Senaman Untuk Lelaki apa yang bagus?
.
Bersenam bukan sekadar baik untuk kesihatan, malah baik untuk mengekalkan prestasi tenaga dalaman kita.
.
Barulah nanti Mem sentiasa puas hati! Hehehe
.
.
Tapi ada satu fakta yang tidak boleh disangkalkan lagi, iaitu semakin kita berusia, semakin performance kita akan berkurangan.
.
Benar
.
Kita mungkin masih gagah, cuma tenaga kita tidak seperti waktu muda dahulu, lagi-lagi apabila umur kita telah mencecah 35 tahun ke atas.
.
Setuju?
.
Jadi di sini kami ingin kongsikan kepada anda koleki senaman batin yang mampu mengembalikan semula tenaga remaja anda, Insya-Allah.
.
.
.
.
**PSST: Baca sehingga habis ya, ada hadiah menanti anda di akhir artikel ini.
.
.
Senaman Untuk Lelaki 1: Plank – Biasakan Tahan ‘Cabaran’ & Jadi Berdaya Saing
.
.
Latihan planking membantu menguatkan otot ABS, otot belakang, & otot pelvik.
.
Ia merupakan bahagian otot utama ketika aktiviti bersenggama.
.
Tonton video di bawah tentang cara senaman plank yang betul.
.
.
Dalam video ini, Tuan Kevin Zahri (Cikgu Fitness Malaysia) akan mengetengahkan cara planking yang efektif, di samping menerangkan kesilapan yang selalu dilakukan oleh ramai orang ketika planking ini.
.
.
Senaman Untuk Lelaki 2: Kegel – Mantapkan Otot Pelvik & Mantapkan Tujahan
.
.
Kagel adalah satu senaman batin bersifat dalaman untuk menguatkan otot pubococcygeus (PC) dan perinel.
.
Perinel adalah otot yang menyokong kekuatan tujahan dan memberikan lebih kepuasan semasa pacutan.
.
Senaman kegel adalah antara petua lambat pacut.
.
.
Cara Untuk Melakukan Senaman Kegel
.
Senaman kegel ini merupakan salah satu senaman yang cukup berkesan untuk prestasi lelaki, mahupun wanita.
.
Ini video ada video tutorial macam mana anda boleh.
.
.
.
Senaman Untuk Lelaki 3: Kemut – Boleh Mantapkan ‘Kenaikan’ Anda Hari Demi Hari

.
.
Ya, ini telah dibuktikan sendiri oleh Dr. Ismail Tambi, pakar sakit tuan No. 1 Malaysia.
.
Sambil-sambil duduk pun boleh amalkan senaman ni tau.
.
Senaman ini membabitkan aktiviti mencengkam otot lubang dubur (anus), dan lubang kencing atau otot lantai pelvis.
.
Ianya seolah-olah mahu menahan kencing, atau air besar dan ia perlu dilakukan serentak.
.
Sila tonton video ringkas di bawah:-
.
.
.
Untuk melakukannya, pertama sekali anda perlu mengenali otot PC anda terlebih dahulu.
.
Sewaktu anda sedang kencing, cuba anda menghentikan atau menahan kencing anda.
.
Pasti anda akan terasa bahagian yang terasa sakit.
.
Maka di situlah otot PC.
.
.
Cuba anda tahan otot ini dalam masa 10 saat sehingga 30 saat.
.
Anda boleh mencubanya di mana-mana.
.
Semasa memandu, semasa di pejabat atau di mana sahaja.
.
Sebaiknya, anda mulakan senaman ini secara berbaring terlebih dahulu.
.
Lebih lama masa anda boleh tahan, lebih baik untuk tahap ketegangan anda, sekaligus memperbaiki masa untuk anda pacut.
.
Tahan 10 hingga 30 saat, dan buat 10 hingga 20 set sehari. Berlatih!
.
.
Senaman Untuk Lelaki 4: Senaman Harimau – Senaman tradisi Melayu
.
.
Senaman Harimau merupakan salah satu senaman batin yang sangat terkenal.
.
Terdapat beberapa cara dan teknik dalam senaman harimau ini.
.
Antara yang paling berkesan ialah dengan cara duduk secara bersila, namun hujung tapak kaki kanan bersentuhan dengan hujung tapak kaki kiri.
.
Tulang belakang ketika itu ditegakkan tanpa bersandar.
.
Ketika itu, tahan nafas dan kemudian tarik perlahan-lahan sehingga penuh.
.
.
Semasa menarik nafas, cuba tolak siku ke lutut setakat yang kita mampu.
.
Ulang sebanyak tiga kali.
.
.
Kemudian, kita tundukkan pula kepala semampu yang kita boleh dalam keadaan hujung tapak kaki yang masih melekat.
.
Tangan kita ketika itu memegang kedua-dua ibu jari kaki.
.https://youtu.be/pzUugx7kjTo?si=snWNH1Mabnms0Nlp
.
Secara ringkasnya , senaman harimau ini tidak semestinya untuk mereka yang sudah berkahwin.
.
Bagi yang belum berkahwin, ianya membantu dalam meningkatkan peredaran darah.
.
.
Senaman Untuk Lelaki 5: Sharpening The Knife – Tips daripada Guru Tai Chi terkenal, Master Mantak Chia
.
.
Senaman atau teknik ini juga digelar teknik Jelqing di Timur Tengah.
.
Ianya dikatakan berupaya membantu seseorang lelaki ‘mengawal’ overall permainannya – dari segi kekerasan, posisi, mahupun ketahanan lama.
.
Anda boleh tentukan!
.
Di China pula, mereka mempunyai master dalam teknik ini iaitu Master Mantak Chia.
.
.
Seperti namanya, teknik ini seakan kita mengasah pisau agar menjadi lebih tajam.
.
Caranya mudah.
.
Anda perlu mengurut aset anda dengan minyak seperti baby oil/minyak zaitun.
.
Kemudian, ambil kain yang telah direndam dengan air suam.
.
Selepas suhu kain tersebut agak suam, balutkan ia pada aset anda.
.
Pastikan seluruh bahagian aset anda terbalut dengan kain tersebut.
.
.
Selepas 3 minit, buka balutan kain tersebut.
.
Kemudian dengan ibu jari dan jari telunjuk satu tangan, buat tanda ‘okey’ seperti gambar di atas pada sekitar pangkal aset anda, dan genggam dengan erat.
.
Sekarang, mula gerakkan tangan anda hingga ke hujung bahagian anggota tersebut.
.
Ketika sudah sampai ke hujung, tangan yang lagi satu lakukan perkara yang sama seperti tangan pertama tadi (buat tanda ‘okey’ dan gerakkan dari pangkal hingga hujung).
.
.
Secara mudah, anda harus menggunakan kedua-dua tangan, saling bergantian antara tangan.
.
Paling penting, jangan anda ‘stim’ penuh ketika melakukan teknik ini. .
.
Teknik ini hanya boleh dilakukan ketika anda dalam keadaan separuh stim.
.
Jika tidak, jenis senaman batin sebegini mungkin boleh merosakkan anggota ‘mahkota’ anda.
.
.
Cubalah lakukan koleksi senaman batin serta teknik-teknik ini dan rasailah perbezaannya ketika beraksi di atas katil nanti!
.
.
Senaman Untuk Lelaki 6: Mencangkung ataupun Squat – Mantapkan ‘Tusukan’ Anda
.
.
Tujuan squat ini adalah untuk menguatkan dari bahagian bawah perut hingga ke bahagian hujung kaki.
.
Anda melatih tubuh anda untuk mendapatkan prestasi yang maksima.
.
Selain itu , anda juga akan lebih kuat semasa bersama diposisi atas.
.
Sekiranya anda komited untuk melakukan squat secara konsisten, anda akan mendapati perbezaan dalam daya tahan anda.
.
Keupayaan anda untuk mengekalkan tujahan yang padu dan kekuatan badan semasa hubungan bersama.
.
.
.
.
Cara Untuk Melakukan Senaman Squat
.
Dengan menggunakan dumbbell pada kedua-dua belah tangan, letak kedua-dua dumbbell di sisi anda.
.
.
Duduk dalam posisi seperti menaiki motor dimana pinggul dan lutut separuh mencangkung.
.
Kemudian, luruskan belakang anda.
.
Apabila anda turunkan badan, perlahan-lahan angkat tangan anda di hadapan anda sama paras dengan ketinggian bahu.
.
Perlahan-lahan bangkit berdiri ketika anda menurunkan lengan anda ke sisi anda untuk menyelesaikan satu ulangan.
.
Baiklah, mungkin itu sahaja perkongsian kami pada kali ini.
.
Untuk pengetahuan semua, kami di SuamiSihat.com.my sangat-sangat mengambil berat tentang masalah suami isteri dan kesihatan terutama sekali apabila ia melibatkan para suami di Malaysia.
.
.
Kami ingin sediakan untuk masyarakat luar sana terutama sekali kaum lelaki/suami tentang bagaimana untuk menjadi suami yang prihatin, bertanggungjawab, dan mampu menjadi sebagai mentor kepada ahli keluarga.
.
Semoga setiap yang kami kongsikan di sini dapat membantu bukan sahaja golongan lelaki, malah semua golongan masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan luas.
.
Jika anda ingin terus menyokong kami, sila lah like Facebook page kami dibawah.
.
.
Terima kasih kerana telah membaca perkongsian kami pada kali ini.
.
Semoga bermanfaat!
Jangan lupa dapatkan hadiah anda di bawah ini ya.
Terima kasih kerana telah baca artikel ini sehingga habis.