Kondom Berduri – Fungsi, Kelebihan, & Semua Yang Anda Perlu Tahu

Writer Author SuamiSihat

Hadi Idham

Anda nak tahu tentang kondom berduri?

.

Sudah tentu, sebab itu lah anda sampai ke posting ini kan.

.

Apabila ia berkenaan dengan kondom, anda perlu pastikan apakah kondom yang sesuai untuk anda dan pasangan anda.

.

.

Sudah tentu perbezaan dari segi saiz dan fungsi kondom tersebut membolehkan anda untuk mencari mana satu kondom yang padan, dan sesuai dengan saiz dengan zakar anda.

.

Kondom berduri antara yang menjadi pilihan para pengguna yang inginkan kepuasan yang maksima.

.

Ini bergantung juga kepada fungsi dan kehendak masing-masing.

.

Dengan menggunakan kondom, ianya dapat membantu kita mengelak dari risiko jangkitan penyakit kelamin (STI) dan risiko hamil dalam masa yang sama.

.

Bak kata pepetah, Sekali mengorak pura dua tiga hutang langsai. Tak gitu? Hehe

.

.

.

.

Baca Juga: Pam Zakar – Ini Sebab Kenapa Zakar Anda Boleh Rosak. Kebaikan & Keburukan.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

Kondom Berduri Malaysia

.

.

Walaupun ada yang gemar gunakan kondom berduri, tetapi ada juga sesetengah wanita yang rasakan duri-duri tersebut buat mereka tidak selesa.

.

Ada kalanya geselan dari kondom berduri tersebut boleh buat si dia rasa nikmat yang tak terhingga, ada kalanya geselan tersebut boleh jadi memedihkan buat sesetengah individu.

.

Dah terbayang pun buat kita rasa ngilu, betul tak?

.

.

Mungkin juga rasa sakit ni terjadi apabila faraj isteri tak cukup cecair pelincir, walaupun menggunakan kondom jenis biasa ia boleh jadi pengalaman yang agak menyakitkan.

.

.

.

.

Apa Nak Buat?

.

Salah satu cara nak elakkan isteri anda rasa pedih waktu guna kondom berduri ni anda boleh gunakan minyak pelincir.

.

.

Ada beberapa jenis pelincir yang boleh anda gunakan seperti pelincir water-based dan silicon-based yang boleh anda dapatkan di pasaran sekarang ini.

.

Bergantung kepada kegunaan anda sama ada anda nak guna ketika anda pakai kondom atau tak. Silicon-based lubricant berisiko kepada jangkitan kuman pada faraj jika digunakan secara berlebih-lebihan atau jangka masa yang lama.

.

Kalau anda takut perkara ini terjadi, anda boleh guna water-based lubricant yang mana boleh mengurangkan risiko jangkitan kepada faraj isteri anda.

.

.

Tetapi kekurangannya, pelincir jenis ini cepat kering dan anda perlu tambah pelincir tersebut berulang kali untuk sensasi yang lebih lama.

.

Rasa sakit dan ngilu tadi boleh juga dikurangkan dengan teknik foreplay yang boleh mengstimulasikan nafsu isteri anda supaya lebih ‘basah’

.

Jadi anda tak perlukan pun pelincir sintetik ini sebenarnya jika anda pandai dan tahu teknik yang sesuai untuk perbanyakkan natural lubricant tersebut.

.

.

Kelebihan Kondom Berduri

.

.

Seperti yang kita tahu penggunaan kondom dapat mencegah dari penyakit kelamin berjangkit STI dan STD.

.

Ianya juga dapat mengurangkan risiko isteri anda hamil pada masa yang sama.

.

Manakala untuk kondom berduri terbaik pula agak istimewa kelebihannya kerana ia boleh menambah sensasi pada dinding faraj ke tahap yang lebih maksima.

.

klimaks wanita orgasm

.

Dengan ini, isteri anda akan rasa lebih puas dan lebih nikmat apabila bersama dengan anda.

.

Duri yang ada di sekeliling kondom berduri di Malaysia berfungsi untuk mengstimulasikan dinding faraj isteri anda, terutama sekali gspot isteri anda.

.

Tekstur yang ada di sebelah luar kondom berduri akan menekan dan mengesel pada faraj isteri anda sat zakar anda bergerak keluar dan masuk.

.

.

Pergerakkan keluar dan masuk zakar anda akan menyebabkan kondom berduri tadi terkena pada kelentit isteri anda secara tak langsung ia dapat merangsang gspot, serta kelentit sekali dalam satu-satu masa.

.

.

Dah cuba banyak kali tapi still sakit, apa nak buat?

.

Tak dinafikan memang kondom duri ni bukan untuk semua orang. Ada yang masih rasa sakit dan walaupun dah cuba banyak kali.

.

Walaupun dah macam-macam jenama lubricant yang dah digunakan tetapi rasa pedih dan sakit itu tetap ada. Mungkin ini bermakna tubuh badan mereka tak sesuai untuk guna jenis kondom berduri ini.

.

Ini mungkin boleh menjejaskan prestasi seksual dan kepuasan wanita tersebut. Ye lah siapa je yang suka rasa sakit yang tak menyenangkan, rasa macam sagat dekat karpet kasar pula. Kesian si isteri.

.

Saranan kami, anda sebagai suami lebih baik anda HENTIKAN guna kondom berduri.

.

.

Anda sebagai isteri pula tak perlu paksa diri anda. Ada banyak lagi cara lain untuk tambahkan lagi kepuasan seksual anda.

.

Contohnya si suami boleh cuba dapat kan ring vibrator untuk merangsang kelentit isteri sambil mendayung.

.

Ada juga jenis kondom berduri yang lebih kecil iaitu Studded Condom atau Dotted Condom yang mana mempunyai saiz duri yang lebih kecil dan lebih rata berbanding yang normal.

.

.

Ada juga dari kondom jenis ini yang disertakan sekali dengan tekstur Ribbed yang mempunyai fungsi yang sama seperti condom spike dan studded iaitu untuk mengstimulasi gspot isteri dan boleh mengawal kehamilan.

.

Kebanyakkan jenama yang menjual condom jenis ini ialah dari jenama-jenama yang ternama.

.

.

1. Durex Pleasure Me

.

.

Jika anda nak cuba kondom berduri atau studded anda boleh cuba kondom berduri Durex Pleasure Me ini.

.

Tekstur kondom berduri yang ditawarkan ialah ribbed dan dotted. Anda boleh tengok pada gambar kondom berduri durex Malaysia untuk rujukan.

.

Kondom ini mampu memberi stimulasi extra kepada gspot dan dinding faraj isteri anda. Lebih stimulasi, lebih kepuasan!

.

.

2. Trojan BareSkin Studded

.

.

Untuk permulaan, anda juga boleh cuba kondom tekstur jenis Trojan Bareskin.

.

Ianya didatangkan dengan sensasi kondom berduri yang lebih rata. Jadi kurang lah rasa sakit yang mungkin boleh berlaku kepada isteri anda.

.

Bukan itu sahaja, kualiti kondom yang ditawarkan juga mempunyai ketebalan yang agak nipis berbanding pengeluar yang lain. Jadi lebih banyak sensasi yang dapat diberikan kepada zakar anda.

.

.

3. Nulatex Feel Sexy

.

.

Kondom jenis Feel Sexy dari Nulatex pun bagus juga.

.

Nulatex ialah jenama buatan Malaysia yang dikilangkan di Johor Bahru dan telah pun dipasarkan ke serata negara-negara luar dan di seluruh asia.

.

Ianya diperbuat daripada getah yang berkualiti tinggi dari sumber alam di Malaysia sendiri dan diiktiraf ISO 9001 serta FDA certificate.

.

Antara kelebihan yang ditawarkan ialah studded condom yang mempunyai kondom berduri yang sedikit rata. Ianya mampu meningkatkan stimulasi gspot didalam faraj isteri anda.

.

.

Baca Selepas Ini: Minyak Lintah – Bahaya untuk Zakar yang Anda Perlu Tahu

.

.

4. Crystal Condom

.

.

Crystal Condom ialah antara kondom berduri testimoni yang anda boleh jumpa jika anda search di Google.

.

Kebanyakkan kondom berduri jenis ini diperbuat di negara China dan didatangkan dalam pelbagai bentuk. Boleh tengok gambar diatas untuk ‘cuci mata’.

.

Kebanyakkan ‘duri’ yang dikilangkan agak tajam dan bercorak-corak. Mungkin ada antara isteri anda yang akan rasa sakit atau tidak selesa jika guna kondom berduri jenis ni.

.

.

Kelebihan lain kondom berduri ini lah disebabkan ianya diperbuat oleh bahan latex yang tebal dan tahan lama, ianya boleh dipakai berkali-kali. Anda hanya perlu basuh sehingga bersih selepas anda menggunakannya.

.

Banyak jenama yang ada dipasaran sekarang ini yang anda boleh beli, search sahaja kondom berduri Lazada atau kondom berduri Shopee, mesti keluar punya.

.

.

Cara Pakai Kondom Berduri

.

.

Mungkin ramai yang dah tahu cara pakai kondom yang betul, tapi tak ramai yang tahu step by step cara yang betul untuk pakai kondom.

.

Sebelum anda pakai kondom biasa ataupun kondom berduri, anda wajib ikut langkah-langkah mudah ni.

.

Pastikan zakar anda dah menegang semaksima yang boleh yaa.

.

.

1) Cek tarikh luput

.

.

Kondom mempunyai tarikh luput atau jangka hayat yang lama. Tapi pastikan kondom yang anda gunakan itu masih lagi boleh digunakan.

.

Jangan ambil mudah, sebab kondom yang dah sampai tarikh luput mudah koyak, takut tengah syok mendayung ingatkan masih ada protection rupanya dah bocor.

.

Terganggu lah family planning anda.

.

.

2) Bezakan dalam & luar

.

.

Yang ini pun masih ada ramai orang yang tersilap. Yang mana satu dalam luar pun tak tahu.

.

Tahu tak ada sesetegah kondom yang sudah disertakan dengan pelincir dan ubat kebas? Ada juga yang sediakan cecair tingling sensation untuk lebih ekstra rasa ‘geli-geli’ gitu.

.

Kalau anda pakai terbalik anda bayangkan lah sendiri isteri anda yang kebas anda pula yang geli-geli sampai nak terpancut. Kan dan menyusahkan tu.

.

.

3) Tarik hujung kondom

.

.

Kalau anda pakai kondom biasa, pastikan sebelum anda sarungkan habis kondom anda tu anda cubit/tarik sedikit hujung kondom anda tu untuk pastikan ada lebihan udara pada hujung kondom anda.

.

Jadi mudah untuk air mani anda terkumpul di bahagian hujung tu, tak ada lah melekat je diantara kulit tepi zakar dan kondom.

.

Untuk Kondom berduri pun sama, baru lah boleh mendayung tanpa ada rasa risau lagi.

.

.

4) Sarung hingga ke pangkal

.

.

Pastikan juga kondom yang anda gunakan itu memang muat untuk saiz zakar anda, tidak longgar ataupun terlalu ketat, dan masuk sehingga ke pangkal.

.

Jika tidak kondom yang anda pakai itu mungkin akan terkoyak atau pun terlucut daripada zakar anda, dan ini menyebabkan kondom yang anda pakai tadi boleh tertinggal didalam faraj isteri anda, jenuh tu nak tarik balik.

.

Selain itu, ia juga boleh mengganggu tunjuan anda untuk mengawal kehamilan dan juga mengelak dari penyakit seperti STD dan STI.

.

.

.

.

5) Mulakan dayungan

.

.

Lepas anda dah pakai kondom anda tak kisah lah yang biasa atau kondom yang berduri, anda boleh terus sambung mulakan aktiviti utama anda pada malam itu.

.

Pastikan anda ikut step-step yang diterangkan di atas tadi ya, takut-takut ada yang terlepas macam-macam perkara boleh berlaku.

.

Pastikan juga anda tahu bila anda perlu tukar kondom anda. Elakkan guna kondom berulang kali, kerana ianya boleh meningkatkan risiko jangkitan pada alat kelamin anda.

.

.

.

Untuk anda yang nak tahu posisi seks yang terbaik, jom tengok Dr. Ismail Tambi dibawah.

.

.

Baiklah, mungkin itu sahaja perkongsian kami pada kali ini.

.

Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah suami isteri dan kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan para suami di Malaysia.

.

Kami ingin sediakan untuk masyarakat luar sana terutama sekali kaum lelaki/suami tentang bagaimana untuk menjadi suami yang prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada ahli keluarga.

.

Semoga setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan luas.

.

Jika anda ingin terus menyokong kami, sila lah like Facebook page kami dibawah.

.

.

Terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.

.

Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Jom Baca Sekarang: Urut Zakar: Cara Urutan Zakar Jelqing (Lengkap Bergambar & Video)

.

.

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?

Tahan Lama & Lebih Keras

Nak Belajar Cara

You have Successfully Subscribed!