Shhh.. Jangan Bagitahu Isteri Anda 🤫

Dapatkan Ebook Special ini secara PERCUMA.


Nak Romen dengan Tahan Lama + Zakar lebih Keras?
Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Dapatkan di WhatsApp Sekejap ni

Tanggungjawab Suami – Apa Sebenarnya Tugas Anda Sebagai Suami?

By 1 month ago

Pernah terfikir apa tanggungjawab suami yang sebenarnya dan adakah anda dah penuhi tanggungjawab tersebut?

.

Sebenarnya masih ramai lagi lelaki yang terkeliru dengan tugas suami ini.

.

Hal ini mungkin disebabkan sepanjang tempoh mereka membesar, tiada role model yang sesuai untuk mereka contohi.

.

Ia juga mungkin disebabkan oleh faktor lain seperti kekurangan didikan agama dan juga gaya wanita moden kini yang terlalu indipendent.

.

.

Bila menyentuh bab agama, mungkin kursus perkahwinan yang dihadiri tidak memberikan impak yang besar kepada para peserta.

.

Ramai yang mengikuti kursus tersebut sebagai memenuhi syarat semata-mata dan tidak ramai yang benar-benar mengambil pelajaran yang berguna sebagai persediaan untuk memikul tanggungjawab suami.

.

Bab wanita moden pula, wanita masa kini sebenarnya lebih boleh diharapkan berbanding dulu kerana perubahan dari segi zaman dan juga teknologi.

.

Hal ini membuatkan wanita kurang bergantung pada lelaki dan lelaki sebagai suami pula mula mengambil mudah segala tugas suami kerana ia boleh juga dilakukan oleh para isteri.

.

.

Ia sekaligus menimbulkan kekeliruan buat lelaki hari ini berkenaan tugas suami kepada isteri.

.

Apapun, anda tak perlu risau kerana dalam perkongsian kali ini kami akan kongsikan dengan anda apa sebenarnya tugas dan tanggungjawab suami kepada isteri yang sebenarnya.

.

.

Senario Suami Isteri Moden

.

 

.

Kalau anda perasan, makin ramai sebenarnya suami pada hari ini memilih untuk menjadi suri rumah dan menjaga anak.

.

Isteri pula mengambilalih tanggungjawab suami untuk keluar bekerja dan mencari nafkah.

.

Mungkin pada sesetengah pandangan pasangan moden, mereka tidak kisah kerana mereka telah berbincang akan hal ini.

.

Ada banyak sebab yang membawa kepada senario ini.

.

.

1. Tawaran Kerja Isteri Lebih Lumayan

.

.

Berkemungkinan besar gaji yang diterima isteri jauh lebih besar dan lumayan. 

.

Jadi, isteri tidak kisah untuk menanggung segala perbelanjaan suami dan sebagai tukarannya suami akan menjaga segala hal berkaitan kebajikan dirumah.

.

.

2. Suami Pandai Menguruskan Rumah Tangga

.

.

Disebabkan suami lebih pandai dalam bab berkaitan pengurusan rumah tangga, maka pasangan moden ini mengambil keputusan untuk menjadikan tanggungjawab suami untuk menguruskannya.

.

Segala hal berkaitan kebersihan rumah, makan minum anak dan lain-lain menjadi tugas suami.

.

Persoalannya, adakah ia dibenarkan oleh syarak?

.

.

Kembali Pada Hukum Syarak

.

.

Memetik perkongsian daripada Peguam Syarie dan Perunding Keluarga Islam, Datuk Mohd Zaidi Md Zain, beliau menegaskan bahawa tiada kompromi dalam soal tanggungjawab suami terhadap isteri.

.

Apa sahaja yang berkaitan dengan tanggungjawab suami isteri, masyarakat tetap perlu kembali kepada hukum asal yang telah ditetapkan oleh syarak.

.

Memetik firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang membawa maksud segala tanggungjawab untuk menyara dan menafkahkan keluarga terletak di bahu suami.

.

Didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W pernah mengarahkan isteri kepada seorang sahabat yang bernama Hindun untuk mengambil nafkah tanpa pengetahuan suaminya kerana suaminya kedekut untuk memberikan nafkah kepada isteri dan anak.

.

Namun, konteks hadis ini lebih luas kerana didalamnya Baginda telah meggariskan pada bila masa yang sepatutnya dilakukan sedemikian rupa iaitu jika suami gagal memberikan nafkah kepada isteri melebihi tempoh empat bulan.

.

.

Tanggungjawab Suami Kepada Isteri & Keluarga

.

.

Dibawah ini kami ada senaraikan tanggungjawab suami sebagai panduan anda dalam membina sebuah keluarga yang bahagia dan diberkati.

.

.

1. Menyara Keluarga & Mencari nafkah

.

.

Jika berdasarkan pada dalili yang telah disebutkan, jelaslah bahawa sudah menjadi tanggungjawab suami dan tugas suami untuk menyara keluarga.

.

Tugas isteri pula sekalipun berjawatan tinggi, tidak sewajarnya untuk mengambil alih tugas suami dan sekadar cukup untuk menampung kekurangan kewangan.

.

.

2. Mendidik Isteri & Anak-Anak

.

.

Didikan yang perlu diberikan tidak terhad kepada didikan berkenaan ilmu keduniaan sahaja.

.

Sebagai seorang lelaki yang bergelar suami dan juga ayah, wajib bagi anda untuk mendidik sekurang-kurangnya asas agama kepada keluarga anda.

.

Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk memberikan didikan agama kepada isteri.

.

Rumahtangga yang dibina tanpa asas agama yang kukuh pastinya mudah untuk berantakan apabila ditimpa ujian.

.

Begitu juga sebaliknya jika asas agama dijaga dengan sebaiknya, pasti rumahtangga yang dibina lebih diberkati.

.

Baca Juga: Cara Buat Anak – Jadikan Seks Anda Berkesan, Buat Si Dia Hamil

.

.

3. Menjaga Maruah & Kehormatan

.

.

Sebagai seorang suami, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk menjaga maruah dan kehormatan isteri dan keluarga anda.

.

Hal ini termasuklah pakaian mereka dan anda sebagai suami haruslah menyediakan dan menegur serta memastikan pakaian isteri dan keluarga anda mematuhi hukum syarak.

.

Sebagai suami, anda perlu memastikan isteri dan anak-anak menutup aurat dengan sempurna.

.

Selain itu, jangan sesekali anda menceritakan sebarang kisah atau membuka aib keluarga anda pada orang lain.

.

.

4. Menyediakan Tempat Tinggal

.

.

Turut menjadi tugas suami untuk menyediakan tempat tinggal buat isteri dan anak-anak.

.

Cukuplah sekadar selesa dan selamat jika anda tak mampu untuk memberikan lebih dari itu.

.

Kemewahan belum tentu mampu menjamin kebahagiaan. Ikut kemampuan anda dalam penyediaan tempat tinggal ini.

.

.

5. Memberi Makan & Minum

.

.

Antara perkara asas lain yang menjadi tanggungjawab suami adalah memberi makan dan minum kepada isteri dan keluarga.

.

Maksud memberi makan dan minum disini bukanlah bermaksud anda perlu memasak dan menyediakan semuanya untuk mereka.

.

Jika pasangan anda tiada masalah untuk memasak, anda boleh berikan wang dapur untuk pasangan anda menguruskan segalanya.

.

Jika dia tidak mampu dan anda tidak kisah untuk memasak, tidak mengapa dan tidaklah perlu dijadikan satu isu besar jika pasangan anda tidak pandai memasak.

.

.

6. Memberi Nafkah Zakir & Batin

.

.

Sudah menjadi tanggungjawab suami terhadap isteri untuk memastikan nafkah zahir dan batin mencukupi.

.

Nafkah zahir adalah segala hal yang berkaitan kebajikan pasangan seperti:

  • Tempat tinggal
  • Makan minum
  • Pakaian
  • Keselamatan
  • Belanja untuk keperluan pasangan

.

Manakala bagi nafkah batin pula adalah segala hal yang meliputi aspek emosi, rohani dan juga seksual.

.

Jangan sesekali mengabaikan aspek lain dan fokus semata-mata pada hubungan seksual.

.

.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa hubungan seksual sangat penting bagi pasangan namun perkahwinan bukan sekadar perkara tersebut sahaja.

.

Baca Juga: Cara Goda Isteri – Buat Si Dia Tertarik & Dapatkan Seks!

.

Jika anda berjaya menjaga perkara lain yang melibatkan kebajikan isteri anda, anda pastinya akan mendapat hubungan seksual yang jauh lebih berkualiti.

.

.

Bahaya Gaya Hidup Pasangan Moden

.

.

Bagi pasangan yang mengamalkan gaya hidup yang terlebih moden dimana si isteri lebih bebas dalam melakukan sebarang perkara, biasanya aspek agama akan diabaikan.

.

Hal ini termasuklah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai suami isteri.

.

Mungkin bagi mereka agak kolot untuk mengikuti panduan yang telah digariskan oleh agama kerana isteri zaman sekarang tidak sama seperti dahulu.

.

Namun, percayalah bahawa apa yang dianjurkan oleh agama adalah yang terbaik untuk semua.

.

Apabila si isteri juga bebas dan mampu untuk melaksanakan segala tanggungjawab suami, maka kedudukan suami pada pandangan isteri akan menjadi lebih rendah.

.

Hal ini akan membawa kepada hilangnya rasa hormat isteri kepada suami.

.

.

Ia juga akan membuka peluang kepada masyarakat sekeliling untuk memberikan tohmahan.

.

Ia juga akan menjejaskan institusi kekeluargaan ditambah pula jika anda mempunyai anak-anak.

.

Sikap isteri yang tidak menghormati suami adakalanya melampaui batas dan akan diikuti oleh anak-anak yang turut menunjukkan rasa tidak hormat kepada anda selaku seorang bapa.

.

Hal ini akan membawa kepada ketidakharmonian dalam keluarga dan sukar untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.

.

.

Kesimpulan

.

.

Tanggungjawab suami adalah lebih besar dan berat namun tiada halangan buat isteri untuk membantu meringankan tugas suami.

.

Dengan cara ini, setiap pasangan mampu untuk sama-sama menempuhi susah senang hidup bersama dan membawa kepada hubungan yang lebih matang.

.

Soal nafkah zahir dan batin juga jangan diambil mudah terutamanya yang melibatkan emosi, rohani dan seksual pasangan anda.

.

Tidak dapat dinafikan bahawa hubungan seksual turut membawa kepada kebahagiaan buat kebanyakan pasangan.

.

Baca Juga: Cara Bagi Perempuan Banyak Air – Hehe, Anda Suami Perlu Cuba.

.

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat!

 

 

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Que Segak

Self-proclaimed jejaka macho yang suka menulis dan berkongsi informasi bermanfaat supaya semua lelaki berjaya kekalkan "kejantanan"!