Siapa yang tak pernah minum kopi tipu lah..

.

Semua orang pernah minum walaupun sekali.

.

Sama ada kopi panas, ataupun jenis kopi ais.

.

Rasanya yang pahit dicampur sekali dengan susu dan air panas menaikkan lagi rasa dan aroma minuman tersebut.

.

.

Sebut sahaja dimana-mana kedai kopi dan kedai makan, hampir semua ada sediakan minuman coffee dalam menu mereka.

.

Mana taknya, ia merupakan antara minuman yang paling terkenal didunia.

.

Pelbagai negara dipelusuk dunia telahpun mempunyai budaya dan cara mereka menyediakan coffee.

.

.

Ia bukan sahaja mampu memberikan aroma dan rasa pahit yang lazat, malah pelbagai manfaat dan kelebihan yang boleh didapati sebenarnya.

.

Nak tahu? Jom kami terangkan secara terperinci. Ini semua yang anda perlu tahu tentang minuman pahit ini!

.

.

Baca Juga: Jenis Penyakit Jantung – Perbezaan, Risiko, Cara Mencegah, Dan Banyak Lagi

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

Asal Usul Kopi

.

.

Pokok coffea merupakan tumbuhan yang berasal daripada benua afrika lebih tepat dikawasan Ethiopia sekarang ini.

.

Bentuk asal buah kopi ini berwarna hijau dan akan dipetik apabila biji tersebut bertukar ke warna merah.

.

Biji kopi tersebut kemudiannya diproses dan dikeringkan. Seterusnya dipanggang sehingga mendapat aroma yang diinginkan.

.

.

Penggunaan biji coffea sebagai minuman telah dimasyurkan oleh ahli sufi dan telah merebak ke seluruh negeri Arab sehingga ke Turki

.

Minuman  ini juga telah merebak ke seluruh dunia oleh jemaah umrah dan haji yang datang setiap tahun dan dari berbagai-bagai negara.

.

.

Jenis Biji Kopi

.

.

Kopi sebenarnya ada banyak jenis, spesis dan rasa yang kita boleh dapati sebenarnya.

.

Secara umum, coffee mempunyai empat spesis utama iaitu Arabica, Robusta, Liberica, dan Excelsa.

.

Tapi spesis yang biasa kita dengar ialah Arabica dan Robusta. Dua jenis ini merupakan jenis yang paling banyak digunakan didunia sekarang ini.

.

.

Kopi Arabika.

.

Kopi arabika merupakan antara jenis yang paling popular sekarang. Sebanyak 60% minuman coffee diseluruh dunia diperbuat menggunakan biji coffea arabika.

.

Biji kopi arabika dianggap merupakan yang paling berkualiti sekali berbanding biji yang lain.

.

Harga jenis kopi arabika lebih mahal dan premium. Ini mungkin disebabkan oleh tahap asid yang lebih tinggi berbanding jenis yang lain.

.

.

Robusta

.

.

Kopi jenis robusta pula merupakan kopi yang kedua popular selepas kopi arabika.

.

Sedar tak sedar mereka yang mempunyai pembancuh kopi yang tersendiri dirumah selalu menggunakan coffee jenis ini.

.

Kandungan yang ada didalam biji kopi robusta agak sedikit berbeza dengan kopi arabica. Rupa dan ciri-cirinya juga berbeza.

.

.

Jumlah kafein yang ada didalam jenis kopi robusta adalah dua kali ganda dari yang ada didalam kopi arabika.

.

Pokok jenis kopi robusta juga lebih mudah untuk ditanam berbanding kopi arabika.

.

Pokok kopi robusta banyak ditanam di ladang kopi di Indonesia dan Afrika. Rasanya yang agak pahit dan kuat sesuai dijadikan sebagai minuman espresso

.

.

Liberika

.

.

Biji kopi jenis ini agak spesial sedikit dan agak terhad kuantitinya.

.

Pokok kopi jenis liberika ini hanya dihasilkan di Filipina sahaja, dan tinggi pokoknya boleh mencecah sehingga 9 meter.

.

Kopi liberika mempunyai aroma seperti buah dan bunga-bungaan. Biji kopi jenis liberika agak besar dan berbeza dengan biji kopi jenis yang lain.

.

.

Excelsa

.

.

Biji kopi excelsa adalah antara biji kopi yang agak jarang ditemui. Hanya 7% sahaja kopi excelsa yang digunakan oleh masyarakat dunia sekarang ini.

.

Kebanyakkan pokok kopi jenis Excelsa boleh ditemui di kawasan asia tenggara.

.

Kopi ini juga dipercayai berasal dari genetik Liberia. Ia mempunyai aroma buah dan tart.

.

.

Perbezaan Antara, Espresso, Kapucino, Latte & Lain

.

.

Apakah perbezaan antara minuman coffee yang ada dipasaran sekarang ini?

.

Jangan keliru dengan jenis kopi dan jenis minuman yang diperbuat daripada kopi:

.

Espresso – Di brew dengan menggunakan serbuk kopi dan air semata-mata.

Kapucino – Di sediakan dengan meletakkan 2/5 espresso, 2/5 susu, & 1/5 buih susu

Latte –  Late mempunyai 3/10 espresso dan 7/10 susu sejat dan buih susu.

Mocha – 30% Espresso, 20% cairan coklat pekat, 25% susu sejat dan 25% buih susu.

.

.

.

.

Kebaikan Kopi

.

.

Sebenarnya minuman yang kita gemari ini banyak kebaikan dan khasiat yang kita tak tahu.

.

Untuk menangkas dakwaan tersebut kami ada senaraikan kebaikan minum coffee terhadap kesihatan. Jangan lupa baca sampai habis!

.

1. Meningkatkan tenaga dan konsentrasi.

.

.

Coffee boleh membantu mengurangkan rasa penat dan meningkatkan jumlah tenaga yang diperlukan.

.

Ini kerana coffee mempunyai kafein yang berfungsi mengstimulasikan penghasilan hormon-hormon ‘Gembira’ seperti dopamine dan norepinephrine.

.

Jika hormon-hormon ini dirembeskan, badan akan rasa lebih bertenaga dan minda lebih termotivasi untuk melakukan kerja dan urusan harian.

.

Ia boleh meningkatkan pelbagai fungsi otak seperti, meningkatkan daya ingatan, mood, daya konsentrasi, menambah tenaga, dan fungsi otak secara menyeluruh.

.

.

2. Bakar Lemak

.

.

Jangan tak tahu, kafein pun boleh membantu menurunkan berat badan tau.

.

Kebanyakkan supplement untuk kuruskan badan dan bakar lemak yang ada di pasaran sekarang ni, banyak yang mengandungi kafein dalam ramuan mereka.

.

Ini kerana kafein telah terbukti boleh membantu menurunkan berat badan.

.

.

Beberapa kajian mendapati kafein boleh meningkatkan kadar metabolism sebanyak 3-11%.

.

Kajian lain pula menunjukkan kafein boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak sebanyak 10-30% bagi individu dewasa.

.

.

3. Tingkatkan keupayaan fizikal secara mendadak

.

.

Kafein bertindak dengan mengstimulasi sistem saraf, kemudian memberi isyarat kepada sel lemak supaya dibakar dengan cepat untuk menghasilkan asid lemak yang kemudian digunakan sebagai tenaga.

.

Ianya juga meningkatkan kadar penghasilan adrenalin didalam darah yang mana membuatkan badan kita bersedia untuk melakukan kerja-kerja yang memerlukan fokus, dan tenaga yang lebih tinggi.

.

Hasil daripada kesan ini, kafein boleh meningkatkan prestasi fizikal sebanyak 10-12% pada individu dewasa.

.

Tak hairan lah ramai ahli bina badan yang minum secawan kopi sebelum pergi ke gim. Hihi

.

.

4. Mempunyai mineral penting

.

.

Banyak nutrien penting dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan dalam setiap cawan kopi yang kita minum.

.

Banyak kandungan tersebut tidak hilang walaupun sudah melalui proses nyah-kafein.

.

Dalam secawan coffee mengandungi:

  • Riboflavin (vitamin B2): 11% Pengambilan harian RDI
  • Pantothenic acid (vitamin B5): 6% RDI.
  • Manganese & potassium: 3% RDI.
  • Magnesium & niacin (vitamin B3): 2%  RDI.

.

Ini mungkin nampak macam tak penting. Tapi mereka yang minum secawan coffee setiap hari semestinya mempunyai cukup mineral yang diperlukan oleh tubah badan mereka.

.

.

5. Membantu mencegah penyakit

.

.

Ramai antara kita yang minum minuman ini hampir setiap hari, tapi tak ramai pun yang kisah apa kelebihan dan kebaikan yang ada dalam minuman tersebut.

.

Antara lain-lain khasiat coffee ialah boleh membantu mencegah pelbagai penyakit seperti:

.

.

Penyakit kencing manis

Penyakit diabetes atau kencing mani merupakan antara penyakit kronik utama yang dihadapi oleh individu diseluruh dunia. Ia disebabkan oleh kandungan gula yang berlebihan dalam darah menyebabkan rintangan insulin. Kajian mendapati, individu yang amalkan minum secawan coffee setiap hari boleh mengurangkan risiko penyakit kencing manis sehingga 67%.

.

Alzheimer’s, & Dementia

Alzheimer’s ialah penyakit saraf otak yang paling biasa berlaku, dan ia pula merupakan punca utama berlakunya penyakit dementia (Nyanyuk). Biasanya penyakit ini berlaku kepada individu berumur 65 tahun dan keatas. Penawar bagi penyakit ini tidak diketahui. Tapi langkah pencegahan seperti bersenam, makan makanan yang sihat dan minum coffee boleh membantu mencegah penyakit ini.

.

Parkinson’s

Parkinson’s juga salah satu penyakit saraf otak yang ramai dihidapi oleh masyarakat dunia. Ianya disebabkan oleh saraf penghasilan dopamine yang tidak berfungsi dengan baik. Ia juga tiada penawar. Meminum secawan coffee bukan jenis nyah-kafein boleh membantu mencegah penyakit ini.

.

Tidak Menyebabkan Penyakit Jantung & Stroke

Kafein selalu disalah anggap boleh meningkatkan tekanan darah secara mendadak. Ini betul, tetapi hanya 3 mm/Hg sahaja. Kesannya sangat sedikit dan akan hilang jika diminum setiap hari. Kajian tidak menyokong coffee boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Ada kajian yang mendapati coffee boleh mengurangkan risiko stroke sebanyak 20%.

.

Mencegah Daripada Pelbagai Penyakit Kanser

Kanser disebabkan oleh pembentukan sel yang tidak dikawal didalam badan. Amalan meminum secawan coffee setiap hari boleh mencegah dari kanser hati dan usus sebanyak 40%

.

.

6. Boleh Atasi Kemurungan

.

.

Kemurungan atau depression ialah masalah kesihatan mental yang serius yang sangat-sangat menjejas kualiti hidup. Penyakit ini banyak berlaku, kira-kira 4% rakyat Malaysia mengalaminya.

.

Kajian Universiti Harvard pada tahun 2011 mendapati, wanita yang meminum coffee sebanyak 4 cawan atau lebih mampu mencegah daripada menghidap penyakit kemurungan sebanyak 20%.

.

Kajian lain mendapat individu yang meminum sekurang-kurangnya 4 cawan coffee sehari kurang risiko bunuh diri sebanyak 53%.

.

.

7. Antioksida

.

.

Coffee Malaysia merupakan antara minuman yang paling berkhasiat dan sihat yang boleh anda minum setiap hari.

.

Selain kandungan kafein yang boleh memberi pelbagai manfaat terhadap kesihatan, coffee juga kaya dengan antioksida.

.

Kajian mendapati jumlah antioksida yang ada dalam coffee lebih tinggi daripada yang ada dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ‘sekali gus’.

.

.

Kesan Sampingan kopi

.

.

1. Anxiety

.

.

Seperti yang kita tahu, kafein boleh meningkatkan fokus dan konsentrasi. Tetapi pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan keresahan dan kegelisahan

.

Jika anda rasa simtom keburukan coffee seperti macam ni, kurangkan pengambilan coffee harian anda.

.

Atau rujuk pada doktor pakai tentang masalah anda.

.

.

Baca Selepas Ini: Kencing Manis – Anda Perlu Tahu Simptom, Punca & Rawatannya (Lengkap)

.

.

2. Insomnia

.

.

Keupayaan kafein membantu seseorang untuk tidak merasa mengantuk ialah antara kelebihan yang paling baik.

.

Tetapi pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan masalah tidur yang serius.

.

 .

3. Masalah Penghadaman

.

.

Ada sesetengah orang yang tak boleh minum air coffee waktu pagi sebab perut mereka akan rasa sakit.

.

Ini mungkin disebabkan kafein yang berkemungkinan boleh menyebabkan cirit birit. 

.

.

4. Masalah Otot

.

.

Rhabdomyolysis adalah penyakit yang menyebabkan kerosakan otot yang mana apabila ianya masuk kedalam darah, boleh menyebabkan penyakit lain seperti penyakit buah pinggang, dan lain-lain penyakit yang serius.

.

Antara punca-punca penyakit ini berlaku seperti trauma, jangkitan kuman, terkena patukan ular atau serangga berbisa, dan juga pengambilan kafein yang berlebihan.

.

.

5. Diabetes

.

.

Kebaikan kebaikan juga, kalau pengambilan gula tambahan dalam kopi yang anda minum tak dikawal, penyakit kencing manis boleh juga terjadi kepada anda.

.

Lebih-lebih lagi pada yang suka minum kopi dekat mamak pagi petang siang malam (entah berapa banyak susu yang dia letak), yang suka minum kopi 3 in 1, dan kopi tin yang ada dijual di kedai serbaneka.

.

.

Minum kopi bukannya ‘tiket’ kepada kesihatan yang agung, & boleh terus lari daripada kesan gula yang membahayakan.

.

Banyak penyakit-penyakit bahaya yang boleh berpunca daripada pengambilan gula berlebihan contohnya diabetes, penyakit jantung koronari, gout, penyakit buah pinggang, hati, pankreas, dan lain-lain.

.

.

6. Ketagihan

.

.

Amalan meminum coffee secara harian boleh bertukar menjadi ketagihan jika anda terlalu bergantung kepadanya sahaja.

.

Kesan ketagihan kepada coffee boleh jadi sama dengan ketagihan terhadap dadah. Ia tidak mendatangkan sensasi khayal seperti dadah. Tetapi ia boleh menyebabkan kebergantungan fizikal dan psikologi terhadap minuman tersebut.

.

.

7. Darah Tinggi

.

.

Secara umumnya, pengambilan coffee tidak mendatangkan masalah jantung dan stroke. Tetapi ia boleh meningkatkan tekanan darah.

.

Pengambilan coffee secara berlebih-lebihan boleh meningkatkan tekanan darah sehingga boleh menjejaskan masalah kesihatan, seperti susah untuk tidur, anxiety, dan lain-lain.

.

.

.

.

8. Penat

.

.

Coffee, teh, dan beberapa minuman yang mengandungi kafein yang lain boleh meningkatkan kadar tenaga.

.

Walau bagaimanapun, kesan ini boleh jadi terbalik jika apabila anda terlebih guna tenaga anda dan pada waktu tersebut kesan kafein dari kopi tersebut hilang dari dalam badan.

.

.

.

Kesimpulannya

.

.

Kopi merupakan minuman yang paling popular didunia.

.

Amalan meminum coffee boleh meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit serius.

.

Tetapi pengambilan secara berlebihan dan melampau juga boleh mendatang kemudaratan dan penyakit yang merbahaya.

.

.

Dengan adanya artikel kali ini, kami harap para pembaca dapat memperoleh ilmu baru untuk digunakan.

.

Untuk terus menyokong kami di SuamiSihat anda boleh Like Facebook page kami dibawah.

.

.

.

Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini.

.

Jika sudi, sila lah baca artikel kami yang lain juga.

.

Semoga bermanfaat

.

Assalamualaikum

.

.

Baca Sekarang: Herba Kuat Untuk Lelaki – Senarai Lengkap Tumbuhan Terbaik Untuk Seks & Kesihatan

.

.

.