Herba kuat untuk lelaki biasanya bahan yang digunakan dalam ubat kuat dan supplement kesihatan lelaki.
.
Claim daripada pengeluar adalah, segala bahan ini berupaya untuk meningkatkan kesihatan lelaki secara menyeluruh dan juga kesihatan seksual lelaki.
.
Cuma, betul ke segala claim tersebut atau ia hanyalah fakta yang direka semata-mata?
.
.
Kali ini team SuamiSihat.com.my akan merungkai fakta dan keberkesanan segala herba kuat lelaki ini.
.
Jom baca!
.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
1. Tongkat Ali Physta®
.
.
Tongkat Ali merupakan bahagian akar kepada pokok yang dikenali sebagai Eurycoma longifolia yang merupakan tumbuhan asli dari Asia Tenggara.
.
Ia merupakan herba kuat untuk lelaki tradisional yang digunakan dan diamalkan di negara-negara seperti:
- Malaysia
- Indonesia
- Vietnam
- Negara Asia yang lain
.
Terdapat satu kajian terhadap Tongkat Ali (longjack) dijalankan bagi mengkaji peningkatan kesuburan lelaki dengan mengukur pada isipadu air mani dan kepekatan air mani.
.
Sebanyak 350 lelaki dipilih dan diberikan 200 mg ekstrak Tongkat Ali setiap hari dan analisis dilakukan setiap 3 bulan selama 9 bulan.
.
Hasilnya, 75 lelaki yang berjaya menlengkapkan tempoh 3 bulan menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.
.
.
Manfaat herba kuat untuk lelaki ini terhadap kesihatan berkemungkinan berasal daripada pelbagai bahan yang ada didalamnya seperti:
- Flavonoid
- Alkaloid
- Bahan lain yang bertindak sebagai antioksidan
.
Antioksidan merupakan bahan yang melawan kerosakan sel yang disebabkan oleh molekul yang dikenali sebagai radikal bebas.
.
Baca Juga: Perbandingan 19 Produk Tongkat Ali – Review 2020, Mana yang Terbaik?
.
.
2. Cordyceps
.
.
Cordyceps merupakan sejenis fungi yang hidup pada sesetengah ulat bulu yang hidup pada kawasan gunung tinggi di China.
.
Bahan ini mudah untuk didapati dalam kuantiti yang besar kerana ia dibiakkan didalam makmal.
.
Setakat ini, berdasarkan hasil kajian klinikal yang dijalankan, ia terbukti mampu:
- Meningkatkan prestasi dan stamina lelaki
- Mempunyai ciri anti-penuaan
- Mengawal type-2 diabetes
- Membantu dalam kesihatan jantung
.
.
Berdasarkan kajian yang dijalankan keatas 20 lelaki yang berusia 50-77 tahun yang diberikan 330 mg herba ini menunjukkan peningkatan terhadap keupayaan fizikal mereka.
.
Itupun, masih ada keraguan lagi kerana ia hanya memberikan kesan terhadap mereka yang tua, dan muda namun tidak pada mereka yang aktif.
.
Ada sesetengah daripada manfaat tersebut dijalankan ujian hanya kepada haiwan dan belum ada ujian keatas manusia lagi.
.
.
3. Ginseng
.
.
Herba mujarab ini merupakan herba cina yang telah digunakan sejak berabad lamanya lagi.
.
Ada berbagai jenis ginseng namun yang paling popular adalah:
- American Ginseng – Panax Quinquefolius
- Asian Ginseng – Panax Ginseng
.
.
Berdasarkan kajian, di dalam ginseng terdapat dua bahan utama iaitu ginsenosides dan gintonin yang mana kedua-duanya melengkapi satu sama lain untuk memberikan manfaat kepada kesihatan seperti:
- Merawat masalah mati pucuk
- Meningkatkan sistem imunisasi badan
- Mengatasi kelesuan dan menambah tenaga dalam badan
.
Kajian dijalankan ke atas 60 orang lelaki yang mengalami masalah mati pucuk yang sederhana dan diberikan 1000 mg ginseng sebanyak 3 kali sehari.
.
Hasilnya menunjukkan ia mampu merawat mati pucuk berdasarkan tahap testosterone, prolactin dan juga kolestrol.
.
.
.
4. Maca Root
.
.
Pokok herba kuat untuk lelaki ini dikenali dengan nama saintifik lepidium meyenii, yang turut dikenali dengan nama Peruvian Giseng.
.
Ia tumbuh dikawasan yang beraltitud setinggi 4000 meter di Andes, Peru.
.
Bahagian yang boleh dimakan adalah bahagian akarnya dan biasanya ia akan dikeringkan dan dimakan dalam bentuk serbuk, kapsul atau ekstrak cecair.
.
Berdasarkan hasil kajian, maca dikatakan mampu untuk:
- Meningkatkan libido didalam lelaki dan wanita
- Menambah kesuburan lelaki
- Mengecilkan saiz prostat
.
.
Jadi, jika berdasarkan kajian, ia benar-benar mampu memberikan manfaat buat kesihatan lelaki secara menyeluruh.
.
Namun, anda perlu tahu bahawa kajian terhadap maca masih lagi dalam peringkat awal dan kebanyakan kajian ini dilakukan terhadap haiwan atau ditaja oleh syarikat yang menghasilkan dan menjual maca dalam bentuk herba kuat untuk lelaki.
.
.
5. Horny Goat
.

941981320 undefined undefined/Getty Images
.
Herba kuat untuk lelaki yang seterusnya pula mudah untuk dibeli over the counter.
.
Bahan aktif yang terdapat didalamnya iaitu icariin, merupakan ekstrak daripada pokok Epimedium dan mudah ditemui di China, Jepun dan juga Korea.
.
Ia dikatakan mampu untuk merawat masalah mati pucuk dan dijual dalam bentuk:
- Tablet
- Kapsul
- Serbuk
- Teh
.
.
Kajian dijalankan terhadap haiwan menunjukkan bahawa ia mampu meningkatkan ereksi.
.
Ia juga menunjukkan bahawa icariin sangat efektif dalam menahan PDE5 dalam badan manusia yang menyekat ereksi.
.
Baca Juga : Senarai Ubat Kuat Lelaki di Guardian, Watson & Farmasi – List Lengkap 2020
.
.
6. Devil’s thorn (tribulus terrestris)
.
.
Tribulus Terrestris merupakan salah satu daripada bahan yang boleh ditemukan didalam testosterone boosters yang telah lama digunakan untuk merawat masalah mati pucuk.
.
Ia tumbuh di merata tempat termasuklah Eropah, Asia, Afrika dan juga Timur Tengah.
.
Berdasarkan kajian, terdapat 11 sampel kajian dilakukan dan kesimpulan daripada 11 sampel tersebut, ia tidak mampu untuk meningkatkan testosterone didalam badan manusia.
.
Hanya 3 sahaja yang menunjukkan kesan tersebut dan ketiga-tiganya dijalankan bukan terhadap manusia.
.
.
Banyak lagi kajian yang perlu dilakukan untuk mengetahui bagaimana sebenarnya kesan tribulus terrestris terhadap manusia.
.
Ada kajian lain yang turut menunjukkan bahawa ia sebenarnya turut mampu untuk mengurangkan kolestrol.
.
Namun, kajian ini masih dalam fasa awal dan hanya dijalankan terhadap haiwan sahaja setakat ini.
.
.
7. Ubi Jaga
.
.
Ubi jaga merupakan salah satu herba terbaik untuk lelaki yang sering digunakan oleh Orang Asal untuk merangsang kekuatan seks.
.
Pokok herba untuk lelaki yang juga dikenali sebagai smilax myosotiflora yang tumbuh di dalam hutan tropika di Asia Tenggara.
.
Selain menguatkan tenaga lelaki, ia turut mengandungi manfaat sebagai penguat metabolisma badan.
.
.
Kajian dijalankan ke atas 48 tikus jantan yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan bahan berbeza seperti air, 200 mg, 400 mg dan 800 mg ubi jaga.
.
Hasilnya jelas menunjukkan peningkatan testosterone bagi setiap kumpulan yang mengambil herba ini dan bergantung kepada dos masing-masing.
.
Namun, ada diantaranya yang terbunuh dalam kajian.
.
.
8. Ginkgo Biloba
.
.
Pokok herba untuk tenaga batin seterusnya pula adalah merupakan pokok yang mudah dijumpai di China dan digunakan untuk pelbagai jenis kegunaan.
.
Ubatan tradisional China fokus kepada manfaat yang ada pada daun dan bijinya namun kajian moden pula fokus lebih kepada ekstrak ginkgo yang diambil dari daun.
.
Antara manfaat yang ada pada herba ini adalah:
- Merupakan antioksidan yang kuat
- Meningkatkan peredaran darah
- Membantu meningkatkan kesihatan jantung
- Merawat masalah seksual
.
.
Ginkgo sebenarnya sangat dikenali sebagai salah satu herba yang mampu meningkatkan dan melancarkan aliran darah dengan cara meningkatkan nitric oxide didalam badan.
.
Kajian dilakukan keatas pesakit yang mengalami coronary artery disease dengan diberikan herba ini selama 2 minggu.
.
Hasilnya menunjukkan ada peningkatan terhadap kadar tekanan dan denyutan jantung ke tahap normal.
.
Ia sekaligus turut mampu merawat masalah kegagalan fungsi seksual seperti mati pucuk dengan cara melancarkan aliran darah kebahagian zakar.
.
.
9. Ashwaganda & Herba-herba Ayurveda lain
.
.
Ayurveda merupakan sistem perubatan tradisional India dan ia bertujuan bagi menjaga kesihatan dengan cara menyeimbangkan kesihatan minda, badan dan jiwa serta mengelakkan penyakit berbanding merawatnya.
.
Berikut merupakan senarai herba-herba Ayurveda dan manfaatnya menerusi kajian klinikal yang telah dijalankan :
- Ashwagandha – Meningkatkan tumbesaran otot, memori dan juga kesuburan lelaki.
- Boswellia – Membantu dalam melancarkan pernafasan bagi mereka yang mengalami asma kronik.
- Triphala (Amla, Bibhitaki, Haritaki) – Mengurangkan sembelit, sakit perut, mengurangkan pengumpulan plaq didalam mulut dan mengelakkan pembiakan bakteria didalam mulut.
- Brahmi – Mengurangkan simptom ADHD dan mempunyai ciri adaptogenic yang membantu dalam mengawal dan mengurangkan stress.
- Cumin – Melindungi diri daripada diabetes type-2 dengan cara mengurangkan paras gula dalam darah dan juga meningkatkan sensitiviti insulin.
- Turmeric – Menjaga fungsi dan meningkatkan kemampuan otak untuk mengelakkan Alzheimer.
- Licorice Root – Melegakan sakit tekak dan membantu dalam kesihatan oral.
- Gotu Kola – Membantu dalam mengurangkan simptom yang membawa kepada tekanan terhadap kesihatan mental.
- Bitter Melon – Bertindak sebagai antioksidan, mengurangkan paras gula dalam darah dan menggalakkan pengeluaran insulin.
- Cardamom – Membantu dalam mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan pengambilan oksigen sewaktu bersenam.
.
.
.
.
.
10. Butea Superba
.
.
Butea Superba merupakan tumbuhan yang tumbuh di India, China, Vietnam dan Thailand.
.
Bahagian akar tumbuhan Butea ini yang biasanya akan digunakan sebagai ubat.
.
Antara manfaat utama butea superba menerusi hasil kajian yang dijalankan adalah:
- Masalah mati pucuk
- Masalah diarrhea
- Masalah sukar atau sakit ketika kencing
- Demam
.
.
Namun, bagi kajian yang berkaitan penggunaan herba ini dalam mengatasi masalah mati pucuk sebenarnya menemukan hasil yang sentiasa bertentangan diantara satu sama lain.
.
.
11. Kesum
.
.
Kesum atau turut dikenali sebagai polygonum minus merupakan diantara tumbuhan yang mudah dijumpai di Asia Tenggara.
.
Ia banyak digunakan sebagai tambahan perasa makanan dan digunakan secara tradisional untuk merawat masalah sakit perut dan sakit badan.
.
Berdasarkan kajian, kesum merupakan herba yang mampu untuk:
- Bertindak sebagai antioksidan
- Membantu dalam proses pencernaan
.
.
.
12. Cabai Jawa
.
.
Cabai jawa atau nama saintifiknya piper retrofractum atau piper longum merupakan herba kuat untuk lelaki yang berasal dari India.
.
Namun kini, ia semakin kerap ditemui dikawasan kepulauan Jawa di Indoensia dan juga di kawasan Himalaya.
.
Antara manfaat yang ada padanya hasil daripada kajian yang dijalankan, ia:
- Kaya dengan antioksidan
- Membantu dalam kesihatan otak
- Membantu dalam mengawal gula dalam darah
- Mengurangkan paras kolestrol
.
.
.
13. Kunyit Hitam
.
.
Kunyit hitam turut dikenali sebagai curcumin cesia dan merupakan diantara herba kuat untuk lelaki tradisional India.
.
Ia telah dibuktikan menerusi kajian bahawa ia mampu untuk:
- Bertindak sebagai ejen anti-radang
- Menjadi antioksidan yang kuat
- Meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan risiko masalah berkaitan otak
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Membantu dalam mengatasi kemurungan
- Mampu mengelakkan kanser
.
.
.
14. Tunjuk Langit
.
.
Buah tunjuk langit atau nama saintifiknya Helminthostachys Zeylanica merupakan diantara herba kuat untuk lelaki yang mula mendapat perhatian ramai apabila banyak kajian dilakukan ke atasnya.
.
Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa ia mampu untuk:
- Menangani masalah gout
- Mengatasi masalah sakit sendi
- Mengurangkan risiko darah tingg
- Melancarkan perjalanan darah
- Meningkatkan kecergasan badan.
.
Kajian juga mendapati bahawa biji buah ini turut mengandungi berbagai khasiat untuk tubuh badan manusia.
.
Ia merupakan sebahagian daripada keluarga pokok mahogani atau mahoni.
.
Ia tumbuh kawasan hutan hujan tropika yang mempunyai suhu kering dan lembap terutama di Amerika Selatan, barat India, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.
.
.
.
Rupanya setakat ini memang segala herba kuat untuk lelaki yang dikatakan ada didalam supplement kesihatan lelaki dan ubat kuat benar-benar mempunyai 1001 manfaatnya yang tersendiri.
.
Namun, anda perlu tahu bahawa kebiasaannya didalam mana-mana produk, zat dan khasiat setiap herba kuat untuk lelaki yang diekstrak akan musnah sekitar 80%!
.
Ia disebabkan oleh teknologi pengekstrakan yang digunakan tidak mencapai standard yang diperlukan bagi tujuan tersebut.
.
Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan dengan herba kuat untuk lelaki.
.
Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.