Lemah Tenaga Batin – Apa yang Anda Perlu Buat Untuk Atasinya?

A Hasan Hamdani

Hadi Idham

Lemah tenaga batin merupakan diantara masalah yang menimbulkan kerisauan buat para lelaki.

.

Mana tidaknya kerana ia berkait rapat dengan kekuatan dan kesihatan seksual lelaki.

.

Mana ada lelaki yang berani untuk mengaku bahawa mereka mengalami masalah lemah tenaga batin.

.

Lemah Tenaga Batin

.

Bagi mereka ia merupakan satu perkara yang sangat memalukan jika dicop sebagai seorang lelaki yang lemah tenaga batin.

.

Kejap!

.

Mesti sekarang anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan lemah tenaga batin ini kan?

.

Biasanya ia melibatkan dua perkara dibawah ini:

.

Kedua-dua ini akan membawa kepada masalah tidak mempunyai nafsu yang kuat untuk melakukan hubungan seksual.

.

Baca Juga : Ubat Mati Pucuk – Ini Rawatan Sebenar jika Anda Mengalami ED

.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

Punca Lemah Tenaga Batin

.

Lemah Tenaga Batin

.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah lemah tenaga batin ini.

.

Antara punca utama yang membawa kepada masalah ini adalah:

  • Masalah kesihatan seperti menghidap penyakit kronik
  • Ketidakstabilan emosi
  • Masalah dalam perhubungan dengan pasangan
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu
  • Pengambilan alkohol atau dadah
  • Tabiat merokok

.

Lemah Tenaga Batin

.

Apa yang dinyatakan tadi boleh menjadi punca kepada masalah lemah tenaga batin.

.

Namun, jika anda menghadapi simptom-simptom seperti dibawah:

  • Hampir semua aktiviti seksual dirasakan
    • Susah untuk mendapat ereksi ketika melakukan hubungan seksual
    • Ereksi susah untuk dikekalkan sehingga hubungan seksual berakhir
    • Zakar menjadi lembik
  • Simptom tersebut berlaku secara berterusan selama 6 bulan
  • Simptom ini mula mengakibatkan tekanan atau stress yang serius terhadap individu tersebut

.

Apa yang dikongsikan tadi adalah kriteria yang digunakan untuk melakukan diagnosis dan berpandukan pada Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition (DSM-5).

.

.

Rawatan Lemah Tenaga Batin

.

.

Ada satu kajian menarik yang dilakukan di Australia dimana ia telah diterbitkan didalam The Journal of Sexual Medicine pada Mei 2014 menemukan,

.

“Sesetengah lelaki boleh dirawat dengan mengubah gaya hidup mereka.”

.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa masalah lemah tenaga batin ini boleh dirawat dengan mengambil ubat, namun kesannya akan menjadi lebih hebat dan efektif jika mereka dapat mengubah gaya hidup mereka.

.

Jadi, dalam artikel kali ini, kami di SuamiSihat.Com.My ingin kongsikan dengan anda beberapa rawatan lemah tenaga batin yang anda boleh lakukan.

.

Jom baca!

.

.

1. Melakukan Senaman

.

Lemah Tenaga Batin

.

Bila sebut sahaja bersenam, ramai antara kita yang akan mula gelabah dan rasa macam memang takde harapan terus untuk menguatkan tenaga batin.

.

Relax! Senaman yang kami maksudkan bukanlah senaman yang terlalu ekstrim atau senaman tenaga batin yang pelik-pelik.

.

Secara asasnya, anda perlu faham jenis senaman yang sesuai untuk anda lakukan.

.

Tahu tak dengan hanya melakukan aktiviti seperti berjalan kaki pun sudah dikira sebagai senaman yang bagus untuk kesihatan dan tenaga batin anda?

.

Nak lagi best?

.

Apa kata anda jogging atau berenang kerana intensitinya lebih tinggi berbanding dengan berjalan kaki.

.

.

Senaman bebanan seperti workout di gym pula akan membantu untuk menghasilkan hormon testosterone secara semulajadi yang menjadi faktor terpenting dalam menaikkan nafsu dan menguatkan ereksi zakar anda.

.

Kebaikan senama adalah ia akan melancarkan aliran darah dalam badan anda.

.

Menurut Dr. Zachary Mucher, seorang pakar urologi, dengan bersenam anda dapat memperbaiki tekanan darah dalam badan dengan meningkatkan nitrik oksida dalam salur darah.

.

Hasilnya? Anda akan mendapat ejakulasi yang lebih padu!

.

Baca Juga : Senaman Kegel – Kuatkan “Senjata” Anda Wahai Suami

.

.

2. Mengamalkan Diet Seimbang

.

.

Menurut Dr. Zachary lagi, masalah lemah tenaga batin turut berpunca daripada corak pemakanan dan diet yang tidak seimbang.

.

Anda boleh mengurangkan risiko untuk mengalami masalah ini dengan cara meningkatkan pengambilan:

  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Bijiran penuh
  • Ikan
  • Daging merah

.

Selain itu, anda juga boleh fokus kepada pengambilan makanan yang mengandungi zinc yang tinggi kerana ia sangat baik dan penting dalam penghasilan hormone testosterone.

.

Jangan lupa juga untuk meningkatkan pengambilan lemak sihat yang anda boleh dapatkan dari badam, avocado, salmon dan juga minyak zaitun.

.

Kalau anda dah berjaya menjaga corak pemakanan anda, anda akan dapat satu lagi bonus iaitu badan anda akan menjadi lebih fit.

.

Lemah Tenaga Batin

.

Ada satu fakta yang anda perlu tahu iaitu lelaki yang mempunyai ukuran pinggang 42 inci dan keatas lebih 42 inci lebih berisiko untuk menghadapi masalah lemah tenaga batin.

.

Lelaki dengan ukuran pinggang sedemikian biasanya dalam kategori obesiti dan lebih mudah untuk menghidap penyakit seperti sakit jantung dan juga kencing manis yang akan menjadi penyebab utama kepad masalah mati pucuk.

.

.

3. Kawal Pengambilan Gula

.

.

Biasanya sebaik sahaja anda selesai mengambil makanan atau minuman yang mengandungi paras gula yang tinggi, ia akan mengurangkan tahap testosterone dalam badan anda.

.

Hal ini adalah disebabkan oleh pertambahan tahap insulin dalam badan.

.

Menurut fakta yang dikeluarkan oleh USDA, kadar purata pengambilan gula yang sesuai untuk lelaki adalah maksimum 9 sudu kecil gula sehari.

.

.

4. Urut Lemah Tenaga Batin

.

Lemah Tenaga Batin

.

Urut tenaga batin mungkin akan menjadi diantara pilihan anda kan?

.

Nanti dulu!

.

Jom baca apa kata Prof. Doktor Zulkifli Md. Zainuddin, Perunding Urologi dan Ketua Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan UKM dibawah ini.

.

Urut tenaga batin tidak akan menyelesaikan masalah lemah tenaga batin anda kerana mengikut kajian klinikal, zakar anda adalah ibarat span dimana ia hanya membesar apabila ada tekanan darah didalamnya dan ia berkait rapat dengan saraf.

.

Jom tonton video ringkas daripada beliau dibawah ini.

.

.

Urutan akan menyebabkan zakar anda lebih mudah untuk rosak terutamanya jika ia diurut dengan kuat kerana zakar dan buah zakar anda adalah organ yang sangat sensitif.

.

Ditambah pula jika teknik urutan yang dilakukan adalah salah, ia akan merosakkan zakar anda!

.

Nak tahu apa kes kritikal yang pernah dihadapi oleh Dr. Zulkifli?

.

Antara kes tersebut adalah:

  • Zakar membengkak
  • Saluran kencing rosak
  • Buah zakar lebam

.

Tak rasa seram sejuk ke kat bahagian zakar anda sekarang?

.

.

5. Ubat Lemah Tenaga Batin

.

Ubat Kuat

.

Kalau anda mencari ubat kuat tenaga batin, anda perlu mencari ubat tenaga batin yang memenuhi kriteria dibawah:

  • Lulus dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Produk asli
  • Berdaftar dan lulus Pusat Racun Negara
  • Mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM

.

Sebagai info tambahan, jom tengok perkongsian dari Dr Ismail Tambi.

.

.

.

Oh ya! Kami ada sediakan senarai dan review lengkap berkenaan ubat kuat untuk anda mengatasi masalah tenaga batin.

.

Jemput baca ye lepasni!

.

Artikel Berkaitan: 19 Ubat Kuat Terbaik 2020 – Review Kami Untuk Anda

.

.

6. Kawal Tekanan

.

Lemah Tenaga Batin

.

Desakan hidup sekarang ini memang akan menyebabkan kita mudah untuk tertekan.

.

Biasanya bila ia melibatkan soal wang, lagi cepat untuk merasa tertekan.

.

Disinilah pentingnya untuk anda mempunyai ilmu dan informasi yang tepat untuk kekal bijak mengawal tekanan.

.

Tahu tak bila anda tertekan atau stress, badan anda akan mengeluarkan hormon kortisol yang sifatnya adalah untuk menghalang keberkesanan testosterone.

.

Kalau anda rasa hidup anda sentiasa tertekan, anda boleh cuba mengubah gaya hidup, mendapatkan khidmat pakar atau paling drastik anda boleh buat adalah bertukar kerja.

.

.

.

.

7. Berhenti Merokok!

.

Lemah Tenaga Batin

.

Anda merokok? Kalau jawapan anda adalah ya, better anda berhenti sekarang.

.

Masalah mati pucuk, lemah tenaga batin dan juga ejakulasi pra-matang biasanya disebabkan oleh rokok yang menjadi punca kepada masalah pembuluh darah.

.

Masalah ini kemudiannya akan mengurangkan bekalan darah ke zakar disebabkan oleh saluran darah anda tersumbat atau sempit.

.

Tak kisahlah anda menghisap rokok mahal, murah atau tanpa tembakau sekalipun, lebih baik anda berhenti kerana anda dapat menyelamatkan:

  • Kesihatan anda
  • Zakar anda
  • Wang anda

.

.

Jangan malu untuk berjumpa dengan doktor tentang masalah seksual yang anda hadapi.

.

Jom tonton video penerangan dibawah.

.

.

.

Sebelum kami menamatkan perkongsian pada kali ini, ada doa lemah tenaga batin yang ingin kami kongsikan dengan anda.

.

Lemah Tenaga Batin

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?