Bagi kebanyakan lelaki yang mempunyai masalah ketika melakukan hubungan seksual, anda mungkin rasa minyak lintah adalah penyelesai masalah anda.

.

Ditambah pula sekarang ini ada terlalu banyak iklan dan promosi berkenaan minyak lintah yang anda lihat setiap hari di media sosial..

.

.

Tak kisahlah samada ia iklan berbayar atau rakan-rakan anda di media sosial yang mempromosikannya.

.

Anda mungkin juga mendapat edaran flyers minyak lintah gunung daripada penjual ketika anda sedang lepak-lepak bersama rakan-rakan anda.

.

Ceritanya, anda kerap sangat terjumpa dengan iklan berkenaannya!

.

Minyak Lintah

.

Kebetulan pula anda memang mengalami masalah melibatkan hubungan seksual dengan pasangan dan juga saiz zakar anda.

.

Bagi anda yang dah berkahwin, mungkin masalah performance di ranjang yang menjadi mimpi buruk anda.

.

.

Bagi anda yang masih bujang pula, anda mungkin merasakan saiz zakar anda terlalu kecik!

.

Baca Juga: Saiz Zakar – Adakah Saiz Batang Anda Normal? Cukup Besar & Panjangnya?

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Jadi, segala janji yang ada pada minyak lintah membuatkan anda rasa terpanggil untuk mencubanya!

.

.

Kesan Minyak Lintah ni Selamat Ke?

.

Minyak Lintah

.

Mungkin soalan berkenaan keberkesanan dan keselamatan penggunaan minyak lintah menjadi satu-satunya penghalang buat anda daripada membelinya.

.

Susah sebenarnya untuk anda mendapatkan jawapan yang tepat kepada soalan anda ini.

.

Hal ini disebabkan oleh, jika anda terus bertanyakan kepada penjual, maka akan keluarlah segala bukti bahawa produk keluaran mereka adalah selamat.

.

Segala sijil dan testimoni akan diberikan kepada anda untuk meyakinkan anda.

.

Nak Google? Apa yang anda akan temukan adalah iklan minyak lintah juga dan tiada bezanya ayat yang ditulis dengan apa yang dikatakan oleh penjual.

.

Mereka akan tetap menunjukkan segala bukti bahawa produk mereka adalah selamat dan berkesan. 

.

Minyak Lintah

.

Anda sebenarnya bernasib baik kerana membaca perkongsian kami kali ini berkenaan minyak lintah.

.

Kalau tak, tak tahu la apa yang akan jadi pada zakar anda sekarang ni.

.

Berikut merupakan beberapa perkara yang anda perlu tahu berkenaan bahayanya kepada zakar dan kesihatan anda.

.

.

Apa Sebenarnya Minyak Lintah ni?

.

.

Bagi kebanyakan minyak lintah, ia merupakan ekstrak daripada lemak lintah iaitu spesis yang hampir sama seperti cacing.

.

Minyak ini akan dilumurkan pada zakar anda mengikut kuantiti yang disarankan dan penggunaan minyak ini biasanya akan disertakan dengan teknik urutan untuk memberikan kesan yang lebih luarbiasa.

.

Biasanya untuk setiap pembelian minyak lintah, anda akan diberikan bersama-sama dengan kertas teknik urutan yang anda perlu amalkan.

.

Ia juga perlu digunakan secara berkala untuk memastikan kesannya dapat dilihat dan kesan ini bergantung kepada jenis minyak lintah.

.

Ada yang menjanjikan kesan segera dan ada sesetengah menjanjikan kesan dalam sekian-sekian tempoh untuk membuatkan anda yakin bahawa segalanya berlaku secara semulajadi dan tidak memberikan kesan buruk terhadap zakar anda.

.

.

Apa Khasiat Yang Dikatakan Ada Pada Minyak Lintah?

.

Minyak Lintah

.

Sama seperti produk-produk besarkan saiz zakar yang lain, tiada bukti hasil daripada kajian saintifik bahawa ia mampu untuk menawarkan hasil seperti yang dijanjikan.

.

Janji-janji yang ditawarkan oleh pengeluar dan penjual minyak lintah ini biasanya hype semata-mata.

.

Kalau anda kata testimoni yang ada tu sebagai bukti ia berkesan, anda ingat testimoni dalam bentuk whatsapp dan sebagainya tak boleh direka?

.

Kebanyakan khasiat yang dijanjikan hasil penggunaan kesan minyak lintah adalah claim daripada pengeluar dan penjual semata-mata dan tiada lagi bukti hasil kajian saintifik bahawa ia benar-benar berkesan.

.

Kebanyakannya menggunakan istilah saintifik yang kemudiannya dikaitkan dengan manfaat tertentu pada kesihatan.

.

Ikuti perkongsian dari Dr Ismail Tambi (Pakar Sakit Tuan) tentang keberkesanan minyak lintah.

.

.

.

Baca Juga: 19 Ubat Kuat Terbaik 2020 – Review Kami Untuk Anda

.

Minyak Lintah

.

Kebanyakan produk minyak lintah yang ada dipasaran juga belum mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

.

 

Ada juga yang mengatakan bahawa mereka dalam proses mendapatkannya dan ada juga yang akan keluar dengan kenyataan bahawa jenis sapuan luar tidak perlu mendapatkan kelulusan.

.

Jika tiada kelulusan daripada KKM dan badan-badan berkaitan, jangan sesekali anda merisikokan diri anda untuk menggunakannya.

.

.

Bahaya Penggunaan Minyak Lintah

.

.

Kalau anda betul-betul risaukan berkenaan prestasi anda di ranjang dan juga saiz zakar anda, anda kena tahu bahawa penggunaan minyak ini sangat berisiko.

.

Antara risiko dan bahaya penggunaan salah guna minyak lintah secara berlebihan untuk zakar anda adalah:

.

.

1. Ketidakselesaan dan alahan

.

Minyak Lintah

.

Kulit anda mungkin akan mengalami alahan apabila bertindak balas dengan minyak ini, kerana bahan-bahan kimia yang dicampurkan kedalam minyak ini yang berfungsi untuk mengawet dan memberikan tekstur terhadap minyak tersebut, tidak sesuai dengan zakar anda.

.

Ada juga kemungkinan bahawa bahan-bahan yang digunakan tidak sesuai dan berbahaya untuk zakar anda.

.

Pastinya bahagian kulit yang berhampiran dengan zakar anda juga akan turut mengalami masalah.

.

Anda akan mengalami ketidakselesaan dan ada kemungkinan ia juga akan menyebabkan rasa gatal, pedih, panas dan kemerahan.

.

Jika dibiarkan, risiko untuk anda mengalami jangkitan atau penyakit kulit juga sangat tinggi.

.

.

2. Jangkitan

.

Minyak Lintah

.

Kebanyakan produk minyak ini tidak mendapat kelulusan daripada KKM.

.

Anda sebenarnya mengambil risiko kerana jika anda tidak bernasib baik, kemungkinan besar produk minyak lintah yang anda dapatkan tersebut mempunyai bahan yang merbahaya.

.

Ia berkemungkinan membawa virus atau bakteria yang bahaya untuk kulit dan zakar anda.

.

Jangkitan oleh virus dan bakteria ini berkemungkinan membawa kepada masalah yang lebih serius terhadap zakar dan kesihatan anda.

.

Better jangan sesekali anda mengambil risiko sebegini.

.

.

.

.

3. Jangkitan Pada Faraj Pasangan

.

.

Selain daripada berisiko terhadap diri anda sendiri, ada juga kemungkinan anda merisikokan pasangan anda.

.

Hal ini kerana jika anda menyapu minyak lintah tersebut pada zakar anda dan ia dilakukan sebelum anda bersetubuh, ada kemungkinan ia akan terkena pada faraj pasangan.

.

Minyak lintah mempunyai bahan-bahan yang mungkin sangat-sangat tidak sesuai dengan keadaan faraj.

.

Bakteria dan virus sangat mudah untuk berkembang pada faraj pasangan anda dan mengakibatkan jangkitan.

.

.

Boleh Atau Tidak Menggunakan Minyak Lintah?

.

.

Berdasarkan segala penerangan kami diatas, kami sangat-sangat tidak menggalakkan penggunaan minyak ini kerana ia benar-benar berisiko.

.

Risiko yang ada ini bukan sahaja akan membahayakan diri anda malah ia juga berpotensi untuk membahayakan pasangan anda.

.

Jika anda bernasib baik, mungkin anda tidak akan langsung menerima kesan samada baik atau buruk.

.

Tapi, katakanlah anda tidak bernasib baik dan menerima kesan buruk, berbaloi ke anda nak ambil risiko ni?

.

Ada sebab kenapa KKM tidak memberikan kelulusan kepada semua produk minyak lintah ini.

.

Ada sebab juga kenapa anda tak boleh terus percaya dengan segala janji berkaitan cara besarkan zakar ini.

.

Minyak Lintah

.

Tiada bukti kajian saintifik yang menunjukkan bahawa saiz zakar boleh dibesarkan atau dipanjangkan.

.

Baca Juga: Saiz Zakar – Adakah Saiz Batang Anda Normal? Cukup Besar & Panjangnya?

.

.

Apa Produk Yang Sesuai Untuk Zakar?

.

.

Cadangan kami, anda jangan sesekali fokus kepada cara besarkan zakar dengan menggunakan produk yang ada dipasaran.

.

Hal ini kerana saiz zakar anda tidak boleh berubah disebabkan oleh penggunaan produk.

.

Setiap individu mempunyai saiz zakar optimum mereka sendiri.

.

Masalah sekarang ini adalah kemungkinan besar saiz zakar anda bukanlah pada saiz yang optimum, dan disebabkan oleh hal inilah ia kelihatan kecik.

.

Ia mungkin disebabkan oleh:

  • Masalah pada aliran darah
  • Masalah pembuluh darah
  • Tabiat beronani
  • Diet
  • Lemak berlebihan

.

 

.

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan bahaya minyak lintah pada zakar yang anda perlu tahu.

.

Semoga bermanfaat!

 

 

 

 

 

 

 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

DISCLAIMER / PENAFIAN

  • Artikel ini ditulis perdasarkan pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili pendapat organisasi secara menyeluruh.
  • Penulisan ini juga bukanlah untuk mempromosikan atau memburuk-burukkan produk tertentu. Sebaliknya hanyalah sebagai panduan dan penambahan ilmu para Suami di Malaysia untuk lebih peka akan kesihatan tubuh mereka.
  • Kami tidak bertanggungjawab keatas sebarang kesilapan penulisan atau fakta.
  • Jika ada pihak yang memerlukan sebarang pembetulan fakta & penambahan, sila emailkan ke marketing@suamisihat.com. Kami akan membuat pembetulan dengan segera.
  • Kami bukan berniat untuk memburukkan sebarang produk ataupun servis, sebaliknya ingin memberikan fakta yang tepat & absah secara professional sejajar dengan keperluan suami di Malaysia masa kini.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.