Shhh.. Jangan Bagitahu Isteri Anda ๐Ÿคซ

Nak belajar cara Romen dengan Tahan Lama + Zakar lebih Keras?


Khusus kepada anda, pembaca Blog SuamiSihat ini sahaja
Dapatkan Sekejap ni

Waktu Subur Isteri – Anda Suami Perlu Faham Kitaran Haid

Oleh J. Arman. Fakta perubatan disemak Oleh Dr. Roland Victor (MD)
1 year ago

Bila sebenarnya waktu paling subur untuk isteri anda mengandung?

.

Anda pernah terfikir tak pasal ni atau anda jenis beromen jer ikut suka anda bila-bila masa dan serahkan semuanya kepada rezeki samada mengandung atau tidak?

.

Anda tahu tak kira waktu subur isteri anda?

.

Jangan risau.

.

Dalam sharing kali ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa perkara penting yang anda perlu tahu berkenaan waktu subur isteri anda.

.

Antaranya ialah:

  • Isteri anda hanya boleh mengandung ketika berada dalam fertile window kitaran haid.
  • Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan ketika ovulating.
  • Peluang untuk mengandung akan meningkat sekiranya anda melakukan seks pada hari ovulation atau dua hari sebelumnya.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

BILA WAKTU SUBUR DAN PALING BERPOTENSI UNTUK MENGANDUNG?

.

.

Fertile window โ€“ hari didalam kitaran haid wanita yang paling berpotensi tinggi untuk mengandung.

.

Fertile window ini bergantung kepada tempoh kitaran haid.

.

Kalau anda belum tahu, kitaran haid setiap perempuan tidak sama. Jadi, anda perlu belajar dan faham kitaran haid pasangan anda.ย 

.

Hari yang dimaksudkan ini adalah hari dimana โ€œtelurโ€ akan dikeluarkan dari ovari (ovulation) dan lima hari sebelumnya.ย 

.

Melakukan seks dalam tempoh ini antara masa terbaik yang mampu meningkatkan potensi untuk mengandung.

.

MITOS :ย Perempuan boleh mengandung pada bila-bila masa.

.

FAKTA :ย Perempuan hanya boleh mengandung dalam tempoh beberapa hari dalam kitaran haidnya.

.

Semua ni disebabkan oleh telur dan sperm mempunyai kitaran hidup yang sangat singkat.

.

.

Tempoh hidup sperm biasanya sekitar 5 hari.

.

Bagi telur pula, ia hanya boleh disenyawakan dalam tempoh 24 jam selepas dikeluarkan dari ovari.

.

Telur dan sperm perlu datang dalam masa yang sama dan dalam masa yang tepat untuk membolehkan persenyawaan.

.

Hasilnya nanti adalah embryo.ย 

.

.

FAKTA BERKENAAN WAKTU SUBUR

.

.

Ovulation adalah proses dimana telur yang dah matang dikeluarkan dari ovari.

.

Telur tersebut kemudian akan bergerak melalui fallopian tube dimana ia dah boleh disenyawakan.

ย 

Jika ada sperm didalam fallopian tube pada waktu tersebut, ada kemungkinan besar telur tersebut akan disenyawakan sekaligus menghasilkan embryo yang kemudiannya akan membesar menjadi janin.

.

Jadi, peluang untuk mengandung hanya boleh berlaku jika anda melakukan seks dalam tempoh ini.

.

Dalam tempoh 12 sehingga 24 jam selepas ovulation, pasangan anda tidak lagi boleh mengandung dalam tempoh kitaran haid tersebut kerana telur tidak lagi berada didalam fallopian tube.

.

Kalau anda melakukan seks dalam tempoh sebelum atau selepas fertile window, kemungkinan untuk mengandung adalah hampir kepada tiada.

.

.

Baca Juga : Faraj Wanita โ€“ Kenali Miss V Pasangan Anda

.

.

.

Apapun kalau anda memang bercadang untuk merancang kehamilan, jangan sandarkan kepada fakta ini semata-mata.

.

Adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan ubat atau alat perancang kehamilan yang sebaiknya.ย 

.

Baca Juga : 3 Cara Elak Kehamilan Walaupun Pancut Dalam

.

.

MACAM MANA NAK TAHU BILA OVULATING?

.

.

Bila anda ambil tahu akan waktu subur isteri anda, anda boleh merancang bila untuk melakukan seks supaya peluang untuk mengandung tersebut adalah lebih tinggi.

.

Anda boleh ingatkan pasangan anda untuk mencatat kitaran haidnya dimana-mana yang anda boleh sama-sama lihat dan pantau.

.

Untuk mengira tempoh kitaran haid, catat hari pertama pasangan anda โ€œkeluar darahโ€ dan tandakan ia sebagai hari pertama.

.

Hari terakhir pula adalah hari sebelum pasangan anda โ€œkeluar darahโ€ yang seterusnya.

ย 

.

APA BEZA KITARAN HAID DAN PERIOD?

.

.

Kitaran haid (menstrual cycle) adalah kiraan hari atau tempoh selepas pasangan anda period (atau mesntruate).ย 

.

Period pula adalah sewaktu โ€œkeluar darahโ€ isteri anda.

.

Sebuah kitaran haid akan dikira normal jika ia dalam tempoh 21 ke 35 hari.ย 

.

Kitaran ini akan berbeza diantara setiap wanita dan juga diantara setiap kitaran.

.

Jika pasangan anda mempunyai kitaran haid yang berbeza setiap bulan, anda boleh kirakan purata kitaran haid pasangan anda.

.

Untuk mengiranya, ambil purata daripada 3 bulan berturut-turut. Tambah kesemua hari dalam kitaran haid ketiga-tiga bulan ini dan bahagikan dengan tiga.

.

.

CARA MENGENAL PASTI WAKTU SUBUR ISTERI ANDA

.

.

Bila anda dah tahu kitaran haid isteri anda, lebih mudah untuk anda ketahui bila waktu subur isteri anda.

.

Ovulation akan bermula sekitar 14 hari sebelum period.

.

Contoh:

  • Jika kitaran haid = 28 hari, maka hari ke-14 adalah hari pasangan anda ovulate dan hari ke-12, 13 dan 14 adalah hari paling subur.
  • Jika kitaran haid = 35 hari, maka hari ke-21 adalah hari pasangan anda ovulate dan hari ke-19, 20 dan 21 adalah hari paling subur.
  • Jika kitaran haid = 21 hari, maka hari ke-7 adalah hari pasangan anda ovulate dan hari ke-5, 6 dan 7 adalah hari paling subur.

.

Waktu subur isteri anda adalah 3 hari sebelum dan termasuk hari ovulation berlaku.

.

Namun, ada sesetengah wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu. Jadi, cara terbaik jika anda tak dapat cari puratanya, anda boleh melakukan seks setiap 2-3 hari.

.

.

CARA LAIN MENENTUKAN WAKTU SUBUR ISTERI ANDA

.

.

Canggih tak canggih dunia sekarang ni, semuanya dah disediakan dan dipermudahkan untuk anda.

.

Sekarang ini ada ovulation calculator yang boleh membantu anda untuk mengira waktu subur isteri.

.

Hasil kiraan ini akan menjadi penanda kepada hari paling subur isteri anda dan peluang untuk mengandung juga akan menjadi lebih tinggi.

.

.

.

.

Ia juga boleh digunak untuk mengira due date isteri anda jika isteri anda mengandung pada waktu subur isteri anda yang seterusnya.

.

Cara lain yang boleh digunakan untuk menentukan bila isteri anda ovulationg:

.

.

1. Perhatikan perubahan pada vaginal mucus

.

.

Beberapa hari sebelum ovulation, isteri anda akan perasan padaย  vaginal mucus akan menjadi lebih jernih, likat dan licin serta kelihatan seperti putih telur.

.

Ini merupakan petanda yang ovulation bakal berlaku. Jadi, ia merupakan masa terbaik untuk melakukan seks kerana sperm boleh bergerak dengan lebih mudah dalam mucus.

.

.

2. Gunakan ovulation predictor kit

.

.

Pasangan anda boleh gunakan predictor kit daripada supermarket atau farmasi untuk test air kencing untuk sebarang tanda ovulation.

.

Jika test dilakukan beberapa hari sebelum hari dijangka ovulation, keputusan positif akan keluar yang bermaksud dalam tempoh 24 ke 36 jam adalah masa ovulation akan berlaku.

.

.

3. Dapatkan masa yang paling tepat

.

.

Jika anda mencari waktu subur yang paling tepat untuk pastikan isteri anda mengandung, Dr. Karin Hammarberg ada menerangkan cara yang anda boleh cuba.

.

Melakukan seks paling dekat dengan waktu ovulation akan meningkatkan peluang untuk mengandung.

.

Jika anda dan pasangan melakukan seks sekitar 6 hari atau lebih daripada hari dijangka ovulate, peluang untuk pasangan anda mengandung hampir kepada kosong.

.

Jika anda melakukan seks 5 hari sebelum, peluang untuk pasangan anda mengandung adalah sekitar 10 peratus.

.

Bagi anda yang melakukan hubungan seksual dengan pasangan pada hari ovulation atau 2 hari sebelum, peluang untuk mengandung adalah sekitar 30 peratus.

.

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian berkenaan waktu subur isteri yang anda perlu tahu terpulang samada anda ingin meningkatkan peluang kehamilan atau mengurangkannya.

.

Semoga perkongsian kali ini berikan anda manfaat dan membantu anda untuk lebih memahami waktu subur isteri anda.

ย 

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Share
Que Segak

Self-proclaimed jejaka macho yang suka menulis dan berkongsi informasi bermanfaat supaya semua lelaki berjaya kekalkan "kejantanan"!