Ini Teknik Khas Tanpa Guna Ubat Kuat.
Anda selalu tak guna ayat pickupline?
.
Kalau anda dah biasa guna ayat-ayat pickup line untuk mengorat, artikel ini bukan untuk anda. Boleh lah baca artikel kami yang lain disini nanti ye.
.
Kepada yang baru nak belajar mengorat tu, anda bernasib baik sebab harini kami nak senaraikan 50 ayat pickup line terbaik yang anda boleh guna untuk mengorat perempuan-perempuan diluar sana.
.
Jom baca!
.
.
.
Skill atau teknik memberi pickup line apa bila mengorat sudah menjadi kebiasaan dengan masyarakat kita sekarang ini.
.
Bukan senang tau nak mengorat ni, perlu banyak belajar teknik-teknik yang betul sebelum berjaya tambat hati si dia. Hihi
.
Kalau salah cara, orang yang anda nak pikat tu pun boleh turn off kalau ayat pickupline itu hambar dan cliché.
.
**PSST: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
.
.
Selepas ini kalau ada perempuan tanya pasal nama anda, anda cakap je macam dekat bawah ni.
.
“Nama penuh awak apa ya?”
.
“Nama saya Alif Irfan, kalau nak panggil baby pun boleh”
.
Min syorkan anda guna pickup line yang pertama ini bila perempuan itu jenis yang boleh diajak bergurau.
.
Kalau dapat perempuan yang jenis tarik muka jenis malas nak layan, memang awkward lah kita dekat situ. Kahkah
.
.
.
.
Pickupline yang kedua ni pula anda boleh guna pada bila-bila masa sahaja.
.
“Saya pergi klinik tadi, check mata”
.
“Kenapa dengan mata awak”
.
“Doktor kata dalam mata saya ada awak.”
.
Jangan tak tahu, pickupline yang simple macam ni, tapi jika anda guna pada masa yang sesuai pun boleh buat perempuan blushing.
.
.
.
.
Guna pickupline yang ketiga ni apabila anda dan si dia sedang berbual topik yang serius dan personal.
.
“Kawan-kawan saya semua dah ambik dadah, saya je tak.”
.
“Kenapa pulak?”
.
“Sebab awak dah cukup menghayalkan saya.”
.
Pandai-pandai lah anda pelbagaikan ayat supaya tidak bosan.
.
Contohnya perkataan ‘dadah’ itu anda boleh tukar ke perkataan ‘arak’ atau ‘laut’ untuk mengsimbolikkan perasaan mabuk bercinta, cewahh.
.
.
.
.
Bosan? Pickupline yang ni cukup lah untuk hilangkan bosan.
.
“Awak dah makan nasi?”
.
“Dah, saya kalau tak makan nasi sehari saya lemau.”
.
“Saya pun sama kalau tak ada awak.”
.
Tapi pastikan si dia memang baru lepas makan nasi ya, kalau tak pening jugak nak mikir nak jawap apa. Hahah
.
.
.
.
Haa pickupline yang ni sesuai sangat untuk pasangan yang tengah hangat bercinta ataupun pasangan yang dah berkahwin.
.
“Kemas baju semua saya hantar awak dekat mak awak *nada marah* “
.
“Kenapa?!”
.
“Saya nak ucap terima kasih sebab dah lahirkan awak.”
.
Nak lagi sweet tambah lah puji-pujian dekat hujungan ayat kita.
.
‘..sebab dah lahirkan orang secantik awak’ atau ‘..sebab dah lahirkan orang sebaik awak’
.
Tak pernah tengok perempuan blushing? Guna pickupline ni.
.
.
.
.
Boleh guna pickupline yang ini dekat majlis kahwin, atau dinner syarikat ke, depends lah.
.
“Awak tolong ambikkan air tu.”
.
“Air mana satu?”
.
“Ala yang tu.”
.
“Ye la air apa?”
.
“I love you.”
.
Ataupun boleh cuba guna dekat akak cashier MCD yang cute-cute tu. Berdekah wei.
.
.
.
.
Pada student ekonomi, pickup line yang ini khas untuk anda, alang-alang tahun depan dah nak kerja ada plan nak terus kahwin ke kan, boleh lah cari bakal isteri sekarang.
.
“Awak nak tahu tak apa kelebihan import eksport yang sebenarnya?”
.
“Nak apa dia”
.
“Selain dapat memperluaskan pemasaran, ia juga dapat memperluaskan cinta saya pada awak”
.
.
.
.
Ingat ya, pickupline tak semestinya kena logikal dan penuh dengan fakta yang membosankan, asalkan ia masuk akal sudah cukup.
.
“Apa kebaikan peningkatan ekonomi negara?”
.
“Selain dapat menambah peluang pekerjaan kepada anak muda, saya juga boleh kumpul duit kahwin awak.”
.
.
.
.
Min sarankan kalau anda nak guna pickupline yang ini guna di awal perkenalan.
.
Kenapa min?
.
Sebab skill-skill mengorat ni bukan hanya kena bagi impression yang baik-baik sahaja, tapi termasuk macam kita menyusun ayat, itu pun penting juga.
.
“Awak memang suka keluar malam ke?”
.
“Tak lah mana ada.”
.
“Habis tu yang tiap2 malam datang dalam mimpi saya tu apa?”
.
Okay tak?
.
Next!
.
.
.
.
“Nama penuh awak apa?”
.
“Arisya Binti Marzuki, kenapa ye tanya nama penuh?”
.
“Senang nak ingat masa hari pernikahan kita nanti.”
.
Biasanya ayat ni kebanyakkan orang guna bila nak mengusik perempuan sahaja.
.
Tapi tak tahu lah kalau anda memang good looking sangat-sangat kalau ada perempuan yang boleh cair dengan ayat ni.
.
Bak kata omputih, ‘Use at your own risk’
.
.
.
.
Yang ni untuk abang-abang yang kerja Giant & Tesco boleh cuba.
.
“Apa beza awak dengan sardin, tahu tak?”
.
“Tak tahu apa beza dia.”
.
“Sardin dalam tin, awak dalam hati saya.”
.
.
.
.
Anda si suami mesti selalu sakat isteri anda kan?
.
Lepas ni bole cuba pickupline dekat bawah ni. Apalah salahnya sekali sekala puji isteri anda kan?
.
“Tolong pergi kedai beli gula boleh bang?”
.
“Tak yah lah beli gula dah.”
.
“Kenapa pulak?”
.
“Sebab awak pun dah cukup manis.”
.
Jangan tak tahu, satu pujian daripada anda boleh buat hati si dia berbunga-bunga sepanjang hari tau.
.
.
.
.
.
.
Nak ayat pickupline yang ala-ala islamik sikit?
.
Say no more.
.
“Sebenarnya nama awak ni macam selalu orang sebut lah.”
.
“Yeke dekat mana?”
.
“Dekat dalam setiap doa saya.”
.
Nah sesiapa yang rasa-rasa gentle nak jadikan wanita muslimah sebagai bakal isteri guna lah pickupline diatas.
.
.
.
.
“Kalau saya cabar awak kira bintang dekat atas tu boleh tak?”
.
“Tak boleh banyak sangat.”
.
“Betul tu, macam tu lah jumlah cinta saya pada awak.”
.
Pickupline ni sesuai untuk orang yang dah kahwin dan yang sedang bercinta, pun boleh juga.
.
Tapi jangan pula sengaja cari tempat gelap berdua-duaan semata-mata nak tengok bintang.
.
Jadi lain kot rasanya. Kahkah
.
.
.
.
Ingat tau keserasian penting bila nak bagi pickupline ni.
.
Guna lah pickupline ni waktu raya time tengah kacau dodol ke, makan dodol ke waktu open house, pepandai lah.
.
“Apa persamaan awak dengan dodol?”
.
“Apa?”
.
“Dua2 saya nak kacau”
.
.
.
.
Jom kena kan crush anda dengan ayat macam dekat bawah ni.
.
Nasib lah kalau si dia pun memang sukakan anda memang beruntung lah jawabnya.
.
“Saya cinta awak dalam bahasa inggeris apa?”
.
“I love you?”
.
“I love you too.”
.
Sekali lagi, guna atas risiko anda sendiri.
.
.
.
.
Apabila anda berbual dengan kenalan perempuan anda berkenaan perkara-perkara mistik yang pernah terjadi, selitkan sekali lawak pickupline macam dekat bawah ni.
.
“Dalam banyak-banyak malam malam apa yang paling seram?”
.
“Tak tahu lah malam apa tu?”
.
“Malam-malam I tanpa U.”
.
Pickupline yang muncul secara rawak entah dari mana seperti ini boleh menukarkan mood seram yang dibualkan tadi menjadikan keadaan lebih ceria, kelakar dan kurang menakutkan.
.
.
.
.
“Awak tahu tak dalam banyak2 baju baju apa yang paling cantik kalau awak pakai?”
.
“Baju apa tu, tak tahulah.”
.
“Baju nikah kita.”
.
Kebiasaannya ada beberapa riaksi yang wanita akan berikan bila anda memberi pickupline seperti ini.
.
Ada yang tersenyum lebar selebar-lebarnya.
.
Ada yang hanya tersengih sambil buat muka pelik.
.
Ada juga yang tak support langsung.
.
.
.
.
“Cuka rasa apa? Masam.”
.
“Tahu tak ada cuka yang manis.”
.
“Apa?”
.
“Saya cuka awak.”
.
Admin ada tanya kenalan perempuan admin, mereka suka ciri-ciri lelaki yang macam mana.
.
Kebanyakkan dari mereka menjawab, “Perempuan sebenarnya tak kisah pun lelaki tu handsome ke tak asalkan dia tak hambar”
.
Kalau anda jenis lelaki yang hambar, cepat-cepat lah belajar cara macam mana nak jadi kelakar ye.
.
.
.
.
Nah, untuk anda yang nak ajak perempuan untuk berkahwin.
.
“Saya rasa awak tak sesuai lah buat kerja ni.”
.
“Habis tu saya nak kerja apa?”
.
“Tak yah kerja, jadi je suri rumah saya.”
.
Jangan bagi pickupline ni dekat orang yang tak dikenali, takut kena label gatal atau creeps je nanti.
.
.
.
.
“Saya tak suka buat jenayah sebab nanti kena tangkap.”
.
“Oooo”
.
“Tapi kalau mencintai awak satu jenayah, saya rela masuk penjara.”
.
Pickup line yang ni rare sikit, sesuai untuk dibuat bergurau. Jangan betul-betul dah lah ye…
.
.
.
.
“Beza lipan dengan awak.”
.
“Lipan serangga saya manusia.”
.
“Salah, lipan kaki banyak, awak saya sayang banyak.”
.
Pickupline ini sesuai lah kalau anda kerja dekat zoo atau belajar dalambidang berkenaan hidupan dan binatang.
.
.
.
.
Ni pula lagi satu teka-teki pickupline untuk menghilangkan rasa bosan anda.
.
“1+1 berapa?”
.
“2.”
.
“Salah jawapannya 3.”
.
“mana datang satu lagi tu?”
.
“Satu lagi tu kan anak kita.”
.
Pickupline yang ni untuk pasangan suami isteri boleh lah rasanya, untuk pasangan bercinta belum sesuai lagi. Haha
.
.
.
.
Nah pada untuk photographer atau pada sesiapa yang kamera canggih tu, boleh lah cuba ye.
.
“Awak boleh tak kalau saya nak ambil gambar awak?”
.
“Boleh je tapi kenapa.”
.
“Sebab saya nak tunjuk dekat mak saya yang bidadari tu wujud.”
.
.
.
.
Rumah anda ada buat kenduri doa selamat?
.
Bagi pickupline ini dekat kawan perempuan korang.
.
“Hujung minggu ni saya ada buat makan-makan,”
.
“bawak lah mak ayah awak sekali.”
.
“Kenapa pulak kena bawak diorang?”
.
“Sebab senang kita bincang tarikh nikah kita.”
.
.
.
.
Yang ni lawak, tapi sweet lah juga kalau menjadi kan.
.
“Boleh tak awak tunjukkan jalan nak pergi bank, lupa lah.”
.
“Kenapa boleh lupa pula?”
.
“Sebab dalam kepala saya skrg ni nampak jalan ke hati awak je.”
.
Cia cia cia
.
.
Baca Juga: Micropenis – Simptom, Rawatan & Kesan Masalah Zakar Kecil
.
.
.
.
Kalau anda dah bekerja dan dah ada duit yang cukup nak berkahwin, cuba lah pickupline yang ni.
.
Mana tahu dalam diam ada yang sudah menaruh hati pada anda.
.
“Kalau ada orang nak bagi awak rumah, awak nak rumah yang baru ke yang buruk?”
.
“Mesti lah nak yang baru.”
.
“Ha kalau macam tu boleh lah kita mula bina rumahtangga kita.”
.
.
.
.
Pickupline yang dekat bawah ni anda boleh guna kalau berani lah.
.
Boleh juga guna pada pasangan yang sedang bercinta.
.
“Tahu tak, ustaz cakap kalau kita mimpi seseorang maksudnya orang tu rindu dekat kita.”
.
“Haah pernah terdengar jugak ustaz cakap”
.
“Itu lah saya pelik, dalam seminggu ni asyik mimpi awak je.”
.
.
.
.
Pickupline yang ni unik sikit, sebab satu baris ayat sahaja.
.
Kalau awak diberi 3 permintaan, selain daripada saya apa lagi 2 permintaan awak nak?
.
Simple tapi power.
.
.
.
.
Yang ni boleh boleh cuba dekat strangers.
.
Sesuai sangat kalau anda nak mengorat makwe customer service tak pun amoi kedai handphone.
.
“Awak, saya rasa phone saya rosak lah.”
.
“Kenapa apa yang rosak?”
.
“Sebab dari tadi saya cari nombor awak tak ada pun dalam ni.”
.
.
.
.
Ini lagi satu pickupline yang simple dan cute.
.
“Selain daripada jadi cantik, awak buat kerja apa lagi?”
.
Tapi kalau orang yang anda bagi pickupline tu memang jenis yang blurr dan slow rasanya tak jadi kot pickupline ni. Hahah
.
.
.
“Fuh rasa macam ada dekat museum seni lah.”
.
“Kenapa pulak awak?”
.
“Sebab cantik betul makhluk depan mata ni.”
.
Boleh bagi ayat pickupline yang ni bila anda baru sampai waktu nak dating, mesti dia happy.
.
.
.
.
Yang ni pun bagus juga kalau kita nak ajak orang kita suka tu bergurau senda.
.
“Awak percaya tak dekat cinta pandang pertama?
.
“Percaya.”
.
“Kejap saya patah balik.”
.
Pickupline ni kalau tak jadi pun boleh jadi bahan ketawa dengan si dia.
.
Okay lah kan dapat gelak-gelak, betul tak?
.
.
.
.
Untuk sweet talker diluar sana. Ambil lah ayat ni tambah koleksi ayat mengorat anda.
.
“Sebenarnya kan, saya ni bukan jenis yang suka berangan sangat tau.”
.
“Yeke? Habis tu kenapa?”
.
“Tapi entah kenapa dari tadi saya asyik terbayang majlis pernikahan kita.”
.
.
.
.
.
.
Pickupline yang ni sesuai kalau anda bekerja dekat hospital sebagai jururawat ataupun doktor.
.
“Awak saya rasa saya dah tak ada hati lah?”
.
“EH kenapa pulak?”
.
“Sebab awak dah ambik hati saya.”
.
.
.
.
Kalau berani, cuba lah guna pickupline yang ni dekat orang yang anda baru kenal.
.
Pastikan orang tu pun suka pada anda juga.
.
“Pernah tak orang cakap awak ni macam google.”
.
“Tak pernah kenapa?”
.
“Sebab awak ada semua yang saya cari selama ini.”
.
.
.
.
Tengah duduk-duduk dekat office tu, tiba-tiba ada office mate perempuan bangun nak pergi ambil dokumen.
.
Tanya dia nak pergi mana, kalau jauh dan perlukan pertolongan, cuba bagi ayat pickupline yang ni.
.
Boleh tak kalau saya nak ikut awak?”
.
“Boleh je tapi kenapa?”
.
“Sebab mak selalu suruh saya kejar impian saya.”
.
.
.
.
Haa yang ni agak universal sikit, nak mengorat, nak puji pasangan bercinta, nak puji isteri, pun boleh guna.
.
Berbeza dengan pickupline sakit mata yang atas tadi.
.
“Ada sesuatu yang tak kena la dengan mata saya.”
.
“Kenapa?”
.
“Sebab dari tadi tak beralih mata saya tengok awak”
.
Wanita memang sifatnya sukakan puji-pujian, apa salahnya puji sekali sekala.
.
.
.
.
Pickupline yang paling terbaik ialah apabila ianya muncul secara rawak dan tiba-tiba.
.
Orang yang selalu bagi pickupline kebiasaannya orang akan menganggap mereka ni sebagai individu yang acuh tak acuh.
.
Jadi setiap percakapannya akan dianggap sebagai gurauan semata-mata,
.
“Awak baru lepas jatuh ke tadi?”
.
“Tak ada lah kenapa pulak?”
.
“Sebab awak nampak macam bidadari baru jatuh dari langit je.”
.
.
.
.
Guna pickupline dekat bawah ni pada orang yang tak blurr atau slow ya. Takut tak jadi lah pula nanti.
.
“Awak tahu kan sepasang stokin yang sama warna dan corak kita panggil sepadan kan?”
.
“Mestilah tahu, habis tu kenapa?”
.
“Walaupun kita ni bukan stokin, tapi saya rasa kita sepadan.”
.
.
.
.
“Awak ada pembalut luka tak?”
.
“Tak ada kenapa?”
.
“Sebab saya rasa saya dah jatuh cinta”
.
Ni pun boleh juga guna kalau anda nak jemput pasangan anda keluar date ke mana-mana.
.
.
.
.
Guna pickupline ni bila ada perempuan tanya nama penuh anda.
.
“Hi nama saya Jo.”
.
“Nama penuh apa?”
.
“Jodoh awak.”
.
.
.
.
Cuba hiburkan hati pasangan anda dengan ayat pickupline ni. Boleh juga guna untuk mengorat.
.
“Bintang cantik kan? Tapi tahu tak kenapa malam ni tak ada bintang?
.
“Cantik. Hm tak tahu lah awak, kenapa?”
.
“Sebab dia ada dekat sebelah saya ni”
.
.
.
.
Ayat pickupline yang ni sesuai kalau anda jenis yang suka bergurau dan mesra dengan orang ramai.
.
“Awak tak boleh duduk dekat situ”
.
“Kenapa pula?”
.
“Sebab dekat situ tak ada saya, meh duduk sini”
.
.
.
.
Ayat yang ni pula sesuai kalau anda jenis yang suka melawak dan suka bergurau.
.
“Apa beza awak dengan toyol?”
.
“Apa?”
.
“Toyol curi duit, awak curi hati saya”
.
.
.
.
“Tahu tak kenapa dunia kita malam ada siang?”
.
“Tak tahu lah, kenapa?”
.
“Sebab Allah jadikan semuanya berpasang pasangan. Contohnya syurga dan neraka, dosa dengan pahala, langit dengan bumi, dan awak dengan saya”
.
Sesuai untuk anda yang ada background agama atau sains yang tinggi.
.
.
.
.
Yang ni pula sesuai untuk anda yang tak suka bersenam tu, boleh lah jadikan si dia sebagai motivasi untuk anda mula bersenam.
.
“Saya tak suka jogging. Tapi..”
.
“Tapi apa?”
.
“Tapi kalau hati awak lah garis penamatnya saya sanggup!”
.
.
.
.
Ayat yang ni merupakan satu gurauan yang boleh anda gunakan terutama sekali jika anda seorang jurugambar atau camera enthusiast
.
“Pernah tak orang cakap awak ni macam camera?”
.
“Haha tak pernah. apa yang samanya? -.-‘
.
“Sebab setiap kali saya tengok awak mesti saya tersenyum”
.
.
.
.
Pickupline yang terakhir ni sesuai untuk anda guna apabila tiba waktu cuti hujung minggu.
.
“Harini awak ada plan nak pergi mana-mana ke?”
.
“Tak ada lah pulak, kenapa?”
.
“Oh bagus lah tu, sebab mak saya cakap kalau dah jodoh tu dia tak kemana-mana”
.
Boleh cuba juga ajak si dia keluar pergi kemana-mana, mana tahu si dia bagi ‘lampu hijau’ kan?
.
.
Itu sahaja senarai artikel pickupline kita pada kali ini.
.
Jenuh min nak memikirkan pickupline ni.
.
Kepada anda yang baru sahaja pertama kali baca blog kami, jom like facebook kami dibawah.
.
.
Terima kasih telah membaca.
.
Semoga bermanfaat lah untuk anda semua ye. Jangan lupa baca perkongsian kami yang lain.
.
Assalamualaikum
.
.
Jom Baca: Tanggungjawab Isteri – Kepada Suami, Anak, Keluarga & Mertua (Checklist Lengkap)
.
.
Men's health clinics are getting more attention from millennial men as awareness of men's health has arisen. . Men’s health…
Bisul di kemaluan memang sangat menyakitkan! . Bisul atau furunkel pada bahagian sulit biasanya timbul apabila folikel rambut tersumbat dan…
Penyakit tularan seksual (STD) atau penyakit kelamin biasanya diperoleh melalui hubungan seksual. . Bakteria, virus atau parasit yang menyebabkan penyakit…
HIV test kahwin? Apa tu? . Di Malaysia, terdapat satu prosedur wajib yang perlu dijalani oleh setiap pasangan Muslim yang…
Sifilis adalah jangkitan kuman yang biasanya disebarkan melalui hubungan seksual. . Penyakit ini bermula sebagai kudis yang tidak menyakitkan. Ia…
Pernah dengar tentang klinik kesuburan? . Klinik kesuburan ialah klinik perubatan yang membantu pasangan atau individu yang ingin menjadi ibu…