Shhh.. Jangan Bagitahu Isteri Anda 🤫

Dapatkan Ebook Special ini secara PERCUMA.


Nak Romen dengan Tahan Lama + Zakar lebih Keras?
Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Categories: batang

Saiz Zakar – Adakah Saiz Batang Anda Normal? Cukup Besar & Panjangnya?

Kebanyakan lelaki tak akan terlepas dari memikirkan samada saiz zakar mereka adalah normal atau tidak.

.

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh British Journal of Urology International (BJUI), saiz purata zakar yang tidak tegang adalah 3.61 inci.

.

.

Manakala saiz purata untuk zakar yang sedang ereksi adalah 5.16 inci.

.

Ukur lilit purata pula adalah 3.66 inci bagi zakar yang tidak tegang dan 4.59 inci sewaktu ereksi.

.

Baca Juga: Cara Tingkatkan Kekerasan Zakar (Ereksi) – Awang Anda Perlu Keras!

.

Teruskan bacaan anda untuk belajar dengan lebih lanjut berkenaan saiz zakar, berapa sebenarnya saiz yang paling ideal untuk kepuasan seksual dan apa yang anda patut buat kalau anda rasa anda punya terlalu kecil.

.

.

Apa Keputusan Hasil Kajian?

.

.

Kajian daripada BJUI menggunakan data daripada 17 kajian dan seramai 15000 lelaki telah menjadi peserta kajian ini.

.

Hasil kajian ini telah dikeluarkan dalam data yang lebih terperinci ini mampu memberikan kita gambaran yang lebih jelas.

.

Sebagai contoh, saiz sewaktu ereksi pada saiz lebih 6.3 inci adalah 5%.

.

Ia juga membawa maksud daripada 100 lelaki dalam kajian ini hanya 5 orang sahaja mempunyai saiz lebih dari 6.3 inci.

.

Bagi saiz zakar sewaktu ereksi pada saiz kurang daripada 3.94 inci pula adalah 5%.

.

Dalam erti kata lain, hanya 5 daripada 100 lelaki mempunyai saiz kurang daripada 3.94 inci.

.

Jadi anda boleh simpulkan disini bahawa saiz normal adalah diantara 3.94 inci sehingga 6.3 inci.

.

**Boleh juga baca selepas ini: Masalah zakar kecil – ini yang anda perlu lakukan untuk merawatnya.

.

Ikuti video di atas, penerangan Dr. Ismail Tambi – berkenaan keghairahan masyarakat di Malaysia yang obses nak besarkan saiz zakar.

.

.

Kajian lain juga menunjukkan hasil yang sama. 

.

Sebagai contoh satu kajian yang dikeluarkan dalam Journal of Urology juga menemukan hasil yang sama.

.

Selain itu, ia juga turut merekodkan fakta yang saiz sewaktu zakar anda lembik tidak menentukan saiz sewaktu anda ereksi.

.

Dalam kata lain, anda boleh temukan ramai lelaki yang mempunyai saiz zakar yang sama sewaktu ereksi namun tidak sewaktu lembik.

.

.

Macam Mana Nak Ukur?

.

.

Cara mengukur adalah daripada bahagian batang zakar yang bersambung pada badan sehingga ke hujung kepala zakar anda.

.

Bahagian yang bersambung ini menghubungkan zakar anda dengan tulang pubic.

.

Hujung kepala zakar anda pula adalah bahagian bulat pada penghujung zakar anda.

.

Tekan bahagian zakar yang bersambung dengan tulang pubic jika terdapat lapisan lemak yang menebal padanya sewaktu anda mengukur.

.

Bagi yang tidak bersunat, jangan kira sekali dengan bahagian hujung kulit kepala zakar anda kerana ia bukanlah sebahagian daripada zakar.

.

Untuk mengukur ukur lilit zakar anda, anda boleh mengukurnya pada bahagian hujung (bukan kepala zakar) atau pada bahagian tengah zakar anda.

.

.

Penting ke Saiz Zakar ni?

.

.

Rasanya ramai lelaki yang risau samada saiz mereka normal atau tidak.

.

Hal ini akan lebih meresahkan apabila memikirkan samada ia akan memberikan kesan atau tidak pada performance mereka ketika di ranjang.

.

Risau samada mereka akan berjaya atau tidak untuk memuaskan pasangan merupakan diantara igauan buruk buat kebanyakan lelaki.

.

Ada juga lelaki yang risau berkenaan penampilan mereka jika mereka berbogel.

.

Apapun saiz zakar anda, anda tak perlu risau kerana bigger may not always be better atau besar tak bermaksud lebih baik.

.

Dalam sebuah kajian yang dijalankan oleh PLOS One, para pengkaji telah menemubual 75 orang wanita yang aktif secara seksual.

.

.

Temubual tersebut adalah berkenaan saiz zakar yang mereka idamkan untuk hubungan seksual satu malam sahaja atau untuk hubungan yang berpanjangan.

.

Setiap wanita tersebut telah ditunjukkan 33 jenis saiz yang berbeza dalam bentuk 3D yang dibuat daripada plastik biru.

.

Tujuan dijadikan dalam warna biru adalah untuk mengelakkan kecenderungan terhadap bangsa dan warna kulit.

.

Saiz purata yang digemari oleh wanita dalam kajian ini adalah saiz zakar sepanjang 6.4 inci dan ukur lilit 5 inci untuk hubungan seksual satu malam.

.

Bagi hubungan yang berpanjangan, mereka lebih menggemari saiz sepanjang 6.4 inci dan ukur lilit sekitar 4.8 inci.

.

Hasil kajian ini menunjukkan wanita yang ditemubual tersebut memilih saiz yang lebih besar daripada normal sebenarnya.

.

.

Namun, mereka terlupa untuk mengambil kira faktor seperti samada faraj mereka mampu atau tidak untuk menerima saiz zakar tersebut dan wanita-wanita ini tidak mampu untuk mewakili majoriti wanita daripada pelbagai bangsa.

.

Hal ini kerana wanita daripada bangsa yang berbeza mempunyai saiz dan kedalam faraj yang berbeza dan faktor psikologi seperti saiz zakar yang besar agak mengerikan bagi mereka.

.

Anda boleh assume ia sama seperti bukan semua wanita sukakan lelaki sado kerana penampilan lelaki sado ini agak mengerikan bagi mereka.

.

Satu lagi kajian yang disiarkan didalam BMC Women’s Health pula menunjukkan saiz zakar dari segi ukur lilit lebih memberikan kesan terhadap kepuasan seksual berbanding dengan kepanjangan zakar. 

.

Sebenarnya persepsi lelaki terhadap saiz zakar akan memberikan kesan terhadap keyakinan mereka.

.

Bila terlebih fikir pasal benda ni, biasanya ia akan memberikan kesan terhadap psikologi sekaligus membawa kepada masalah seperti mati pucuk dan masalah emosi yang lain.

.

.

Baca Juga : Ubat Mati Pucuk – Ini Rawatan Sebenar jika Anda Mengalami ED

.

Kebanyakan pakar terapi yang berurusan dengan lelaki yang mempunyai masalah ni mendapati saiz zakar yang mereka kata “kecik” tu tak sama seperti saiz kecil data daripada kajian.

.

Maksudnya disini kebanyakan lelaki tak tahu pun saiz zakar standard dan terus anggap saiz zakar sendiri tak cukup besar dan panjang.

.

Ada satu kajian ni, 67 daripada 100 orang yang di temubual merasakan saiz mereka adalah kecik tapi hakikatnya ia tak termasuk dalam kategori yang disarankan untuk melalui cara besarkan zakar.

.

.

Boleh Ke Besarkan Saiz Zakar?

.

.

Sebenarnya sebarang keputusan untuk besarkan saiz zakar anda perlu dibuat selepas mendapatkan pendapat daripada urologist terlebih dahulu.

.

Kajian daripada Journal of Urology mencadangkan mereka yang mempunyai panjang zakar ketika lembik kurang daripada 1.6 inci atau kurang daripada 3 inci ketika ereksi sahaja sesuai untuk mendapatkan rawatan besarkan saiz zakar.

.

Itupun perlu lalui penilaian psikologi terlebih dahulu dan ceritakan masalah anda kepada pakar terapi.

.

**Boleh juga baca selepas ini: Cara Panjangkan Zakar – Boleh ke Anda Besarkan Zakar Sebenarnya?

.

Anda akan ditanya beberapa soalan seperti,

.

“Saiz zakar anda tu terlalu kecil atau dah hampir-hampir saiz normal?”

.

“Anda ada persepsi yang salah terhadap saiz zakar anda atau anda tak tahu pun saiz purata berapa?”

.

.

Kalau selepas selesai kedua-dua sesi ini dan anda masih ingin lakukan rawatan untuk besarkan zakar anda, ada beberapa pilihan untuk anda.

.

Salah satunya adalah dengan melakukan pembedahan pada ligamen yang menghubungkan zakar anda pada tulang pubic.

.

Pembedahan ini membolehkan zakar anda untuk keluar lebih sedikit dari badan anda.

.

Pembedahan lain yang boleh dilakukan adalah skin graft dimana ia akan membantu meningkatkan ukur lilit zakar anda.

.

Ada juga yang memilih untuk melakukan liposuction iaitu menyedut lemak pada kawasan sekitar tulang pubic untuk membuatkan kawasan yang terlindung dapat dikeluarkan.

.

Inflatable penile prosthethics yang dimasukkan kedalam zakar pula mampu untuk merawat masalah mati pucuk dan juga memanjangkan zakar.

.

 

.

Jika anda betul-betul berminat untuk memanjangkan atau menambah ukur lilit zakar anda, anda boleh mendapatkan nasihat pakar perubatan terlebih dahulu.

.

Juga, kami faham yang masalah ini pastinya merisaukan anda.

.

Tapi, anda perlu berhati-hati dengan segala janji luarbiasa daripada produk-produk diluar sana yang ada dipasaran.

.

Baca Juga: 19 Ubat Kuat Terbaik 2020 – Review Kami Untuk Anda

.

Sekian sahaja sharing kali ini berkenaan saiz zakar.

.

Apa yang anda rasa kecik belum tentu lagi kecik dan suka untuk kami ulang bahawa saiz bukan penentu segalanya jika anda tidak mampu untuk bertahan lama dan memuaskan pasangan anda di ranjang.

.

Jangan lupa untuk baca sharing kami yang lain. Semoga bermanfaat!

 

 

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. Hehehe

Que Segak

Self-proclaimed jejaka macho yang suka menulis dan berkongsi informasi bermanfaat supaya semua lelaki berjaya kekalkan "kejantanan"!

Recent Posts

Pickupline – 50 Koleksi Ayat Mengorat Terbaik

Anda selalu tak guna ayat pickupline? . Kalau anda dah biasa guna ayat-ayat pickup line…

14 hours ago

Ubat Kencing Manis – Jenis, Fungsi & Kesan Sampingan

Dalam setiap ubat-ubatan sudah tentu ada kesan sampingan, termasuk ubat kencing manis. . Kalau anda…

4 days ago

Derma Darah – Cara, Syarat Dan Kelebihan Yang Ramai Tak Tahu

Derma darah merupakan antara salah satu perbuatan yang mulia untuk dilakukan. . Menderma darah juga…

4 days ago

Micropenis – Simptom, Rawatan & Kesan Masalah Zakar Kecil

Zaman sekarang ni, ramai lelaki risau tentang saiz zakar mereka. . Risau kalau-kalau zakar mereka…

4 days ago

Suami Gay – Tanda, Solusi & Tindakan Yang Perlu Dilakukan

Aku rasa aku ada suami gay. . Sejak majlis kahwin setahun yang lalu, suami asyik…

4 days ago