Kesedaran terhadap penjagaan kesihatan, membuatkan permintaan terhadap supplement untuk lelaki semakin meningkat.
.
Sebenarnya dari dulu lagi dah wujud bermacam-macam jenis supplement, cumanya mungkin kesedaran kita belum ada pada waktu tersebut.
.
Supplement untuk lelaki diambil sebagai pelengkap kepada segala zat dan nutrien, yang mungkin kita tak berjaya dapatkan daripada corak pemakanan harian.
.
.
Jadi, dalam sharing kali ini, kami nak kongsikan dengan anda beberapa supplement untuk lelaki yang anda boleh pertimbangkan bergantung kepada keperluan anda.
.
Jom baca!
.
.
1. Vitamin D
.
.
Setiap kali otot anda bergerak, anda akan menggunakan vitamin D.
.
Ditambah pula dengan keupayaan vitamin ini untuk menguatkan sistem imunisasi badan dan memudahkan proses penyerapan kalsium.
.
Selain itu, vitamin untuk lelaki ini juga berupaya untuk meningkatkan hormon testosterone dalam badan anda.
.
.
Ia turut membawa kesan terhadap peningkatan pergerakan sperma.
.
Terdapat satu kajian dijalankan terhadap 65 orang lelaki yang mengalami defisit vitamin dan paras testosterone yang rendah dengan diberikan vitamin D setiap hari.
.
Selepas setahun, paras testosterone mereka meningkat sebanyak 25%.
.
Antara sumber utama vitamin D yang boleh dianggap sebagai vitamin untuk tenaga batin adalah:
-
- Susu
- Fatty fish
.
Baca Selanjutnya : Lemah Tenaga Batin – Apa yang Anda Perlu Buat Untuk Atasinya?
.
.
2. Vitamin C
.
.
Bagi lelaki yang agak berusia, penting untuk mereka mendapatkan supplement untuk lelaki vitamin C.
.
Hal ini kerana masalah pembesaran prostat atau benign prostatic hyperplasia (BPH) mudah untuk terjadi yang akan mengakibatkan masalah untuk kencing.
.
Ia akan menjadi diantara suplemen untuk lelaki 50-an terpenting.
.
Bagi kesemua peringkat usia lelaki pula, vitamin C penting untuk membantu dalam kesuburan lelaki.
.
Berdasarkan kajian, pengambilan 1000 mg vitamin C sebagai supplement untuk lelaki sebanyak dua kali sehari boleh meningkatkan bilangan sperma sebanyak 100%.
.
.
Ia juga membantu dalam meningkatkan pergerakan sebanyak 92% dan mengurangkan pembentukan sperma abnormal sebanyak 55%.
.
DNA didalam sel sperma dapat dilindungi dengan pengambilan 1000 mg vitamin C sebanyak lima kali sehari.
.
Sumber vitamin C yang juga vitamin untuk lelaki yang kami sarankan:
- Lada merah dan hijau
- Buah kiwi
- Oren
- Anggur
- Strawberi
- Ubi kentang
- Tomato
- Brokoli
.
.
3. Kalsium
.
.
Supplement untuk lelaki seterusnya pula membantu dalam membentuk otot, sistem saraf dan tulang yang kuat dan sihat.
.
Ia sangat penting terutamanya dalam kalangan lelaki berusia 20-an untuk mula menjaga pengambilan kalsium harian.
.
Pada masa ini, fasa pembentukan tulang yang kuat dan padat sedang berlaku sebagai persediaan untuk usia tua.
.
Antara sumber terbaik bagi supplement kesihatan lelaki ini adalah:
- Susu
- Yogurt
- Keju
- Salmon
- Sardin
- Sayur berdaun hijau gelap
- Bijirin dan jus berkalsium
.
.
4. Zink
.
.
Berdasarkan kajian, lelaki yang mengalami defisit zink menunjukkan pengurangan kadar hormon testosterone dalam badan.
.
Ia juga akan mengakibatkan kualiti sperma terjejas dan turut menjejaskan kesuburan lelaki.
.
Kalau anda merupakan seorang vegetarian, anda paling berpotensi untuk mengalami kekurangan zink.
.
Supplement kesihatan untuk lelaki ini sebenarnya sangat penting dalam penghasilan protein, melawan jangkitan dan juga merawat luka.
.
Sumber zink yang anda boleh dapatkan:
- Daging merah
- Makanan laut
.
Kacang dan bijirin penuh juga mempunyai kandungan zink yang tinggi namun agak sukar diserap berbanding dengan zink didalam daging.
.
.
5. Magnesium
.
.
Bagi sesetengah bangsa seperti lelaki African-American, mereka agak sukar untuk mendapatkan supplement untuk lelaki ini dengan mencukupi.
.
Antara kelebihan dan manfaat yang diberikan oleh magnesium kepada lelaki adalah:
- Menyihatkan otot
- Membantu dalam kesihatan saraf
- Menguatkan tulang
- Meningkatkan sistem imunisasi badan
- Mengelakkan masalah jantung
.
Sumber untuk anda dapatkan magnesium:
- Bayam
- Sayurang hijau
- Bijirin penuh
- Kacang
.
Selain itu, ia juga termasuk dalam kategori suplemen untuk lelaki di Watson dan agak mudah untuk anda mendapatkannya.
.
.
6. Folate
.
.
Biasanya folate akan lebih dikaitkan dengan wanita.
.
Namun, hakikat yang sebenarnya adalah lelaki juga perlukan folate sebagai supplement untuk lelaki.
.
Kepentingan folate adalah :
- Untuk menggunakan protein
- Menghasilkan DNA
- Menghaslkan sel darah merah yang sihat
.
Folate biasanya lebih dikenali dengan nama folic acid atau folacin.
.
.
Ia juga membantu dalam mengelakkan sebarang perubahan yang tidak sihat didalam sperma yang berkait dengan perubahan abnormal kromosom didalam kanak-kanak.
.
Sumber utama folate adalah:
-
- Bayam
- Brussels sprouts
- Asparagus
- Kacang
- Hati
.
.
7. Ashwaganda
.
.
Supplement untuk lelaki ini mempunyai nama saintifiknya iaitu Withania Somnifera dan merupakan salah satu daripada herba-herba Ayurvedik.
.
Herba ini berfungsi dan sangat membantu dalam meningkatkan paras hormon testosterone.
.
Berdasarkan kajian, lelaki yang mempunyai jumlah sperma yang rendah sangat digalakkan untuk mengambil sekitar 675 mg supplement untuk lelaki ini.
.
Ia dapat meningkatkan tahap kesuburan lelaki dengan:
- Meningkatkan 167% bilangan sperma
- Meningkatkan jumlah air mani sebanyak 53%
- Meningkatkan pergerakan sperma sebanyak 57%
.
Ia juga menunjukkan peningkatan terhadap hormon testosterone, kekuatan otot dan meningkatkan jumlah sperma.
.
Baca Juga : Herba Kuat Untuk Lelaki – Senarai Lengkap Tumbuhan Terbaik Untuk Seks & Kesihatan
.
.
8. Maca Root
.
.
Supplement untuk lelaki yang seterusnya, Maca Root merupakan herba yang berasal daripada Peru.
.
Berdasarkan satu kajian yang dijalankan, pengambilan herba ini sebanyak 1.5-3 gram setiap hari selama 3 bulan mampu meningkatkan nafsu seksual.
.
Kajian lain pula menunjukkan dengan mengambil 2.4 gram herba ini mampu untuk mengatasi masalah ereksi dalam kalangan lelaki.
.
Antara manfaat lain yang diperoleh hasil daripada kajian-kajian lain yang dijalankan:
- Meningkatkan jumlah sperma dan pergerakannya
- Membantu meningkatkan sistem hormon pembiakan
- Meningkatkan kesuburan lelaki
.
9. Asid Amino
.
.
Supplement untuk lelaki yang seterusnya pula adalah asid amino atau lebih spesifik lagi adalah asid D-Aspertic.
.
Berdasarkan kajian, asid ini sangat diperlukan dalam membantu meningkatkan kesuburan lelaki.
.
Hal ini adalah berdasarkan perbandingan tahap kesuburan dengan paras asid ini dimana lelaki yang subur mempunyai paras asid ini yang lebih tinggi.
.
Ia juga dibuktikan mampu untuk meningkatkan paras hormon testosterone dimana pengambilan 2.66 gram selama tiga bulan memberikan peningkatan sebanyak 30-60%.
.
Antara kajian lain yang dijalankan, bagi lelaki sihat yang mengambil 3 gram supplement ini setiap hari selama 2 minggu mampu meningkatkan hormon testosterone mereka sebanyak 42%.
.
.
10. Potassium
.
.
Supplement untuk lelaki potassium ini pula membantu dalam mengurangkan kesan peningkatan tekanan darah hasil daripada pengambilan sodium.
.
Jadi, anda boleh ibaratkan potassium sebagai nutrien utama yang membantu mengekalkan kesihatan saluran darah dan juga mengelakkan masalah jantung, serta kencing manis.
.
Hal ini akan lebih ketara apabila semakin bertambah usia lelaki.
.
Antara sumber terbaik bagi potassium adalah:
- Bayam
- Cendawan
- Tomato
- Ubi kentang
- Kismis
- Pisang
- Oren
- Susu
- Yogurt
- Tuna
.
.
11.Protein
.
.
Kalau dah bercakap berkenaan supplement untuk lelaki, anda tak patut abaikan protein.
.
Kebanyakan lelaki mendapat protein yang mencukupi namun, adalah lebih baik jika anda mampu mendapatkan lebih.
.
Hal ini kerana protein membantu dalam:
- Mengawal selera makan
- Meningkatkan jisim dan kekuatan otot
- Menguatkan tulang
- Mengurangkan selera makan tengah malam
- Meningkatkan metabolisma badan
- Meningkatkan kadar pembakaran lemak
.
Sumber utama protein yang kami cadangkan untuk anda adalah menerusi pengambilan whey.
.
.
Alang-alang dah ambil whey, apa kata kalau anda terus workout di gym untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
.
Anda sihat, badan pun mantap!
.
.
12. Testosterone
.
.
Testosterone merupakan hormon yang dihasilkan didalam testikel lelaki dan sangat penting dalam tumbesaran serta memberikan ciri-ciri kelelakian.
.
Hormon ini sangat penting untuk:
- Jisim otot dan tulang
- Bulu pada wajah dan kemaluan
- Pembentukan tubuh dan kegarauan suara
- Nafsu seks
- Mood dan juga kualiti hidup
- Memori verbal dan keupayaan berfikir
.
Apabila semakin bertambah usia anda, tidak pelik jika paras testosterone anda semakin berkurang.
.
Anda mungkin berminat untuk meningkatkan paras testosterone anda jika doktor berkata anda perlu tingkatkannya.
.
Jika anda mempunyai paras testosterone yang rendah atau hypogonadism, rawatan untuk menambah testosterone akan memberikan manfaat buat anda.
.
Namun, jika paras testosterone anda adalah normal, agak sukar untuk anda melihat sebarang perubahan atau kesan yang ketara.
.
.
Anda juga perlukan testosterone untuk keinginan seks yang lebih kuat kerana ia berkait dengan libido dan juga keupayaan ereksi anda.
.
Apapun anda perlu tahu bahawa masalah mati pucuk biasanya tidak terlalu berkaitan dengan testosterone kerana ia lebih kepada masalah kesihatan yang lain dan juga pengambilan ubat-ubatan.
.
Antara sumber untuk testosterone terbaik adalah menerusi pengambilan Tongkat Ali seperti apa yang ada didalam Nu Prep Tongkat Ali.
.
.
.
Banyak khasiat yang ada padanya dan ia juga bertindak sebagai supplement tenaga lelaki.
.
Untuk dapatkan info mengenainya, boleh klik: Nu Prep Tongkat Ali.
.
Sebelum kami tutup artikel kami pada kali ini, jom tengok video dibawah tentang produk yang berasaskan tongkat ali oleh Biotropics.
.
.
.
Boleh Baca Juga Selepas Ini : Tongkat Ali – Kebaikan, Kesan Sampingan & Cara Pengambilannya (Seks & Kesihatan)
.
Sekian sahaja perkongsian kami untuk kali ini.
.
Jangan lupa baca artikel-artikel kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
DISCLAIMER / PENAFIAN
- Artikel ini ditulis perdasarkan pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili pendapat organisasi secara menyeluruh.
- Penulisan ini juga bukanlah untuk mempromosikan atau memburuk-burukkan produk tertentu. Sebaliknya hanyalah sebagai panduan dan penambahan ilmu para Suami di Malaysia untuk lebih peka akan kesihatan tubuh mereka.
- Kami tidak bertanggungjawab keatas sebarang kesilapan penulisan atau fakta.
- Jika ada pihak yang memerlukan sebarang pembetulan fakta & penambahan, sila emailkan ke [email protected]. Kami akan membuat pembetulan dengan segera.
- Kami bukan berniat untuk memburukkan sebarang produk ataupun servis, sebaliknya ingin memberikan fakta yang tepat & absah secara professional sejajar dengan keperluan suami di Malaysia masa kini.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.