Pam zakar merupakan salah satu daripada cara rawatan yang ada untuk merawat masalah mati pucuk.
.
Kesukaran untuk zakar mengeras atau kekalkan ereksi biasanya akan dikaitkan mati pucuk atau erectile dysfunction.
.
.
Pam ini merupakan sebuah tiub plastik yang akan memuatkan zakar anda.
.
Ada dua jenis pam iaitu:
- Pam tangan
- Pam yang menggunakan bateri
.
Kedua-dua pam tersebut akan bersambung dengan tiub dan juga sebuah cincin yang akan melingkari zakar sebaik sahaja zakar anda mengeras.
.
Cincin tersebut bertujuan untuk mengekalkan kekerasan tersebut.
.
Pump zakar biasanya turut dikenali sebagai vacuum pump atau vacuum erection device dan ia perlulah mendapat kebenaran daripada doktor terlebih dahulu sbeelum anda menggunakannya.
.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
Masalah Mati Pucuk
.
.
Mati pucuk merupakan masalah yang kerap dialami oleh lelaki terutamanya buat mereka yang baru menjalani pembedahan prostat dan juga mereka yang berusia.
.
Namun, ada juga faktor-faktor lain yang mendorong kepada masalah mati pucuk ini.
.
Antaranya ialah:
- Faktor psikologi
- Corak pemakanan
- Gaya hidup
- Tahap kesihatan
.
Mati pucuk tidak semestinya akan berlaku kepada lelaki yang berusia sahaja.
.
.
Banyak kes yang mencatatkan pesakit berusia dalam lingkungan awal 20-an.
Jadi, sentiasa pastikan kesihatan zakar anda terjaga.
.
Baca Juga : Bentuk Zakar Lelaki – Anda Punya Jenis Yang Macam Mana?
.
.
Rawatan Mati Pucuk
.
.
Jika anda mendapatkan rawatan untuk mati pucuk dalam bentuk ubat, biasanya anda akan diberikan:
- Sildenafil (Viagra)
- Vardenafil (Levitra, Staxyn)
- Tadalafil (Cialis, Adcirca)
- Avanafil (Stendra)
.
Rawatan lain yang biasanya dilakukan juga adalah:
-
- Ubat yang dimasukkan kedalam lubang zakar
- Suntikan zakar (Penile Injections)
- Penile implants
.
.
Kenapa Gunakan Pam Zakar?
.
.
Pam terbaik biasanya akan menjadi pilihan untuk merawat mati pucuk sekiranya segala jenis rawatan yang disebutkan tadi:
- Berikan kesan sampingan
- Tidak berkesan
- Tidak selamat untuk anda
.
Pump terbaik untuk merawat masalah mati pucuk disebabkan oleh:
.
.
1. Pam besarkan zakar adalah sangat efektif
.
.
Dengan penggunaan yang kerap dan betul, majoriti lelaki yang mengalami masalah mati pucuk akan berjaya dapatkan ereksi yang sebaiknya untuk seks.
.
.
2. Pam zakar tidak merbahaya
.
.
Mungkin anda pernah mendengar ada yang kata pam zakar bahaya.
.
Sebenarnya pam adalah yang paling rendah risikonya berbanding dengan rawatan mati pucuk yang lain dari segi kesan sampingan dan juga komplikasi.
.
.
3. Kos yang lebih murah
.
.
Bukan semua orang mampu untuk mendapatkan rawatan mati pucuk.
.
Jadi, pam yang mampu bertindak sebagai pam besarkan zakar ini merupakan pilihan terbaik kerana ia lebih menjimatkan.
.
.
4. Tidak mempunyai risiko jangkitan
.
.
Pam tidak akan merisikokan zakar untuk terkena jangkitan.
.
Tidak seperti pembedahan, memasukkan ubat menerusi lubang zakar dan juga suntikan yang mana kesemuanya ada risiko untuk anda terkena jangkitan.
.
.
5. Pam boleh digunakan bersama rawatan lain
.
.
Ada beberapa rawatan pemulihan masalah mati pucuk boleh digunakan bersama-sama dengan pam.
.
Antaranya adalah dengan penile implant sebab bagi sesetengah lelaki, gabungan beberapa rawatan adalah lebih berkesan.
.
.
6. Ereksi kembali normal
.
.
Pam juga biasanya digunakan untuk memberikan semula ereksi secara normal.
.
Biasanya ia digunakan oleh mereka yang baru saja menjalani pembedahan prostat dan juga terapi radiasi bagi pesakit kanser prostat.
.
Apapun, pastikan anda mendapat kebenaran dan pemantauan berkala daripada doktor pakar.
.
Baca Juga : Saiz Zakar – Adakah Saiz Batang Anda Normal? Cukup Besar & Panjangnya?
.
.
Risiko – Pam Zakar Bahaya?
.
.
Walaupun pam boleh dikategorikan sebagai selamat hampir kepada semua lelaki, namun ia masih mempunyai beberapa potensi risiko.
.
Sebagai contoh:
- Ia akan meningkatkan risiko untuk anda mengalami masalah pendarahan yang berlebihan jika anda mengambil ubat jenis blood-thinning seperti warfarin (Coumadin, Jantoven) dan juga clopidogrel (Plavix).
- Pam zakar juga akan menjadi merbahaya jika anda mempunyai masalah sickle cell anemia.
.
Pastikan anda memberitahu doktor anda terlebih dahulu berkenaan keadaan kesihatan anda dan juga sebarang ubat yang anda ambil.
.
Dengan cara ini, anda mampu untuk mengelakkan sebarang masalah namun apapun anda tetap perlu memastikan anda mendapat kebenaran doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
.
.
Kesan Sampingan Pam Zakar
.
.
Penggunaan pam zakar juga akan memberikan beberapa kesan sampingan dan disebabkan oleh hal ini, anda perlu pastikan anda mendapat kebenaran serta dipantau oleh doktor pakar sepanjang anda menggunakannya.
.
Antaranya ialah:
- Bintik merah (petechiae). Ia adalah disebabkan oleh pendarahan dibawah permukaan kulit zakar.
- Kebas, sejuk atau kulit kebiruan. Ia disebabkan oleh cincin pam yang melingkar pada zakar.
- Sakit atau lebam. Jika anda tidak tahu cara guna pump zakar yang betul, ia boleh mengakibatkan kecederaan pada zakar anda.
- Rasa air mani tersumbat. Ia boleh berlaku ketika berlakunya ejakulasi.
.
.
Walaupun ia turut mempunyai kesan sampingan, namun ia bergantung sepenuhnya terhadap cara guna pump zakar oleh anda.
.
Ada beberapa lagi kesan lain yang mungkin anda akan alami terutamanya pada bahagian dasar zakar anda.
.
Kesannya? Zakar anda mampu dipusing dan diposisikan lebih daripada sewaktu anda mengalami ereksi secara normal.
.
Selain itu, anda juga akan mengalami:
- Rasa kekok. Penggunaan pam zakar memerlukan kesabaran dan juga persefahaman daripada pasangan anda. Ia akan mengambil sedikit masa untuk benar-benar selesa.
- Koordinasi manual. Pam zakar memerlukan penggunaan tangan dan jari secara manual, yang mana akan menjadi masalah sedikit buat sesetengah lelaki dan juga pasangannya.
.
.
Apa Persediaan Anda?
.
.
Bila anda dah bercadang untuk berjumpa dengan doktor untuk berbincang soal masalah mati pucuk anda ini, anda perlu bersedia untuk menjawab beberapa soalan.
.
Biasanya soalan-soalan ini akan berkisar lebih kepada keadaan kesihatan anda dan juga simptom yang mungkin anda alami.
.
Bagi sesetengah kes, masalah mati pucuk ini biasanya ada punca yang pesakit sendiri pun tak perasan.
.
Bila doktor dapat kenal pasti punca ini, lebih mudah untuk rawatan dilakukan.
.
Bergantung pada keadaan anda, ada kemungkinan untuk anda berjumpa dengan doktor yang sememangnya pakar dalam bidang urinary and reproductive disorders.
.
.
Okay. Istilah mudah untuk pakar tersebut adalah pakar urologi dan sangat penting untuk anda bertemu dan mendapatkan nasihat mereka sebelum anda menggunakan pam ini.
.
Sebelum doktor memberikan keputusan samada pam zakar sesuai atau tidak untuk anda, doktor akan bertanyakan beberapa soalan seperti berikut:
- Anda pernah atau sedang menghidap sebarang penyakit
- Ada kecederaan atau pembedahan yang anda pernah lakukan, terutamanya yang melibatkan zakar, prostat dan juga kantung zakar.
- Apa ubat yang anda sedang ambil, termasuklah suplemen berasaskan herba
- Apa rawatan mati pucuk yang anda dah cuba dan setakat mana keberkesannya
.
.
.
.
Kemudian, doktor akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap anda yang biasanya akan melibatkan:
- Pemeriksaan zakar
- Pemeriksaan denyutan pada beberapa bahagian tubuh anda
.
.
Kemudian, anda juga berkemungkinan besar akan menjalani digital rectal examination (DRE), untuk memeriksa kelenjar prostat anda.
.
Sewaktu DRE, doktor akan memasukkan jari bersarung tangan dan berpelincir kedalam rektum anda untuk merasai permukaan prostat anda.
.
Jika sewaktu perjumpaan dengan doktor dan punca masalah mati pucuk anda dah dikenal pasti, mungkin pemeriksaan yang akan dilakukan tidak melibatkan proses yang banyak.
.
.
Pemilihan Pam Zakar
.
.
Sesetengah pam dijual tanpa ada sebarang arahan dan cara penggunaan.
.
Jadi, penting untuk anda mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum anda membelinya.
.
Biasanya doktor anda lebih tahu pam zakar jenis mana yang sesuai dengan keadaan dan masalah anda.
.
Dengan cara ini, pam yang anda gunakan akan lebih efisien dalam membantu anda.
.
Pam ini juga ada dijual secara online namun, ia belum tentu lagi selemat dan efektif untuk anda.
.
Pastikan pam zakar yang anda pilih mempunyai vacuum limiter, yang mana akan menghalang tekanan daripada menjadi terlalu tinggi dan membahayakan zakar anda.
.
.
Peringatan “Mesra”
.
.
Sebelum anda menggunakan pam, suka untuk kami ingatkan anda supaya shave atau trim dulu bulu-bulu pada kawasan zakar anda.
.
Bukan apa. Anda pun mesti tak nak ada bulu yang tersangkut pada cincin pam tersebut kan?
.
.
Pam Besarkan Zakar
.
.
Kalau anda tengok di internet, anda boleh jumpa macam-macam jenis pam besarkan zakar.
.
Macam biasa. Semua claim produk mereka mampu membesarkan zakar dan macam-macam lagi.
.
Tapi, sebenarnya tiada satu pun bukti yang pam mampu besarkan zakar.
.
Penggunaan pam ini juga mampu meningkatkan risiko untuk zakar anda mengalami kecederaan dan tanpa kebenaran serta pantauan daripada doktor pakar, jangan sesekali anda menggunakannya.
.
Baca Juga : Cara Panjangkan Zakar – Boleh ke Anda Besarkan Zakar Sebenarnya?
.
.
Cara Guna Pump Zakar
.
.
Cara gunakan pam ni sangat mudah. Anda cuma perlu:
- Letakkan tiub plastik pada zakar anda
- Gunakan pam tangan atau pam elektrik yang dihubungkan dengan tiub untuk menghasilkan keadaan vakum didalam tiub dan menarik darah ke zakar
- Sebaik sahaja anda mengalami ereksi, sarungkan cincin pada sekitar zakar anda. Ia akan membantu untuk mengekalkan darah didalam zakar anda.
- Tanggalkan alat vakum tersebut. Ereksi tersebut biasanya cukup lama untuk anda melakukan seks.
.
Jangan biarkan cincin tersebut berada lebih dari 30 minit pada zakar anda kerana ia akan terus menyekat darah daripada mengalir dan akan turut mengakibatkan kecederaan.
.
.
Apapun, anda kena tahu yang pam zakar tidak akan membantu untuk 100% merawat masalah mati pucuk.
.
Ia dapat membantu anda untuk mendapatkan ereksi yang mencukupi untuk anda melakukan hubungan seks.
.
Anda juga berkemungkinan besar perlu menggabungkan pam zakar dengan rawatan lain untuk mendapatkan hasil yang terbaik bagi merawat masalah mati pucuk.
.
Sekian sahaja perkongsian kami berkenaan pam zakar dan sekali lagi kami ingin ingatkan anda supaya mendapatkan kebenaran dan pemantauan daripada doktor pakar terlebih dahulu sebelum anda menggunakannya.
.
Jangan lupa untuk turut baca perkongsian kami yang lain. Semoga bermanfaat!
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?