Shhh.. Jangan Bagitahu Isteri Anda ๐Ÿคซ

Dapatkan Ebook Special ini secara PERCUMA.


Nak Romen dengan Tahan Lama + Zakar lebih Keras?
Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Categories: Kesihatan Lelaki

Air Mazi VS Air Mani VS Air Wadi โ€“ Anda Lelaki, Dah Tahu Perbezaannya?

Buat lelaki, anda pasti pernah dengar berkenaan air mazi, air mani dan air wadi kan?

.

Tapi anda tahu tak beza ketiga-tiga jenis air tersebut.

.

Ilmu ini sangat penting untuk anda kerana ada jenis air yang dikategorikan sebagai najis berat dan anda perlu mandi wajib.

.

.

Jika tidak, banyak ibadah anda yang tidak akan diterima oleh Allah S.W.T.

.

Jom baca perkongsian kami kali ini berkenaan perbezaan air mazi, air mani dan air wadi.

.

.

Pengenalan dan Warna Air Mani

.

.

Air mani berasal daripada satu perkataan bahasa Arab iaitu ( ุฃู…ู’ู†ูŽู‰ โ€“ ูŠูู…ู’ู†ููŠู’) yang membawa maksud terpancut.

.

Sama seperti maksudnya, ia dinamakan sedemikian kerana keadaan air mani ini yang keluar secara memancut.

.

Warnanya pula adalah putih dan pekat.

.

Sewaktu air mani keluar, ia akan diiringi dengan rasa penuh kenikmatan dan akan menyebabkan zakar anda mulai lembik.

.

Ia tidak semestinya akan sentiasa memancut keluar jika keluarnya adalah dalam kuantiti yang kecil atau berwarna darah.

.

Hal ini mungkin disebabkan oleh terlalu kerap anda melakukan hubungan seksual.

.

Baca Juga : Melancap (Onani) โ€“ Betul ke Bahaya? Anda Perlu Tahu Kebaikan & Keburukannya

.

.

Bau Air Mani

.

.

Jika anda pernah menghidu bau air mani, ia mempunyai bau seperti tepung yang diuli sewaktu ia dalam keadaan basah.

.

Manakala sewaktu ia kering, baunya akan lebih kepada bau hanyir seperti bau putih telur.

.

Baca Juga : Air Mani โ€“ Cara Mudah Banyakkan Air Mani & Tingkatkan Kualiti Sperma

.

.

Perlu Mandi Wajib Ke Kalau Keluar Air Mani?

.

.

Ia akan dikategorikan sebagai air mani jika ia mempunyai salah satu ciri yang telah dinyatakan tadi iaitu:

  • Warna putih dan pekat
  • Merasai kenikmatan
  • Zakar menjadi lembik
  • Bau seperti yang dinyatakan

.

Jadi, jika ada salah satu sifat yang dinyatakan, maka wajib untuk anda mandi wajib.

.

Jika tiada langsung sifat yang dinyatakan, maka ia bukanlah air mani dan anda tidak wajib untuk mandi wajib.

.

Sama juga halnya dengan air mani wanita dimana ia:

  • Berwarna kekuningan
  • Halus
  • Kadang-kadang berwarna putih
  • Merasa kenikmatan sewaktu ia keluar

.

ย 

Baca Juga : Air Mani Wanita โ€“ Jenis, Warna, Ciri-Ciri & Cara Anda Keluarkannya

.

.

Pengenalan dan Warna Air Mazi

.

.

Air mazi merupakan satu lagi air yang menimbulkan kekeliruan ramai dari segi sifatnya.

.

Antara ciri utama yang ada pada air mazi adalah:

  • Ia berwarna putih
  • Ia lebih halus
  • Bersifat melekit
  • Biasanya keluar sewaktu anda mula terangsang
  • Turut keluar sewaktu anda sedang bergurau senda bersama dengan pasangan
  • Tidak keluar secara memancut seperti air mani dan lebih kepada mengalir biasa
  • Tidak akan menyebabkan zakar menjadi lembik
  • Turut keluar tanpa disedari

.

Perlu Mandi Wajib ke Kalau Keluar Air Mazi?

.

.

Air mazi tidak sama seperti air mani kerana air mazi dikategorikan sebagai air yang keluar disebabkan oleh nafsu syahwat yang paling rendah.

.

Kemuncak syahwat adalah air mani yang jauh mengatasi air mazi.

.

Namun, air mazi turut mempunyai sifat-sifat yang hampir sama dengan air mani seperti apa yang telah diriwayatkan didalam sebuah hadis riwayat Saidina Ali:

.

ูƒูู†ู’ุชู ุฑูŽุฌูู„ุงู‹ ู…ูŽุฐู‘ูŽุงุกู‹ ููŽุฌูŽุนูŽู„ู’ุชู ุฃูŽุบู’ุชูŽุณูู„ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุชูŽุดูŽู‚ู‘ูŽู‚ูŽ ุธูŽู‡ู’ุฑูู‰ ููŽุฐูŽูƒูŽุฑู’ุชู ุฐูŽู„ููƒูŽ ู„ูู„ู†ู‘ูŽุจูู‰ู‘ู (ุต) ุฃูŽูˆู’ ุฐููƒูุฑูŽ ู„ูŽู‡ู โ€“ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู (ุต) ู„ุงูŽ ุชูŽูู’ุนูŽู„ู’ ุฅูุฐูŽุง ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุฐู’ู‰ูŽ ููŽุงุบู’ุณูู„ู’ ุฐูŽูƒูŽุฑูŽูƒูŽ ูˆูŽุชูŽูˆูŽุถู‘ูŽุฃู’ ูˆูุถููˆุกูŽูƒูŽ ู„ูู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ููŽุฅูุฐูŽุง ููŽุถูŽุฎู’ุชูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุงุกูŽ ููŽุงุบู’ุชูŽุณูู„ู’

Maksudnya: โ€œAku adalah seorang lelaki yang sentiasa keluar mazi, aku sentiasa mandi pada musim sejuk sehingga belakangku kelihatan pecah-pecah. Aku bertanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda: โ€œJangan kamu lakukan seperti itu, jika kamu melihat mazi maka basuhlah kemaluanmu dan berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk solat. Jika kamu mencurahkan air (mani) maka hendaklah kamu mandi.โ€

.

Hadis diatas merupakan hadis sahih riwayat Abu Daud.

.

Hukum Keluar Air Mazi

.

.

Air mazi merupakan salah satu daripada kategori najis Mutawassithoh iaitu najis sederhana.

.

Najis air mazi ini perlu dihilangkan:

  • Bau
  • Warna
  • Rasa

.

Ia perlu disucikan dengan air mutlak kerana ia merupakan diantara perkara yang membatalkan wudhuk namun tidak perlu untuk mandi wajib.

.

Hal ini adalah berdasarkan hadis:

.

ูƒูู†ู’ุชู ุฑูŽุฌูู„ุงู‹ ู…ูŽุฐู‘ูŽุงุกู‹ ููŽุงุณู’ุชูŽุญู’ูŠูŽูŠู’ุชู ุฃูŽู†ู’ ุฃูŽุณู’ุฃูŽู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจูู‰ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŽุฃูŽู…ูŽุฑู’ุชู ุงู„ู’ู…ูู‚ู’ุฏูŽุงุฏูŽ ุจู† ุงู„ุฃุณูˆุฏ ููŽุณูŽุฃูŽู„ูŽู‡ู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ูููŠู‡ู ุงู„ู’ูˆูุถููˆุกูุŒ ูˆูŽู„ูู…ูุณู’ู„ูู…ู: ูŠูŽุบู’ุณูู„ู ุฐูŽูƒูŽุฑูŽู‡ู ูˆูŽูŠูŽุชูŽูˆูŽุถู‘ูŽุฃู

ย 

Maksudnya: โ€œAku seorang yang selalu keluar mazi dan aku berasa malu untuk bertanya kepada Rasulullah SAW. Aku menyuruh Miqdad bin al-Aswad menanyakannya. Baginda menjawab: Dia hendaklah berwudhuโ€™. Dalam riwayat Muslim: Dia hendaklah membasuh zakarnya dan berwudhuโ€™.โ€

.

Hadis ini merupakan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

.

.

Beza Air Mazi dan Air Mani

.

ย 

Beza air mani dan air mazi yang paling ketara adalah pada sifatnya.

.

Mungkin selepas ini anda pelru berikan lebih perhatian setiap kali anda merasakan ada air yang mengalir keluar sewaktu anda terangsang.

.

Itu adalah air mazi jika kena dengan sifat yang telah dinyatakan.

.

Kemudian, anda lihat pula air mani anda dan dari sini barulah mudah untuk anda belajar mengenali beza diantara air mani dan air mazi.

.

Perbezaan lain adalah air mazi tidak memerlukan anda untuk mandi wajib dan anda hanya perlu basuh kemaluan dan tempat yang terkena air mazi tersebut untuk teruskan ibadah anda.

.

Hukum keluar air mazi ketika berpuasa pula tidaklah akan membatalkan puasa tersebut.

.

.

Adakah Air Mazi Boleh Mengandung?

.

.

Dalam istilah kesihatan dan perubatan, air mazi turut dikenali sebagai:

  • Pra-klimaks
  • Pra-ejakulasi

.

Air mazi termasuk dalam air yang dikategorikan sebagai air yang tidak boleh dikawal penghasilannya.

.

Air mazi ini tidak mengandungi sperma hidup dan sihat.

.

Sebaliknya air mazi ini mengandungi sperma mati atau ada juga keadaan dimana langsung tidak ada sperma didalamnya.

.

Hal ini bermakna wanita tidak akan cenderung untuk mengandung jika lelaki hanya mengalami pra-ejakulasi namun, siapa kita untuk sentiasa yakin bahawa semua akan menjadi seperti apa yang kita rancang kan?

.

Ada kemungkinan air yang disangkakan air mazi semata-mata turut keluar bersama dengan sedikit air mani kerana air mani tidak semestinya keluar memancut.

.

Jika anda mempunyai zakar yang sensitif atau masalah ejakulasi pramatang, kemungkinan untuk air mani terkeluar adalah sangat tinggi.

.

.

Pengenalan dan Warna Air Wadi

.

.

Selepas air mani dan air mazi, air wadi juga seakan-akan asing bagi kebanyakan masyarakat hari ini.

.

Air wadi merupakan air yang bersifat lebih keruh dan pekat.

.

Dari segi kepekatannya ia hampir menyerupai air mani.

.

Namun tidak sama dari segi kekeruhan warnanya kerana ia tidak mempunyai warna dan keluar sewaktu:

  • Selepas kencing
  • Selepas mengangkat sesuatu yang berat

.

.

Perlu Mandi Wajib ke Kalau Keluar Air Wadi?

.

.

Air wadi biasanya keluar dalam satu atau dua titisan sahaja.

.

Walaupun kepekatan air wadi hampir menyamai kepekatan air mani, ia tidak termasuk dalam kategori yang menyebabkan anda perlu mandi wajib sama seperti air mazi.

.

Hanya air mani sahaja yang memerlukan anda untuk mandi wajib.

.

.

Ringkasan Beza Air Mazi dan Air Mani dan Air Wadi

.

ย 

ย  Air Mani Air Mazi Air Wadi
Warna Putih dan pekat Putih Tidak berwarna
Bau

-Bau seperti tepung yang diuli sewaktu ia dalam keadaan basah

.

-Baunya akan lebih kepada bau hanyir seperti bau putih telur sewaktu kering

Tidak berbau Tidak berbau
Mandi Wajib Perlu Tidak perlu Tidak perlu
Bila Keluar Kemuncak syahwat Permulaan syahwat Selepas kencing atau mengangkat barang berat
Najis Bukan najis Najis mutawassithoh (sederhana) Najis

.

.

Sekian sahaja perkongsian kami kali ini berkenaan air mazi, air mani dan juga air wadi.

.

Ingat, jangan sesekali ambil mudah akan perkara melibatkan ketiga-tiga ini kerana ia akan memberikan kesan terhadap solat dan ibadah anda.

.

Jangan lupa untuk membaca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Que Segak

Self-proclaimed jejaka macho yang suka menulis dan berkongsi informasi bermanfaat supaya semua lelaki berjaya kekalkan "kejantanan"!

Recent Posts

Suami Gay – Tanda, Solusi & Tindakan Yang Perlu Dilakukan

Aku rasa aku ada suami gay. . Sejak majlis kahwin setahun yang lalu, suami asyik…

1 hour ago

Makanan Kesihatan Lelaki – Tips Terpadu Tambah Tenaga Dan Kesihatan Lelaki

Zaman sekarang ni, ramai lelaki yang tak peka tentang kesihatan mereka. . Frasa 'makanan kesihatan…

4 days ago

Ubat Darah Tinggi – Jenis, Fungsi, & Kesan Terhadap Kesihatan

Terdapat pelbagai jenis ubat darah tinggi yang dijual dipasaran, . Penyakit ini dikenali sebagai 'Silent…

4 days ago

Nafsu Seks โ€“ Syahwat Anda Suami Isteri Berkurang? Ini Punca & Solusinya.

Nafsu seks anda kejap naik kejap turun? . Isteri pun sama, kejap nak kejap tak…

2 weeks ago

Kaunseling Rumah Tangga – Panduan (Lengkap) Agensi, Harga Dan Pakej Yang Terbaik

Anda mencari khidmat kaunseling rumah tangga yang terbaik? . Tak tahu nak pilih yang mana…

2 weeks ago

Gambir Sarawak โ€“ Dari Segi Prestasi Seks & Kesihatan, Berkesan Ke?

Kebelakangan ni banyak pula iklan gambir Sarawak yang lalu dekat timeline FB ni. . "Tak…

4 weeks ago