Pernah dengar berkenaan cerita sumbang mahram?

.

Nafsu kadangkala tidak dapat dikawal dan ditambah pula dengan keimanan yang nipis, isu seperti sumbang mahram ini akan menjadi sangat sukar untuk dielakkan.

.

Dalam artikel kali ini, kami akan cuba untuk membuka mata dan fikiran anda berkenaan sumbang mahram yang merupakan diantara masalah sosial yang semakin kritikal dalam kalangan masyarakat.

.

Jom baca!

.

.

Apa Maksud Sumbang Mahram?

.

Sumbang Mahram

.

Sumbang mahram atau inses merupakan perbuatan zina yang dilakukan oleh individu yang mempunyai pertalian darah atau keturunan dengan mangsa.

.

Anda juga boleh simpulkan sumbang mahram ini sebagai satu hubungan yang mempunyai talian persaudaraan dan perkahwinan yang berlaku adalah tidak sah disisi undang-undang, adat dan agama.

.

Antara contoh paling mudah untuk anda faham adalah:

  • Mangsa dengan ibu atau bapa
  • Mangsa dengan adik beradik
  • Mangsa dengan ibu bapa saudara
  • Mangsa dengan datuk

.

Dari hukum syarak, ia merupakan satu dosa besar.

.

Baru-baru ini seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan pada Julai 2020, terdapat satu kes sumbang mahram di Malaysia yang melibatkan seorang lelaki berusia 57 tahun dengan cucu tiri berusia 11 tahun.

.

Perbuatan terkutuk ini telah dilakukan sebanyak tiga kali sejak 2016.

.

.

Mangsa yang bersekolah rendah tinggal bersama datuk dan nenek tirinya sejak ibu bapanya bercerai.

.

Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan telah direman selama tujuh hari untuk siasatan.

.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun serta sebatan.

.

.

Statistik Sumbang Mahram di Malaysia

.

Sumbang Mahram

.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Bukit Aman, negeri Johor dan Selangor mencatatkan kes sumbang mahram tertinggi di negara ini.

.

Statistik ini adalah dari tahun 2000 hingga Jun tahun 2001 iaitu masing-masing sebanyak 308 kes daripada keseluruhan 2,158 kes yang dilaporkan kepada polis.

.

Statistik bagi negeri lain pula adalah:

  • Sabah – 258 kes.
  • Perak – 197 kes
  • Kedah – 195
  • Pahang 164
  • Sarawak 136
  • Terengganu – 109 kes
  • Kelantan – 107
  • Negeri Sembilan – 102
  • Melaka – 101
  • Kuala Lumpur – 96
  • Pulau Pinang – 59
  • Perlis – 18

.

Namun, banyak juga kes yang tidak dilaporkan.

.

.

Punca Sumbang Mahram

.

.

a) Isteri Gagal Memenuhi Kehendak Suami

.

Sumbang Mahram

.

Isteri yang gagal memenuhi kehendak suami menjadi punca kepada berlakunya sumbang mahram.

.

Biasanya ia bukanlah salah isteri semata-mata.

.

Antara faktor yang menjadi masalah ini adalah waktu kerja suami isteri yang berbeza.

.

Hal ini menjadi punca kepada suami melampiaskan nafsu kepada anak mereka.

.

Kebanyakan isteri tahu akan hal ini namun mereka lebih rela suami mereka berlaku sedemikian daripada mereka mencari kepuasan diluar.

.

Mereka juga tak nak perkara ini diketahui oleh umum.

.

Baca Juga : Goda Suami – Tips Mudah Supaya Lelaki Anda Terpikat & Setuju Selalu!

.

.

b) Lemah Iman

.

.

Kebanyakan pelaku sumbang mahram mempunyai tahap iman yang lemah dan tidak mempunyai ilmu agama yang cukup.

.

Penghayatan agama yang lemah akan mendorong nafsu untuk menguasai akal fikiran dan menyebabkan kejadian sumbang mahram lebih mudah untuk berlaku.

.

Kelemahan ini juga akan membuatkan mereka lebih mudah untuk terpengaruh dengan pornografi dan membawa kepada masalah nafsu yang tidak terkawal.

.

Jalan mudah untuk mereka melampiaskan nafsu adalah pada ahli keluarga mereka sendiri.

.

Sebenarnya ada terlalu banyak bahaya akibat daripada ketagihan pornografi ini.

.

Sumbang mahram hanyalah salah satu daripadanya.

.

Baca Juga : Melancap (Onani) – Betul ke Bahaya? Anda Perlu Tahu Kebaikan & Keburukannya

.

.

c) Batas Pergaulan

.

.

Saudara rapat yang duduk berdua-duaan di tempat sunyi juga akan membawa kepada masalah sumbang mahram.

.

Ditambah pula dengan keduanya tidak menghiraukan larangan agama.

.

Selain itu, cara pakaian yang menjolok mata terutamanya ketika berada dirumah pastinya akan menaikkan nafsu mata yang memandang.

.

Batas pergaulan yang sudah melampaui had-had yang dianjurkan menyebabkan nafsu semakin sukar dikawal.

.

Jika ada pula masalah kewangan dan masalah keluarga yang porak peranda, pasti akan lebih tinggi risiko untuk masalah ini berlaku.

.

.

d) Tidak Mengikut Ajaran Islam

.

.

Pendidikan agama yang kurang juga akan membawa kepada masalah sumbang mahram.

.

Sebagai contoh, didalam Islam, perlu wujud pengasingan bilik diantara anak lelaki dan anak perempuan dewasa.

.

Anak-anak ini tidak boleh dibiarkan tidur dalam satu bilik yang sama.

.

Islam mensyariatkan agar tempat tidur ini dipisahkan semenjak anak-anak berusia 7 tahun.

.

Anak-anak juga perlu diajar untuk meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk kedalam bilik ibubapa.

.

Batas pergaulan diantara anak perempuan dan bapa juga perlu dijaga kerana kebanyakan keluarga moden menganggap ciuman dan pelukan anak perempuan dewasa dengan bapa adalah sesuatu yang biasa.

.

.

e) Keruntuhan Institusi Keluarga

.

Sumbang Mahram

.

Faktor seperti penceraian juga turut menjadi punca kepada masalah sumbang mahram ini.

.

Bapa tiri atau adik beradik tiri yang tidak mempunyai tahap keimanan dan pegangan agama yang tinggi biasanya tidak kisah akan hal-hal sumbang mahram ini.

.

Begitu juga halnya bagi ibubapa yang tidak berkahwin semula, dimana hilang ketua untuk memantau pergaulan anak-anak dirumah.

.

Ia akan diburukkan lagi jika batas pergaulan dan pemakaian tidak dijaga.

.

Baca Juga : Cerai – Jika Isteri Minta Cerai, Ini Prosedur, Hukum, Borang & Proses Cerai Taklik

.

.

f) Tidak Menutup Aurat Yang Sepatutnya Ketika Di Rumah

.

.

Walaupun mempunyai pertalian, agak mustahil untuk mengelakkan daripada fikiran dikuasai nafsu jika melihat anak perempuan tidak menutup aurat dengan sepatutnya ketika berada dirumah.

.

Ditambah pula dengan faktor-faktor lain yang wujud, maka potensi untuk berlaku kes sumbang mahram akan menjadi lebih tinggi.

.

.

g) Pengaruh Video Pornografi

.

.

Zaman sekarang ini teknologi semakin canggih, segala apa yang kita fikirkan boleh sahaja di dapati di enjin carian di internet.

.

Banyak laman web yang menayangkan video-video lucah mudah sahaja untuk dicapai oleh pengguna.

.

Pelbagai jenis genre-genre yang mengarut yang boleh mereka depat. Ada antara genre tersebut yang memaparkan adegan seksual antara ibu dan anak lelaki, ayah dan anak perempuan, juga antara adik beradik.

.

Genre yang mengarut sebegini juga mendapat sambutan yang menggalakkan oleh para penonton.

.

Akhirnya, pengaruh dari video berunsur pornografi sebegini lah yang menjadi punca utama kenapa seseorang itu mempunyai keinginan seksual terhadap ahli keluarga sendiri.

.

.

Kesan Sumbang Mahram Terhadap Mangsa

.

.

Kesan negatif yang akan dialami oleh mangsa biasanya sukar untuk diubati sehingga dewasa.

.

Antara kesan-kesan negatif tersebut adalah:

  • Hilang kepercayaan kepada orang lain
  • Takut untuk melakukan hubungan seksual apabila berkahwin nanti
  • Mengalami masalah kemurungan
  • Tekanan sehingga rasa ingin bunuh diri
  • Akan melakukan perkara yang akan merosakkan diri sendiri
  • Keyakinan diri yang rendah, rasa bersalah dan rasa marah yang berlebihan
  • Rasa seperti dipinggirkan oleh masyarakat atau keluarga
  • Mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah
  • Mengalami masalah personaliti

.

Kesan ini akan memberikan pengalaman yang buruk buat keluarga tanpa mendapat rawatan yang sewajarnya boleh menyebabkan masalah seperti Post Traumatic Disorder (PSTD).

.

Ia bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan mental, malah kesihatan fizikal juga akan turut terjejas.

.

Kebanyakan mangsa tidak berkongsi akan masalah ini dengan sesiapa sehinggakan ia memakan diri mereka.

.

Namun, bagi mereka yang melaporkan, akan timbul isu lain yang akan membuatkan mereka berasa takut seperti risiko kehamilan atau bimbang akan berlaku kehamilan.

.

Mereka juga akan berasa tertekan kerana mereka tahu perbuatan tersebut adalah salah disisi agama dan risau jika ia diketahui oleh orang lain.

.

.

Kesimpulan

.

.

Adalah sangat penting untuk semua pihak memainkan peranan mereka bagi memastikan masalah sumbang mahram ini dapat dielakkan.

.

Dari segi individu, cubalah untuk mengelakkan perbuatan seperti beronani, menonton pornografi dan juga berpakaian sopan sekalipun berada dirumah.

.

Bagi ibubapa yang bercerai dan berkahwin lain, jangan terlalu yakin dengan pasangan anda kerana ada kemungkinan pasangan anda mempunyai nafsu terhadap anak-anak anda.

.

Jika bukan pasangan anda sekalipun, ahli keluarga pasangan anda mungkin berfikiran kotor.

.

Belajarlah ilmu agama dan rajinkanlah diri untuk menunaikan ibadah wajib supaya iman kita akan kekal terpelihara dan supaya terpelihara juga diri kita daripada melakukan maksiat.

.

Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan sumbang mahram dan kenapa ada segelintir yang bernafsu songsang seperti ini.

.

Diharapkan perkongsian kali ini berjaya membuka mata dan fikiran anda supaya lebih peka terhadap masalah sumbang mahram.

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best.

Your Cart