Masalah Rumah Tangga – Punca Konflik Berlaku. Tips & Solusinya

A Hasan Hamdani

Hadi Idham

Hampir setiap hari ada berita tentang masalah rumah tangga.

.

Baik dikeratan akhbar mahupun di media sosial. Semuanya tak lekang dengan berita dan perkongsian mengenai masalah yang berlaku kepada sesebuah keluarga.

.

Berdasarkan apa yang hebahkan macam-macam faktor dan punca yang menjadi asbab kepada kehancuran rumahtangga yang dibina.

.

.

Saban tahun, purata jumlah penceraian di negara kita semakin meningkat. Daripada pasangan yang baru berkahwin sehinggalah ke mereka yang telah berumur.

.

Nak kata kurang didikan agama rata-rata daripada rakyat di negara kita ini telahpun mendapat didikan agama sejak dari bangku sekolah lagi.

.

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku? Anda yang baru nak berkahwin atau yang telah berkahwin, wajib baca. Elakkan daripada perkara sebegini berlaku kepada anda.

.

Mesti anda nak tahu apa masalah rumah tangga dan penyelesaiannya kan?

.

.

.

.

Baca Juga: Cara Puaskan Isteri dengan Cepat – Tanpa Perlu Bertahan Lama

.

.

Jenis Masalah Rumah Tangga

.

Berdasarkan statistik penceraian di Malaysia daripada tahun 2011 hingga 2015, sebanyak 32,970 pasangan memfailkan penceraian mereka di mahkamah.

.

Untuk lebih memudahkan anda faham dengan lebih terperinci tentang masalah-masalah rumah tangga, kami dah bahagikannya kepada empat aspek utama.

.

1) Ekonomi

.

.

Dalam sesebuah perkahwinan, aspek ekonomi mestilah dipenuhi sebagai salah satu kewajipan memberikan nafkah untuk ahli keluarga.

.

Ia penting kerana ekonomi keluarga yang stabil membolehkan sesebuah keluarga itu menguruskan urusan dengan lebih mudah dan tanpa halangan. Kebiasaannya, masalah rumah tangga di Malaysia terjadi bila suami tak mampu nak menyediakan nafkah yang cukup kepada isteri dan anak-anak.

.

Ataupun suami bersikap endah tak endah tentang nafkah ahli keluarga, sedangkan pendapatan bulanannya mencukupi untuk menyara keluarga tersebut.

.

.

Ada juga kes yang berlaku disebabkan oleh isteri yang mempunyai keinginan yang melampau yang tak dapat ditunaikan oleh suami. Contoh rumah yang besar atau kereta yang terlalu mewah.

.

Kes lain yang sering terjadi ialah masalah suami yang pada istilahnya kita panggil selalu ‘kikis harta isteri’. Ini selalu berlaku, memandangkan isteri kerja besar, dia duduk rumah goyang kaki. Dah jadi terbalik pula, dia jadi suri rumah isteri pula yang pergi mencari nafkah.

.

Kalau ada yang sama-sama bekerja pun, ada sesetengah kes yang kedua-dua daripada mereka ni jenis berkira dengan pasangan masing-masing.

.

.

2) Peribadi

.

.

Aspek peribadi yang dimaksudkan disini ialah faktor fizikal dan mental pasangan tersebut yang mempunyai kecacatan ataupun kelemahan.

.

Contohnya suami yang jenis pemarah dan cepat naik angin yang membuatkan si isteri tidak merasa selesa ketika berada dirumah, dan terjadi lah masalah keganasan rumah tangga.

.

Masalah emosi seperti ini juga kebiasaannya mendatangkan masalah seperti isteri sering dipukul atau didera oleh suami tadi.

.

Selain itu ada juga masalah rumah tangga yang disebabkan oleh perasaan cemburu si suami yang melampau-lampau terhadap isterinya. Mungkin berdasarkan pengalaman atau kisah silam yang buruk menyebabkan si suami tidak percaya pada isterinya apabila berada di pejabat.

.

.

Fizikal pula seperti kecacatan yang tak dapat melakukan tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri dengan sempurna seperti lumpuh, terlantar sakit dan mandul.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

3) Seksual

.

Banyak juga kes penceraian yang melibatkan masalah seksual daripada pasangan mereka.

.

Ada diantara mereka yang mempunyai masalah ketika melakukan hubungan seksual contohnya macam terlalu kerap untuk melakukan hubungan seks, ataupun pasangan yang tidak bernafsu ketika bersama.

.

ubat mati pucuk

.

Ada juga masalah rumah tangga seperti isteri tidak puas apabila bersama dengan suami. Ini mungkin disebabkan oleh masalah seperti mati pucuk atau pancut awal yang dialami oleh suami.

.

Fetish pasangan yang terlalu luar biasa seperti sukakan seks yang hardcore dan ganas sehingga menyakiti diri sendiri dan diluar tabii. Ada juga pasangan yang tidak puas bersama suami/isteri mereka bertindak melakukan hubungan seksual bersama individu lain.

.

.

4)  Sosial

.

.

Dari segi sosial ni pula, ia merupakan konflik yang berlaku dikalangan ahli keluarga kedua belah pasangan. Contohnya konflik yang berlaku apabila menantu tidak mahu menghormati ibu atau ayah mertua mereka serta adik beradik iparnya sekali.

.

Ini termasuk juga konflik yang berlaku bila ibu bapa dah tak nak bercakap dengan anak-anak dan juga tiada kemesraan antara suami dan isteri. Mungkin juga budaya yang sudah biasa berlaku pada keluarga sebelum ini dibawa sekali bersama keluarga yang baru.

.

.

Dan disebabkan sudah terbiasa, si suami/isteri tidak sedar apakah keadaan sebenar yang berlaku kepada keluarga mereka sekarang ini.

.

Masalah dari aspek sosial termasuk juga masalah rumah tangga yang berlaku apabila suami/isteri mempunyai hubungan kekasih dengan orang luar dan telah berzina sesama mereka.

.

.

.

.

Punca Masalah Rumah Tangga

.

Cara Pujuk Perempuan - Bergaduh

.

Macam mana masalah rumah tangga boleh terjadi? Sudah tentu ada punca yang menyumbang kepada berlakunya perkara ini.

.

Untuk kita atasi masalah ini, kita perlu kenal pasti terlebih dahulu apakah yang menjadi punca kepada masalah keluarga yang berlaku kepada sesebuah rumahtangga.

.

.

Antara punca-punca yang sering menjadi perbahasan dan pertelingkahan di mahkamah syariah ialah seperti dibawah:

  • Suami isteri tak faham dan cuai terhadap tanggungjawab ataupun mungkin berkahwin pada usia yang terlalu muda.
  • Campur tangan dari keluarga mertua
  • Suami yang pemarah
  • Pasangan yang boros dan suka berjoli
  • Cemburu buta.
  • Suami mempunyai hubungan dengan wanita lain.
  • Suami tak mampu memberi nafkah yang cukup.
  • Hubungan tidak sah dengan wanita/lelaki lain (zina).
  • Masalah seksual (PE, ED & dll)
  • Isteri taknak dimadukan.
  • Suami/isteri tidak dapat menimang cahaya mata (mandul)

.

Punca-punca yang telah dijelaskan diatas ini mungkin berlaku disebabkan oleh kurangnya kesedaran akan cabaran, tanggungjawab serta persediaan untuk menghadapi rintangan dalam berumahtangga.

.

.

Kecuaian ini akhirnya menyebabkan mereka tidak bersedia akan apa yang sedang berlaku.

.

Jom tonton video dari Dr. Ismail Tambi dibawah untuk info lebih lanjut.

.

.

.

.

Cara Menyelesaikan Konflik

.

.

Untuk pasangan yang telah berkahwin, sudah tentu sebelum dinikahkan mereka telah menjalani kursus perkahwinan yang wajib dipelajari oleh setiap yang mahu berkahwin.

.

Khutbah nikah juga telahpun diperdengarkan kepada pasangan yang berkahwin mengenai apakah kewajipan dan amanah yang perlu dipikul sebagai suami dan isteri.

.

Sekiranya berlakunya konflik keluarga kepada sesebuah rumahtangga, mengikut kepada perundangan islam antara salah satu cara untuk menyelesaikannya ialah melalui rundingcara islam.

.

.

Apabila seseorang pasangan itu tidak mahu menunaikan kewajipannya sebagai suami atau isteri, ini bermakna mereka telah berlaku nusyuz.

  1. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah dengan menasihati pasangan supaya kembali melakukan perkara yang betul.
  2. Selepas itu jika si dia masih berperangai sama walaupun telah dinasihat berkali-kali suami dibenarkan untuk tinggalkan tempat tidur.
  3. Jika si keadaan menjadi berpanjangan, suami dibenarkan untuk memukul isterinya dengan syarat pukulan tersebut sekadar mengajar dan tidak mencederakan atau meninggalkan kesan serta bukan pada bahagian yang sensitif seperti muka dan lain-lain.
  4. Jika suami pula yang berlaku nusyuz, isteri berhak untuk mengadu kepada Qadi si isteri untuk mencari pertolongan yang sewajarnya.

.

Jika pertelingkahan ini menjadi semakin panjang dan serius, cara penyelesaikan lain ialah dengan pelantikan hakim daripada kedua belah pihak.

.

.

Antara individu yang sesuai untuk mendapatkan pertolongan sebagai orang tengah ialah seperti dibawah:

.

  • Pejabat Kadi – Berperanan dalam memberikan jalan penyelesaian yang memuaskan kedua belah pihak. Mereka juga boleh membantu dalam memberi pandangan secara lebih mendalam mengenai makna dalam perkahwinan. Jika keadaan semakin serius, pejabat kadi juga boleh panjangkan perkara ini ke mahkamah.

.

  • Kaunselor – Mereka akan memberikan kaunseling kelaurga dan mengenalpasti punca ketegangan yang berlaku antara kedua belah pihak. Kaunselor yang yang dilantik mempunyai kelayakan dalam mengendalikan rundingcara untuk membantu pasangan yang mempunyai masalah rumah tangga dalam islam.

.

  • Pegawai Sulh – Melalui kaedah sulh, pegawai sulh berperanan untuk mengenalpasti punca pertikaian dan memastikan kedua belah pihak mendapat persetujuan pada pertikaian yang berlaku, tanpa ada melalui kes di mahkamah yang boleh merumitkan keadaan.

.

  • Jawatan Kuasa Pendamai -Jawatan kuasa ini akan ditubuhkan oleh mahkamah yang terdiri daripada Pegawai Agama, dan dua orang saudara karib kedua belah pihak untuk mencapai persetujuan dan persefaham yang adil.

.

  • Hakam -Hakam ialah individu yang dilantik oleh mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku antara suami isteri, terutama sekali jika telah berlaku shiqaq / perbalahan yang berterusan.

.

.

Apa yang dijelaskan merupakan cara alternatif untuk anda yang telah buntu untuk dan tak tahu bagai mana untuk menyelesaikan pertikaian dan konflik yang berlaku antara anda dan pasangan anda.

.

Jika ada konflik dalam rumah tangga, anda boleh membuat aduan masalah rumah tangga ke pejabat agama terdekat di kawasan anda.

.

.

Baca Selepas Ini:  Jilat Kelentit + Hisap Payudara Isteri – Hehe, Ini Teknik Lebih ‘Advanced’ Untuk Anda Cuba

.

.

Cara Menangani masalah rumah tangga

.

.

Sebelum anda pergi merujuk dengan pakar tentang konflik yang berlaku, ada beberapa perkara yang boleh diambil kira terlebih dahulu.

.

Jangan terus search google cari ‘cara mengatasi masalah rumah tangga secara islam’ terus.

.

Agak membimbangkan bila banyak volume carian google ‘hukum isteri minta cerai kerana tidak bahagia‘. Ini bermakna ramai pasangan yang mempunyai masalah rumah tangga.

.

Ini mungkin perkara penting yang ramai orang kadang-kadang terlupa apa yang perlu dibuat sebenarnya dan kepentingannya.

.

.

1) Belajar Menerima

.

Anda sebagai individu dewasa, anda perlu tahu bagaimana cara untuk menerima kelemahan yang ada pada pasangan anda. Pasangan anda itu manusia biasa, sudah tentu sesetengah perkara tidak sempurna dan masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki.

.

.

Jika sesuatu buruk telah terjadi antara anda dan pasangan, anda dan pasangan harus mengaku bahawa perkara ini berpunca dari kedua belah pihak. Bukan satu pihak sahaja.

.

Apabila sesuatu konflik berlaku, sudah tentu kedua-dua belah pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Bukan hanya menuding jari sahaja.

.

.

2) Fahami Diri Pasangan

.

.

Ada antara individu yang berkahwin yang mungkin tak sempat nak kenal betul-betul pasangan mereka sebelum mereka mendirikan rumahtangga. Ataupun perangai sebenar itu tidak pun ditunjukkan oleh pasangan sebelum berkahwin.

.

Mungkin agak susah untuk anda fahami perasaan pasangan anda. Tetapi anggap sahaja kesusahan ini sebagai proses perkenalan anda dan pasangan anda.

.

Anda perlu tahu, masalah rumah tangga dan konflik yang berlaku merupakan satu peluang untuk anda dan pasangan baiki apa yang kurang dan melangkah ke tahap yang lebih baik.

.

Dengan cara ini, hubungan yang hanya sekadar sayang dan cinta boleh meningkat ke tahap yang lebih baik apabila disertakan sekali bersama keikhlasan dan rasa kasih yang tidak berbelah bahagi.

.

.

3) Minta Maaf

.

.

Ini antara perkara yang ramai orang salah faham dan ada juga yang langsung tak endah.

.

Biasalah, dalam hubungan dengan pasangan mesti ada gaduh-gaduh ada terasa hati sikit-sikit. Tapi jangan ingat pasangan tu diam tu tanda dia dah tak terasa yaa.

.

Setiap kali ada terguris hati, jangan lupa minta maaf dengan pasangan, diam bukan tanda reda tau. Kalau perkara ni terjadi berulang kali, jangan terkejut lah kalau satu hari nanti pasangan anda ‘meletup‘, anda juga yang kena nanti.

.

.

Minta maaf dan terangkan apa yang berlaku, jangan menangkan diri sendiri ketika ada explain apa yang berlaku.

.

Mengalah tak bermakna kalah, tapi mengalah lah yang menunjukkan bahawa betapa anda ambil berat tentang pasangan anda berbanding masalah yang remeh dan tak beri manfaat tersebut.

.

.

4) Elak Pergaduhan

.

.

Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mencetuskan pergaduhan antara anda dan pasangan di masa hadapan.

.

Itu pasangan anda, sudah tentu anda tahu dan faham apakah perkara yang boleh mengguris hati si dia. Jika tidak tahu, pastikan anda sentiasa bertanya apakah yang boleh menyakitkan hati si dia.

.

Anda dan pasangan anda perlu buang sifat ego bersama-sama. Jika perkara tersebut sememangnya boleh mengganggu hubungan anda dan pasangan, jangan takut untuk korbankan perkara tersebut dan tinggalkan.

.

pied la

.

Mudah-mudahan segala pengorbanan anda akan dibalas dengan kemanisan dan kebahagiaan rumah tangga yang diimpikan selama ini.

.

.

.

.

Itu sahaja perkongsian kami pada kali ini. Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah rumah tangga dan kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia.

.

Urut Batin Thailand

.

Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi suami yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap ahli keluarga.

.

Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.

.

Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah.

.


.

.

Terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Jom Baca Sekarang: Khidmat Kaunseling Keluarga & RumahTangga

.

.

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?