Tekanan untuk kelihatan “sempurna” bukan lagi hanya dirasai oleh wanita. Lelaki juga terkesan. Isu saiz dan rupa bentuk zakar yang membengkok dan tidak menarik menjadi punca ramai lelaki di Malaysia mula berminat dengan suntikan filler zakar.
Logiknya, ramai lelaki yang mencari jalan pintas untuk membesarkan zakar (girth) menggunakan kaedah estetik seperti dermal filler.
“Kalau aku buat filler ni, mesti batang nampak lagi tebal. Baru bini rasa penuh. Baru dia tak pandang lelaki lain. Tapi, berdosa ke?”
Kami di SuamiSihat mendengar keluhan ini hampir setiap minggu dari pesakit yang datang ke klinik kami.
Niat anda memang murni, iaitu untuk membahagiakan isteri dan menyempurnakan nafkah batin. Akan tetapi, sebagai seorang Muslim dan suami yang bertanggungjawab, anda perlu faham garisan halus antara perubatan (rawatan) dan kosmetik (estetik).

Ringkasan Filler Pada Zakar

Filler zakar ialah prosedur estetik klinikal yang menggunakan dermal filler berasaskan asid hyaluronik (HA) atau polikaprolakton (PCL) untuk menambah isi padu pada batang zakar, khususnya dari segi lilitan, bukan panjang.
Ia bukan air tetapi gel medikal berketumpatan tinggi yang direka untuk kekal stabil dalam tisu lembut. Prosedur dilakukan dengan menyuntik filler ke dalam lapisan subcutaneous pada shaft, iaitu ruang di antara kulit dan tunica albuginea, menggunakan teknik linear threading atau fanning bagi mendapatkan bentuk yang sekata dan semula jadi.
Hasilnya boleh bertahan 12–24 bulan bergantung kepada jenis bahan dan metabolisme individu. Ia tetap membawa risiko seperti ketulan, migrasi filler, jangkitan, serta perubahan saiz zakar jika teknik tidak tepat
Jika tersilap langkah, bukan sahaja berdosa mengubah ciptaan Allah, malah anda berisiko kehilangan fungsi zakar sepenuhnya. Bayangkan, rumahtangga yang anda cuba selamatkan akhirnya hancur kerana anda sendiri menjadi mati pucuk akibat prosedur yang salah. Isteri mungkin tawar hati bukan sebab saiz, tapi sebab suami kemurungan, sakit berpanjangan, dan akhirnya rumahtangga berantakan walaupun harta benda cukup lengkap.
Hukum Suntikan Filler : Syarak & Fatwa
Sebelum kita pergi ke sudut klinikal, mari kita luruskan bab agama. Apa sebenarnya hukum suntikan filler dalam Islam?
Merujuk kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan sumber autoriti agama tempatan, hukum asal melakukan sebarang prosedur yang mengubah bentuk fizikal manusia (termasuk wajah atau tubuh badan) adalah HARAM jika ia dilakukan semata-mata untuk tujuan kecantikan (tahsin) atau mengikut trend.
Ini bersandarkan kepada larangan mengubah ciptaan Allah (Taghyir Khalq Allah).
Namun, hukum boleh berubah menjadi HARUS (Dibenarkan) jika memenuhi syarat Dharurat atau Hajah (Keperluan Perubatan), contohnya:
1. Memperbaiki Kecacatan: Jika zakar mengalami kemalangan, zakar bengkok yang teruk (Peyronie’s disease) sehingga menghalang persetubuhan, atau kecacatan sejak lahir.
2. Mengembalikan Fungsi: Jika prosedur itu perlu untuk mengembalikan fungsi asal alat sulit, bukan untuk menambah-nambah apa yang sudah normal.
Sebaliknya, jika anda mempunyai zakar yang normal dan berfungsi, tetapi mahu menyuntik filler semata-mata untuk kelihatan lebih “jantan”, lebih tebal, atau untuk memuaskan ego, hukumnya jatuh kepada Haram.
Seperti yang dilaporkan oleh Kosmo! memetik pandangan pendakwah bebas:
“Rawatan suntikan filler… jika dilakukan bagi tujuan kecantikan adalah haram. Ia termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah SWT yang dilaknat.” — Kosmo Digital
Jelas di sini, Islam mementingkan kesihatan dan menolak kemudharatan.
Logik Di Sebalik Trend Filler Zakar
Kenapa lelaki sanggup ambil risiko ini? Logiknya mudah, penambahan ukur lilit (girth). Lelaki nak pasangan mereka rasa “penuh” tatkala zakar mereka dikemut oleh faraj pasangan mereka.
Boleh jadi, sampai putih mata pasangan anda.
Lelaki sering dimomokkan bahawa “kepuasan wanita bergantung pada saiz”. Secara anatomi, suntikan filler (biasanya Hyaluronic Acid atau HA) di bawah kulit zakar memang boleh menambah ketebalan serta-merta tanpa pembedahan invasif.
Ia dianggap jalan pintas berbanding cara besarkan zakar secara semula jadi yang memakan masa.
Namun, adakah jalan pintas ini berbaloi dengan risikonya?
Baca : Hukum Pakai Bearing Pada Zakar Dalam ISLAM
Risiko Suntikan Filler Zakar
Jangan terpedaya dengan iklan “tanpa kesan sampingan”. Kawasan zakar adalah organ yang sangat vaskular (banyak pembuluh darah).

i. Nekrosis (Kematian Tisu)
Jika jarum tersuntik ke dalam pembuluh darah, ia boleh menyekat aliran darah. Akibatnya, kulit zakar menjadi bengkak, hitam dan mati.
ii. Granuloma (Berbiji-biji)
Filler boleh bergumpal, menyebabkan zakar kelihatan benjol, tidak rata, dan hodoh. Ini bukan sahaja memalukan, malah menyakitkan isteri ketika anda mendayung.
iii. Jangkitan Kuman
Risiko jangkitan kuman yang serius yang boleh menyebabkan zakar bengkak dan bernanah jika prosedur dilakukan oleh individu yang tidak bertauliah menggunakan peralatan yang kurang bersih.
iv. Disfungsi Seksual
Dalam beberapa kes yang mengerikan, ia boleh merosakkan saraf sensitif dan menyebabkan anda hilang nikmat atau susah nak tahan lama sewaktu bersenggama dengan isteri.
Kelebihan Suntikan Filler Zakar
Secara klinikal, jika dilakukan oleh doktor pakar yang bertauliah (untuk kes reconstructive):
- Tiada pembedahan besar.
- Prosedur cepat (kurang 1 jam)
- Peningkatan ukur lilit yang serta-merta.
Namun, ingatlah bahawa di Malaysia, majoriti yang menawarkan servis ini secara “senyap-senyap” bukanlah doktor pakar, tetapi juru kecantikan tidak bertauliah dan tidak sah.
Kos Suntikan Filler Zakar
Kos prosedur ini bukan murah.
Klinik Estetik Berdaftar: RM3,000 hingga RM20,000 bergantung pada jenis filler (HA) & jumlah mililiter (ml) yang digunakan.
Servis Haram: Serendah RM500, tetapi selalunya menggunakan silikon industri atau minyak yang sangat berbahaya.
Adakah anda sanggup gadaikan “aset” paling berharga demi jimat beberapa ribu ringgit? Kos merawat komplikasi silikon cair boleh mencecah puluhan ribu ringgit!
Ketahanan Filler Zakar
Suntikan filler bukanlah kekal selamanya.
Filler Hyaluronic Acid (HA): Badan akan menyerap semula bahan ini. Ia hanya bertahan 12 hingga 18 bulan. Anda perlu suntik semula (kos berulang).
Filler Kekal (Silikon/Biopolimer): Ini yang bahaya. Ia tidak diserap badan, tetapi boleh “bergerak” (migration) ke bahagian sakit buah zakar atau pangkal paha, menyebabkan radang kronik seumur hidup.
Kesan Jangka Panjang Filler Zakar
Fikirkan 5 atau 10 tahun akan datang. Bahan asing yang disuntik boleh menyebabkan fibrosis (parut dalaman). Zakar akan menjadi keras secara tidak normal tetapi tidak berfungsi untuk ereksi.
Dalam konteks sosial di Malaysia, kami melihat corak yang menyedihkan:
- Suami menyesal kerana bentuk zakar jadi pelik.
- Isteri menolak untuk bersama kerana sakit atau geli dengan tekstur zakar yang berbenjol.
- Berlaku krisis keyakinan diri yang membawa kepada tanda testosteron rendah akibat stres.
- Akhirnya, penceraian berlaku bukan sebab “tak cukup besar”, tapi sebab “dah tak boleh guna”.

1. Adakah suntikan filler membatalkan air sembahyang?
Tidak, suntikan itu sendiri tidak membatalkan wuduk. Namun, isunya adalah pada bahan yang digunakan. Jika bahan tersebut najis (seperti lemak babi) atau memudharatkan tubuh, maka penggunaannya adalah haram dan berdosa, walaupun solat sah dari segi rukun (tetapi tidak diberkati).
2. Boleh ke buat filler untuk rawat masalah cepat pancut?
Ada teori mengatakan filler boleh menebalkan kulit dan kurangkan sensitiviti. Namun, ia bukan rawatan utama (gold standard). Masalah cepat pancut sebaiknya dirawat dengan terapi tingkah laku atau ubat-ubatan klinikal yang lebih selamat dan murah.
3. Saya dah terbuat filler dan menyesal, apa perlu buat?
Wajib bertaubat dan segera jumpa doktor pakar urologi. Jika filler jenis HA, ia boleh dilarutkan dengan enzim Hyaluronidase. Jika jenis silikon kekal, pembedahan mungkin diperlukan untuk membuang bahan asing tersebut bagi mengelakkan tanda jangkitan kelamin atau komplikasi lebih buruk.
Pihak berkuasa kesihatan dan agama senada dalam hal ini. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
“Hukum suntikan pada wajah (atau tubuh) agar berbentuk tertentu… bagi tujuan kecantikan adalah haram. Adapun jika ia bagi tujuan perubatan akibat kemalangan atau kecacatan, maka ia adalah harus.” — Mufti Wilayah Persekutuan
Rawatan Zakar Bengkok & Masalah Berkaitan
Kesimpulannya mudah. Jangan gadaikan hukum agama dan kesihatan tuan untuk prosedur suntikan filler yang penuh risiko ini. Jika tuan ada masalah struktur zakar, seperti zakar bengkok (Peyronie’s Disease) atau rasa saiz tidak normal akibat masalah kesihatan, jangan bertindak sendiri.

Kami faham kegusaran anda tentang prestasi dan rupa bentuk zakar.
Masalah zakar bengkok atau disfungsi ereksi – penyakit yang boleh dirawat secara klinikal, bukan kosmetik.
Kami tawarkan solusi seperti Rawatan Shockwave atau terapi PRP yang memulihkan tisu secara biologi, bukan menyuntik plastik.
Proses pemulihan yang sebenar mungkin ambil masa, tapi ia menjamin ketenangan hati dan kebahagiaan rumahtangga jangka panjang. Anda layak dapatkan yang terbaik dan selamat.
Jangan malu, jangan tunggu parah. Ayuh rawat dengan cara yang betul.
Sumber Rujukan :
- Kosmo! (2025) – Hukum suntik filler hingga muka jadi bentuk V
- American Urological Association – Peyronie’s Disease Guideline
- Portal e-Musykil (Mufti Selangor) – Hukum Pembedahan Plastik & Suntikan Kosmetik
- Kementerian Kesihatan Malaysia (MyHealth) – Bahaya Suntikan Kosmetik Tanpa Tauliah
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2024) – Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-599: Hukum Suntikan Pada Wajah
Penafian : Maklumat ini bukan pengganti konsultasi perubatan. Sila berjumpa doktor untuk diagnosis & pelan rawatan.




















