Niat Mandi Wajib, hingga ke Cara Mandi Wajib yang Betul (Lengkap, Step by Step)

A Hasan Hamdani

Hadi Idham

Anda tahu cara mandi wajib yang betul?

.

Ramai sebenarnya yang belum faham tentang amalan ini, apatah lagi niat mandi wajib itu sendiri.

.

Tetapi apakah beza mandi biasa dengan mandi wajib ya?

.

niat mandi wajib

.

Niat mandi wajib atau niat mandi junub adalah niat yang diucapkan sebelum melakukan mandi wajib atau mandi hadas besar. Mandi wajib atau mandi junub dilakukan oleh orang Muslim setelah melakukan beberapa hal yang dianggap membatalkan hadas, seperti hubungan intim, beronani atau mimpi basah.

.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Kenapakah kita perlu mandi wajib?

.

Ya, kita perlu mandi wajib kerana selagi kita berhadas besar, kita tidak boleh menunaikan solat, membaca Al-Quran dan melakukan ibadah lain seperti tawaf dan sebagainya.

.

ibadah bersama keluarga selepas mandi wajib

 

Selagi tidak bersuci dari hadas besar.

 

Maka hukumnya haram untuk kita melakukan ibadah-ibadah tersebut kerana kita masih tidak suci.

 

Jadinya,jika kita berhadas besar, tidak lain dan tidak bukan, kita perlu mandi wajib untuk membolehkan kita melaksanakan perintah Allah secara sah.

.

Dan ibadah kita mendapat pahala dan juga terlaksana tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.

.

Okay,selepas kita mengetahui kenapa kita perlu mandi wajib, mari kita pergi ke bahagian.

.

.

Apakah perkara yang menyebabkan kita perlu untuk mandi wajib?

 

sebab mandi wajib

Disebutkan dalam mazhab syafie, ada 6 perkara yang menyebabkan kita mandi wajib.

.

Sebab-sebab yang datang dari lelaki dan perempuan ada 3 iaitu:

.
1. Bertemu dua alat kelamin (bersetubuh – zakar masuk ke dalam faraj)

.
2. Keluar air mani

.
3. Kematian selain mati shahid.

.
Sebab-sebab yang perlaku khusus pada perempuan sahaja:

.
1. Haid

.
2. Nifas

.
3. Wiladah

.

Dan kali ini admin mahu huraikan dengan detail tentang “betemu dua alat kelamin” dan tentang “keluar air mani”.

.

Sebagai pasangan suami isteri muslim, kita wajib tahu tahu.

.

Boleh baca selepas ini: Air Mani Wanita – Jenis, Warna, Ciri-Ciri & Cara Anda Keluarkannya

.

 

.

Bilakah kita perlu mandi wajib?

.

Bertemu dua alat kelamin.

 

 

 

.

Dikira bertemu dua alat kelamin adalah alat kelamin lelaki iaitu zakar masuk ke dalam alat kelamin perempuan iaitu faraj dengan kadar terbenam seluruh kepala zakar dialam faraj wanita.

.

Hal yang demikian menyebabkan kedua-dua pasangan ini wajib ke atas meraka untuk mandi wajib secara langsung.

.

Bukannya setelah berjimak tetapi tidak keluar mani, tidak perlu mandi wajib.Itu salah.

..

Ingat yaa formulanya, terbenam sahaja kepala zakar dalam faraj wanita, terus kewajipan untuk mandi itu ada.

 

 

.

Hal ini seperti semua saudara dan saudari sedia maklum, apabila air mani kita keluar dari kemaluan kita, ketika itu kita wajib untuk mengangkat hadas besar tersebut, dengan cara mandi mandi wajib.

.

.

Berapa banyak air mani keluar baru kita wajib mandi?

keluar air mani perlu mandi wajib

.

Jawapanya; walau setitik.

.

Walau keluar sendiri atau dikeluarkan.

.

Walaupun sudah tidak klimaks tetapi ada air mani yang menitis.

.

Walau tidak klimaks tetapi keluar air maninya.

.

Semua keadaan ini wajib untuk mandi hadas besar sama ada lelaki atau perempuan.

.

Begitulah keadaan yang menyebabkan kita untuk mandi wajib.

.

.

Apakah niat mandi wajib?

baca niat mandi wajib

 

.
Niat mandi wajib ada pelbagai versi.

.

Tapi hari ni admin mahu kongsikan satu niat yang mudah untuk kita semua hafal dan ingat.

.

Just sebut dalam hati,

.

“Sahaja aku mandi wajib”

.

Senang bukan?

.

Ya memang senang, jadi ayuh kita sama-sama niat mandi wajib dengan berniat seperti niat ini didalam hati kerana hati itu tempat niat.

.

Semestinya tidak susah untuk mengingati niatnya.

.

.

Bagaimanakah lafaz niat mandi wajib?

.

Lafaz niat pula.

.

.

Eh? Kenapa ada dua? Satu niat dan satu lagi lafaz niat?

kenapa pelbagai lafaz niat mandi wajib

.

Tidak mengapa., mari admin terangkan.

.

Untuk pengetahuan anda yang budiman, lafaz niat terbit dari bibir, dan niat terbit dari hati.

.

Secara praktikalnya begini,

.

Lafaz niat mesti di dalam Bahasa Arab, seperti:

.

نويت فرض الغسل

.
Nawaitu fardhal ghusli

.

.

Perkataan Arab ini, perlu disebut di mulut sehingga telinga kita mendengar.

.

Ketika itu kita dikira melakukan lafaz niat, iaitu apa-apa yang dilafazkan melalui lisan dan mesti berbahasa arab.

.

Lafaz niat ini di kira Sunnah dan mendapat pahala tambahan bagi sesiapa yang menyebutnya.

pahala mandi wajib

 

Wah senang nya dapat pahala!

.

Alhamdulillah.

.

Tetapi, sesiapa yang tidak melakukan lafaz niat dan sekadar niat tidak mengapa.

.

Kerana yang wajib adalah niat sahaja, ya, niat yang terbit dari dalam hati sahaja.

.

Niatnya seperti admin nyatakan di atas.

.
“Sahaja aku mandi wajib“

.

.

.

pelbagai niat mandi wajib

Sekejap! Ada juga pilihan lafaz niat mandi wajib yang lain seperti:

.

نويت رفع الحدث الأكبر

.
nawaitu raf’al hadasil akbari

.
Ingat ya!

.

Lafaz yang di mulut ini hukumnya sunnat.

.
Dan yang wajib terbit dihati tika menyebutkan lafaz tersebut ini adalah:

.

“Sahaja aku mengangkat hadas besar

.

Sekejap, mesti pembaca pelik dengan admin.

.

Boleh juga baca selepas ini: Melancap (Onani) – Betul ke Bahaya? Anda Perlu Tahu Kebaikan & Keburukannya

.

.

Kenapa tidak sebut kerana Allah didalam lafaz niat dan niat?

 

.

Nah di sini admin jawab.

.

Kita lakukan amalan ibadah ini kerana mematuhi syariat, semestinya kita patuh pada Allah.

.

Jadi tidak wajib sebut kerana Allah, amalan itu sudah maklum kita buat kerana Allah.

.

Tetapi jika saudara saudari menyebut kerana Allah di dalam lafaz dan niat, pasti akan dapat pahala tambahan.

.

Rugi tau tidak menyebutnya. Seperti:

.

نويت فرض الغسل لله تعالى

.
Nawaitu fardhal ghusli lillahi taala

.
(Sahaja aku mandi wajib kerana Allah taala)

.

 

menyebut perkataan allah ketika mandi hads

Ataupun,

.

نويت رفع الحدث الأكبر لله تعالى

.
Nawaitu raf’al hadasil akbari lillahi taala

.
(Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah)

.

.

Jadi, pembaca boleh memilih lafaz niat dan niat yang berkenan di hati kerana kedua-duanya sah di sisi syarak.

.

Admin kutip dalam kitab feqah, InsyaAllah sahih.

.

.

Adakah lafaz niatnya sama lelaki dan perempuan?

 

 

niat mandi wajib lelaki & perempuan

 

Ya. Lafaz niat dan niat untuk lelaki dan perempuan adalah sama, tidak ada beza sama sekali.

.

Jadi, sama ada pembaca saudara atau saudari, tidak jadi masalah.

.

Boleh terus mengikuti panduan niat dan lafaz niat seperti di atas.

.

Islam itu mudah, tidak membeza-bezakan antara lafaz niat lelaki dan perempuan.

.

Tetapi mungkin pada persoalan jika.

.

.

Seseorang berhadas besar, tetapi niat mandi wajibnya diubah-ubah?

.

Seperti: (Sahaja aku mandi wajib untuk mengangkat hadas haid kerana Allah)

.

Tetapi, sebenarnya dia adalah berhadas nifas.

.

Hukumnya adalah haram!

 

 

.

 

 

 

Kerana ibarat mempermainkan ibadah dan agama.

.x

Jadi, sebelum kita berniat mandi wajib untuk bersuci dari hadas besar, haruslah kita mengenalpasti hadas apakah yang kita perlu bersihkan.

.

Suka admin ingatkan bahawasanya, jika tidak tahu, carilah tahu,dapatkan kepastian dari ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah yang berautoriti dan diyakini sahih.

.

Barulah amal ibadah kita lakukan insyaAllah dijamin betul dan mendapat pahala.

.

.

Wajib berniat mandi wajib?

wajib berniat mandi wajib

.

Ya, kita wajib untuk berniat mandi wajib ketika kita mandi, sehingga kita dikira sebagai suci dari hadas besar.

.

Hanya dengan niat dapat membezakan antara adat degan amalan.

.

Dalilnya wujud dalam hadith sahih yang mashur tentang kewajipan berniat diawal permulaan ketika hendak melakukan ibadah yang berbunyi:

.

Potongan hadith.

.

انما الأعمال بالنية

.
Maksudnya : (Semata-mata setiap amalan itu permulaanya dengan niat )

.
Hadis riwayat Imam Al Bukhari

dua niat ketika mandi wajib

.

Jadi, dari situ ulama menggariskan setiap amalan kita ini perlu dimulakan dengan niat.

.

Contoh seperti solat dan puasa.

.

.Jika kita tidak niat maka,sia-sialah amalan kita kerana amalan tidak sah dapat penat sahaja.

.

.

Bukankah merugikan?

amalan yang merugikan

.

Itu adalah syarat yang wajib dipatuhi.

.

Ada juga di dalam kaedah feaqah 5 yang utama turut menyebutkan syarat yang sama dengan berbunyi.

.

الأمور بمقاصدها

.
Maksudnya: Setiap perkara (amalan) yang dilakukan haruslah disertakan dengan niat.

.

Sekiranya mandi kita itu tidak berniat dengan niat ini, paling kurang (sahaja aku mandi wajib) atau seumpamannya.

.

Maka mandinya tidak sah,individu itu masih lagi berhadas besar walaupun individu itu mandi berjam-jam.

.

Kesimpulannya, tidak sah mandi wajib seseorang itu melainkan dengan niat, kerana niat itu  salah satu rukun mandi wajib.

.

Niat itu wajib dan ia terbit dari hati. (sahaja aku mandi wajib kerana Allah taala).

.

Admin harap kepada pembaca budiman, selepas membaca artikel ini, pengetahuan kita tentang niat lebih jitu dan padu.

.

Bagus!

.

Boleh baca selepas ini: Kesihatan Lelaki – Anda Tak Jantan Kalau Tak Jaga Kesihatan Kelelakian

.

.

Tatacara atau cara mandi wajib?

.

Tatacara mandi wajib atau lebih masyhurnya dikenali sebagai kafiyat mandi wajib.

 

Mandi wajib perlu dimulai dengan niat mandi wajib.

 

Niat didalam hati sebelum memulakan mandian.

.

Lafaz niat pula di mulut.

.

Lafaz niat yang dimulut sunnat, niat yang di dalam hati itu wajib.

.

Eh, alang- alang buat wajib apalah salahnya kita melakukan amalan sunnat?

.

.

.

.

Bukankah Bonus Begitu?

.

Lafaz niat dan niat admin telah nyatakan di atas, sesiapa yang lupa, boleh skroll ke atas.

.

.

Waktu Niat: Bilakah waktu yang sesuai kita berniat mandi wajib ini?

 

waktu mandi wajib

Jawapannya: Betulbetul sebelum kita mahu buka pemancut air atau sebelum air dalam gayung yang kita cedok menyentuh rambut.

.

Mudah sahaja bukan?

.

 

 

 

 

Di mulakan dari atas iaitu kepala, hingga ke bawah iaitu kaki.

.

Meratakan air, wajib dialirkan ke semua anggota yang zahir dan yang batin.

.

Termasuk selati rambut dan janggut, kelopak telinga.

.

Dan selati celah-celah jari tangan, ketiak, dalam pusat, dan celah-celah peha serta selati celah- celah jari kaki.

.

Segala yang berkulit dan yang berambut wajib diratakan kawasan itu dengan air.

.
Selesai.

.

.

Betul ke cara mandi wajib begini?

ibadah mandi junub

.
Benar, contoh tauladan seperti yang diajarkan oleh baginda nabi Muhammad S.A.W.

.

Nabi hanya menggunakan air untuk mandi wajib lebih kurang satu gantang air bersamaan 4.56 liter air sahaja.

.
Sangat menjimatkan tetapi cukup untuk mengangkat hadas besar.

.

Hebat bukan?

.

Sungguh berhati-hati Sang nabi menggunakan air, tidak seperti kita.

.
Nah,

.
Prosesnya sama sahaja, berniat mandi wajib dan meratakan air keseluruh anggota badan yang berkulit dan berambut.

.

Kita perlu fokus pada perbuatan meratakan air pada badan, bukan perbuatan menyiram air.

.

Begitulah cara yang betul.

.

.

Cara mandi wajib yang betul?

cara mandi wajib

.
Cara mandi wajib yang betul sudah admin jelaskan diatas, sama sahaja pada kaifiyat di atas

.
1. Wajib berniat mandi wajib. Pilihan lafaz niat dan niat pun sudah di berikan

.
2. Ratakan air keseluruh badan yang berkulit dan yang berambut.

.

.

Berdoa selepas mandi wajib dapat pahala?

.

Ramai juga yang bertanya tentang soalan ini,

.

Tetapi, admin mendapati tidak ada bab khusus di dalam kitab feqah yang admin rujuk,

.

Jadinya, admin tidak akan membicarakan perkara itu sekarang.

.

Tetapi, setiap amal kebaikan kita akan mendapat pahala.

.

Jadinya, bacalah doa apapun insyaAllah  akan di ganjari dengan pahala, kerana berdoa itu juga dikira satu ibadah.

.

.

.Apakah rukun mandi wajib?

rukun mandi wajib

.
Rukun mandi wajib ada dua sahaja iaitu,

.
1. Niat mandi wajib.

2. Hilangkan sebarang najis di badan.

3. Ratakan air keseluruh anggota badan.

..

.

.

Syarat sah mandi wajib?

syarat mandi wajib

.


Seperti yang sedia maklum, admin mahu kongsikan bahawasanya rukun mandi wajib itu sudah termasuk syarat mandi wajib.

.

Jadinya bila timbul persoalan apakah syarat mandi wajib, jawapanya dua sahaja iaitu niat dan meratakan air keseluruh badan.

.
Nah!

.

Mudah sangat untuk difahami, adamin berharap penulisan admin ini dapat membantu ramai pembaca yang menghadapi kerumitan untuk faham asas mandi wajib ini.

.

Selamat beramal!

.

Eh, sekejap.

.

Nanti dulu.

.

Disebabkan anda semua setia dengan admin sampai akhir penulisan.

.

Admin mahu kongsikan kejutan kepada pembaca yang budiman.

.

Bonus tau!

.

Jom kita lihat apakah bonusnya.

.

Haa, admin akan kongsikan soalan-soalan yang ramai netizen persoalkan (Frequently Asked Questions).

.

Apakah ciri/ warna / sifat air mani.

.

Jawapannya: Air mani ini keruh warnanya keputih susuan  kelikatan, selepas keluar air mani akan terasa  ‘sedap’ seperti putus asa ( kepenatan).

.
Dan baunya seperti bau putih telur.

.

Boleh juga baca selepas ini: Perbezaan air mazi, mani & wadi.

.

.

Adakah perlu / wajib kita memotong rambut jika rambut kita terlalu tebal ketika hendak mandi wajib.?

hukum rambut tebal mandi wajib

 

Jawapannya: Sekiranya air tidak sampai ke kulit kepala, wajib untuk kita potong kerana syarat mandi wajib adalah meratakan air keseluruh badan.

.

.

Bagaimanakah untuk orang yang belum bersunat untuk mandi wajib?

belum berkhatan tapi mandi hadas

.

Jawapannya: Wajib ke atas individu tersebut untuk membasuh sehingga bahagian dalam alat kelaminnya.

.

Iaitu bahagian kulit yang sepatutnya disunatkan(khatan) kerana di kawasan itu masih lagi dikira anggota yang wajib dibasuh sebenarnya.

.

Alhamdulilah, selesai admin berceloteh.

.

Terima kasih kesudian anda semua membaca penulisan admin.

.

In sya Allah di lain hari dan waktu, admin akan kongsikan perkara-perkara yang menarik juga selepas ini.

.

Nantikan ya!

.

.

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?