Kalau anda gemar minum kopi di kedai makan, mesti anda pernah nampak kopi-kopi yang tergantung dalam pek kecil.
.
Antara yang biasa digantung ialah kopi songkok.
.
Ada juga kopi-kopi yang lain, tetapi kopi jenis ini yang paling femes sekali.
.
Pilihan jenis kopi yang pelbagai ini anda hanya boleh lihat di kedai-kedai makan biasa atau kedai kampung.
.
.
Kopi songkok ni pun anda boleh jumpa dekat kedai-kedai mamak, atau pun bistro.
.
Kopi jenis ini biasanya berharga kurang daripada RM5 namun ia merupakan. diantara kopi yang menjadi idaman dan igauan kebanyakan lelaki.
.
Tak pelik kalau nak kata jenama kopi besar pun kalah dengan kopi songkok ni.
.
.
.
**Psst: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
Apa Sebenarnya Kopi Songkok Al Ambiak?
.
.
Kopi songkok merupakan salah satu daripada jenama kopi tempatan yang lebih kepada konsep “kopi kuat” atau kopi yang memberikan kesan sama seperti ubat kuat.
.
Ini lah sebabnya kenapa kopi ini lebih ‘hebat’ berbanding Itulah yang menjadikan ia lebih hebat daripada jenama-jenama besar.
.
Ada ke kopi jenama besar boleh claim lepas 30 minit minum, zakar anda akan keras terpacak? Tak ada kan?
.
.
Kesan luarbiasa terhadap zakar inilah yang menjadi tarikan utama kopi panggung al ambiak.
.
Kesan lain selain dari zakar anda mengeras tanpa dirangsang, anda juga akan:
- Mengalami degupan jantung yang semakin laju
- Tubuh badan anda jadi berpeluh
- Kepala anda akan mula berdenyut-denyut
.
Daripada kesan tersebut, anda rasa kopi songkok ini bagus atau tidak?
.
.
Bahan Dalam Kopi Songkok/ Kopi Panggung
.
.
Kopi jenis ini juga dikenali dengan nama kopi jantan atau kopi jantan tradisional.
.
Anda tahu tak apa sebenarnya yang ada dalam kopi songkok tersebut yang menyebabkan anda mengalami kesan-kesan seperti yang disebutkan?
.
Kalau anda memang dari awal lagi nak dapatkan zakar yang keras mencanak untuk hubungan seksual, kami sarankan anda untuk fikir dua tiga kali selepas ini.
.
Untuk pengetahuan anda, didalam kopi pangung al ambiak bahaya dan kopi seangkatan dengannya, terdapat bahan yang dikenali sebagai sildenafil.
.
Bahan ini sebenarnya termasuk dalam kategori bahan kawalan sebenarnya dan agak popular.
.
.
Ia merupakan dadah perangsang yang memang sangat popular dalam kalangan lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.
.
Contoh paling mudah untuk buat anda tahu produk apa yang menggunakan sildenafil adalah Viagra.
.
Walaupun ia dalam kategori dadah perangsang, ia bukanlah tidak boleh diambil terus kerana masih ada produk yang menggunakan bahan ini dan mendapat kelulusan daripada badan-badan kesihatan.
.
Cumanya anda tidak boleh mengambil sildenafil secara bebas dan anda mestilah mempunyai kebenaran daripada doktor.
.
By the way, Adi ada buat video minum kopi songkok. Jom tonton video tersebut dibawah.
.
.
.
Baca Juga : Ubat Mati Pucuk – Ini Rawatan Sebenar jika Anda Mengalami ED
.
.
Sildenafil – Bahaya Terhadap Jantung!
.
.
Untuk pengetahuan anda juga, dadah perangsang sildenafil ini juga merupakan bahan yang sangat merbahaya dan akan memberikan kesan yang sangat negatif terhadap jantung anda!
.
Ada suatu ketika dulu, kecoh didalam berita dimana seorang lelaki dari Barat yang terlebih dalam pengambilan viagra.
.
Apa yang berlaku kepada lelaki tersebut adalah zakarnya tegang seharian dari pagi sampai malam dan tidak menunjukkan tanda akan kembali lembik.
.
.
Ia merupakan kesilapan didalam pengambilan viagra oleh lelaki tersebut kerana sildenafil berupaya untuk membuatkan saluran darah didalam zakar terbuka luas dan membuatkan darah mengepam jantung secara berterusan kedalam zakar.
.
Proses pengepaman yang tidak terkawal dan berterusan ini sebenarnya membawa kesan yang tidak baik terhadap jantung.
.
Jika anda tidak bernasib baik, besar kemungkinan untuk anda mengalami tekanan jantung secara mengejut dan tekanan darah anda naik.
.
Ia seterusnya boleh membawa maut buat anda! Sildenafil pun tak baik untuk orang kencing manis tau bahaya!
.
Baca Juga : Cara Tingkatkan Kekerasan Zakar (Ereksi) – Awang Anda Perlu Keras!
.
.
Kopi Selain Kopi Songkok Selamat Ke?
.
.
Mudah jer untuk anda bezakan kopi kuat terbaik dan kopi berbahaya yang sama bahaya seperti kopi cap songkok (atau lebih bahaya lagi!).
.
Sebarang minuman yang mampu menyebabkan zakar anda terus mengeras secara tiba-tiba, ia sudah pastinya mengandungi sildenafil.
.
Ada beberapa jenis minuman segera seperti kopi songkok ini yang telah dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah diletakkan dalam kategori kopi songkok yang merbahaya untuk kesihatan.
.
Sebab utama kopi songkok original ini diletakkan dalam kategori, bahaya adalah kerana ia mengandungi:
- Sildenafil
- Tadalafil
- Verdalafil
- Sibutramine
.
Bahan-bahan ini boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.
.
.
Kami akan kongsikan dengan anda senarai kopi songkok dan kopi kuat yang berbahaya dibawah.
.
Selain daripada mengandungi bahan kawalan dan dadah perangsan, ia juga turut dicampurkan dengan bahan lain seperti racun yang digunakan sebagai perangsang seksual dan juga bahan pelangsing.
.
Kebanyakan kopi songkok ini dihasilkan dan juga dikilangkan secara haram di negara ini.
.
Kebanyakan produk ini dijual secara haram oleh peniaga warga asing.
.
Senarai kopi songkok ini adalah yang beracun dan telah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Faramasi KKM dan telah dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang.
.
.
Senarai Kopi Kuat Yang Berbahaya:
.
.
.
- Cafe Abang Yes
- Kopi Panggung Al-Ambiak
- Kopi Jantan Tradisional
- Extend Up Energy Drink,
- Extremen,
- Extrewomen,
- Goji Guarana,
- Goji Guarana Extra,
- Goji More,
- Goji Yumberry,
- Guara Cafe,
- HBW Ice Lemon Tea,
- Hotton Vitality Candy,
- Ie2 O,
- King Cappucino,
- Knight Cofee.
- Kolek Cafe Power Plus,
- Kopi Angguk,
- Kopi Asmara,
- Kopi Bagus AAA,
- Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
- Kopi Pahlawan,
- Kopi Super Angguk,
- Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
- Maca Max,
- Macagin Ginseng Candy,
- Mentalk Candy,
- Nexus MXP,
- Night Cafe,
- Red Energizer Candy For Men,
- Royal Beverage Maqrifatun,
- Sasanergy Drink,
- Trica Jus,
- Tri-Max,
- True SR,
- Vigor Candy,
- Vitca-F,
- Vitca-M,
- Winnie Beauty V1,
- XKL Sky Fruit Juice Premix.
.
.
Ada Ke Kopi Kuat Terbaik Yang Selamat?
.
.
Mungkin lepas anda baca berkenaan kopi songkok yang berbahaya, anda terus rasa macam semua kopi kuat ni tak selamat kan?
.
Jangan risau sebab ada jer lagi kopi kuat yang selamat untuk anda minum dan tak berikan kesan sampingan yang merbahaya terhadap kesihatan anda.
.
Apa yang anda kena berikan perhatian adalah jika kopi kuat tersebut claim ia mampu memberikan kesan positif terhadap kesihatan dan juga seksual anda, check samada ia mempunyai kelulusan KKM atau tidak.
.
Kemudian, dapatkan ia daripada pengedar yang sah sebab banyak sangat kopi kuat sebegini yang ditiru oleh pihak yang tak bertangunggjawab.
.
.
.
.
Senarai Kopi Kuat Terbaik
.
.
Kalau anda nak cari kopi kuat yang mempunyai kesan seperti kopi songkok, agak susah kerana ada beberapa jenama sahaja yang dikatakan lulus KKM.
.
1. Kopi Radix
.
.
Siapa yang tak kenal kopi dengan tagline “Mai secawan” ni kan?
.
Kopi Radix ini mengandungi:
- Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN) untuk tenaga dan kesuburan
- Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK) untuk masalah persendian
- Pokok Teja Lawang (KARMINATIF) untuk pengimbangan angin
- Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT) untuk menghilangkan keracunan
- Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF) untuk merawat sistem penghadaman
- Halban (IMUNITI) untuk menjaga stamina tubuh
- Larak Hutan (KARDIOTONIK) untuk memperbanyakkan susu ibu
.
.
2. Ali Cafe
.
.
Kopi Ali Cafe menggunkan dua bahan utama iaitu tongkat ali dan juga ginseng.
.
Tongkat ali dan ginseng memang dikenali sebagai bahan yang memberikan tenaga kepada penggunanya.
.
Kalau dah digabungkan kedua-duanya dalam satu kopi, memang confirm lain macam kesan dia.
.
.
3. Kopi Jantan
.
.
Kopi Jantan dirumus daripada 100% herba tradisional khusus untuk mengembalikan tenaga dalaman bagi yang ingin bergelar lelaki sejati.
.
Bahan utama yang digunakan didalamnya adalah:
- Tongkat ali
- Guarana
- Maca
.
Ia membantu dalam merawat dan memanjangkan tempoh ereksi zakar anda.
.
.
4. Agromas Kopi Tongkat Ali
.
.
Daripada anda mengambil kopi songkok yang dikatakan kopi terbaik hasil campuran bermacam-macam jenis bahan, lebih baik anda fokus pada satu bahan yang memang terbukti keberkesannya.
.
.
Tongkat ali dikatakan mampu untuk:
- Meningkatkan paras hormon testosterone dalam badan
- Merawat masalah hormon
- Merawat masalah kesuburan
- Mempunyai sebatian aktif anti malaria dan anti kanser
.
Baca Juga : Perbandingan 19 Produk Tongkat Ali – Review 2020, Mana yang Terbaik?
.
Walaupun kopi yang dikongsikan diatas dikatakan selamat, namun semuanya belum melalui ujian klinikal yang benar-benar membuktikan keberkesannya.
.
.
Tapi ada satu kopi yang paling selamat, dan terbukti berkesan.
.
Nak tahu apa kopi yang lebih power ni? Memperkenalkan..
.
.
5. Nu-Caffe Tongkat Ali
.
.
Ia menggunakan Physta® sebuah teknologi premium penghasilan ekstrak akar Tongkat Ali yang mudah larut, formulasi ini dipatenkan untuk mendapatkan komponen bioaktif yang sempurna.
.
Antara ramuan bioaktif ialah fenolik, tanin, molekul polisakarida yang tinggi, glikoprotein dan mucopolysaccharides.
.
Teknologi ini dipatentkan melalui kerjasama Kerajaan Malaysia dengan M.I.T. (Massachusetts Institute of Technology – USA).
.
Ia merupakan formulasi daripada Dr. Ismail Tambi yang merupakan pakar sakit tuan di Malaysia.
.
.
Rasanya itu sahaja perkongsian kami kali ini berkenaan kopi songkok dan bahayanya.
.
Selain itu, anda juga dah tahu senarai kopi yang berbahaya untuk kesihatan anda dan telah diharamkan oleh KKM.
.
Penting untuk anda tidak mudah terpengaruh dengan sebarang claim tidak berasas daripada mereka yang tidak bertanggungjawab.
.
Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan kesihatan lelaki.
.
.
Kami ingin menyajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi suami yang prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap ahli keluarga.
.
Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas.
.
.
Terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Semoga bermanfaat!
.
Assalamualaikum.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
DISCLAIMER / PENAFIAN
- Artikel ini ditulis perdasarkan pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili pendapat organisasi secara menyeluruh.
- Penulisan ini juga bukanlah untuk mempromosikan atau memburuk-burukkan produk tertentu. Sebaliknya hanyalah sebagai panduan dan penambahan ilmu para Suami di Malaysia untuk lebih peka akan kesihatan tubuh mereka.
- Kami tidak bertanggungjawab keatas sebarang kesilapan penulisan atau fakta.
- Jika ada pihak yang memerlukan sebarang pembetulan fakta & penambahan, sila emailkan ke [email protected]. Kami akan membuat pembetulan dengan segera.
- Kami bukan berniat untuk memburukkan sebarang produk ataupun servis, sebaliknya ingin memberikan fakta yang tepat & absah secara professional sejajar dengan keperluan suami di Malaysia masa kini.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
.
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.