Tongkat Ali atau nama saintifiknya eurycoma longifolia merupakan salah satu daripada herba ubatan Asia Tenggara yang sudah diamalkan sejak berabad lamanya.

.

Kegunaan utama herba ini adalah untuk:

  • Merawat berbagai jenis penyakit
  • Merawat demam
  • Merawat simptom mati pucuk (minor)
  • Merawat masalah nafsu batin lelaki
  • Mengatasi jangkitan bakteria

.

Tongkat Ali

.

Banyak kajian yang telah dijalankan yang menunjukkan ia berupaya untuk meningkatkan kesuburan lelaki, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kompisi tubuh.

.

Sebagai contoh, satu kajian terhadap Tongkat Ali dijalankan bagi mengkaji peningkatan kesuburan lelaki dengan mengukur pada isipadu air mani dan kepekatan air mani.

memekatkan air mani

.

Sebanyak 350 lelaki dipilih dan diberikan 200 mg ekstrak Tongkat Ali setiap hari dan analisis dilakukan setiap 3 bulan selama 9 bulan.

.

Hasilnya, 75 lelaki yang berjaya menlengkapkan tempoh 3 bulan menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.

.

Berdasarkan kesemua kajian yang dilakukan dan rasa bangga akan Tongkat Ali Malaysia ini, kami rasa terpanggil untuk kongsikan dengan anda secara terperinci berkenaan herba ini yang anda patut tahu.

.

.

Apa Sebenarnya Tongkat Ali?

.

.

Kalau anda Google dan inginkan maklumat dalam Bahasa Inggeris, gunakan longjack berbanding Tongkat Ali.

.

Selain apa yang telah kami terangkan pada permulaan artikel tadi, ada beberapa lagi perkara yang anda perlu tahu berkenaan herba ini.

.

Kebanyakan manfaat, zat dan khasiat yang ada pada pokok Tongkat Ali berasal daripada bermacam jenis bahan yang ada didalamnya.

.

.

Antara bahan yang membawa kepada khasiatnya adalah:

  • Flavonoid
  • Alkaloid
  • Bahan lain yang menjadi antioksidan

.

.

Untuk pengetahuan anda, antioksidan merupakan bahan yang melawan kerosakan sel yang disebabkan oleh molekul yang dikenali sebagai radikal bebas.

.

Kajian semakin rancak terhadap antioksidan kerana ia telah terbukti mampu untuk mengurangkan risiko penyakit yang diakibatkan oleh oxidative stress seperti:

  • Kanser
  • Masalah kardiovaskular

.

Biasanya ia akan diambil dalam bentuk pil, kapsul ataupun sebagai minuman herba seperti kopi Tongkat Ali.

.

Baca Juga : Perbandingan 19 Produk Tongkat Ali – Review 2020, Mana yang Terbaik?

.

.

Kebaikan Tongkat Ali Terhadap Kesihatan

.

Kebanyakan kajian berkenaan manfaat herba ini terhadap kesihatan masih lagi dalam kajian namun terdapat beberapa hasil kajian yang menunjukkan ia mampu untuk:

.

a) Meningkatkan kesuburan lelaki

.

.

Keberkesanan herba ini untuk meningkatkan testosterone didalam lelaki yang merupakan hormon utama seksual ini tidak dapat dinafikan lagi.

.

Tahap testosterone yang lemah adalah disebabkan oleh penuaan, kemoterapi, rawatan radiasi, pengambilan ubat-ubatan, kecederaan atau jangkitan pada zakar.

.

Kesan daripada kekurangan testosterone akan mengakibatkan tahap libido yang lemah, mati pucuk dan bagi sesetengah kes pula adalah masalah kesuburan.

.

Terdapat kajian selama sebulan yang dilakukan terhadap 76 lelaki berusia yang mempunyai tahap testosterone yang rendah mendapati dengan pengambilan 200 mg ekstrak herba ini setiap hari akan meningkatkan paras hormon ini ke paras normal.

.

Tongkat Ali

.

Selain itu, terdapat juga kajian yang dijalankan terhadap haiwan dan manusia dimana dengan pengambilan herba ini ia akan membantu dalam merangsang nafsu syahwat dan ini mampu merawat masalah mati pucuk bagi lelaki.

.

Ada juga kajian selama 12 minggu yang dijalankan terhadap 108 lelaki berusia 30-55 tahun dimana dengan pengambilan 300 mg ekstrak herba ini setiap hari mampu meningkatkan isipadu sperma sekitar 18-44%.

.

Berdasarkan kesemua kajian ini, ia sedikit sebanyak membuktikan bahawa herba ini mampu untuk merawat masalah tahap testosterone lemah dan ketidaksuburan namun kajian yang lebih mendalam masih tetap diperlukan.

.

.

b) Melegakan stress

.

.

Herba tradisional mampu untuk mengurangkan hormon stress, mengurangkan rasa cemas dan membaiki mood.

.

Kajian pada tahun 1999 telah menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan bahawa herba ini mampu untuk merawat isu berkaitan emosi dan mendapati bahawa ekstrak Tongkat Ali adalah setanding dengan ubat anti-cemas.

.

Kajian tersebut sebenarnya dijalankan terhadap tikus namun kesan yang sama juga telah dapat dilihat pada manusia.

.

Cuma, kajian terhadap manusia tidak terlalu banyak lagi.

.

Satu kajian selama sebulan terhadap 63 lelaki dewasa yang mengalami tekanan atau stress pada tahap sederhana dengan memberikan mereka 200 mg ekstrak Tongkat Ali setiap hari.

.

Hasilnya ia mampu untuk mengurangkan hormon penyebab stress iaitu cortisol sebanyak 16% selain turut mencatatkan pengurangan dalam:

  • Marah
  • Tekanan

.

.

c) Meningkatkan komposisi badan

.

.

Biasa sangat dah kan dengar berkenaan claim bahawa bahan ini mampu untuk meningkatkan persembahan atlet dan juga menambah jisim otot badan?

.

Claim ini adalah daripada bahan yang ada didalam herba ini iaitu quassinoid, eurycomaoside, eurycolactone dan eurycomanone yang akan membantu tubuh anda:

  • Menggunakan tenaga dengan lebih efisien
  • Mengurangkan kelesuan
  • Meningkatkan ketahanan badan

.

Ia juga boleh bertindak sebagai ergogenic acid yang merupakan salah satu daripada bahan yang mampu meningkatkan keupayan fizikal.

.

Satu kajian kecil selama 5 minggu terhadap 14 orang lelaki yang menyertai program latihan kekuatan mendapati mereka yang mengambil 100 mg ekstrak Tongkat Ali setiap hari mengalami peningkatan dalam jisim badan yang lebih ketara.

.

Mereka juga berjaya mengurangkan lebih banyak lemak.

.

.

Dalam kajian yang lain pula, 25 lelaki dewasa yang aktif diberikan 400 mg ekstrak Tongkat Ali selama 5 minggu mencatatkan peningkatan terhadap kekuatan otot.

.

Namun, kajian kecil yang dijalankan terhadap mereka yang berbasikal pula mencatatkan minuman berasaskan herba ini tidak membantu untuk meningkatkan keupayaan atau kekuatan mereka.

.

Hasil kajian yang bertentangan ini disimpulkan dengan pendapat bahawa ia mungkin menghasilkan kesan ergogenic bergantung kepada dos dan tempoh rawatan.

.

Baca Juga : Senaman Kegel – Kuatkan “Senjata” Anda Wahai Suami

.

.

Jenis Supplement Berasaskan Tongkat Ali

.

Tongkat Ali

.

Biasanya supplement untuk herba ini akan disediakan dalam bentuk:

  • Kapsul
  • Tablet
  • Kopi
  • Serbuk

.

Sebenarnya tiada masalah dalam bentuk apa sekalipun ia disediakan. 

.

Apa yang anda perlu fokuskan adalah dari segi teknik dan teknologi pengekstrakan herba tersebut.

.

Hal ini kerana kebanyakan teknologi akan mengakibatkan zat dan nutrien yang ada didalamnya akan musnah sehingga 80%.

.

Baca Juga : Senarai Ubat Kuat Lelaki di Guardian, Watson & Farmasi – List Lengkap 2020

.

.

Tongkat Ali Hitam VS Tongkat Ali Putih

.

Tongkat Ali

.

Kadang-kadang dah naik pening bila dengar banyak sangat warna yang ada pada Tongkat Ali ni kan?

.

Tongkat Ali merah, Tongkat Ali hitam dan juga Tongkat Ali putih.

.

Dalam perbincangan untuk subtopik ini, kami hanya nak menyentuh berkenaan hitam dan putih sahaja sebab kedua-duanya antara yang paling kerap disebut.

.

Wujud ke warna selain dari warna putih dan apa perbezaannya?

.

Jom tonton video penerangan daripada Dr. Ismali Tambi dibawah ini:

.

.

Kesan Sampingan & Dos Pengambilan

.

Tongkat Ali

.

Ada beberapa kajian yang dijalankan tidak mencatatkan sebarang kesan sampingan hasil daripada pengambilan Tongkat Ali.

.

Terdapat satu kajian dimana pengambilan ekstrak Tongkat Ali sebanyak 300 mg setiap hari adalah satu tahap yang masih lagi selamat.

.

Kajian lain pula mencadangkan bahawa ekstrak Tongkat Ali boleh diambil sehingga 1.2 g setiap hari dan masih selamat untuk lelaki dewasa.

.

Namun, tiada kajian yang benar-benar dilakukan terhadap manusia menggunakan dos tersebut.

.

Satu lagi kekurangan yang mampu menyebabkan risiko adalah tiada kajian yang dijalankan dalam satu tempoh yang lama untuk memastikan bahawa ia tidak mempunyai kesan sampingan jangka panjang.

.

Kajian yang dijalankan terhadap kandungan merkuri didalam supplement 100 Tongkat Ali dari Malaysia mendapati ia telah melebihi had merkuri yang dicadangkan sebanyak 25%.

.

Tongkat Ali

.

Kesan pengambilan merkuri yang berlebihan didalam badan akan membawa kepada keracunan merkuri dimana ia akan mengakibatkan:

  • Perubahan mood
  • Masalah memori
  • Isu dengan motor skill

.

Tambahan pula, kebanyakan kajian hanya mengkaji kesan terhadap lelaki dan tidak pula dilakukan terhadap kanak-kanak, wanita mengandung atau wanita yang menyusukan anak.

.

Jadi, kesan herba ini samada selamat atau tidak kepada mereka masih lagi belum dapat dikenalpasti.

.

.

Patut Ke Anda Mengambil Tongkat Ali

.

.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat kajian yang menunjukkan ia mampu mengurangkan rasa cemas, kemurungan, tekanan dan mampu meningkatkan komposisi badan, namun kajian masih lagi sangat terhad.

.

Ia juga berkemungkinan mampu untuk merawat masalah berikut:

  • Paras testosterone rendah
  • Paras libido rendah
  • Ketidaksuburan lelaki

.

Walaupun kajian dilakukan mendapati pengambilan herba ini sehingga 400 mg sehari tidak akan memberikan kesan sampingan, jumlah kajian dan data masih tidak mencukupi.

.

Ia juga belum dikaji dalam satu tempoh masa yang panjang samada akan memberikan manfaat dan juga selamat.

.

Tongkat Ali

.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk bersaskan herba ini, bincang dengan pakar kesihatan anda terlebih dahulu untuk memastikan ia benar-benar selamat dengan tahap kesihatan dan juga tubuh anda.

.

Anda juga harus ingat bahawa ada sesetengah supplement yang mungkin dicemari dengan merkuri.

.

Ditambah pula dengan banyak pengeluaran produk yang tidak dikawal selia dan juga mempunyai kandungan Tongkat Ali tidak seperti apa yang dinyatakan pada label.

.

Cari jenama yang dipercayai dan telah turut diuji oleh pihak ketiga seperti lulus ujian makmal mempunyai kelulusan KKM.

.

.

Banyak Produk Tongkat Ali: Tapi Semuanya Betul-Betul Berkesan Ke?

gi keberkesanan tongkat ali

.

Betul – tak semuanya seindah marketing mereka.

.

Dari segi supplement Tongkat Ali di luar sana, sebenarnya tak semuanya berstatus ‘Clinically Proven‘.

.

Kebanyakan pengeluar produk berasaskan herba ini, majoritinya tidak menggunakan sistem pengekstrakan yang betul & berpiawai dalam penghasilan produk mereka.

.

Rebus akar kayu Tongkat Ali, kikis-kikis & kisarkan – kemudian dimasukkan dalam kapsul.

.

Mana boleh sebegitu sebenarnya!

Banyak khasiatnya akan hilang, serta terhapus hasil daripada pendedahan haba yang tinggi.

.

Buah pinggang pengguna juga boleh rosak, kerana ekstrak Tongkat Ali tersebut tidak diproses dengan betul.

.

Jadi, Apa Penyelesainnya?

.

Sebelum beli, pastikan produk tersebut menggunakan teknologi pengekstrakan yang betul – bukannya daripada kilang OEM pelik-pelik.

.

Atas dasar inilah, sebuah syarikat tempatan kita, Biotropics Malaysia Berhad telah berkolaborasi dengan saintis dari dalam dan luar negara, untuk menghasilkan teknologi pengekstrakan Tongkat Ali yang terbaik & telah dipatentkan – Physta® namanya.

physta tongkat ali

.

Teknologi ini dipatentkan melalui kerjasama Kerajaan Malaysia dengan M.I.T. (Massachusetts Institute of Technology – USA).

.

Betul, kita patut berbangga kerana membawa

.

Antara yang terlibat dalam kajian ini, termasuklah Dr. Ismail Tambi (Andrologist – Pakar Sakit Tuan)

.

Ikuti video di bawah – penerangan oleh Dr. Annie George, saintis herbalist daripada Biotropics.

Jadi, berdasarkan video di atas, ternyata teknologi Physta inilah satu-satunya teknologi pengekstrakan yang dipiawai, memastikan bahan aktif dalam ekstrak Tongkat Ali tersebut wujud, berkesan dan selamat digunakan.

biotropics malaysia berhad logo

.

Anatara keunikan teknologi & syarikat Biotropics Malaysia Berhad ini juga, termasuklah:-

  1. Satu-satunya teknologi pengekstrakan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali) yang diiktiraf oleh American Botanical Council.
  2. Satu-satunya pengilang teknologi herba di Asia Tenggara yang mendapat kelulusan FDA (US Food & Drug Association).
  3. Biotropics merupakan anak syarikat Khazanah Berhad, dengan teknologi makmal & saintis bertaraf antarabangsa
  4. Merupakan salah satu Syarikat Peneraju (Anchor Company) dibawah Kempen Produk Herba Bernilai Tinggi (NKEA) dengan kerjasama Kementerian Perindustrian & Asas Tani.

.

.

Boleh klik di sini selepas ini: Senarai produk Tongkat Ali oleh Biotropics Malaysia Berhad.

.

.

Boleh ke Wanita Amalkan Tongkat Ali?

.

Yup, boleh sahaja.

.

Wanita juga boleh amalkan supplement Tongkat Ali.

.

Hormon testosterone juga adalah penting untuk perempuan, bukannya hanya Estrogen.

nu prep wanita longfolia

.

Akan tetapi, bagi wanita yang mengandung dan juga menyusukan anak, better jangan ambil risiko kerana kajian terhadap golongan ini belum dilakukan lagi.

.

Mereka yang mempunyai masalah kesihatan juga perlu untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu untuk memastikan tiada masalah di kemudian hari.

.

.

Sekian sahaja perkongsian daripada kami untuk kali ini.

.

Jangan lupa untuk baca artikel-artikel yang lain juga. Semoga bermanfaat!

 

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.

0
Your Cart