

Punca Bisul Di Kemaluan
..
- Pakaian ketat atau seluar dalam yang ketat dan kurang pengaliran udara
- Duduk di suatu tempat untuk jangka masa yang lama
- Kebersihan alat kelamin yang kurang memuaskan
- Perkongsian barangan peribadi seperti tuala atau baju dalam
- Kerengsaan kulit yang disebabkan oleh pencukuran atau waxing bulu kemaluan
- Merokok
- Obesiti
- Hormon berlebihan sekitar akil baligh atau selepas menopaus
- Jangkitan kelamin (Sexually Transmitte Disease-STI):
- Herpes genital (kayap)
- Ketuat genital disebabkan oleh human papillomavirus (HPV)
- Sifilis (ruam berbintik-bintik)
- Mikroorganisma yang menyebabkan jangkitan seperti:
- Bakteria Staphylococcus aureas
- Candidiasis yis atau kulat
- Sista kelenjar Bartholin (jangkitan kelenjar dalam faraj wanita menyebabkan ketulan tidak menyakitkan)
- Dermatitis kontak akibat alahan kepada bahan kimia yang digunakan dalam sabun, syampu dan minyak wangi
- Penyakit seperti:
- Psoriasis (tompok yang timbul berwarna merah atau putih di atasnya dengan kulit yang bersisik berwarna keperakan)
- Penyakit Crohn (keadaan jangka panjang yang meradang lapisan sistem pencernaan)
- Folliculitis (penyakit kulit yang disebabkan oleh akar rambut yang dijangkiti)
- Kencing manis
- Serangga seperti:
- Kutu kemaluan (serangga kecil yang hidup di bulu kemaluan)
- Hama kecil menyebabkan keadaan kulit gatal seperti kudis
Punca Bisul Di Kemaluan & Simptomnya
....Bisul atau furuncle/abses ialah sejenis keradangan berupa benjolan berisi nanah yang terbentuk di bawah kulit dan folikel rambut di bahagian sulit anda..Bisul di kemaluan terjadi kebanyakannya disebabkan oleh jangkitan bakteria Staphylococcus aureas. Ia kelihatan seperti jerawat merah atau kuning yang sangat besar..Bisul selalunya bermula dengan gatal-gatal atau jerawat yang lembut di sekitar paha, pangkal paha, alat kelamin, atau kawasan punggung..



Rawatan bagi Bisul
....Kebanyakan bisul hilang dengan sendirinya dalam masa 1-2 minggu. Namun, bisul juga boleh berlanjutan selama beberapa hari atau bulan..Pakar dermatologi/pakar sakit puan anda mungkin mencadangkan:- Untuk mengelakkan geseran yang tidak perlu dan kurangkan aktiviti yang menyebabkan anda berpeluh serta memakai pakaian longgar, kering seperti seluar dalam berunsurkan kapas yang menyerap peluh.
- Untuk menggunakan mampatan hangat pada kawasan yang terjejas untuk meningkatkan peredaran darah dan membantu menyembuhkan jangkitan. Rendam tuala dalam air suam dan mampatkan kawasan tersebut selama 10 minit.
- Untuk menggunakan jeli petroleum untuk mengurangkan geseran kawasan sulit terhadap fabrik (gunakan yang ditetapkan oleh pakar sakit puan/pakar dermatologi anda).
- Untuk menggunakan krim dan tablet antibiotik seperti erythromycin, doxycycline, dan tetracycline sekiranya berlaku jangkitan bakteria.
- Untuk kegunaan harian pencucian klorheksidin antiseptik yang sering ditetapkan dengan rawatan untuk mencuci kawasan yang terjejas.
- Untuk menggunakan pil kontraseptif gabungan untuk mencegah flare-up sekitar tempoh kedatangan haid.
- Untuk menggunakan ubat penahan sakit jika anda mengalami lebih banyak ketidakselesaan dan keradangan.
- Untuk menggunakan rawatan imunosupresif seperti suntikan infliximab dan adalimumab pada selang masa yang tetap jika anda mengalami bisul yang sangat teruk akibat sistem imun yang ditindas.
- Untuk menggunakan steroid seperti prednisolon untuk mengurangkan keradangan kulit yang teruk.
- Untuk mengalirkan abses atau nanah di bawah anestesia setempat di hospital jika bisul merebak atau tidak hilang dengan sendirinya.
Pencegahan daripada Bisul yang Berulang
..
- Basuh tangan anda dengan sabun antibakteria dan air suam sebelum melakukan rawatan bisul untuk menghentikan penyebaran jangkitan.
- Sentiasa gunakan sabun kulit antiseptik yang ditetapkan tidak kisah sama ada jenis larutan atau sabun ketulan.
- Menurunkan berat badan boleh mengurangkan risiko bisul berulang kali, kerana bakteria boleh hidup dalam lipatan kulit.
- Elakkan atau hentikan tabiat merokok dan amalkan gaya hidup yang sihat.
- Kekalkan kebersihan yang baik dan sentiasa memakai pakaian yang longgar dan kering.
- Elakkan mencukur kulit yang terjejas di kawasan sulit dan tukar pisau cukur dengan kerap setiap 3-4 minggu.
- Elakkan daripada menggunakan minyak wangi atau deodoran di kawasan yang terjejas.
- Elakkan aktiviti hubungan rapat seperti sukan ragbi dan judo dan menggunakan kolam renang awam atau gim awam sehingga bisulnya hilang.
- Elakkan berkongsi barangan peribadi seperti tuala dan sabun.




