

.

Pendedahan testikel pada haba yang tinggi seperti lelaki yang suka menikmati sauna, mandi tub air panas atau meletakkan laptop diatas riba berisiko untuk mempunyai kuantiti sperma yang rendah.

.

Persekitaran lain seperti pendedahan dengan racun tumbuhan, racun serangga, industri kimia dan juga radiasi turut akan memberikan risiko.

.

c) Gaya Hidup

.

.

Mereka yang mempunyai tabiat merokok atau pengambilan alkohol turut berisiko untuk mempunyai jumlah sperma dan air mani yang rendah.

.

Anabolic steroid, yang biasanya diambil untuk meningkatkan jisim otot, biasanya akan mengakibatkan testikel mengecut dan turut mengurangkan penghasilan air mani.

.

Baca Juga : 12 Supplement Untuk Lelaki – Terbaik untuk Tenaga, Kesihatan, Kesuburan & Seks

.

.

Kenapa Air Mani Cair?

.

.

Ada 4 faktor utama yang menyebabkan air mani anda cair.

.

.

1) Kuantiti Air Mani Rendah

.

Air Mani

.

Antara punca utama air mani cair adalah jumlah sperma yang rendah.

.

Ia juga dikenali sebagai oligospermia. 

.

Antara punca oligospermia adalah:

 

  • Varicocele – Bengkak pada bahagian urat zakar dan merupakan punca ketidaksuburan utama namun masih boleh dirawat.
  • Jangkitan – Contohnya adalah sexually transmitted disease seperti gonorrhea atau epididymitis.
  • Tumor – Jika ia tumbuh pada testikel akan memberikan kesan terhadap penghasilan sperma.
  • Ketidakseimbangan hormon – Perubahan  pada hormon yang dihasilkan didalam testikel, kelenjar pituitary dan juga hypothalamus akan mempengaruhi jumlah penghasilan sperma.

.

.

2) Ejakulasi Kerap

.

.

Ejakulasi kerap akan menyebabkan penghasilan air mani cair.

.

Hal ini kerana tempoh penghasilan air mani terganggu disebabkan oleh kekerapan ejakulasi.

.

Ia boleh jadi kerana anda beronani atau melakukan hubungan seksual berkali-kali sehari.

.

Mungkin anda tertanya-tanya berapa lama air mani dihasilkan?

.

Badan anda memerlukan sekitar beberapa jam untuk menghasilkan air mani yang normal dan sihat.

.

.

3) Kekurangan Zink

.

ciri-ciri kekurangan zink

.

Kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai zink yang rendah dan mengambil zinc sulfate akan menghasilkan kesan antibodi anti-sperm.

.

Antibodi ini dihasilkan oleh sistem imunisasi badan yang disalah anggap sebagai bahan asing oleh spema.

.

.

4) Pre-Ejaculation

.

Air Mani

.

Jika anda melihat air mani anda terlalu cair, ia penting untuk anda melihat warna air mani anda.

.

Ada yang air mani kuning dan ada juga yang terlalu jernih.

.

Jika terlalu jernih, ia merupakan pre-ejaculation fluid yang berkemungkinan keluar sewaktu anda melakukan foreplay.

.

.

Berapa Lama Air Mani Boleh Hidup?

.

.

Sperma didalam air mani boleh hidup didalam badan wanita sehingga 5 hari.

.

Ia bermaksud jika terdapat sperma didalam liang pembiakan sebelum ovulasi berlaku, ia tidak mustahil untuk terus hidup apabila wanita ovulate.

.

.

Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan cara mudah untuk anda banyakkan air mani dan tingkatkan kualiti sperma.

.

Anda perlu sedar bahawa setiap apa yang anda makan dan buat akan memberikan kesan terhadap kesihatan sperma anda.

.

Ia sekaligus berkait dengan tahap kesuburan anda dan tolong jangan sesekali ambil mudah akan perkara ini kerana ia akan memberikan kesan terhadap hubungan anda dan pasangan.

.

Semoga apa yang dikongsikan kali ini memberikan manfaat buat anda!

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?