Cara Nikah di Thailand – Pakej Harga, Syarat, & Hukum Kahwin di Siam Menurut Syarak

A Hasan Hamdani

Hadi Idham

Nikah di Thailand dah jadi macam trend dalam kalangan rakyat Malaysia.

.

Ada banyak sebab yang membuatkan hal ini berlaku, antaranya ialah:

  • Perkahwinan tidak mendapat persetujuan keluarga
  • Mangsa penipuan
  • Mangsa ilmu hitam
  • Perkahwinan lelaki dengan isteri muda

.

Ditambah pula dengan kos dan prosedur yang jauh lebih mudah dan murah berbanding di Malaysia, maka tak hairanlah jika pakej nikah di Thailand menjadi pilihan.

.

Nikah di Thailand

.

Namun, ada beberapa perkara penting jika anda berkeinginan untuk nikah di Thailand yang perlu anda tahu.

.

Buat masa ini ada banyak sangat sindiket-sindiket palsu yang meraih untung dengan mengambil kesempatan di atas kesempitan pasangan yang ingin bernikah.

.

Modus operandi mereka sangat mudah iaitu dengan menawarkan pakej nikah yang sangat murah.

.

Nikah di Thailand

.

Bagi pasangan yang tidak mempunyai ilmu, informasi dan saluran betul berkenaan nikah di Thailand, akan mudah untuk tertipu dengan tawaran ini.

.

Masalah yang akan berlaku adalah apabila hendak mendaftar di Malaysia nanti dimana surat nikah Thailand dan surat dari Konsulat Malaysia adalah palsu dan tidak boleh untuk didaftarkan.

.

Sia-sia sahaja nanti dan anda akan berdepan dengan kesukaran di kemudian hari.

.

Jadi, dalam perkongsian kali ini kami akan kongsikan dengan anda cara nikah di Thailand yang anda perlu tahu. Jom baca!

.

.

.

.

**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

.

Cara Nikah di Thailand

.

Nikah di Thailand

.

Ada beberapa sahaja Majlis Agama Islam di Selatan Thailand yang mendapat pengikitrafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menguruskan perkahwinan bagi pasangan dari Malaysia.

.

Majlis Agama Islam tersebut adalah:

  • Satun
  • Songkhla
  • Pattani
  • Narathiwat
  • Yala
  • Phattalung

.

Pengiktirafan ini diberikan berdasarkan kata sepakat dan persetujuan bersama yang dimeterai oleh kedua-dua buah negara.

.

Pernikahan tersebut hanya dibenarkan berlangsung di pejabat Majlis Agama Islam enam wilayah tersebut sahaja dan tidak boleh dilakukan di cawangan lain.

.

Secara umumnya pasangan akan dibawa ke Majlis Agama Islam dan perkahwinan akan terus dilangsungkan apabila tiba disana.

.

Biasanya dalam tempoh tak lebih dari 2 jam selepas perkahwinan, anda akan menerima surat nikah dan surat pengesahan nikah.

.

.

Kemudiannya pasangan akan dibawa untuk memohon surat pengesahan nikah daripada Konsulat Malaysia.

.

Selesai urusan tersebut, biasanya pasangan akan dibawa bersiar-siar di kawasan sekitar atau boleh memilih untuk melakukan aktiviti sendiri.

.

Baca Juga : Cara Pecahkan Dara – Jom Puas Tanpa Buat si Dia Sakit

.

Keesokan harinya, pasangan akan dijemput untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

.

Surat pengesahan nikah di Thailand ni adalah penting untuk anda mendaftar nikah di Malaysia nanti.

.

.

Apa Yang Perlu Dibawa Untuk Nikah di Thailand

.

Nikah di Thailand

.

Bagi pasangan yang ingin nikah di Thailand, dokumen yang anda perlukan adalah:

  • Kad pengenalan
  • Pasport atau pas sempadan
  • Bagi mereka yang memegang status janda, perlu dibawa bersama surat cerai atau surat kematian suami salinan asal
  • Pastikan juga anda mempunyai alat untuk merakam proses akad nikah anda

.

.

Pakej Harga Nikah di Thailand

.

Nikah di Thailand

.

Harga bagi pakej nikah di Thailand biasanya adalah sekitar RM1800-RM2500.

.

Pakej ini termasuklah pengangkutan pergi balik dan juga pengangkutan semasa berada disana.

.

Selain itu, ia juga turut merangkumi bayaran:

  • Kepada kadi dan saksi
  • Pengeluaran sijil nikah
  • Pengesahan sijil nikah, surat pengesahan dan fotostat dokumen oleh Majlis Agama Islam
  • Kepada Konsulat Malaysia
  • Fotostat dokumen untuk Konsul Malaysia
  • Makan dan minum

.

Biasanya ada juga pakej yang menawarkan bersiar-siar buat pasangan yang baru nikah di Thailand sementara menunggu surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.

.

Jadi, biasanya pihak yang menawarkan pakej nikah Thailand akan mencadangkan pasangan untuk memilih tarikh dua hari bekerja untuk memudahkan lagi urusan.

.

Selain daripada surat pengesahan nikah Konsulat Malaysia, pasangan juga perlukan surat nikah dan surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam di sana.

.

.

Hukum Nikah di Thailand

.

.

Berdasarkan  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hukum nikah di Thailand adalah sah dengan 4 syarat:

.

1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah

.

.

Rukun nikah perlulah:

  • Ada pengantin lelaki (calon suami)
  • Ada pengantin perempuan (calon isteri)
  • Adanya wali
  • Ada dua orang saksi lelaki
  • Ijab dan qabul iaitu akad nikah

.

Baca Juga : Tanggungjawab Suami – Apa Sebenarnya Tugas Anda Sebagai Suami?

.

2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah

.

Nikah di Thailand

.

Dua marhalah adalah ukuran jarak yang lebih kurang 28 batu atau 45.06 kilometer.

.

Jadi, dua marhalah adalah sekitar 85 kilometer ke 90 kilometer atau bersamaan dengan 56 batu.

.

3. Keputusan mahkamah

.

.

Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.

.

4. Wali hakim

.

Nikah di Thailand

.

Nikah di Thailand tersebut dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah berkenaan dan juga berlakunya akad nikah di wilayah berkenaan.

.

Akad nikah ini akan dilakukan oleh wali hakim tersebut.

.

.

Syarat ini sebenarnya hasil daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-52 pada 1 Julai 2002.

.

Ia telah membincangkan perkahwinan lari meninggalkan wali lebih dari dua marhalah menurut mazhab Syafie.

.

Hasil dari muzakarah ini, ulama bersepakat untuk memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah.

.

.

.

.

Denda Nikah di Thailand

.

.

Selepas selesai urusan nikah di siam, pasangan perlu hadir ke:

  • Mahkamah Rendah Syariah bagi pernikahan pertama
  • Mahkamah Tinggi Syariah bagi kes poligami

.

Hal ini adalah bagi tujuan proses pendaftaran nikah di Malaysia dan juga untuk urusan pengesahan nikah luar negara.

.

Pasangan akan melalui proses perbicaraan terlebih dahulu dan apabila selesai semuanya, mahkamah akan mengeluarkan surat perintah untuk tujuan pendaftaran.

.

Perintah mahkamah ini perlu dibawa ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk tujuan pendaftaran.

.

Jangan dilupakan semua dokumen asal yang dibawa sewaktu nikah di siam.

.

Satu lagi perkara yang perlu diketahui oleh kesemua pasangan yang bernikah di Thailand, anda akan dikenakan denda.

.

Nikah di Thailand

.

Denda bergantung kepada pihak pendakwaan dan juga atas budi bicara dari pihak hakim.

.

Denda yang dikenakan adalah:

  • Bagi kes perkahwinan pertama adalah sekitar RM300-RM700 seorang
  • Bagi kes poligami pula adalah sekitar RM700-RM1000 seorang

.

Baca Juga : Cara Poligami, Syarat & Hukumnya – Untuk Anda Yang Nak Kahwin 2, 3 atau 4

.

.

Kenapa Ada Pasangan Bernikah di Thailand?

.

Nikah di Thailand

.

Biasanya ia berlaku kerana wali enggan untuk menikahkan pasangan.

.

Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh ada perselisihan faham diantara wali dan anaknya.

.

Jadi, pasangan boleh dinikahkan dengan menggunakan wali hakim namun perlulah mematuhi syarat: 

.

1. Daripada Aisyah r.a, Nabi S.A.W bersabda:

.

“Jika mereka berselisih, maka Sultan atau Rajalah wali bagi orang tidak ada wali.” (Riwayat Abu Daud, Ahmad dan At-Tirmizi).

.

.

2. Rasulullah S.A.W bersabda:

.

“Kalau datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka nikahkanlah ia. Jika kamu tidak melakukannya nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan yang besar.” (Riwayat At-Tirmizi).

.

.

Menurut undang-undang Malaysia, kes wali enggan perlu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk penyelesaian.

.

Jika tiada penyelesaian berjaya dipersetujui, maka dibolehkan untuk mendapatkan khidmat wali hakim.

.

.

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan cara nikah di Thailand yang anda perlu tahu.

.

Ia bukanlah satu proses yang rumit namun anda kena pastikan anda mendapat perkhidmatan daripada mereka yang tepat dan tidak di-scam oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain. Semoga bermanfaat!

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?