Apa yang mampu meningkatkan peluang untuk anda mendapatkan anak kembar?
.
Kalau anda Google, jawapan biasa yang pastinya anda akan dapat adalah melakukan rawatan seperti:
- Clomid
- Gonal-F
- Follistim
.
Namun, ada beberapa faktor lain lagi yang akan berikan kesan seperti:
- Tinggi
- Umur
- Sejarah keluarga
.
Punca Anak Kembar Tanpa Menggunakan Rawatan
.
.
Rawatan bukan satu-satunya cara untuk mendapatkan anak kembar. Faktor lain yang meningkatkan peluang untuk mendapatkan anak kembar adalah:
.
Baca Juga : Cara Buat Anak – Jadikan Seks Anda Berkesan Buat Si Dia
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
1. Umur
.
.
Wanita berumur lebih daripada 30 tahun adalah lebih cenderung untuk mengandungkan anak kembar.
.
Hal ini disebabkan oleh hormon FSH yang semakin bertambah apabila bertambahnya usia.
.
FSH atau Follicle Stimulating Hormone bertanggungjawab untuk pembentukan telur didalam ovari sebelum dilepaskan.
.
Paras FSH yang tinggi diperlukan oleh wanita yang semakin berusia kerana telur memerlukan lebih rangsangan untuk membesar berbanding wanita yang lebih muda.
.
Peningkatan FSH juga berkait secara langsung dengan penurunan kesuburan.
.
Adakalanya follicles akan terlebih dalam meningkatkan tahap FSH yang menghasilkan dua atau lebih telur sekaligus menghasilkan kembar.
.
.
2. Sejarah keluarga
.
.
Kalau anda ada sejarah keluarga yang mempunyai kembar, ia bukan bermaksud yang anda akan lebih berpotensi untuk mendapatkan anak kembar.
.
Namun, jika ada dalam keluarga anda yang mempunyai kembar tidak seiras, peluang untuk anda mendapatkan anak kembar akan meningkat.
.
Kalau dalam sejarah kedua-dua belah keluarga anda dan pasangan mempunyai kembar, peluangnya akan lebih meningkat.
.
Sejarah kembar tidak seiras belah isteri meningkatkan peluang ovulating lebih dari satu telur.
.
Kalau belah suami, ia akan meningkatkan potensi penghasilan sperm untuk mempersenyawakan lebih dari satu telur.
.
Baca Juga : Waktu Subur Isteri. Anda Suami Perlu Faham Kitaran Haid
.
.
3. Berat
.
.
Bagi wanita yang mengalami obesiti, dengan BMI melebihi 30, mereka adalah lebih berpotensi untuk melahirkan anak kembar berbanding wanita yang mempunyai BMI yang lebih sihat.
.
Namun, kesukaran untuk mengandung juga adalah berkali ganda sukar bagi mereka yang tergolong dalam BMI sebegini.
.
Lemak berlebihan membawa kepada peningkatan tahap estrogen.
.
Hal ini akan menyebabkan pengeluaran lebih dari satu telur sewaktu ovulation.
.
.
4. Tinggi
.
.
Wanita yang lebih tinggi berbanding kebanyakan wanita lain berpotensi tinggi untuk mengandungkan anak kembar.
.
Satu kajian menunjukkan wanita yang berketinggian sekitar 164.8 cm adalah lebih berpotensi untuk dapatkan anak kembar berbanding wanita yang berketinggian 161.8 cm.
.
.
5. Bilangan Anak
.
.
Wanita yang kerap mengandung dan mempunyai keluarga yang besar lebih berpotensi untuk mendapatkan anak kembar.
.
.
6. Menyusu Badan
.
.
Wanita yang mengandung sewaktu masih menyusu badan kepada anak juga berpotensi untuk mengandungkan anak kembar.
.
Mungkin anda pernah dengar berkenaan menyusukan badan terutamanya ketika anak masih dalam usia 6 bulan mampu mengurangkan potensi mengandung.
.
Namun, ia juga meningkatkan potensi untuk mendapatkan anak kembar!
.
Kajian menunjukkan kadar mendapatkan anak kembar adalah 11.4 peratus lebih tinggi bagi wanita yang menyusu badan kepada anaknya berbanding 1.1 peratus bagi yang tidak.
.
.
7. Diet
.
.
.
Salah satu teori kuat yang menyokong kajian ini adalah hormon tumbesaran yang diberikan kepada lembu turut mempengaruhi paras hormon manusia.
.
Peluang & Cara Dapatkan Anak Kembar Dengan Rawatan
.
.
Rawatan yang memberikan lonjakan kepada ovulation mampu meningkatkan potensi mendapat anak kembar.
.
Namun, kebanyakan pakar kesihatan menganggap mengandungkan anak kembar menerusi rawatan sebagai satu risiko kerana mereka lebih fokuskan kepada satu bayi sihat pada satu masa.
.
Kebanyakan yang ingin mendapatkan anak kembar sebenarnya mempunyai kesukaran untuk mengandung.
.
Jadi, concern utama pakar kesihatan adalah, jika untuk mengandungkan anak seorang pun dah terlalu sukar, berkemungkinan besar akan berisiko jika mengandungkan anak kembar.
.
Peratusan Cara Dapatkan Anak Kembar Menerusi Rawatan
.
.
Untuk cara biasa:
- Kembar 3.35%
- Kembar seiras 0.45%
- Kembar tiga dan keatas 0.1%
.
Dengan rawatan:
-
- Kembar seiras 0.95%
- Rawatan Clomid dan Femera: 5-12% kembar
- Gonadotropins: 30% kembar
- IVF (umur bawah 35): 12.1% kembar
- IVF (umur 35-37) : 9.1% kembar
- IVF (umur 38-40) : 5.3% kembar
.
Bukan semua rawatan kesuburan merupakan cara dapatkan anak kembar yang terbaik untuk semua.
.
.
Antara rawatan yang menjadi cara dapatkan anak kembar yang sesuai adalah:
- Clomid
- Femera
- Gonadotropins
- IUI treatment
- IVF treatment
.
Clomid dan Femera mempunyai kadar terendah untuk mendapatkan anak kembar, iaitu sekitar 5 ke 12%.
.
.
Kadar untuk mendapatkan kembar tiga atau lebih adalah dibawah 1%.
.
Gonadotropins, sama ada digunakan bersama-sama dengan IUI treatment, mempunyai kadar mendapatkan anak kembar yang paling tinggi.
.
Berdasarkan kajian, hampir 30% daripada mereka yang mengandung melalui rawatan ini mengandungkan anak kembar tiga keatas.
.
Berbeza pula dengan pandangan yang paling popular iaitu IVF treatment dikatakan mampu memberikan peluang kehamilan kembar tiga dan keatas yang tinggi.
.
Realitinya tidak. Rawatan IVF mempunyai kadar peluang mendapatkan anak kembar yang tinggi bagi mereka yang berusia kurang dari 35 tahun iaitu pada kadar 112.1%.
.
.
Bagi wanita yang berusia 35 ke 37 tahun adalah sekitar 9.1% dan 5.3% bagi mereka yang berusia 38 ke 40 tahun.
.
.
Berapa Kerap Kelahiran Kembar?
.
.
Berdasarkan data yang dikumpul oleh Centers for Disease Control, terdapat sekitar 133,155 rekod kelahiran kembar yang dicatatkan di USA pada 2015.
.
Kiranya dari setiap 1000 kelahiran, 33.5% adalah kembar.
.
Terdapat 3871 kelahiran kembar tiga, 228 kelahiran kembar empat, dan 24 kelahiran kembar lebih dari itu.
.
Kelahiran kembar ini mencatatkan rekod tertinggi pada zaman 1990 keatas namun mulai menurun dalam abad terkini.
.
Kadar kelahiran kembar tiga dan keatas berkurang sebanyak 36% sejak tahun 2004.
.
.
Peluang Dapatkan Anak Kembar
.
.
Secara umumnya, peluang untuk mendapatkan kembar seiras adalah sekitar 0.45% atau 1 daripada setiap 250 kelahiran.
.
Biasanya dengan menggunakan cara mendapat anak kembar menerusi rawatan, kembar yang akan dilahirkan adalah kembar tidak seiras.
.
Namun, kini peratusannya telah meningkat sehingga 0.95% menerusi rawatan ini.
.
Sebab utama yang membawa kepada kenaikan ini juga masih tidak dapat dikenalpasti.
.
Salah satu teori yang paling kuat mengatakan berkenaan kenaikan ini adalah embryo yang diletakkan didalam IVF meningkatkan potensi untuk mendapatkan kembar seiras.
.
Satu teori lagi adalah cara dapatkan anak kembar dengan rawatan menggunakan gonadotropins meningkatkan potensi untuk mendapatkan kembar seiras.
.
.
Peluang untuk anda mendapatkan anak kembar bukan bergantung kepada penggunaan ubat, rawatan kesuburan semata-mata.
.
Faktor lain seperti sejarah keluarga, umur, ketinggian, berat dan lain-lain turut memberikan kesan.
.
Jika berdasarkan faktor-faktor ini, wanita tinggi yang mempunyai sejarah keluarga mempunyai kembar akan lebih berpotensi untuk melahirkan anak kembar menerusi rawatan berbanding wanita yang lebih pendek dan tidak mempunyai kembar dalam sejarah keluarga.
.
Peluang untuk mendapatkan kembar juga bergantung kepada punca ketidaksuburan tertentu.
.
Wanita muda yang mempunyai telur yang lebih sihat biasanya lebih berpotensi untuk mengandungkan anak kembar berbanding wanita berusia 40 tahun yang kualiti telurnya lebih rendah.
.
Ia juga bergantung kepada berapa banyak embryo yang dimasukkan sewaktu IVF.
.
Jom tengok video Dr. Ismail Tambi tentang IVF
.
.
Walaupun mempunyai bayi kembar menerusi rawatan seolah-olah memberikan anda pakej 2 dalam 1, tapi lebih baik sekiranya anda mendapatkan seorang bayi yang sihat.
.
.
Kalau anda benar-benar berpeluang mendapatkan anak kembar, anda perlu memberikan perhatian sewajarnya supaya kesihatan kandungan anda terjamin.
.
Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan cara dapatkan anak kembar daripada kami.
.
Semoga bermanfaat!
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?