Fraud Blocker Kenapa Lelaki 40-an Perlu Ambil Supplement? Ini Realitinya.

Kenapa Lelaki 40-an Perlu Ambil Suplemen? Senaman + Supplemen, Baru Power.

Written By:

Medical Facts Reviewed By:

Mujarab-atau-mitos-miyak-lintah-belacak-dhab

Supplement atau herba? . Ini antara persoalan yang ramai daripada kita musykil. . Bila umur dah masuk 4 series ni penyakit dah banyak yang datang, kesihatan pun makin lama makin merudum. . . Bila tanya member-member dekat tempat kerja, ada yang suruh ambil suplemen, ada yang suruh makan herba. . Mana satu yang lagi bagus sebenarnya? Pening kepala! . Jom min jelaskan satu persatu apa kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis makanan ini. .

. . Baca Juga Artikel Ini: Khasiat Bawang Putih – Manfaat Untuk Lelaki. Resepi Bawang Putih Bakar+Madu . . .

Apa Maksud Suplement & Herba?

. . Herba merupakan tumbuhan yang mengandungi khasiat untuk kesihatan. . Khasiat-khasiat ini kebiasaannya didapati pada akar, bunga, kulit pokok dan bahagian lain yang dipercayai boleh memberi kesan positif pada tubuh badan. . Suplemen pula merupakan makanan tambahan yang selalunya datang dalam bentuk serbuk, pil, kapsul, tablet, dan cecair. . . Ianya bagus untuk mereka yang ada penyakit alergi, dan tak mampu untuk makan makanan yang boleh melengkapkan zat harian mereka. . Selain itu, ia juga banyak digunakan untuk tujuan kecantikan kulit & ubat turun berat badan. . Sebenarnya setiap dari kedua-dua jenis makanan ini mempunyai perbezaan dan kelebihan yang ketara serta lebih baik dari satu dengan yang lain. . .

Perbezaan Suplemen & Herba

. . Untuk memilih suplemen atau herba yang sesuai untuk anda, anda perlu tahu apa perbezaan keduanya dahulu . Perbezaan yang paling ketara, herba merupakan makanan tambahan yang telah pun diamalkan oleh masyarakat dahulu. . Manakala suplemen pula ramai mengenalinya sebagai makanan ‘ubat dari doktor’ yang berunsur kimia. . . Pandangan ini TIDAK TEPAT. Tidak dinafikan, kebanyakan herba yang diamalkan oleh penduduk diseluruh dunia sememangnya mampu memberi kebaikan kepada kesihatan. . Tapi anda perlu tahu juga, suplemen sebenarnya merupakan herba yang dah pun ditulinkan bahan aktifnya. . Ini kerana, di dalam setiap tumbuhan herba, mengandungi bermacam-macam unsur dan molekul lain yang membentuk fizikal herba tersebut. . . Unsur-unsur lain yang dimaksudkan ini boleh jadi sangat bertoksin kepada tubuh badan kita. . Sebagai contoh, jika anda minum atau ambil kapsul tongkat ali yang dikisar terus dari akar tongkat ali, dalam jangka masa pendek berkemungkinan besar buah pinggang anda akan rosak. . Dibawah min ada sediakan perbandingan antara suplemen dan herba: .

Ciri-Ciri Suplemen     Herba    
  Keberkesanan jangka masa pendek  /x
  Kesan sampinganx/
  Bebas dari bahan toksin /x
  Harga Berpatutan /x
  Mendapat kelulusan KKM /x
  Kandungan tulin /x

. Setiap ciri-ciri diatas berkemungkinan berbeza mengikut pengeluar. Lain pengeluar lain tahap keselamatan dan ciri-cirinya. . Pastikan anda pilih jenama atau pengeluar yang boleh dipercayai supaya kandungan yang ada didalam produk tersebut terjamin. . .

Herba Sahaja Tidak Cukup

. . Makin berumur kesihatan pun makin merosot. . Mereka yang berumur 40 tahun dan keatas kebanyakkannya akan menghidap salah satu daripada penyakit ini:

  • Jantung
  • Darah tinggi
  • Diabetes
  • Strok
  • Batu karang

. Bila dah terjadi masalah ini, baru nak mula amalkan petua herba-herba tradisional yang dikatakan, kononnya boleh menyembuhkan penyakit itu ini. . Sebenarnya herba sahaja tidak cukup!  Ini alasannya. . .

1. Kurang khasiat

. . Kita pun tahu, mereka yang berumur 40 tahun dan keatas ada tendency untuk makan makanan yang manis, berlemak, & berkolesterol tinggi. . Dah tentu makanan tersebut tidak mengandungi zat-zat penting yang lengkap. Jadi tak hairanlah banyak masalah kesihatan boleh berlaku. . Untuk mereka yang sudah mencapai umur 40 tahun dan keatas, pengambilan herba tradisional secara mentah sememangnya tidak digalakkan. . . Ini kerana khasiat yang ada didalam herba mentah tersebut tidak cukup untuk memberi khasiat kepada tubuh badan kita. . Bagi memastikan tubuh badan anda menerima khasiat sesuatu herba itu dengan efisiyen, anda perlu ambil suplemen yang berasaskan herba tersebut. . Suplemen sebenarnya sama sahaja seperti herba, cuma suplemen adalah herba yang dah ditulinkan khasiatnya & lebih padat dengan bahan aktif. . . Dengan suplemen juga, anda  boleh ambil mengikut sukatan dos yang diperlukan oleh tubuh badan anda. . Suplemen juga tidak ada kesan sampingan atau kesan buruk, seperti yang ada dalam herba yang belum ditulinkan khasiatnya. . .

2. Bersenam juga penting

. . Kebanyakkan mereka yang ada penyakit 3 serangkai banyak bergantung kepada ubat-ubatan dan herba tradisional semata-mata. . Sedangkan untuk pulih sepenuhnya, mereka perlu ubah gaya hidup mereka terlebih dahulu. Selain pemakanan, senaman dan kekal aktif juga tak boleh ditinggalkan. . Melalui aktiviti senaman, anda akan memperoleh pelbagai manfaat kesihatan seperti:

  • Meningkatkan fungsi minda
  • Mencergaskan badan
  • Meningkatkan stamina
  • Menambah jisim otot
  • Mengstabilkan hormon-hormon penting

. . Boleh jadi jika anda tak lakukan aktiviti senaman secara berkala, tubuh badan anda tidak dapat menyerap supplemen herba yang anda makan setiap hari dengan baik. . Ini kerana sel-sel lemak dan kolesterol yang terkumpul pada organ & kelenjar hormon anda tidak dapat berfungsi dengan sempurna. . .

Suplemen Atau Herba, Mana Yang Terbaik?

. . Antara kemusykilan yang ramai orang alami sekarang ini adalah pemilihan antara dua makanan ini. .

Mana satu yang paling bagus?

. Jawapannya berbalik kepada kebaikan & kelebihan yang ada pada setiap jenis makanan tambahan ini. . . Jika kita tengok perbezaan yang dibincangkan diatas tadi, jelas suplemen menang besar berbanding herba atas sebab-sebab yang tertentu. . Dari segi keselamatan, sememangnya suplemen terbukti lebih selamat melalui kajian saintifik & klinikal. . Suplemen juga kebiasaannya datang tanpa kesan sampingan, selagi mana mengikut dos yang ditetapkan oleh pengeluar. . . Dari segi khasiatnya pula, kita boleh ambil contoh akar tongkat ali dengan suplement tongkat ali Physta®. . Dalam sebiji kapsul tongkat ali Physta® mengandungi 200mg kandungan bahan aktif yang ada didalam tongkat ali. . Manakala 500ml air rebusan tongkat ali hanya mengandungi 15mg tongkat ali sahaja. . . Untuk mendapatkan 200mg khasiat tongkat ali sama macam kapsul tadi, anda perlu minum bergalon-galon air rebusan tongkat ali, baru lah anda dapat jumlah dos yang sama. . Tak perlu susah-susah, makan sahaja suplemen, kesannya lagi cepat, & lebih kandungan bahan aktif untuk dimanfaatkan. . .

Bahaya Makan Herba Kisar

. . Atuk nenek moyang kita zaman dahulu tak ada teknologi pengekstrakkan yang canggih seperti sekarang. . Jadi cara yang mereka guna untuk dapatkan khasiat daripada herba tersebut ialah dengan cara mengkisar, mengkikis, menumbuk dan merebus herba tersebut. . Cara ini bukan sahaja tidak efisien dan membazir herba yang digunakan, malah amalan memakan akar tongkat ali atau mana-mana herba secara terus sangat-sangat lah bahaya. . . Banyak kes kerosakan buah pinggang, hati, dan organ lain yang berlaku kebelakangan ini. . Penularan berita palsu juga merupakan antara penyebab utama kenapa ramai daripada mangsa terdesak mencari jalan mudah untuk pulih. . Selalunya mereka yang berumur 40 tahun ke atas yang banyak tertipu dengan berita-berita palsu seperti. . .

Cara Memilih Supplement Herba Yang Selamat

. . Anda buntu macam mana nak cari supplement yang selamat dan sesuai untuk anda? . Jom ikut panduan ini supaya anda tak buat kesilapan maktu anda membeli. . .

1. Kelulusan KKM

. . Dah tentu, kalau anda nak pilih apa-apa produk kesihatan, anda mesti kena check dulu sama ada produk tu ada kelulusan KKM ke tidak. . Ini penting sebab kalau sesuatu produk tu tak selamat, memang agak mustahil untuk dapat kelulusan daripada KKM. . KKM sentiasa menjalankan pemeriksaan secara berkala terhadap pengeluar, serta penjual produk sekali. . . Mereka juga tak teragak-agak untuk menyerbu premis pihak pengeluar & penjual jika mendapat aduan dari mana-mana pihak. . Disebabkan ini, ramai pengeluar & penjual takut untuk menghasilkan & menjual produk yang merbahaya kepada umum. Jadi tak ada istilah menipu. . Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didakwa, dipenjara, serta boleh dikenakan saman sehingga mencecah ratusan ribu, malah jutaan ringgit. . .

2. Halal

. . Untuk mereka yang beragama islam, yang ini paling penting. . Logo halal yang ada pada sesetengah produk bukan sahaja kerana produk tersebut bebas daripada najis, tetapi produk tersebut perlu bebas dari racun dan bahan-terlarang juga. . Mereka yang menyalahgunakan logo halal JAKIM boleh didakwa dan disaman atas perbuatan memalsukan sijil halal JAKIM . .

3. Kajian Saintifik & Ujian Klinikal

. . Macam mana kita nak tahu produk tersebut selamat, serta boleh mengandungi khasiat? Mestilah melalui kajian saintifik dan klinikal.yang telah pun dijalankan. . Kebiasaannya produk yang selamat, akan ada lebih daripada satu kajian saintifik terperinci yang menyokong keberkesanan sesuatu produk tersebut. . Lebih bagus lagi, kalau produk itu dikaji sendiri oleh pengeluar, dan kajian tersebut disahkan sahih dan benar-benar dijalankan . .

4. Jenama Yang Berwibawa

. . Katakan ada jenama barangan dapur yang anda tak biasa beli, tular kerana dikatakan boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada penggunanya. . Adakah anda akan beli produk tersebut? Sudah tentu lah tidak. Sama juga macam supplement, anda perlu pilih jenama yang boleh dipercayai dan selamat. . Bukan jenama sebarangan yang tiba-tiba muncul dalam pasaran. Pilih yang ada keluilusan JAKIM serta KKM, yang betul-betul selamat dan disokong oleh kajian saintifik. . .

5. Kesan Bukan Mendadak

. . Satu lagi cara nak tahu sama ada suplement tersebut selamat, ialah melalui kesannya. . Selalunya supplement kesannya agak memakan masa, dua tiga minggu baru nampak kesannya. . Lain kalau ubat kuat, itu memang kesannya cepat & mendadak, 15 minit dah terasa pejalnya. . . Come on Razi, umur dah 40 tahun keatas, dah sampai masanya untuk jaga kesihatan ni, dah tak boleh ambik barang2 ‘terlarang’ dah. . Boleh kata semua ubat kuat yang bukan berunsur suplemen memang bahaya, lagi-lagi yang mengandungi sildenafil & tadalafil, boleh kena strok dibuatnya. . .

Konklusinya

. . Bagi mereka yang sudah berumur 40 tahun dan keatas wajib ambil supplement untuk meningkatkan kesihatan kelelakian. . Ini kerana kandungan khasiat yang ada didalam herba mentah tidak cukup untuk melengkapkan khasiat harian lelaki. . Manakala suplement yang berasaskan herba tersebut lebih tinggi jumlah khasiat aktif yang ada didalamnya berbanding diambil secara mentah. . . Pilih lah produk yang boleh dipercayai dan berwibawa. . Bukan itu sahaja, produk tersebut perlulah mempunyai sijil halal serta berdaftar dengan KKM untuk memastikan produk yang anda beli itu betul-betul selamat. . . Baiklah itu sahaja perkongsian kami untuk kali ni. . Kalau anda apa-apa soalan yang ingin ditanya, kami ada sediakan platform Komuniti SuamiSihat di Telegram. InshaAllah semua soalan akan dijawab oleh admin disana. . . Apapun, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca perkongsian kami pada kali ini. . Tapi sebelum itu kami nak terangkan sedikit. . Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan masalah lelaki dan para suami di Malaysia. . . Kami ingin sajikan kepada masyarakat diluar sana terutama sekali kaum lelaki tentang tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada setiap lapisan masyarakat. . Harapan kami supaya setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan berpengetahuan luas. . Kepada pembaca baharu, jika anda ingin terus menyokong kami, boleh lah Like page facebook kami dibawah. . . . Sekali lagi terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini. . Semoga bermanfaat! . Assalamualaikum. . . Baca Sekarang: Cara Kira BMI – Ini Tips Berat Badan Sihat Yang Anda Wajib Tahu . .

Sebentar, kalau diberi peluang, anda nak improve bab yang mana?

Sila pilih:-

Nak Lebih Keras Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tahan Lama Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Libido Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tenaga Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Kaunseling Suami SuamiSihat
Nak Rawatan Kesuburan Suami SuamiSihat
Nak Belajar Ilmu Parenting SuamiSihat
Nak Rawat Kesan Pornografi SuamiSihat

Ataupun, anda sedang cari ‘ubat kuat’ yang selamat?

Kami juga menyediakan supplemen kesihatan lelaki yang anda boleh terus beli ‘over the counter‘. Dapatkan secara online ataupun di farmasi berdekatan anda.