Pickupline – 50 Ayat Mengorat Terbaik & Baru (2024). Buat Si Dia Cair.

Adi Idham

Anda selalu tak guna ayat pickupline?

.

Pickupline adalah teknik memikat yang sering digunakan oleh generasi-generasi zaman sekarang dalam tujuan mencari jodoh, baik secara online mahupun online.

.

Kalau anda dah biasa guna ayat-ayat pickup line untuk mengorat, artikel ini bukan untuk anda. Boleh lah baca artikel kami yang lain disini nanti ye.

.

Kepada yang baru nak belajar mengorat tu, anda bernasib baik sebab harini kami nak senaraikan 50 ayat pickup line terbaik yang anda boleh guna untuk mengorat perempuan-perempuan diluar sana.

.

Jom baca!

.

.

.

.

Teknik Memikat Si Dia(Teknik Rahsia)

.

Couples

.

Dalam seni memikat, ada beberapa perkara atau teknik yang anda perlu mahirkan terlebih dahulu., barulah senang nak pikat si dia yang anda minat.

.

Dibawah ini merupakan perkara WAJIB yang anda perlu ikut, kalau tak saya jamin 99% mereka akan gagal memikat si dia. Sila ikut tips ini kalau anda dah tak nak hidup keseorangan lagi.

.

.

1. First Impression

.

First Impression

.

Ramai yang menganggap bahawa jodoh itu ibarat memancing ikan di tasik. Mana-mana ikan yang termakan umpan, itu lah juadah makan malam mereka. Mindset seperti ini salah sebenarnya. Bayangkan kalau ikat ditasik tersebut hanya, memakan umpan tertentu sahaja, sedangkan anda gunakan umpan yang salah, memang sangat sukar untuk anda dapat hasil memancing.

.

Sama juga seperti mengorat, anda kena pastikan waktu anda mengorat, anda dah bersedia untuk tunjukkan segala kelebihan, kecantikan, atau keistimewaan yang ada pada diri anda. Contohnya pakaian yang smart/cantik, pakai wangi-wangian, tunjukkan penampilan yang fresh look, dan kemas.

.

Step ini sangat penting, anda bukan memancing ikan untuk makan malam ini tau, tapi anda sedang memikat bakal pasangan yang akan anda habiskan masa seumur hidup. Gunakan semua kelebihan anda untuk first impression ni, barulah cinta pandangan pertama namanya.

.

.

2. Sekufu

.

Pasangan Sekufu

.

Kalau anda biasa dengar tips cari jodoh daripada orang-orang tua, masalah sekufu ni selalu sangat mereka bangkitkan. Walaupun zaman dah berubah, dan jurang seperti kasta, serta keturunan dah kurang relevan buat masa ini. Tetapi hal sekufu atau masih lagi penting.

.

Cuma zaman sekarang ini sekufu atau tidak itu diukur melalui tangga gaji, tahap kemewahan berbelanja, rupa/penampilan, dan lifestyle. Tak sekufu bukan bermakna tak ada jodoh, tetapi setiap orang kan ada preferences mereka sendiri betul tak? Kalau saya tanya anda, sudah tentu anda mahukan pasangan yang boleh serasi dari segala hal, dan yang boleh saling compliment segala kekurangan anda..

.

Point dia disini adalah, apa yang ada pada diri anda perlu sesuai dengan si dia. Jika anda berjawatan kerani dan bekerja office hour, cari si dia yang juga bekerja dalam waktu yang sama supaya senang, anda pulang si dia pun pulang. Jika anda jenis yang suka melancong, cari juga si dia yang suka berjalan, senang.

3. Personaliti – 

4. Pemilihan pickupline – 

Senarai Ayat Pickup Line

.

Ayat Pickup Line

.

Skill atau teknik memberi pickup line apa bila mengorat sudah menjadi kebiasaan dengan masyarakat kita sekarang ini.

.

Bukan senang tau nak mengorat ni, perlu banyak belajar teknik-teknik yang betul sebelum berjaya tambat hati si dia. Hihi

.

Kalau salah cara, orang yang anda nak pikat tu pun boleh turn off kalau ayat pickupline itu hambar dan cliché.

.

**PSST: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.

.

.

1. Panggil Baby

.

Panggil Baby

.
Selepas ini kalau ada perempuan tanya pasal nama anda, anda cakap je macam dekat bawah ni.

.

“Nama penuh awak apa ya?”

.

“Nama saya Alif Irfan, kalau nak panggil baby pun boleh”

.

Min syorkan anda guna pickup line yang pertama ini bila perempuan itu jenis yang boleh diajak bergurau.

.

Kalau dapat perempuan yang jenis tarik muka jenis malas nak layan, memang awkward lah kita dekat situ. Kahkah

.

.

2. Pergi Klinik

.

Sakit Mata

.

Pickupline yang kedua ni pula anda boleh guna pada bila-bila masa sahaja.

.

“Saya pergi klinik tadi, check mata”

.

“Kenapa dengan mata awak”

.

“Doktor kata dalam mata saya ada awak.”

.

Jangan tak tahu, pickupline yang simple macam ni, tapi jika anda guna pada masa yang sesuai pun boleh buat perempuan blushing.

.

.

3. Memabukkan / Menghayalkan

.

Drunk In love

.

Guna pickupline yang ketiga ni apabila anda dan si dia sedang berbual topik yang serius dan personal.

.

“Kawan-kawan saya semua dah ambik dadah, saya je tak.”

.

“Kenapa pulak?”

.

“Sebab awak dah cukup menghayalkan saya.”

.

Pandai-pandai lah anda pelbagaikan ayat supaya tidak bosan.

.

Contohnya perkataan ‘dadah’ itu anda boleh tukar ke perkataan ‘arak’ atau ‘laut’ untuk mengsimbolikkan perasaan mabuk bercinta, cewahh.

.

.

4. Lemau

.

Pizza

.

Bosan? Pickupline yang ni cukup lah untuk hilangkan bosan.

.

“Awak dah makan nasi?”

.

“Dah, saya kalau tak makan nasi sehari saya lemau.”

.

“Saya pun sama kalau tak ada awak.”

.

Tapi pastikan si dia memang baru lepas makan nasi ya, kalau tak pening jugak nak mikir nak jawap apa. Hahah

.

.

5. Hantar balik kampung

.

Balik Kampung

.

Haa pickupline yang ni sesuai sangat untuk pasangan yang tengah hangat bercinta ataupun pasangan yang dah berkahwin. 

.

“Kemas baju semua saya hantar awak dekat mak awak *nada marah* “

.

“Kenapa?!”

.

“Saya nak ucap terima kasih sebab dah lahirkan awak.”

.

Nak lagi sweet tambah lah puji-pujian dekat hujungan ayat kita.

.

‘..sebab dah lahirkan orang secantik awak’ atau ‘..sebab dah lahirkan orang sebaik awak’

.

Tak pernah tengok perempuan blushing? Guna pickupline ni.

.

.

6. Tolong ambikkan air

.

Coffee Addicted

.

Boleh guna pickupline yang ini dekat majlis kahwin, atau dinner syarikat ke, depends lah.

.

“Awak tolong ambikkan air tu.”

.

“Air mana satu?”

.

“Ala yang tu.”

.

“Ye la air apa?”

.

“I love you.”

.

Ataupun boleh cuba guna dekat akak cashier MCD yang cute-cute tu. Berdekah wei.

.

.

7. Ekonomi 1

.

Ekonomi

.

Pada student ekonomi, pickup line yang ini khas untuk anda, alang-alang tahun depan dah nak kerja ada plan nak terus kahwin ke kan, boleh lah cari bakal isteri sekarang.

.

“Awak nak tahu tak apa kelebihan import eksport yang sebenarnya?”

.

“Nak apa dia”

.

“Selain dapat memperluaskan pemasaran, ia juga dapat memperluaskan cinta saya pada awak”

.

.

8. Ekonomi 2

.

Save Money

.

Ingat ya, pickupline tak semestinya kena logikal dan penuh dengan fakta yang membosankan, asalkan ia masuk akal sudah cukup.

.

“Apa kebaikan peningkatan ekonomi negara?”

.

“Selain dapat menambah peluang pekerjaan kepada anak muda, saya juga boleh kumpul duit kahwin awak.”

.

.

9. Keluar malam

.

Night Vibe

.

Min sarankan kalau anda nak guna pickupline yang ini guna di awal perkenalan.

.

Kenapa min?

.

Sebab skill-skill mengorat ni bukan hanya kena bagi impression yang baik-baik sahaja, tapi termasuk macam kita menyusun ayat, itu pun penting juga.

.

“Awak memang suka keluar malam ke?”

.

“Tak lah mana ada.”

.

“Habis tu yang tiap2 malam datang dalam mimpi saya tu apa?”

.

Okay tak?

.

Next!

.

.

10. Tanya nama

.

Tanya Nama

.

“Nama penuh awak apa?”

.

“Arisya Binti Marzuki, kenapa ye tanya nama penuh?”

.

“Senang nak ingat masa hari pernikahan kita nanti.”

.

Biasanya ayat ni kebanyakkan orang guna bila nak mengusik perempuan sahaja.

.

Tapi tak tahu lah kalau anda memang good looking sangat-sangat kalau ada perempuan yang boleh cair dengan ayat ni.

.

Bak kata omputih, ‘Use at your own risk’

.

.

11. Tin sardin

.

Tin Sardin

.

Yang ni untuk abang-abang yang kerja Giant & Tesco boleh cuba.

.

“Apa beza awak dengan sardin, tahu tak?”

.

“Tak tahu apa beza dia.”

.

“Sardin dalam tin, awak dalam hati saya.”

.

.

12. Manis

.

Gula

.

Anda si suami mesti selalu sakat isteri anda kan?

.

Lepas ni bole cuba pickupline dekat bawah ni. Apalah salahnya sekali sekala puji isteri anda kan?

.

“Tolong pergi kedai beli gula boleh bang?”

.

“Tak yah lah beli gula dah.”

.

“Kenapa pulak?”

.

“Sebab awak pun dah cukup manis.”

.

Jangan tak tahu, satu pujian daripada anda boleh buat hati si dia berbunga-bunga sepanjang hari tau.

.

.

.

.

13. Dalam Doa

.

.

Nak ayat pickupline yang ala-ala islamik sikit?

.

Say no more.

.

“Sebenarnya nama awak ni macam selalu orang sebut lah.”

.

“Yeke dekat mana?”

.

“Dekat dalam setiap doa saya.”

.

Nah sesiapa yang rasa-rasa gentle nak jadikan wanita muslimah sebagai bakal isteri guna lah pickupline diatas.

.

.

14. Bintang

.

Bintang

.

“Kalau saya cabar awak kira bintang dekat atas tu boleh tak?”

.

“Tak boleh banyak sangat.”

.

“Betul tu, macam tu lah jumlah cinta saya pada awak.”

.

Pickupline ni sesuai untuk orang yang dah kahwin dan yang sedang bercinta, pun boleh juga.

.

Tapi jangan pula sengaja cari tempat gelap berdua-duaan semata-mata nak tengok bintang.

.

Jadi lain kot rasanya. Kahkah

.

.

15. Pickupline raya

.

Raya

.

Ingat tau keserasian penting bila nak bagi pickupline ni.

.

Guna lah pickupline ni waktu raya time tengah kacau dodol ke, makan dodol ke waktu open house, pepandai lah.

.

“Apa persamaan awak dengan dodol?”

.

“Apa?”

.

“Dua2 saya nak kacau”

.

.

16. I love you

.

I Love You

.

Jom kena kan crush anda dengan ayat macam dekat bawah ni.

.

Nasib lah kalau si dia pun memang sukakan anda memang beruntung lah jawabnya.

.

“Saya cinta awak dalam bahasa inggeris apa?”

.

“I love you?”

.

“I love you too.”

.

Sekali lagi, guna atas risiko anda sendiri.

.

.

17. Malam seram

.

Malam Seram

.

Apabila anda berbual dengan kenalan perempuan anda berkenaan perkara-perkara mistik yang pernah terjadi, selitkan sekali lawak pickupline macam dekat bawah ni.

.

“Dalam banyak-banyak malam malam apa yang paling seram?”

.

“Tak tahu lah malam apa tu?”

.

“Malam-malam I tanpa U.”

.

Pickupline yang muncul secara rawak entah dari mana seperti ini boleh menukarkan mood seram yang dibualkan tadi menjadikan keadaan lebih ceria, kelakar dan kurang menakutkan.

.

.

18. Teka teki baju paling cantik

.

Rumah Tangga

.

“Awak tahu tak dalam banyak2 baju baju apa yang paling cantik kalau awak pakai?”

.

“Baju apa tu, tak tahulah.”

.

“Baju nikah kita.”

.

Kebiasaannya ada beberapa riaksi yang wanita akan berikan bila anda memberi pickupline seperti ini.

.

Ada yang tersenyum lebar selebar-lebarnya.

.

Ada yang hanya tersengih sambil buat muka pelik.

.

Ada juga yang tak support langsung.

.

.

19. Perihal si cuka

.

Cuka

.

“Cuka rasa apa? Masam.”

.

“Tahu tak ada cuka yang manis.”

.

“Apa?”

.

“Saya cuka awak.”

.

Admin ada tanya kenalan perempuan admin, mereka suka ciri-ciri lelaki yang macam mana.

.

Kebanyakkan dari mereka menjawab, “Perempuan sebenarnya tak kisah pun lelaki tu handsome ke tak asalkan dia tak hambar”

.

Kalau anda jenis lelaki yang hambar, cepat-cepat lah belajar cara macam mana nak jadi kelakar ye.

.

.

20. Tak payah kerja

.

Suri Rumah

.

Nah, untuk anda yang nak ajak perempuan untuk berkahwin.

.

“Saya rasa awak tak sesuai lah buat kerja ni.”

.

“Habis tu saya nak kerja apa?”

.

“Tak yah kerja, jadi je suri rumah saya.”

.

Jangan bagi pickupline ni dekat orang yang tak dikenali, takut kena label gatal atau creeps je nanti.

.

.

21. Cinta itu satu jenayah

.

Cinta Itu Jenayah

.

“Saya tak suka buat jenayah sebab nanti kena tangkap.”

.

“Oooo”

.

“Tapi kalau mencintai awak satu jenayah, saya rela masuk penjara.”

.

Pickup line yang ni rare sikit, sesuai untuk dibuat bergurau. Jangan betul-betul dah lah ye…

.

.

22. Beza Lipan

.

Lipan

.

“Beza lipan dengan awak.”

.

“Lipan serangga saya manusia.”

.

“Salah, lipan kaki banyak, awak saya sayang banyak.”

.

Pickupline ini sesuai lah kalau anda kerja dekat zoo atau belajar dalambidang berkenaan hidupan dan binatang.

.

.

23. Teka teki matematik

.

Matematik

.

Ni pula lagi satu teka-teki pickupline untuk menghilangkan rasa bosan anda.

.

“1+1 berapa?”

.

“2.”

.

“Salah jawapannya 3.”

.

“mana datang satu lagi tu?”

.

“Satu lagi tu kan anak kita.”

.

Pickupline yang ni untuk pasangan suami isteri boleh lah rasanya, untuk pasangan bercinta belum sesuai lagi. Haha

.

.

25. Ambil Gambar

.

Photographer

.

Nah pada untuk photographer atau pada sesiapa yang kamera canggih tu, boleh lah cuba ye.

.

“Awak boleh tak kalau saya nak ambil gambar awak?”

.

“Boleh je tapi kenapa.”

.

“Sebab saya nak tunjuk dekat mak saya yang bidadari tu wujud.”

.

.

26. Makan-makan

.

Kenduri Kahwin

.

Rumah anda ada buat kenduri doa selamat?

.

Bagi pickupline ini dekat kawan perempuan korang.

.

“Hujung minggu ni saya ada buat makan-makan,”

.

“bawak lah mak ayah awak sekali.”

.

“Kenapa pulak kena bawak diorang?”

.

“Sebab senang kita bincang tarikh nikah kita.”

.

.

27. Jalan

.

Jalan Raya

.

Yang ni lawak, tapi sweet lah juga kalau menjadi kan.

.

“Boleh tak awak tunjukkan jalan nak pergi bank, lupa lah.”

.

“Kenapa boleh lupa pula?”

.

“Sebab dalam kepala saya skrg ni nampak jalan ke hati awak je.”

.

Cia cia cia

.

.

Baca Juga: Micropenis – Simptom, Rawatan & Kesan Masalah Zakar Kecil

.

.

28. Rumah dan tangga

.

Rumah Tangga

.

Kalau anda dah bekerja dan dah ada duit yang cukup nak berkahwin, cuba lah pickupline yang ni.

.

Mana tahu dalam diam ada yang sudah menaruh hati pada anda.

.

“Kalau ada orang nak bagi awak rumah, awak nak rumah yang baru ke yang buruk?”

.

“Mesti lah nak yang baru.”

.

“Ha kalau macam tu boleh lah kita mula bina rumahtangga kita.”

.

.

29. Mimpi

.

Mimpi Indah

.

Pickupline yang dekat bawah ni anda boleh guna kalau berani lah.

.

Boleh juga guna pada pasangan yang sedang bercinta.

.

“Tahu tak, ustaz cakap kalau kita mimpi seseorang maksudnya orang tu rindu dekat kita.”

.

“Haah pernah terdengar jugak ustaz cakap”

.

“Itu lah saya pelik, dalam seminggu ni asyik mimpi awak je.”

.

.

30. Permintaan

.

Permintaan

.

Pickupline yang ni unik sikit, sebab satu baris ayat sahaja.

.

Kalau awak diberi 3 permintaan, selain daripada saya apa lagi 2 permintaan awak nak?

.

Simple tapi power.

.

.

31. Handphone rosak

.

Repair Phone

.

Yang ni boleh boleh cuba dekat strangers.

.

Sesuai sangat kalau anda nak mengorat makwe customer service tak pun amoi kedai handphone.

.

“Awak, saya rasa phone saya rosak lah.”

.

“Kenapa apa yang rosak?”

.

“Sebab dari tadi saya cari nombor awak tak ada pun dalam ni.”

.

.

32. Kerja apa?

.

Pekerjaan

.

Ini lagi satu pickupline yang simple dan cute.

.

“Selain daripada jadi cantik, awak buat kerja apa lagi?”

.

Tapi kalau orang yang anda bagi pickupline tu memang jenis yang blurr dan slow rasanya tak jadi kot pickupline ni. Hahah

.

33. Museum

.

Museum

.

“Fuh rasa macam ada dekat museum seni lah.”

.

“Kenapa pulak awak?”

.

“Sebab cantik betul makhluk depan mata ni.”

.

Boleh bagi ayat pickupline yang ni bila anda baru sampai waktu nak dating, mesti dia happy.

.

.

34. Pandang pertama

.

.

Yang ni pun bagus juga kalau kita nak ajak orang kita suka tu bergurau senda.

.

“Awak percaya tak dekat cinta pandang pertama?

.

“Percaya.”

.

“Kejap saya patah balik.”

.

Pickupline ni kalau tak jadi pun boleh jadi bahan ketawa dengan si dia.

.

Okay lah kan dapat gelak-gelak, betul tak?

.

.

35. Berangan

.

Berangan Kahwin

.

Untuk sweet talker diluar sana. Ambil lah ayat ni tambah koleksi ayat mengorat anda.

.

“Sebenarnya kan, saya ni bukan jenis yang suka berangan sangat tau.”

.

“Yeke? Habis tu kenapa?”

.

“Tapi entah kenapa dari tadi saya asyik terbayang majlis pernikahan kita.”

 

36. Hati

.

Pencuri Hati

.

Pickupline yang ni sesuai kalau anda bekerja dekat hospital sebagai jururawat ataupun doktor.

.

“Awak saya rasa saya dah tak ada hati lah?”

.

“EH kenapa pulak?”

.

“Sebab awak dah ambik hati saya.”

.

.

37. Google

.

Google

.

Kalau berani, cuba lah guna pickupline yang ni dekat orang yang anda baru kenal.

.

Pastikan orang tu pun suka pada anda juga.

.

“Pernah tak orang cakap awak ni macam google.”

.

“Tak pernah kenapa?”

.

“Sebab awak ada semua yang saya cari selama ini.”

.

.

38. Impian

.

Follow Your Dreams

.

Tengah duduk-duduk dekat office tu, tiba-tiba ada office mate perempuan bangun nak pergi ambil dokumen.

.

Tanya dia nak pergi mana, kalau jauh dan perlukan pertolongan, cuba bagi ayat pickupline yang ni.

.

Boleh tak kalau saya nak ikut awak?”

.

“Boleh je tapi kenapa?”

.

“Sebab mak selalu suruh saya kejar impian saya.”

.

.

39. Pandang

.

Eye Contact

.

Haa yang ni agak universal sikit, nak mengorat, nak puji pasangan bercinta, nak puji isteri, pun boleh guna.

.

Berbeza dengan pickupline sakit mata yang atas tadi.

.

“Ada sesuatu yang tak kena la dengan mata saya.”

.

“Kenapa?”

.

“Sebab dari tadi tak beralih mata saya tengok awak”

.

Wanita memang sifatnya sukakan puji-pujian, apa salahnya puji sekali sekala.

.

.

40. Jatuh

.

Bidadari Dari Langit

.

Pickupline yang paling terbaik ialah apabila ianya muncul secara rawak dan tiba-tiba.

.

Orang yang selalu bagi pickupline kebiasaannya orang akan menganggap mereka ni sebagai individu yang acuh tak acuh.

.

Jadi setiap percakapannya akan dianggap sebagai gurauan semata-mata,

.

“Awak baru lepas jatuh ke tadi?”

.

“Tak ada lah kenapa pulak?”

.

“Sebab awak nampak macam bidadari baru jatuh dari langit je.”

.

.

41. Stokin

.

Stokin

.

Guna pickupline dekat bawah ni pada orang yang tak blurr atau slow ya. Takut tak jadi lah pula nanti. 

.

“Awak tahu kan sepasang stokin yang sama warna dan corak kita panggil sepadan kan?”

.

“Mestilah tahu, habis tu kenapa?”

.

“Walaupun kita ni bukan stokin, tapi saya rasa kita sepadan.”

.

.

42. Pembalut luka

.

Pembalut luka

.

“Awak ada pembalut luka tak?”

.

“Tak ada kenapa?”

.

“Sebab saya rasa saya dah jatuh cinta”

.

Ni pun boleh juga guna kalau anda nak jemput pasangan anda keluar date ke mana-mana.

.

.

43. Nama penuh apa?

.

Nama Penuh

.

Guna pickupline ni bila ada perempuan tanya nama penuh anda.

.

“Hi nama saya Jo.”

.

“Nama penuh apa?”

.

“Jodoh awak.”

.

.

44. Bintang

.

Tahi Bintang

.

Cuba hiburkan hati pasangan anda dengan ayat pickupline ni. Boleh juga guna untuk mengorat.

.

“Bintang cantik kan? Tapi tahu tak kenapa malam ni tak ada bintang?

.

“Cantik. Hm tak tahu lah awak, kenapa?”

.

“Sebab dia ada dekat sebelah saya ni”

.

.

45. Tak Boleh Duduk

.

Kerusi

.

Ayat pickupline yang ni sesuai kalau anda jenis yang suka bergurau dan mesra dengan orang ramai.

.

“Awak tak boleh duduk dekat situ”

.

“Kenapa pula?”

.

“Sebab dekat situ tak ada saya, meh duduk sini”

.

.

46. Toyol

.

Toyol

.

Ayat yang ni pula sesuai kalau anda jenis yang suka melawak dan suka bergurau.

.

“Apa beza awak dengan toyol?”

.

“Apa?”

.

“Toyol curi duit, awak curi hati saya”

.

.

47. Malam dan siang

.

Malam dan siang

.

“Tahu tak kenapa dunia kita malam ada siang?”

.

“Tak tahu lah, kenapa?”

.

“Sebab Allah jadikan semuanya berpasang pasangan. Contohnya syurga dan neraka, dosa dengan pahala, langit dengan bumi, dan awak dengan saya”

.

Sesuai untuk anda yang ada background agama atau sains yang tinggi. 

.

.

48. Garis penamat

.

Garis penamat

.

Yang ni pula sesuai untuk anda yang tak suka bersenam tu, boleh lah jadikan si dia sebagai motivasi untuk anda mula bersenam.

.

“Saya tak suka jogging. Tapi..”

.

“Tapi apa?”

.

“Tapi kalau hati awak lah garis penamatnya saya sanggup!”

.

.

49. Kamera

.

Kamera

.

Ayat yang ni merupakan satu gurauan yang boleh anda gunakan terutama sekali jika anda seorang jurugambar atau camera enthusiast

.

“Pernah tak orang cakap awak ni macam camera?”

.

“Haha tak pernah. apa yang samanya? -.-‘

.

“Sebab setiap kali saya tengok awak mesti saya tersenyum”

.

.

50. Melancong

.

Melancong

.

Pickupline yang terakhir ni sesuai untuk anda guna apabila tiba waktu cuti hujung minggu.

.

“Harini awak ada plan nak pergi mana-mana ke?”

.

“Tak ada lah pulak, kenapa?”

.

“Oh bagus lah tu, sebab mak saya cakap kalau dah jodoh tu dia tak kemana-mana”

.

Boleh cuba juga ajak si dia keluar pergi kemana-mana, mana tahu si dia bagi ‘lampu hijau’ kan?

.

.

Itu sahaja senarai artikel pickupline kita pada kali ini.

.

Jenuh min nak memikirkan pickupline ni.

.

Kepada anda yang baru sahaja pertama kali baca blog kami, jom like facebook kami dibawah.

.

.

Terima kasih telah membaca.

.

Semoga bermanfaat lah untuk anda semua ye. Jangan lupa baca perkongsian kami yang lain.

.

Assalamualaikum

.

.

Jom Baca: Tanggungjawab Isteri – Kepada Suami, Anak, Keluarga & Mertua (Checklist Lengkap)

.

.

Sebagai suami, anda nak improve prestasi seksual?