Cara Poligami, Syarat & Hukumnya – Untuk Anda Yang Nak Kahwin 2, 3 atau 4

A Hasan Hamdani

Hadi Idham

Berapa ramai yang tersenyum bila baca tajuk cara poligami ni? Hehe..

.

Mungkin ada diantara kita yang sebenarnya memasang impian untuk berpoligami dan dalam usaha untuk merealisasikannya.

.

.

Namun, anda perlu ingat walaupun poligami ini tidak salah pada hukum syarak, anda tak boleh sesekali melakukannya tanpa mengetahui berkenaan cara, syarat dan hukum poligami.

.

Baca Juga : Cara Goda Isteri – Buat Si Dia Tertarik & Dapatkan Seks!

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Pandangan Ulama Berkenaan Poligami

.

Kupasan hukum poligami oleh panelis di Mingguan Wanita.

.

Menurut hasil kesepakatan para ulama, cara poligami yang sebenar adalah dengan cara tidak menyalahgunakannya pada tempat-tempat yang tidak wajar.

.

Cara poligami ini telah ditetapkan supaya tidak berlakunya kezaliman terhadap isteri atau isteri-isteri lain milik suami.

.

Cara poligami yang paling perlu dititikberatkan adalah keburukannya tidak melebihi kebaikan terhadap anda dan pasangan.

.

.

Hukum Poligami

.

Cara Poligami

.

Hukum poligami berubah mengikut keadaan tertentu.

.

Sebagai contoh, hukum poligami boleh menjadi haram bagi suami yang sedar bahawa dirinya tidak mampu untuk berlaku adil.

.

Hukum poligami ini menjadi haram jika suami sedar dirinya tidak berkemampuan menjaga hatinya daripada melebihkan salah seorang isterinya daripada yang lain.

.

.

Ia juga akan menyebabkan hukum poligami menjadi haram jika dia sedar dia tidak mampu untuk memberikan nafkah namun tetap berkeras untuk berpoligami.

.

Jika diteruskan, ia akan menjadi dosa kerana menjadi kewajipan suami untuk memberikan nafkah kepada isterinya.

.

.

Syarat Poligami

.

Cara Poligami

.

Untuk seorang lelaki yang akan berpoligami, hendaklah ia memenuhi beberapa syarat dibawah ini:

.

.

1. Membatasi Jumlah Isteri

.

.

Syarat poligami yang pertama ini adalah sama seperti firman Allah S.W.T didalam surah an-Nissa’ ayat ketiga,

.

“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain : dua, tiga atau empat.”

.

Ayat diatas jelas dan mudah sangat untuk anda fahami dimana anda tidak boleh mempunyai lebih daripada 4 isteri pada satu masa.

.

Ia juga bertujuan untuk mengelakkan lelaki daripada menurut nafsu mereka sesuka hati mereka.

.

Ia juga untuk mengelakkan daripada seorang lelaki memonopoli semua wanita dan untuk mengelakkan wanita daripada tidak bertemu jodoh.

.

.

2. Haram Menghimpun Wanita Bersaudara Sebagai Isteri

.

Cara Poligami

.

Bahasa mudahnya adalah isteri anda tak boleh ada pertalian seperti:

  • Adik beradik
  • Ibu dan anak
  • Anak saudara dengan emak saudara

.

Haramnya adalah adalah menghimpun mereka yang bersaudara ini sebagai isteri anda untuk tujuan poligami dalam satu masa.

.

Tujuan adanya syarat poligami ini adalah untuk menjaga silaturrahim antara anggota keluarga sepertimana sabda Rasulullah S.A.W menurut riwayat Bukhari dan Muslim:

.

“Sesungguhnya kalau kamu berbuat yang demikian itu, akibatnya kamu akan memutuskan silaturrahim diantara sesama kamu.”

.

Hadis ini dikuatkan lagi dengan hadis riwayat Bukhari dan Nasa’i:

.

“Bahawa Ummu Habibah (isteri Rasulullah) mengusulkan agar baginda menikahi adiknya. Maka baginda menjawab; Sesungguhnya dia tidak halal untukku.”

.

Selain itu, terdapat kisah dimana seorang sahabat bernama Fairuz Ad-Dailamy yang mana setelah beliau memeluk Islam, beliau memberitahu Rasulullah bahawa beliau mempunyai isteri yang merupakan adik beradik.

.

Rasulullah kemudian menyuruhnya untuk memilih diantara kedua-duanya dan menceraikan yang seorang lagi.

.

.

3. Mampu Berlaku Adil

.

.

Syarat poligami yang seterusnya merupakan diantara cara poligami yang paling perlu diberikan perhatian dimana anda sebagai suami perlu mampu untuk berlaku adil.

.

Adil yang difahami oleh kebanyakan kita bukanlah adil yang sesuai dan kena dengan cara poligami yang sebenarnya.

.

Cara poligami dengan adil yang sebenarnya hanya dapat dicapai apabila:

.

a. Adil Terhadap Diri

.

.

Sebagai contoh, jika anda mengalami masalah kesihatan dan tidak berupaya untuk bekerja mencari nafkah, sudah pastinya sukar untuk anda menyara isteri-isteri anda.

.

Jika anda berkeras untuk terus berpoligami, ia bermaksud anda telah menganiaya diri anda sendiri.

.

.

b. Adil Terhadap Para Isteri

.

Cara Poligami

.

Setiap isteri yang anda miliki sebenarnya berhak untuk mendapatkan hak mereka daripada anda.

.

Hak yang dimaksudkan adalah:

  • Kemesraan
  • Makanan
  • Pakaian
  • Tempat tinggal
  • Nafkah batin

.

Berlaku adil terhadap isteri adalah wajib hukumnya dan ia berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W riwayat Ahmad bin Hanbal:

.

“Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang diantaranya dan tidak berlaku adil diantara keduanya, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah.”

.

.

c. Adil Memberikan Nafkah

.

Cara Poligami

.

Syarat poligami yang seterusnya pula adalah adil dalam perkara yang melibatkan nafkah buat para isteri.

.

Sebagai suami, anda langsung tiada hak untuk mengurangkan nafkah mana-mana isteri anda dengan alasan bahawa isteri tersebut mempunyai kedudukan kewangan yang lebih kukuh dan sebagainya.

.

Ia cuma boleh dilakukan dengan kerelaan isteri tersebut sahaja.

.

Jika bersebab seperti sakit dan memerlukan pembiayaan untuk kesihatan, maka dibolehkan untuk anda memberikan nafkah yang lebih kepada isteri yang memerlukannya.

.

Ia juga tiada bezanya dengan status isteri seperti anak dara dan janda, lama, baru, muda, tua, cantik, tahap pendidikan, dan sebagainya.

.

.

d. Adil Dalam Penyediaan Tempat Tinggal

.

Cara Poligami

.

Para ulama telah bersepakat bahawa suami bertanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal kepada para isteri.

.

Tanggungjawab menyediakan tempat tinggal buat isteri dan anak-anak haruslah mengikut kemampuan suami.

.

Selain bertujuan untuk menjaga kesejahteraan para isteri, ia juga untuk memastikan keselamatan dan keselesaan mereka juga terjamin.

.

Jika tidak mampu dan ada kemungkinan akan menimbulkan mudharat, lebih baik anda fikir dan periksa semula kemampuan anda samada anda mampu memenuhi syarat poligami ini.

.

Ia juga bertujuan untuk mengelakkan timbulnya rasa cemburu dan perbalahan diantara suami dan para isteri atau sesama isteri.

.

.

.

e. Adil Dalam Giliran

.

Cara Poligami

.

Syarat poligami dalam bab adil yang seterusnya pula adalah setiap isteri berhak untuk mendapat masa dengan suami sama lamanya dengan masa yang diperoleh isteri-isteri lain.

.

Meskipun ada diantara isteri yang sedang dalam haid, ia tak boleh dijadikan alasan oleh si suami untuk tidak memberikan masa kepada isteri tersebut.

.

Hal ini kerana perkahwinan bukanlah berkaitan nafsu dan hubungan seksual semata-mata.

.

Ia sebenarnya lebih kepada menyempurnakan hak, memberikan kasih sayang, mengeratkan hubungan dan juga kemesraan suami isteri.

.

.

f. Adil Terhadap Anak-anak

.

Cara Poligami

.

Sebagai seorang bapa, tidaklah adil untuk anda membezakan diantara anak-anak anda.

.

Setiap anak berhak mendapat nafkah yang sewajarnya serta berhak untuk mendapat kasih sayang dan perhatian yang sama rata.

.

Senario yang kerap dilihat pada masa sekarang adalah ramai ayah yang bersikap pilih kasih dan melebihkan anak-anak dari isteri tertentu dan mengabaikan yang selainnya.

.

Penting bagi anda memenuhi syarat poligami ini kerana jika jelas terlihat ketidakadilan anda dalam hal ini, ia akan membuatkan hubungan diantara isteri dan anak-anak akan menjadi renggang.

.

.

4. Tidak Merosakkan Kehidupan

.

.

Sebagai suami, anda perlulah yakin bahawa perkahwinan anda yang seterusnya tidak akan menjejaskan kehidupan isteri dan anak-anak anda.

.

Keyakinan ini perlulah berasas dan diambil kira dari segi:

  • Kemampuan
  • Akhlak dan peribadi

.

Kebanyakan suami “rasa” diri mereka mampu mengurus segala masalah yang bakal berlaku namun terlupa bahawa diri mereka sebenarnya lemah dalam pengurusan.

.

Jika berlakunya hal sebegini dimana ada diantara isteri dan anak-anak anda terkesan kehidupan mereka dalam keadaan yang negatif, maka anda akan dianggap berdosa.

.

.

5. Mampu Memberikan Nafkah

.

.

Syarat poligami yang seterusnya adalah anda perlu pastikan diri anda mampu untuk memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri-isteri anda.

.

Ia bersesuaian dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

.

“Wahai sekalian pemuda, sesiapa diantara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa.”

.

Sabda Baginda ini jelas menunjukkan bahawa Islam sangat menggalakkan perkahwinan bagi mana-mana lelaki yang berkemampuan.

.

Anda sendiri lebih mengenali dan tahu tahap kemampuan anda dan jika seorang isteri pun anda dah lebih daripada penat untuk berusaha, maka anda perlu fikirkan semula untuk berpoligami.

.

Nafkah batin melibatkan hal-hal berkaitan hubungan seksual dan perkara-perkara yang melibatkan kesihatan mental serta seksual.

.

.

Bagi nafkah zahir pula:

  • Nafkah asas seperti pakaian dan makan minum
  • Penyediaan tempat tinggal yang selamat dan selesa
  • Kemudahan asas seperti pendidikan terhadap isteri dan anak-anak

.

Baca Juga : Cara Pujuk Perempuan – Ayat Pujuk Untuk Si Dia yang Merajuk

.

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini berkenaan cara poligami, syarat poligami dan hukum poligami yang anda perlu tahu.

.

Buat anda yang mempunyai keinginan untuk berpoligami, periksa diri anda terlebih dahulu samada anda mampu memenuhi syarat poligami atau tidak.

.

Jangan ikutkan nafsu semata-mata sehingga banyak jiwa yang akan terkorban kerananya.

 

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?